Wednesday, March 31, 2010

Background yg masih belum penuhi cita rasa

wah tajuk pun boleh letak kat sini dah patutnye...tak yah cite lebih2..ehehehe

mlm tadi bertungkus lumus cari background..uhuhuh hampa...

mlm tadi berkenan kat satu tu...dah try letak..tapi tulisan2 plak tak nampak di bahagian kiri....

ermmmmm dah cuba gak cari draf templete...tapi kat mana ek? pening den....

maaf pagi2 dah bersungut2...ehehehe mahai rezeki nampak gaya kalo gini...

Astafirullahalazim......xmo bersunggut2...nanti rezeki lahir LARI (itulah padah kalo tgh menaip tapi buat keje lain, dah tertaip lain)....

kita usaha lagi

Tuesday, March 30, 2010

Wah aku mmg Bleh Jadi Mamarazi (aku dapat duit, aku dapat ye ye ye)

ingat tak pagi tadi aku cari wang RM50 edisi 50 Tahun Merdeka tu????????
dan petang tadi aku telah dapat duit tu..........wah tak perlu beli pun.....
(semasa aku dpt ni aku telah memegang duit sebanyak 100 keping duit RM50 tapi ada 2 helai je org tu selitkan tuk aku...siap dia sengih2 masa bagi tu..dia kata...nah dlm ni sy selitkan duit yang awak cari)
v
v
v
v
v
v
v
v
v

terima kasih sangat2 kepada yang sudi membantu...

rezeki bergolek tul arini dan semalam...

aku rasa aku plak bleh jual duit ni..ehehe ada sape nak beli? duit original ni tau..bukan palsu...disahkan di bank..

esok aku nak buat entry ttg gelang habib la plak..mana tau ptg esok dpt gelang habib plak kang...ehehhehehehee

nota kaki : psssttt ingat tak entry smlm ttg batu nisan dan ptg tu aku dpt apa? eeheheh ala2 mamarazi tak aku ni...???

Perbezaan duit yang edisi terhad

korang perasan tak awal tahun aritu ada keluar duit yang ada perbezaan sedikit....beza nye sedikit je...lihat rajah

1. ada lambang 50 tahun (erti tahun kemerdekaan)

2. yang biasa takde

ada perasan? aku dah lama perasan..aku ingat tahun 2010..akan keluar duit mcm ni seterussnya...rupanya tidak..hanya bulan 1 je keluar duit gini...org lain tak perasan tau..bila aku tanya.....

so bila aku ingat lambang tu akan keluar seterusnya..aku guna la duit yg ada lambang..so aku simpan yg takde lambang...huhhh rupanya terbalikkkkkkkkkk....alerrrr nyesal aku dah terguna yg ada lambang...

pls korang...kalo ada...tukar dengan aku.....aku ada dah simpan satu....tapi dah tak cantik dan lonyai dah pun...aku nak cantik dan baru...uhuhuhuhu tersalah bajet ar...

yang ke -3 tu...kalo ada korang terjumpa no. siri nye 9x9x9x9x9x9 no 9 bersilang2 dengan no lain...ha bagi la jugak kat aku ye.....eh bukan bagi..tukar...aku nak simpan gak ni....

terima kasih la kalo ada yg sudi tukar dgn aku nanti tanpa mintak tips lebih..ehehehe...

Monday, March 29, 2010

Long Cardigan..Comey

byk dah aku membeli secara online ni..tapi kali ni terbuka hati nak cerita dan berkongsi dengan korang pasal aku beli baju cardigan ni..suka nye hati aku.....mcm2 gaya leh pakai wei...murah dan berbaloi2....cepat plak tu penghantaran..thanx ye dik dini...i likeeeeee....


nanti aku snap gambo aku bergaya gini plak ye..tukang amik gambo tak senonoh aku outstation...

KALO BERMINAT SILA LAYARI TERUS KE LINK DI BAWAH

Mamarazi tak menjadi

pagi tadi bila aku publish ttg 'karnival nissan' tu.....ada seorang pembaca setia ni....bgtau kat kawasan pantai timur ni ada kereta iswara yang ada hiasan kawasan kubur, ada kubur, masjid, dia create cantik la...so time rehat tadi...otw balik kedai kedai kedai kedai kedai (byk kedai tak aku pg? byk kan...dlm SEJAM!!) aku terserempak la dgn kereta iswara ni...so mulut aku ternganga 'whatttttttttttt' konon2 ala terkejut mcm budak2 geng bas sekolah punye mulut ternganga tu ar...



so aku pun apa lagi..cepat capai tepon blue beri (bukan black beri ye..kalo black beri dah comey gambo2 ai ni) so sepantas kilat aku ikut iswara tu..kalo dia pg ke kanan aku ikut kanan, kalo kiri, kiri jugak la aku...walau jalan tu bukan jalan tujuan aku..ahahhahaha konon2 ala ala mamarazi la ni kan...so berbekal kan kamera hset hUBby (aku pinjam..sbb hset aku pecah rosak..rosak lagi? ye rosak lagi sbb 'terhempas'...) so ini je la yang dpt saya hasilkan...







edisi keja mengejar..mati la aku kalo tuan tu perasan

ok berjaya snap walau setting tak betul...dah hijau2 jadi nye



huhh ntah apa yg aku setting...ini je la hasilnye..korang nampak tak? ada masjid, kubur...

