Monday, November 30, 2009
kORBAn
Sunday, November 29, 2009
" BABY IN BABYKIDSLOVE APPAREL "
1. Perlulah menjadi follower Babykidslove Online Boutique dan mesti add http://babykidslove.blogspot.com/ kat blog link uols.
3. Buat entri dan Uols uploadlah gambar baby uols dengan menggayakan LEGGINGS@TIGHTS. Tak kisahlah uols beli leggings & tights tu kat mane janji mengikut syarat saja. Jangan lupa letakkan nama baby, tarikh lahir dan nama ibu ye....
DOB : 11 FEBRUARI 2008
MOTHER NAME : ASHAZIDA ABDULLAH
Thursday, November 26, 2009
Senang Ati kena Gemuk ke?
abih tu mcmana aku yg susah hati ni tapi gemuk..sbb aku kalo susah hati, aku akan makan dan makan....kadang2 bila aku tgk org makan yg tanpa henti, aku rasa dia susah hati memikir sesuatu je...itu pandangan aku la ye....sambil makan sambil pk...tu yg naik tu...aku la tu kot...
aku akan turun berat badan time mengandung...uhuhu...sbbnye tak selera nak makan, makan muntah makan muntah..hingga fed up nak makan...bau makanan pun..uwekkkkk....apatah lagi makan kan....ermm satu lagi time breastfeeding..terasa tul perut kempis....terasa tul 'batu meriam' mengecut tiap kali anak menyusu....(time pantang je leh rasa mende ni)
ermmm yg pasti...skrg ni aku susah hati skit memikirkan hal kedai..ada la skit probs kan...takde pekerja yg berwibawa....susah nak cari ni..kalo ada agaknye..kena bagi gaji mahal la kot...uhuhu.. tak mampu plak kami ni....kalo ikutkan dah bape hari aku di kedai sampai kul 12 mlm, ada sekali tu sampai kul 2 pagi...penat beb...harap2 penat ni berbaloi...
to echa...gambo coklat yg aku ambil smlm..yg byk2 aku beli tu...tak dpt nak upload....salah satunye apa pasai ntah komputer baru ni tak leh terima kamera hodoh aku tu...uhuhu..ni bikin SAKIT HATI...look...betapa arini aku susah hati + sakit hati...ehehe aniwei...kawan2 sini tak nampak....aku hepi je....(nanti meke umpat plak aku kalo aku susah hati kan....nak bukak kedai, muka monyok2 kat opis...so kena la pisahkan keadaan di opis dan keadaan di kedai....nak pisahkan ubatnye MAKAN)
gambo coklat yg murah tu akan di upload jua walau lambat ye
* tambahan*
oh ye smlm masa susah hati..seharian aku berdoa, dan ada kawan nasihat solat la hajat...tapi aku tak sempat buat, sbb org nak fogging kat kawasan umah, so solat asar je la..dlm solat tu sempat la aku berdoa semoga customer tu pulangkan xxxx...tak sangka..doa ku terus ke langit...lewat ptg...kat kat kul 7, customer tu dtg pulangkan..tapi sambil marah2...wutever la...selesai satu masalah walau kena marah...kebetulan aku takde time tu...pekerja aku la kena marah....sian dia...
Tuesday, November 24, 2009
Sane Sini Contest
Friday, November 20, 2009
Luka Sembuh, parut tetap ada
ok ok...ayat2 dibawah ni aku copy PASTE terus dari harian metro 19 nov 2009 tau...bukan aku create....aku mana ler reti mengarang2 ni...
Katanya, dunia ini tidak adil kerana orang baik dan teraniaya seperti Nora jadi mangsa. Sekarang orang tuduh Nora pelakon bermasalah manakala Fasha pula menang dan mungkin sedang tersenyum puas, sedangkan masalah itu berpunca daripada Fasha.
