Thursday, January 29, 2009

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

/me weekend ni byk story nak cite, pasal anum dtg umah, pg umah mentua anum, tapi takde idea la nak karang2 lagi...aku ni bukan pengarang la..ehehehe...so aku post yg ni dulu la..bila aku benar2 free..aku karang la cite tu walau sedikit basi..ahahahahaa.....lagipun ada gambo gak nak upload..tu yg sedikit malas....camne korang rajin sgt ek...pelik aku dgn kemalasan aku ni..ehehehehe....lgipun arini byk sgt surat nak rekod dan edar, dan byk skit keje arini wei....so ini tuk bacaan SEMUA....


Utk para Isteri-isteri dan bakal menjadi isteri tu,jadikanlah kewujudan anda sebagai insan yg paling istemewa disamping suami,anak-anak serta sentiasa menjadi ingatan mereka semua sampai bila.. Renung-renungkan dan selamat beramal…

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."
[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….kebanyakka n sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia..tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…hehehee

5 comments:

Ahkak Geli said...

macam aku penah baca..dlm email kot!

Anonymous said...

iiii.. rasa cam kenal awk nihh.. tp leh tk upload pic tuh besorr skit, br ler nmpk dgn lebih clear lg.. hehehe...

:)

♥cikmOt♥ said...

aku tak paham apa pun citer ni...yang aku nampak ko salah eja KEBAHAGIAAN...tak cukup A tu dalam ejaan ko tu...hahaha...

~aSHa~ said...

ko ni tak membaca dgn baik la izan..kecik hati aku....ko suh la laki ko baca...mesti dia paksa ko baca lak lepas tu...sbb cite ni berkaitan keredhaan suami tau utk isteri...

~aSHa~ said...

cik geli..a'ah dari emel la ni...ish ko ni...aku ni mana pandai mengarang wei...