wah betul2 org takut nak langgar kereta ni...


nota kaki : komen2 tuk entry sebelum ni dah dibaca tak sempat nak maklumbalas je...nanti insyaAllah saya akan balas kunjungan..terima kasih

KARNIVAL BESAR-BESARAN NISSAN

Batu Nisan
(Berikut adalah nama2 jenis batu nisan)
Senarai Harga Batu Nisan Jenis Granite
Senarai Harga Batu Nisan Jenis Marble (Batu Mar-Mar)
Senarai Harga Batu Nisan Jenis Terazo
Senarai Harga Nisan Jenis Kayu Cengal

CONTOH-CONTOH



Pihak kami menawarkan setiap set Batu Nisan/Nesan Granit(bahagian kepala &
kaki) akan di tandakan dengan nama arwah, tulisan jenis tebuk
berkomputer (seperti gambar di atas).



Batu Nisan Jenis Granit Bintik Hitam
Model: GHP9 (Pipih) - Perempuan
Harga: RM500.00 (sepasang)
Jenis Tulisan: Tebuk berkomputer warna Emas (Nama versi
Rumi & Jawi)



Batu Nisan Jenis Granit Bintik Hitam
Model: GHP3 (Bulat)- Lelaki
Harga: RM550.00 (sepasang)
Jenis Tulisan: Tebuk berkomputer Warna Emas (Nama versi
Rumi & Jawi)






Gambar diatas merupakan satu set lengkap Binaan Pusara (Kepok) jenis pasang
siap. Di dalam set lengkap ini, ia mengandungi:
a) Tapak
b) Set Binaan Pusara (Kepok)
c) Batu Nisan (x2)
d) Batu Hiasan
e) Tempat Duduk

Binaan Pusara (Kepok)
(Berikut jenis2 pusara)
Senarai Harga Binaan Pusara Jenis Granite
Senarai Harga Binaan Pusara Jenis Marble (Batu Mar-Mar)
Senarai Harga Binaan Pusara Jenis Kemasan Jubin (Tiles)
Senarai Harga Binaan Pusara Jenis Terazo
Senarai Harga Binaan Pusara Kayu Cengal

CONTOH-CONTOH

Kepok Kayu Cengal 2 Tingkat
Harga: RM4450.00
Set: Tapak Kemasan Tarazo, Nisan Kayu Cengal (x2), Batu
Hiasan, Set kepok ayat (tulisan jenis tebuk warna emas), Bunga
Hiasan (Siantan/Exora).

Kepok Granit Merah
Harga: RM9500.00
Set: Tapak, Nisan Granit Merah (x2), Batu Hiasan, Set kepok
ayat (tulisan jenis tebuk berkomputer warna emas), Bunga
Hiasan (Siantan/Exora).

Senarai Wakil Penjual & Tempahan Batu Nisan serta
Binaan Pusara (Kepok)

Anda juga boleh membuat tempahan batu nisan/nesan yang kami tawarkan melalui
wakil-wakil penjual kami. Di bawah ini merupakan alamat dan no. telefon para wakil
penjual kami yang boleh anda hubungi.

Lokasi Telefon
Assam Jawa, Kuala Selangor 03.32895936
Bukit Badong, Batang Berjuntai (Bestari Jaya) 03.32791545
Pekan Sabak Bernam 016.6702884
Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sungai Air Tawar 03.32137749
Felda Gedangsa, Hulu Selangor 013.3136064
Puchong Batu 13 1/2, Selangor (Depan DHL) 017.3478709
Komplek Pasar Borong Selangor,
Seri Kembangan
019.3955519
017.3912227
Pejabat Daerah Gombak / Bandar Baru Selayang 019.3787151
No.30 Gerai Majlis Daerah Teluk Intan 05.6229949
No.58 Gerai Majlis Daerah Teluk Intan 013.4901964
017.5539230
Bentong, Pahang Darul Makmur 017.6412374
Nota: Gerai Majlis Daerah Teluk Intan (Depan Pasar Malam)
SESIAP NAK KATALOG LENGKAP MEH SINI ADDRESS EMEL, AKU EMELKAN....TAPI AWAS JANGAN ORDER KAT AKU...

nota hati : seram sejuk aku nak buat entry ni beb...time tgk setiap pusara tu..aduihhhhh...ish..tak leh gambar dan peta kan perasaan ni...seram...rasa insaf jap...

Sunday, March 28, 2010

DOSA KUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi.. ooppss khinzir.. lembut sikit, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang....bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth
Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking.. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan

jangan memakai pada

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

Saturday, March 27, 2010

Timbang Berat

tadi aku pg blok mama danish n sarah....dia ada main timbang2....sblm ni dia risau kalo kita bukak blog dia...lambat loading n slow...tu yg dia tanya pendapat ramai..apa nak buat kan.....cuba korang klik kat dia..slow tak lagi?

so aku pun timbang2 gak ni...0.01 seconds tu kira pantas la jugak kan..tak sampai sesaat...
ye ar blog aku ni ringan je lagi..sbb background putih..serius tak jumpa la lagi yg ringan dan cantik...kalo boleh aku nak ada kotak2 je membezakan antara entry dgn entry...sakit gak bijik mata gini...

ada sesape tau background biasa je...tapi ada ruangan kotak2..khas tuk satu satu entry..