"Kita kena faham situasi Nora. Dia pernah melalui keperitan bercerai ketika dirinya sedang mengandung kerana kehadiran orang ketiga. Saya rasa Nora juga sudah cuba bersikap profesional dengan terima tawaran ini tapi dengan bersyarat.
"Tapi hendak buat macam mana, hati perempuan. Apabila melihat wajah wanita yang pernah menyakitkan hatinya, emosi pun datang. Tentu bukan mudah bagi Nora melupakan perkara itu begitu saja. Mungkin ketika ini lukanya sudah sembuh tetapi parutnya takkan hilang sampai bila-bila. Apabila melihat wanita itu, hatinya seperti dihiris-hiris dan mungkin berdarah semula.
"Hakikat sebenarnya, memang Nora tidak boleh nampak Fasha kerana bila-bila masa parutnya berdarah semula. Bukan mudah hendak lupakan perkara berkaitan jiwa ini, sampai mati tak boleh lupa. Memaafkan memang mudah tapi melupakan cukup susah," katanya.
ha ada lagi sambungan ni...korang baca la sendiri kat harian metro ni.....aku suka part di atas je ye
Wednesday, November 18, 2009
Kunci Kejayaan
Tuesday, November 17, 2009
Memang Allah sengaja....
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10
Syarat contest :
Sila letakkan link ke blog ini. Pastikan nama yang keluar di bloglist kalian adalah Siti Sifir's Supernova Share-Out Space. (Pijah!! Cerewet nya ngko nih!!!)
Sila letakkan linkkan blog anda ke blog penaja Fitrah Cinta dan jadi follower Fitrah Cinta. Sila jengah ke sana dan tinggalkan komen tentang blog k.Sari di entry contest blog masing2.
Anak anda itu hendaklah perempuan, berumur bawah 3 tahun. Gambarnya hanyalah sekeping sahaja supaya senang untuk dinilai. Jangan risau, kami bukan nak cari calon menantu
Letakkan banner di sidebar...(kalau ramai masuk maka merata2 lah wajah Arwa ku kan kelihatan...ngeh he he..ops itu pun kalau ramai ek...) Sila abaikan banner yang ala kadar itu..kerana tuan buat contest ini sangatlah tak rajinnya nak mengedit gambar :P
Tolong beri tajuk Contest Anak Dara Ku Bertocang by Sitisifir10 di entry anda.
Tarikh tutup 30 November 2009 jam 12 pm (tengahari)
Sebagai menambah perasa, sila rajin singgah dan beri komen.
Tinggalkan link anda dikotak komen di bawah.
Pemenang akan diketahui petang hari yang sama jika saya tak ada kesulitan lain insya ALLAH...dan jika ada peserta, kalau takde nak umum apa??
JOM TGK HADIAHNYE....
Baju gown Sarakids dan baucer di bawah (dah cuti sekolah kan..bolehlah kalian merendek...)
Voucher free n easy 3 hari 2 malam ke HONG KONG
ADA MENYENGAT TAK? UHUHUHU...
NAMA : MAISARA DAMIA BINTI MAZRI
UMUR : 1 TAHUN 9 BULAN
NICK NAME : BABY
Monday, November 16, 2009
tanpa tajuk...tapi khas tuk para ibu...
Sunday, November 15, 2009
Mesti ke Merah itu Mak Ngah?
di pintu masuk, ada kolam yg dihiasi dgn strawberi giant
100 gram...RM8..mahal tak? ermm ok la kan..berbaloi-baloi sbb petik sendiri..tapi bila dah tibe time memetik tu tak sedor lebih dari 100gram...100 gram tu tak berat tau....yg ni dah 300++ gram...so sekotak ni RM24 ke bape ek..gitu ar..tapi twenty above la...coz 300 gram above..
Saturday, November 14, 2009
khasiat TOMATO
Penyelidik-penyelidik Universiti Reading, 62 kilometer dari London menunjukkan tomato kaya dengan sebatian lycopene dan sesuai untuk menguruskan badan.
