Thursday, March 5, 2009

rahsia HANDSET untuk kecemasan

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN - Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI - Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI - Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

9 comments:

En. Ajoi said...

bagus tul info nie
yang aku paling menarik, kenyataan pasal kereta berkunci tu, ko penah try ke weiii..

♥cikmOt♥ said...

panjangnya karangan kopi paste ni...hahah...

Ahkak Geli said...

dalam email ada nih...

Anonymous said...

ar yg no 2 tu aku nk terai la weh...

~aSHa~ said...

ajoi n nojah..nanti aku try gak ek..kalo menjadi aku bgtau..

izan..mmg kopi paste pun..tak rajin ar nak buat karangan2 ni...kalo exam tu 15 minit tuk tgk org keliling sdg asyik buat karangan..tapi kertas aku kosong lagi..

miss geli, aku mmg amik dari emel pun...eheheheh...nnti aku nak masukkan byk lagi info...aku nak jadikan blog aku ni berinfomasi dan leh dijadikan sbg reference sumbody..okeh tak? ok la tu (ala2 kakak siti nurhaliza)

♥cikmOt♥ said...

sha...bleh²...tapi yang pasti nora tetap penagih seks tegar...hahaha...

{ e'mie } said...

zidah memang kena try..dier bukan tertinggal kunci dalam kete..tapi kunci dier kehabisan bateri..so, berjam2 jugak nak bley buka kete dier tuh..aku harap2 itu pun bley dijadikan alasan untuk menggunakan kunci pendua...

.:are_race:. said...

ko try dulu..nt aku buat kemudian...

~aSHa~ said...

amy...1/2 jam je okeh..ehekekekekekk rindu saat tu emie..mesti muka cuak..padahal mudah je amy..bukak je..biarkan bunyi...ada button yg tutup bunyi lepas kita bukak suis...hampeh...abg de aku ajo...