JOM TIMBANG BLOG KORANG DI LINK BAWAH NI

http://www.iwebtool.com/speed_test

Friday, March 26, 2010

Dinasour Di Temui di Pantai Timur


see...dinasour la tu kan..nama dan jenis apa tak tahu..tapi jinak sgt...
dan pengetahuan buat anda jugak..playground bukan tempat mainan untuk KANAk2 sahaja...
tetapi ia boleh dikongsi dgn org dewasa yg melebihi 30 tahun (contoh spt di atas) ....uhuhuhu...
ai yg bawah umur dari yu pun tak naik...ehehehe
kalo anda berminat untuk berjinak2 dgn dinasour sila la hubungi saya...sewaan sejam hanya RM77.81...bleh naik 3 orang serentak..kalo empat tak leh..kena tambah duit sewa lebih skit...

Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100.. ????


saya akan dermakan duit ini kepada Haryani Mat Hussin. siapa dia? dia adalah seorang insan yang sangat2 memerlukan duit buat masa ni..semua orang perlu duit kan? ye saya tahu...tapi saya rasa dia patut dibantu..ikutilah kisah dia DISINI . ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan. <--- KLIK LINK INI UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT


mesti ada yang tertanya kan.dimana suaminya? insan sepatutnya menanggung dia.... biarlah rahsia tentang 'suaminya dimana' tidak disiarkan di blog saya...biarlah saya dan beberapa rakan yang sedang mengumpul dana untuk dia sahaja mengetahui cerita sebalik DIMANA SUAMINYA.....

jadi tujuan saya join contest ini adalah sebahagian usaha untuk membantu beliau. bukan niat saya nak menunjuk kepada dunia saya akan dermakan duit itu..tapi dah syaratnya dah tertera...kena buat entry bertajuk Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100.. so biar la saya berterus terang sahaja..harap ada la rezeki untuk insan tersebut.

jadi marilah beramai2 join CONTEST ini..mungkin anda sendiri juga mempunyai niat anda sendiri yang lebih memerlukan yang kami semua tidak tahu...apa tunggu lagi


TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR 'DIARI SEORANG LELAKI'


-----------------------------------------END--------------------------------------------------

KETERANGAN CONTEST SEPERTI DI BAWAH :


Syarat² Penyertaan

Sila buat entry bertajuk seperti di atas iaitu - CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100..

Entry tak payah la nak skema², ikut kreativiti korang la..

Sertakan banner di atas & backlink ke entry ini..Tak payah la letak kat sidebar..

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30.04.10

Kalau dah join, sila tinggalkan pesan & URL blog anda di kotak comment..


Hadiah

Tempat pertama akan menerima RM100 terus ke akaun anda

Tempat kedua akan menerima RM50 terus ke akaun anda

Tempat ketiga akan menerima RM30 terus ke akaun anda

Tempat keempat & kelima akan menerima saguhati sebanyak RM10 terus ke akaun anda


adiah dari Enfagrow

bukan hadiah mana pun..redeem dari enfagrow..

aku telah redeem yg paling rendah kot points nye kalo tak salah

1) MATERNITY T-SHIRT
2) MILK POWDER DISPENSER

perkhidmatan enfamama club cepat dan pantas tau....aku just fax je redemption form...tak sampai seminggu beb..dah sampai...terima kasih ye

ha ada la tu nak wish tahniah kat aku sbb tiba2 redeem tuk baju maternity ni ek...ehehehe
itu semua berkat malam jumaat katanya

oit takde la..saje je redeem baju tu..cantik wei dan leh simpan tuk next next next next next next next time...('next' tu kiraan setahun ye)...so kira la bape tahun lagi..muahahahah dpt jumlah tahunnye?

aler aku tak rancang apa2..terima seadanye la...

oh ye
mari kita doakan (berkat doa hari jumaat mana tau kan) tuk pengantin baru fikaryna yang bakal berhanimun di pangkor..amin...
dia dah siap buat kiraan bajet tuk diapprove oleh hubby dia...so korang leh ar intai berapa bajet ke pulau pangkor...mana tau ada rezeki..kita bleh pegi kan....

dari Fikaryna lagi...

dari : fikaryna
banyak hutang tag ni..jawab satu2 yer kawan2 cyg..

1. Siapakah diri anda di rumah?


di rumah? sy bos kot...itu yg laki aku perli aku...mcm bos je arah2, mintak tlg skit kata arah.....huhh malas nak terang lebih lanjut..ahahahaa...

tapi yg pasti saya adalah mama cantik... di rumah skrg ye..kalo di rumah mak lain plak cite nye dan jugak mentua..

2. Siapakah diri anda disamping rakan?

ermmmm rakan sekerja ke rakan bloggers ni? (aku plak tanya soklan..muahahhaa)

sy adalah teman bicara suka n duka anda...

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai


3.1 bercuti, mmg tak tercapai2 lagi neh....mencik....(kalo ikut suami pg ceramah bukan kira bercuti ye...)

3.2 sy nak kereta mewah....(mesti la kena idam ni)

3.3 sy nak duduk rumah sendiri (sedih rumah terpaksa disewakan...jgn buat rosak ye umah akak tu)

3.4 sy nak ada duit lebih dari biasa...sbb nak bagi lebih kat mak abah lebih dari biasa...