Kajian itu dilakukan terhadap sejumlah sukarelawan wanita yang diberi sandwich mengandungi keju krim atau roti diperkaya lobak atau tomato untuk merekodkan tahap kekenyangan mereka.
Penyelidik mendapati tomato menyebabkan sukarelawan itu yang berumur di antara 18 tahun hingga 35 tahun berasa kenyang.
“ini merupakan satu kajian kecil dan kita belum pasti apakah ramuan tomato namun keputusan kajian itu amat bermakna”, kata ketua projek dan pakar nutrisi, Dr. Julia Lovegrove.
Thursday, November 12, 2009
"Teka Syiling Giveaways - Sempena Pelancaran http://nojj.blogspot.com"
ok everything almost done k....nak letak gambo je kat sidebar...polower dan jd, ermmm tu je kan...
Peraduan Detik No.1 Saya
Wednesday, November 11, 2009
jatuh cinta lagi
entry ni pernah aku buat suatu masa dahulu, saje kasi up lagi
aku benar² jatuh cinta dengan orang lagu terengganu. <--- (sila klik sini tuk dgr lagu)...tapi dengan orang terengganu tu hampir hari² jatuh cinta...uhuhuhuhu....
so korang meh la dgr...ramai dah aku tgk kat youtube org kata meke jatuh cinta sama ini lagu walau dia org nogori.....opssss...
Impianku Terengganu
Terengganu, Negeriku
Tanah berdaulat penuh semangat
Semua impian lama kusimpan
Pasti ku jadikan ia kenyataan
Akan ku melangkah dengan semangat kental di hati
Tak kan ku mengalah tunaikan janji yang terpatriTerengganu maju
Impianku…
Impian ini…
(Chorus)
Bukan fantasi ia realiti berkat Ilahi
Kusahut cabaran gapai kejayaan bukti kemampuan
Genggam harapan
Tiada halangan pahat sejarah yang cemerlang
Hanya peluang bina tamadun yang gemilang
Terengganu maju impianku 2x
(Ulang Chorus)
Tuesday, November 10, 2009
TIP PENJAGAAN KOMPUTER RIBA (LAPTOP)
· Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
· Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
· Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
· Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
· Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2) PAPA KEKUNCI
· Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papa kekunci dimasuki habuk.
· Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
· Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3) SKRIN LCD
· Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
· Gunakan screen saver.
· Power management setkan pada ‘Turn Off Monitor in …..minutes’
· Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
· Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’.
4) HABA PANAS
· Pastikan Komputer riba anda mempunyai ruang mengeluarkan haba panas.
· Perlu diingat computer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5) SURGE PROTECTOR
· Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
· Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman computer riba.
· Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
6) PORT
· Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
· Gunakan berus atau berus gigi lama.
· Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.
Monday, November 9, 2009
'Kehilangan' itu Telah di Temui - ALHAMDULLILLAH
NOTA KAKI : saje letak gambo byk2..kasi cooooooooool skit....dah lama tak update...
Sunday, November 8, 2009
KOLEKSI KASUT ANDA CONTEST
(kecik ke wei...aduyai..penat dah nak edit2...)
ni la serba sedikit kasut aku yg tinggal..yg lain2 habih jahanam..punah tapak ler apa la kan,biasala kan....yg istimewa nye kasut2 ni...salah satu kat situ ada kasut mula2 lapor diri keje gomen tau...perghhh ada lagi tu tau...sbb nye itu la kasut CR yg keras, sakit kaki ku..uhuhuhu...aniwei aku akan simpan sbg kenangan...sbb kasut tu la aku kenal mr.hUBby .... 'encik, ada handiplus tak?'
"3 Pemenang bertuah akan menerima hadiah dari BODY SHOP..ape barang tu dirahsiakan..Pemenang akan ditentukan oleh pihak juri yang terlibat..setiap keputusan adalah muktamad.. Sebarang surat menyurat, email mengemail tidak akan dilayan..So apa tunggu lagi..silalah join disini.. "
Wednesday, November 4, 2009
gerun rasanye...
