Monday, April 26, 2010

Hujan itu Rahmat

(gambar ihsan google)

Maaf kalo ada yang rasa sy mementingkan diri..tapi kadang2 terkeluar di hati kecil ini....sy sgt suka waktu hujan..kerana ada rezeki tuk sy ....tapi terdetik jugak perasaan kesian kat org lain, yg susah mencari rezeki di kala hujan....tapi hujan bukan sepanjang tahun kan? panas pun bukan sepanjang tahun....jadi tuhan tu dah bahagi2kan rezeki masing2....kadang2 sy pun berasa susah jugak waktu hujan, susah nak anta anak ke taska, susah nak buat urusan luar...


“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) .” (Al-A’raf : 57)


Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.


“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.


Lihatlah firman Allah yg bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.


“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)


“Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

sumber dari amanah2u. com tq ye..



Wallahu a’lam.

13 comments:

::Mamalyna:: said...

thank's for the info

ardinihumaira said...

sni hujan lebat sangat kak ^_^ snot kalo zzz

iz-AnN عبداللطيف said...

sini langit cerah...

Ena said...

Betul tu..
ujan tu kan rahmat.. membahasahi bumi & menyamankan..

Zqah Ail said...

ari nie ujan lebat .. marin pagi ujan .. hrp2 krg mase bdk2 blk skola x ujan .. cian klau yg berbasikal n bermotor =)

♫♪ Cik Puan Mimi ♫♪ said...

mekasih berkongsi ilmu.. kat sini mendung2 jer tak panas, tp tak plak nak hujang

.:fyzz:. said...

aku suka gak kalau ujan..rasa nyaman..satu lagi kalau hujan waktu malam..siangnya rasa sgt nyaman dn segar....indahnya ciptaan Allah swt..

@juera said...

hujan best!leh tido smpai x ingt dunia..huhu.alangkah syorganya dpt tido time ujan ni..nk g kje pon malas..tp apakan daya SYMP..^_^

honey amour said...

setuju,tp kadang2 terlepas ckp kalau tyme hujan..'alamak.hujan lak' huhu~

mamalieyna said...

setuju! apa2 pun yang berlaku semuanya bersebab! ^_^..syukur dgn nikmat Allah..

LYaFRINA said...

sha..dunia ni msti balance..kena ada hujan..kena ada panas.. kalo x.. xtau la aper tjadi pada dunia ni.. y pasti semua ni adalah rahmat drp Allah, utk kita nikmatinya..

sI tEDI said...

sekarang dah gelap gelita nak ujan.

serius aku suka ujan. rasa sejuk jek.. rasa syahdu jek..

Panas atau hujan semua ada rahmat. separuh org bila panas merungut. bila hujan merungut. kita kena lebih banyak bersyukur dr mengeluh!! :)

fikaryna said...

info yg bgs..tpg sll hjn..ryna suka..

asha..dtg ambik award di blog ryna..

sharing daripada team

Perancangan Allah ITU INDAH. Hajat Untuk bertandang  Ke Felda Jelai 3 Allah Rezeki Dengan mudahnya. Kak Cik Jadi Ke nak datang sini.....

Labels