3.5 nak ada pembantu rumah

4. Siapakah nama pasangan anda?


MM


5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda


5.1 tlg jemur kain time pagi dan bagi ai pg keje awal skit dari u...tq tq

5.2 masih mahu lagi pujuk aku walau merajuk aku dah 365 x 5 tahun - 2 tahun = 1095 kali...

5.3 gagah perkasa dan hensem (uhuhuhhuhu mlm jumaat kena la ckp gagah perkasa dan hensem kan)

5.4 suka tiru kaler baju apa yang aku nak pakai pg keje atau keluar...(tapi kalo takde jugak kaler yg padan sbb tak sempat iron...bedal je la kan)

5.5 tlg anta anak bila yu tak outstation..alalalala

6.Bila tarikh anda couple?

ermmm bila ek....ahahahah ntah...tanpa disedari..cinta datang tanpa diundang tanpa dicipta...ia dtg secara semula jadi...anugerah dari Nya..


7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

owh byk...ahahhahaha...kalo cite kan...sampai cecah lantai...
(tapi yg penting ai nak terima kasih kepada orang yg tlg buatkan kenangan itu sangat pahit untuk ditelan mauahahaha...tima kasih ye..next time ur turn plak...)


8.Lagu tema cinta anda?macam2..haha..


im urs nyanyian jason mazri bukan jason marz ye, muahahaha....

lagi lagu 'i know u want me, u know i want cha'


9.Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

BERHENTI MEROKOK SURE YU JADI GEMUK MCM MULA2 TAHUN KITA CINTAN2 TU


10.Tag 10 rakan anda yang lain


semua rakan di list world bloggers, jgn ngelat ye...

Thursday, March 25, 2010

nape ni laling...mcm putus cinta jerk...








wajah wajah buah hati mama

u make me hepi everyday...love u dear....

jangan sedih2 ye...


next 2 weeks ibu izan dtg...bawak kakak

tag again...dari adik cepu...epul azimi

ha ni adik dari kuantan epul azimi..jom layanzzzzzzzz

kena jawab:

Ok,kita mula sekarang...ecehh

1:MAKANAN
makanan? ermmm makanan yang ditanggung halal..tapi kalo ada tempoyak lagi aku bedal, perghhh ditambah plak ada ikan patin...pasti menjilat jari wa cakap lu

2:BAHAN BACAAN
bacaan? blog....tul la kan,
oh skrg ni ada beli buku JUTAWAN...semua org bercita2 nak jadi jutawan kan... so pe salah sy berangan...jadi kita baca buku org yg bergelar jutawan

3:RANCANGAN TV
ermmm kalo sy dpt remote kalerful tu..sy akan pg channel 411 atau 412 atau 413 atau 711..ikut hari dan cerita yg buat kita berfikir dan berkata...'wah hebatnya'..bukan cite poyo mcm oltoromen berlawan tu...eheheh eh smlm ada cite desperate housewife season baru tau...dan aritu ternampak ada cite LOST yg baru..pesal aku tak tahu? sila bgtau sape yg tau hari apa?

4:KEPERIBADIAN
saya gile² tapi tak gile lagi...insyaAllah....ehehe kat tmpt kerja sy serius + tak serius untuk menghilangkan tekanan, kalo nak tau rentak hati sy mcmane...dgr la lagu 'i know u want me, u know i want chaaa..' ye sambil taip tajuk lagu ni pun sy leh goyangkan2 kepala sedikit...cool...lagu tu tak keras tapi cool, kadang2 sy leh jadi jiwang spt lagu diberi oleh jason mazri 'im yours' tq dude...

5:HOBI
hobi sy skrg ni ada berkait rapat dgn penyakit berjangkit....addicted...ehehe 'berblog'

6:IMPIAN
impian? wahhh sy byk impian...sy ni perasan dan berangan byk....ehehehe

sy nak dpt APC...(impian yg bleh membuatkan kita lebih berdedikasi terhadap kerja...so bagus la kan??? kan nenek kan? impian setiap tahun pun takpe...janji kita berdedikasi...apc tu boleh buat kita lebih berkemajuan dan bertambah rajin tau)

sy nak jadi kaya...leh membantu keluarga terutamanya, pg umrah...insyaAllah....anta mak abah pg haji, bleh membantu org susah....senang cite leh jadi dermawati.....

Ok,10 nama dibawah telah ditag
ermm siapa mau? sila kan...penat nak pk sape tak kena lagi....ehehe pe kata
kawan2 di bloglist yg ada tertera FRENS

Anugerah Terhomat katanya


alhamdulillah...dapat penghargaan dari fikaryna
apa yang perlu anda buat ialah jawab soalan di bawah ni.
[1]. Thank & link the person that gave you the award.aku dapat dari fikaryna..tq dear..
[2]. Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
wah sape ek?
senang cite...(eheheh jenis malas pk la ni)
semua yg dlm bloglist MY SUPERB fren DSSJUNE99

MOLEH?

Wednesday, March 24, 2010

my superb frens dssjune99




tiba-tiba terasa terharu plak dgn kata2 nOj spt sy quote di bawah, touching....