Monday, November 2, 2009
Punca Kuman Taun
maklumat lanjut boleh la melayari http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20091122000337/Article/index_html
sekian berita dari timur..uhuhuhu....
/aku jd duta kecil hmetro tau....
1 Malaysia...
smlm masa otw ke genting (again) kete kami mcm ada probs skit kat stereng..bawah stereng...dekat2 dgn brek dah pun...ada minyak menitik2...cuak gak la kan...takut kering minyak apa2 ke..terutama minyak brek...atau takut gak bocor apa2...then kami pun cadang berhenti di lanchang...sampai situ..mmg ada workshop bukak...ye la ari jumaat kan...masih bekerja la...workshop melayu kami pi tu...pomen2 tu cek dia kata...takde apa masalah...dan tak tahu plak apa punca..dan meke ni sepakat claim yg itu minyak ekon...minyak ekon? ada ke? kami mana la tahu...tak pernah keje atau belajar ttg kete atau automotif senang cite...then dia suggest kan kami pg kat pekan lanchang tu ada workshop ekon...kami p...kepunyaan india...dan india ni claim..ini bukan ekon, mana ada minyak ekon, kalo ada air ekon menitik pun sebelah penumpang tu...bukan sebelah driver...dia tilik dgn betul2 wei..siap meniarap2 di bangku tu...sungguh aku kagum dgn keje dia walau dia tau itu bukan berkenaan ekon....then dia suggest pg bengkel berdekatan dgn enjin...kami p...kat situ workshop cina plak...kami sampai org takde...rupanye pomen tu pg beli makanan...dia sampai tak lama kendian tu dgn pomen india ekon tadi...wahhhh baiknye...then dia cite la yg dia dah tgk kat bawah stereng tu..dia kata ada kuar minyak2...then cina tu cek2 la kat enjin..dia kata ada nut yg tak ketat...sbb ada angin..dan bla bla lalalal..aku pun tak tahu sgt apa yg hUBby cite ttg kete...yg aku tau, drive je..itu statement my hUBby...sampai minyak pun dia kena penuhkan....ehehehe..'tau start enjin, drive'tq ye mr hUBby...
oh ye masa dlm kete tu aku tgk la meke bertiga termasuk my hUBby la yg tgk enjin tu kan...duk belek enjin...ermmm aku tgk meke bertiga...wah menariknye...ada cina, india dan melayu..so nice....masa tu tak terpk plak nak snap gambo meke bertiga...sibuk dgn anak2..nak susu la nak itu ini la..biasa la budak2 kan...cepat rimas tgu lama2...lepas pada tu baru terpk nape tak snap..kalo tak leh aku buat story tuk majalah jbtn aku yg sdgn tgu penulis2 hebat....
tak lama lepas tu siap..tak sampai 1/2 jam pun...dan mr hUBby pun nak byr la...then cina tu kata...tak payah la, skit je...erkkk ye ke ni? aler....aku pun kata...nape tak hulur je...ckp la ini duit kopi sy belanja tokey sama kawan tokey (india tadi)...bg je la rm10 je ke kan..ish hUBby aku ni..geram gak...kalo dia nak bg org tu tak kadang2 tak bertempat..bila bertempat mcm ni tak bg plak....
aku ni suka menolong org melayu...kalo bleh pilihan kedai, kedai melayu, walau kadang2 tu mmg ada mahal gak kedai melayu ni (tak kira la kedai makan ke, runcit ke atau lain2)....tapi tu la..kadang2 gini la....takde barang la, takde stok la...dan kalo servis plak..tgk la...mcm di atas tu...aler melayu melayu..nak kutuk lebih2 kang aku sendiri org melayu....yg ada gak sifat M....ehehehehe...mari la kita berubah ye wahai kaum melayu...
so sekian la cite 1 Malaysia aku tuk kali ni...so nak nampak cool entry ni aku nak cari gambo yg sesuwei skit...