Tuesday, March 23, 2010

P RAMLEE

sebut nama Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P Ramlee terbayang2 filem-filem beliau kan...hebat-hebat..masih dipertonton sehingga ke arini...mari kita singkap serba sedikit kisah kehidupan beliau, ini pun aku baca dari harian metro yang berkisah kan pelakun Mariani dengan P Ramlee...ooo rupanya Mariani tu adalah kakak ipar P Ramlee...

P RAMLEE atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada pagi Aidilfitri pada 22 Mac 1929 (tarikh smlm tu) di Pulau Pinang. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 44 tahun pada 29 Mei 1973 (aku belum lahir lagi) kerana masalah jantung, jenazahnya dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau pernah berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris (isteri pertama) 1950, kemudian dengan Norizan Mohd Noor (kedua) 1955 dan Saloma pada tahun 1961.

beliau mempunyai ramai anak angkat yang dijaganya tetapi anak kandung hanya dua - Mohd Nasir dan Arfan hasil perkahwinan dengan Junaidah. Manakala anak angkat dan anak tiri beliau adalah Sazali, Abdul Rahman (anak junaidah), norma (anak norizan), armali (anak saloma dengan ar tompel), betty, zakiah, sabaruddin dan Dian.

jom kita tengok cerita penuh dari Seniwati veteran, Mariani DISINI
arini kalo korang berminat marilah beli harian metro sebab ada cerita KENAPA MUSLY RAMLEE MINAT P RAMLEE?



terima kasih harian metro


12 comments:

fitri oh fitri said...

wei seyes, amat best dia ni, kalu tgk cite dia 10 kli pon maseh lawak.





http://fitridzulkifli.blogspot.com

iz-AnN عبداللطيف said...

dah beli pun...dah baca jugak...tapi aku suka pramlee...berkali2 citer dia di ulang tayang pung tak per...tak jemu

Vulturian de la Signog said...

mengapa p.ramlee menjadi produser dan pelakon yang hebat, kerana filem yang dihasilkan tidak cliche dan original, walaupun ada 1-2 buah filemnya adalah saduran daripada beberapa filem hong kong dan india, tetapi originaliti masih terserlah dengan penerapan konsep yang sesuai dengan keadaan Malaya ketika itu.

Ditambah pula dengan lenggok gaya lakonan p.ramlee yang tiada tolok bandingan. sekian!

LYaFRINA said...

suka tgk citer pendekar bujang lapok n lakmana do re mi..
Knp er... citer dia tgk byk2 kali pon x boring2.. siap blh hafal skrip lg tu...
padahal dr kecik smpai la skrang duk ngadap citer hitamputih...
tp cite2 zaman skrang, skali tgk je blh ar.... bkali-kali.. dh x mampu..

Ena said...

Memg dia LAGENDA yg tiada tandingnya..

sangat suke dengan cerita2 lawak nyer.. klu yg serious x suke sangat sbb ntahh memg x suke tgk muke org yg tengah marah kot.. ho3x..

ardinihumaira said...

kak.. dni suka semua cerita beliau ^_^

fikaryna said...

sgt suka cite p.ramlee.kalau tayang kat tv, apa2 citer..dah tgk ulang2 kali pun x kisah..tgk jugak..huhu..

deus X machina said...

Cite2 P. Ramlee tengok berapa banyak kali pun tetap best
lagi2 bujang lapok, do re mi, 3 abdul...perhhh
mesti gelak kaw2 punye

zue @ annaleeya said...

suke giler tgk citer seniman agung nih... tgk pat ploh kali pon xpe.... yg paling suker citer seniman bujang lapok... wlu pon rupamu tidak ku kenal... tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku...... hahahaha....

gina marna said...

yg plg x tahan tgk citer bujang lapok...:) tiap2 minggu tgk pun leh gelak sakan lagikk...hihi. best2 semer

.:fyzz:. said...

Sem 1 UUM aku buat projek paper berkaitan P Ramlee.dn alhamdulillah aku dpt 19.5/20...mmg aku betui2 teruja dengn karya2 agung seniman kita Tan Sri P Ramlee..mmg beliau tiada pengganti..

~aSHa~ said...

kita semua kagum kan dgn beliau...walau kita belum lahir setelah dia pergi..tapi terasa dekat di hati je bila menonton rancangan2nye...tak pernah jemu, tak pernah bosan, walau dah tau lawak nye apa..tetap gelak2 walau tonton kali ke 23...ehehehee

pijot..patut hang buat entry ni...lebih arif..

APA ITU HIBAH?

. Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa p...

Labels