"dulu2 zaman muda2 life was full with happiness n laughter... aku ade ramai sgt kwn2, aku ade komuniti kt phg ni, kt kl... memane je aku pg mmg idup dipenuhi kengkawan... start 2005, bercinta ngan my ex (aku kenal my ex 24/09/2000), aku buang seme kwn yg aku ade... yg tinggal just kwn2 pompuan seunibersiti aku je (korg bole rujuk my peeps kt list seblah ni exdssjune99 - diorg mmg my good n bad frens, ade yg penah aku tumbuk, ade gak yg penah aku sanjung huhuh)"


entry dia sebenar di sini http://nojj.blogspot.com/2010/03/aku-memang-kekok-berkawan.html

bagi yang pernah dgr saya sebut ttg nOj sebelum ni...jom la singgah ke sane..dia dah 'sihat' walafiat...

gambar2 di bawah adalah atr kenangan mencuit hati bersama rakan2 yg agak 'mental' sedikit dan kadang2 ala2 budak terencat otak memasing....lalalalaaalalala...mereka ni je la yang sy berani sebut bodoh, ke bangang ke siut ke, natam ke, dan sewaktu yg kurang sopan dgn nya.....ehehehe...tapi tak semua di bawah ye...








izan, sue, aku, nOj

amy dan saya..


sy tak banyak gambar mereka dlm bentuk digital...ada masa sy perkenalkan mereka lagi...



tambahan maklumat : alhamdulillah skrg ni ramai dah kawan2 mula bertudung sepenuhnya...kita tunggu giliran cik geli dan nOj plak, ehehehe..takpe biarkan ia dtg sendiri...

Blogger We Care



entry ini kena PANTAS dan SEGERA


Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.


Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang terpaksa mengambil cuti selama 3 bulan untuk menjaganya. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun hasil perbicaraan LYA dengan Haryani pagi tadi melalui YM..


Pembedahan itu akan di dianjakkan.. Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan esok (RM8++) masih tidak mencukupi.
Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-


Nama: Haryani Mat Hussin.

No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7

Maybank: 164034266923

No. Telefon: 014 725 7787
Anda juga boleh menghubungi Puan Haryani di FB..:-KLIK SINI & SINI
CADANGAN SAYA : KALO ANDA MENYUMBANGKAN RM1 PUN AMAT BERMAKNA BUAT BELIAU..PERCAYA LA....


sedikit pembetulan... sebenarnya ibu Haryani juga dalam keadaan uzur akibat penyakit kencing manis & bukan bcuti kerana nak menjaganya.. Semua kerja-kerja rumah haryani lakukan sendiri seperti memasak... Cuba anda bayangkan??? Macamana mungkin insan ini melakukannya??? Haryani hidup sebatang kara, tanpa seorang suami disisinya. Harap sama2 kita membantunya.. memberi kembali sinar dalam hidupnya!!

benar kah? kita terima seadanya apa orang kata kepada kita kan..

ye ye dpt award lagi dari 3 orang blogger kalo saya tak silap la..(ke lebih? <--- ayat perasan tak sudah²)

ni saya dpt dari 3 org blogger mama c'fa, suraya dan kniedaz

sebelum ni sy dah publish ttg award ni, pemberian ziemah my xskulmate

TERIMA KASIH BANYAK² YE


eh betul ke aku ni beautiful wei (ehehehe ayat mmg tak bleh blaahh)


aku ni susah nak percaya kalo org ckp aku ni cantik ke apa ke kan...(ahahah wei sudah la wei cik asha..meluat org baca, bluekkkkkkk)


kalo suami sendiri ckp pun aku mmg tak percaya...dah la nada bunyiaan puji tu berbaur perlian...'bukan cantik, jelita je' <-- tak ke perli namanye tu...mencik mencik, aku tau la muka aku berjerawat (sbb masih remaja), perut aku buncit, dan bla bla seangkatan dengannya lagi...


aku cuma percaya bulat² pada 2 orang je ckp aku cantik, bukan bulatkocik ye.....ehehhee (bukan aku tak caya korang ok)


aku cuma caye pada abah aku dan danish my mdm1.....tapi yg terutama nye adalah mdm1 ar, selalu ckp 'mama cantik banyak'

tapi tak tau la dia akan terusan ckp mcm tu sampai ke tua ke tak kan?....mana la tau dpt bini cantik..mama tak cantik dah la...uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....danish i love u...

pls pls pls, kamu jangan jeles, kalo kamu nak pujian ikhlas, tanya anak sendiri ye...ehehehehe


salam bahagia

pis no war ek

nota ibu jari kaki :

1) ada beberapa tag lagi sedang menunggu, dari kocik (lama dah ni), dari fikaryna, lagi dari sape ek? pls remind me...aku ni dah tua, otak pun berkarat...urat byk putus

2) cerita² mdm akan keluar sedikit demi sedikit..

3) ada entry yg dah janji nak publish...tapi gambo tak snap lagi..

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa yang salah????

Kes ini berlaku betul2 diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya........

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. Kes histeria di sekolah kat BSB...... Misteri di Asrama Puteri terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawab! Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam?"



Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v





"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan, Tak Menarik Hati, Tiada Memikat, Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..." "Aduhai... kekekeekeeee..." WORLDDDD!! hhehehe....


Moral of the story: “JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA... DISELUBUNGI MISSCALL...”

pis no war ye

Tuesday, March 23, 2010

Adegan Seks dlm filem? 15 saat saja?


wah tajuk..tak bleh blah...ini pun cerita sensasi dari harian metro...wah rajin benor aku study harian metro semalam ek??

korang dah dengar ke berita sensasi lagi meletops..ramai dah ni duk donlod dari youtube tentang FILEM -- LOVE SEX AUR DHOKHA (ha ada ar tu terus copy tajuk filem ni dan cari kat google lepas tu ke youtube ye? ngeh ngeh ngeh)

katanya sebuah filem baru itu lengkap dengan adegan SEKS, pelakon yang BERBOGEL dan cerita menghendap kini hangat diperkatakan di india. (amboi cik geli, laju je baca ye)

oh ye kononnya adegan SEKS yang konon2 dirakam curi hendap oleh orang lain tidak mendapat kelulusan badan penapisan filem dan dipotong hingga tinggal 15 saat saja.


TAPI ..............


lebih 150,000 menonton video promosi yang tidak dipotong di YOUTUBE.......


amboi laju je ye nak ke youtube...ha cari la link sendiri..tak kose aku nak 'share' paedah dari pandangan korang ke youtube tu..ehehehe
ingat jumaat akan kembali lagi..nanti akak cite bab agama plak...
ermm bab anak2 dah lama tak cite kan...mr. hUBby pun....next...

P RAMLEE

sebut nama Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee terbayang2 filem-filem beliau kan...hebat-hebat..masih dipertonton sehingga ke arini...mari kita singkap serba sedikit kisah kehidupan beliau, ini pun aku baca dari harian metro yang berkisah kan pelakun Mariani dengan P Ramlee...ooo rupanya Mariani tu adalah kakak ipar P Ramlee...

P RAMLEE atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada pagi Aidilfitri pada 22 Mac 1929 (tarikh smlm tu) di Pulau Pinang. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 44 tahun pada 29 Mei 1973 (aku belum lahir lagi) kerana masalah jantung, jenazahnya dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau pernah berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris (isteri pertama) 1950, kemudian dengan Norizan Mohd Noor (kedua) 1955 dan Saloma pada tahun 1961.

beliau mempunyai ramai anak angkat yang dijaganya tetapi anak kandung hanya dua - Mohd Nasir dan Arfan hasil perkahwinan dengan Junaidah. Manakala anak angkat dan anak tiri beliau adalah Sazali, Abdul Rahman (anak junaidah), norma (anak norizan), armali (anak saloma dengan ar tompel), betty, zakiah, sabaruddin dan Dian.

jom kita tengok cerita penuh dari Seniwati veteran, Mariani DISINI
arini kalo korang berminat marilah beli harian metro sebab ada cerita KENAPA MUSLY RAMLEE MINAT P RAMLEE?



terima kasih harian metro


Tarian Gelek membantu menambah kekuatan tenaga seksual???????????


biar betik? betik tak betik la ...mmg betik pun..sbb tu org lelaki suka tau tgk pompuan yg gelek2 ni..ntah apa mereka pk...lantak kan je la...dah NORMAL katanya kan...tak gitu cik geli...amboi cik geli...cepat je hang klik kat entry aku yang ni ye...subuh2 lagi...

amboi yg lain2 pun...cepat je klik yg bila ada perkataan seksual ye? eheheheh....aler kalo aku pungggg....ahahahaah itu kira normal la kan? tak normal? xpyh kawin okeh...opssss

(gambar ihsan mr. google..tak sampai hati aku nak tjk body aku kalo pakai gini...ngeh ngeh ngeh sbb lagi 'cute')

aku terbaca ni tentang GOYANGAN BENTUK TUBUH IDAMAN kat harian metro (sekali lagi...aku kan duta harian metro tak berbayar) kalo korang nak berita penuh...korang kena beli harian metro..aku dah cari link ke http://www.hmetro.com.my/ part variasi..tadop pun...mmg part ni payah nak masuk dlm web kot...xpe hangpa p la cari kat mana2 kedai ye...terbitan 22 mac 2010, okeh...

meh akak ni cite skit...akak la sgt kan...

dalam harian metro tu ada habaq ada pusat tuk tarian gelek ni di PUSAT KECERGASAN WANITA, AZ-ZAHRAH yang terletak di bangi...mudah la kepada yg duduk kat sekitar putrajaya kan? kalo aku masih di sana...sure aku akan jejak kan langkah ku ke situ dan mengelekkan punggung ku sebarang 2 jam ke...so apa tgu lagi...terjah la ramai2 beb...

ooooo takde masa ye...meh sini baca plak apa kebaikan nye ni beb...

Di Timur Tengah, tarian gelek dikenali sebagai tarian oriental yang hanya dilakukan wanita untuk menyambut upacara KESUBURAN atau persiapan pernikahan dan dijadikan alat untuk MENGGODA LELAKI...

Tarian gelek ini menunjukkan kesensualan, kecantikan dan kelembutan seorang wanita pada setiap gerakannya yang menggoyangkan bahagian pinggul, dada dan perut diiriingi irama yang begitu mengasyikan.

ha nak tau lagi?

Dalam erti kata lain, selain meyihatkan badan, ia turut membantu MENAMBAH KEKUATAN TENAGA SEKSUAL. jadi tidak harian mengapa wanita di Timur Tengah menjadikan tarian ini sebagai aktiviti harian mereka....

wah wah timur tengah je ni...apa ingat wanita PANTAI TIMUR ni tak hebat ke...belum cuba belum tau, tau!...sekali gelek.....korang pun join gelek..ahahahaha opsss

(ini pun gambar ihsan dari google...tak termampu aku nak suh org snap gambo aku bergelek..auwww malu akak...ehehehe)

eh lupa nak habaq kat hangpa... gambar-gambar wanita dalam harian metro tu..seme nye boleh dikategori kan badan yang agak debab..opsss...bukan aku nak mengkeji wei...aku nak bagi semangat kat hangpa..jangan hangpa ingat yang badan kurus melidi je leh gelek2...ish ish ish..

gambar2 dlm harian metro tu semuanye bertudung tau..bukan seksi meksi ye

kalo korang tak caya gak..pg la beli harian metro semalam ye...banyak gambar dalam tu...mereka siap pakai juraian skaf dikelilingi syiling pada pinggang sebagai fokus kepada gerakan pinggang dan agar senaman menjadi lebih menarik.

bayangkan...apabila menari, alunan muzik diiringi bunyian syiling tentunya ia lebih menarik dan menyeronokkan kan nenek kan? kan?

ok udah udah...aku bukan penulis harian metro..tak kuasa ai nak salin semua...ai amik part yg menarik je....

salam

jam 12.35 am

ingat kan nak bergelek mlm ni...tukang tgk tido plak...

Monday, March 22, 2010

"I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair"



seperti yang ramai dah canang2...ada maklumat emel sulit dari projek 400 nuffnang ...sulit tau katanya...tapi dah tak sulit skrg ni..sebab dia suh buat entry....khabarnye hanya 400 je layak pg ke situ dgn jemputan khas...wah wah hebat hebat la ye sape dpt pg tu...gitu?


so bukan calang-calang la yg dpt pg ni nanti ye? dapat rm50 duit saku yang dimasukkan ke dlm akaun nuff lagi...caya la beb...


ni aku pun tgh pulun2 kot kot la aku ni atr hebat (ehehe bajet perasan dah ni, blog ai ni kerdil je)....dan pada tarikh berkenaan pun aku rasa aku FREE kot...leh ar pg kan? kan? kan?


ni tarikh event besar atr nuffnang dengan gatsby deodorant street fair...bukan sebarang event tau....Tarikh, masa dan tempat seperti berikut


Tarikh : 17 April 2010 (Sabtu)

Masa :10 pagi hingga 5 petang

Tempat : Ruang Legar, Groung Floor, Berjaya Times Square, KL

Date: 17th April 2010

Time: 10am till 5pm

Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


There are going to be lucky draws and we have various cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs!



wah wah ada cabutan bertuah lagi....sehingga RM15,000....mmg berbaloi2 kalo dpt pg beb...
doa² ye....tq tq atas doa kalian.. TAPI KORANG JOM PG SEKALI...


eh ada lagi....ada menarik lagi best wei...



Apa yang menarik..??


Beberapa booth akan dibuka, dari booth jualan sampai ke booth permainan.


Ada beberapa aktiviti dan permainan ‘street fair‘ untuk disertai, antaranya :-






dan juga banyak lagi game game yang menarik yang semestinya korang suka..macam kat fun fair beb!!!

untuk keterangan lanjut dan melihat produk2 keluaran gatsby yang pastinya mengancam...sila la layari link berikut :




ni peta lokasi nya okeh..jom pg serombongan...

JOM RAMAI2 KITA memeriahkan event tersebut..

Kueh Pernikahan Islami

Bahan :
1 lelaki sehat,
1 perempuan sehat,
100% komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bumbu :
1 potong besar humor,
25 gr rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sdt saling menelepon,
5 kali ibadah/hari
(Semuanya diaduk hingga merata dan mengembang).

Cara Memasak :
1. Laki-laki dan perempuan dicuci bersih, buang semua masa lalunya
sehingga tersisa niat yang murni.
2. Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang
tua secara merata.
3. Masukkan niat yang murni kedalam loyang dan panggang dengan api
merata sekitar 30 menit di depan penghulu.
4. Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan bumbunya.
5. Kue siap dinikmati.

Tips memasak :
1. Pilih lelaki dan perempuan yang benar-benar matang dan seimbang.
2. Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda karena
dapat mempengaruhi kelezatan (sebaiknya dibeli di toserba
bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya
terjamin.)
3. Jangan beli di pasar yang bernama DISKOTIK atau PARTY karena
walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadang menipu
konsumen atau kadang menggunakan zat pewarna yang bisa merusak
kesehatan.
4. Gunakan Kasih sayang cap "DAKWAH" yang telah mendapatkan
penghargaan ISO dari Departemen Kesehatan dan Kerohanian.

Catatan :
Kue ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak
dinikmati dalam keadaan hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, tambahkan
lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa
potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven bermerek "Tempat Ibadah".
Setelah mulai hangat, jangan lupa telepon-teleponan bila berjauhan.
Selamat mencoba, dijamin semuanya halal kok!


Regards,

ibu nye mdm

ehehehe

Sunday, March 21, 2010

Pengantin Zaman Canggih


Melangsungkan perkahwinan melalui sidang video...


tak canggih manggih ke tu? canggih la kan..


perghhh hebat org sekarang ni..

bukan takat shoping online, baca online, kawan online...kawin pun dah leh online dah....


suaminya study kat universiti al-azhar mesir, dan si isteri di Lambor..lambor ni mana wei?


gambar kecik tu ihsan dari hmetro...puas aku nak berita penuh...bleh dpt gambo besar kan..tapi huhh intenet tidak memberangsangkan minda la arini (yg ni siang tadi..mlm ni ai dah upload gambo besar dan dpt berita penuh)


berita penuh korang tgk la kat http://www.hmetro.com.my/

cari tajuk pengantin cipta sejarah tarikh 21 Mac 2010 kat column setempat ye



bukan aku takmo bagi online terus ke cerita penuh tu...

tapi intenet aku ni sengal sengal dot com dot hampeh..belum lagi guna berukben...


cukup bikin amarah intenet arini...
*****************************************************
ha dah dapat link penuh ke cerita itu...sila la layari ye...dia ada cite mcmane mereka bertemu, bercinta dan bertunang dan berkahwin online..
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengantinciptasejarah/myMA/myArticle

Bapa Pukul Anak Kerana Anak Nak Pakai Tudung!!!

Sayu jer….

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap.

Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Panggggggggggggggggggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."Pangggggggggggggggggggg....! Aku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi AZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

nota kaki : ini bukan kisah aku..lupa den nak koba kan...ini cite org lain...ehehe dari emel bah

Friday, March 19, 2010

Tak semestinya Buat Saham hari Jumaat

cite pasal saham akhirat..ramai yg suka buat pada hari jumaat kan...berganda2 dapatnye kan?

dan cite pasal buat saham kan..tak semestinya kita nak bersedekah pada org yang kenal sahaja kan? kan kan

saham kat sini bermaksud saham yang dikumpul untuk dibawa ke SANA..dunia abadi...akhirat yang pasti

baru2 ni ada sebuah surau hantar banyak sejadah untuk dicuci...alhamdulillah dobi kami pun mmg ada buat hajat untuk membantu mana2 surau yang hantar...

dan disini aku nak cite perihal seorang customer yang baik hati....bila dia ternampak pekerja kami sedang melipat banyak sejadah..dia pun menghulurkan rm10 kepada pekerja kami, dia kata untuk bayar bil yang hantar sejadah2 tu..

wah dia tak tau pun surau mana...dan dia tak tau pun benarkah surau yang hantar kan...ntah2 orang perseorangan ke kan...

tapi dia ada peduli? yang dia tau sejadah tentunya la tempat alas orang nak beribadah kan...

mulia nya hati mu wahai customer budiman....tentu pahala pun berpanjangan sepanjang penggunaan sejadah tu...

duit rm10 tu pun kami tak ambil....semasa AJK surau tu datang ambil, kami sedekah kan kepada surau tu....

marilah kita memanjangkan pahala spt di atas....kadang2 pahala kita berganda2 tanpa disedari...seperti sedekahkan kain telekung di surau-surau..sepanjang penggunaan telekung tu sepanjang itu ar pahala berganda....ini adalah salah satu contoh...actly byk lagi perkara lain yang tak memerlukan wang ringgit pun...mungkin pertolongan....atau sekeping kertas yang ada doa dan diamalkan oleh ramai orang...



ibu hadif's giveaway...

syarat² mudah jer :
1. anda mesti lah folower saya
(blogger sahaja)(sape yang belom folo, sile buat demikian sblm 25 mac yer)
2. anda hanya perlu taip 'saya mau jam tangan yang cantik lagi anggun itu!' di ruang komen di bawah. (copy paste je la)
3. done... itu jer! takyah link bagai...
Pemberitahuan :
~satu pemenang sahaja akan dipilih! jam pon satu jer! tapi, kalau ramai join, hadiah mungkin akan ditambah... seperti biasa, sponsor by vincci! hohoho....
~ pemenang akan dipilih secara cabutan bertuah dan dicabut oleh si kecik hadif or Mr. K.Terima Kasih.
UISH MUDAH SAHAJA KAWAN2..JOM JOIN BEB...
JANGAN KETINGGALAN TAK LAMA DAH TU 25HB MAC..JOM RAMAI RAMAI KITA KE SANA SANA...REZEKI MEMASING MANA TAU KAN..
LEH AR jam titus sy berganti..ehehehhee
eh dia kata syarat nye takyah buat enry kan? so diterima tak penyertaan ini?
tapi takpe tlg promote kan, kan..?

Thursday, March 18, 2010

Kepompong Girl @ Cheer Club yg Kretip

kejadian : Sukan Badminton
yang meriah bukan nye permainan tu..tapi kelab cheer ni...



walau takde belon, atau alatan tuk memeriahkan sukan kami..kami guna apa yg sempat je...kretip kan...ehehehe mmg gempak la masa sukan badminton aritu..
dan KAMI JUARA BADMINTON antara bahagian...ehehe bahagian lain kena psiko dan tak tahan dengan kelab cheer ni...


10 Amalan Berpantang Yang Patut Buat Tetapi Semakin Di Abaikan. Mama Wajib Baca Ya! 12

Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri selepas melahirkan bayi. Tempoh ini amat penting untuk mengekalk...

Labels