BAHAGIAN KUKU TANGAN
Di mulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya baharulah ibu jari tangan (seperti nombor yang dituliskan)
Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri (seperti nombor yang dituliskan)
BAHAGIAN KUKU KAKI
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri (seperti nombor yang dituliskan).
HARI-HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU?
Terdapat dalam sebuah hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:-
"Barangsiapa memotong atau mengerat kuku pada:-
HARI SABTU - Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan
HARI AHAD - Hilang berkah
HARI ISNIN - Mempusakai alim Fadhil (orang yang berilmu & mempunyai kelebihan)
HARI SELASA - Mempusakai kebinasaan
HARI RABU - Mempusakai jahat perangai
HARI KHAMIS - Mempusakai kaya.
HARI JUMAAT - Mempusakai ilmu dan lemah lembut".
versi KEDUA...
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Walaupun ada 2 versi..tapi kedua2nye semua ke arah kebaikan...ingat entry sebelum ni aritu??? kalo simpan kuku?
jadi apa tunggu lagi...buang kuman2 di celah2 kuku tu..
nota laptop : maaf akan terlewat untuk membalas kunjungan dan membalas komen2 buat masa ni...kerana pemilik bercuti dan tidak dpt membuka laptop buat beberapa hari...harap maklm...
13 comments:
kesimpulannya... tak elok potong kuku pada hari ahad, selasa dan rabu ye kak
aku dah potong pagi tadi...
info yg bagus nie..
ena ade juge ikut cara memotong kuku tu ikut mcm kat sini..
cume hari2 yg disunatkan tu kdg2 ade juge terbabas.. biler time kuku dah panjang & sanngat tidak selesa.. jd dah tak tahan nak tunggu hari2 yg disunatkan tu.. jd terpaksa potong juge la..
tp kalo ok.. ena akan ikut hari2 tersebut..
Selamat beramal.. :)
siti kdg2 potong kuku tak ikut sgt hari.masa. kalau kuku dah panjang jer, terus potong..hehehe...
tapi lepas ni kena la ikut hari2 yg disunatkan, leh dpt pahala lebih.
kuku akak pendek lagi, hari isnin ritu baru potong...
nanti nak check kuku anak2 plak....hehehe...
dni --> ye betul tu dik..lupa akak nak simpulkan
emie --> bagus anak murid yg ni
ena --> asha pun sama.kalo tak selesa ptong terus...nak tgu hari takut terlupa plak atau bz
siti --> yg mana kita jadikan ikutan...asha pun selama ni tibai jugak
kak ain ---> mari kita membasmi kuman kuku arini tuk family
alamak...lupa nak potong kuku arini..
baru je pagi tadi potong..tu pon time anak2 nak g skulll...
salammualaikum..
ingin bertanyakan kepada tuan blogger..betulkah hadith2 ini?setahu sy yg lemah lagi dhoif ini..tak ade hadith2 yg macam tu..n mungkin sy kurang membaca or tak menjumpainya..
bukan ape2..sejak akhir2 nie...hadith2 palsu mahupan hadith2 yg direka2 oleh orang2 terdahlu banyak dieksploitasikan untuk kebaiikan..tapi bukan atas hadith nabi yg pada asalnya..tapi dgn niat nk bt baik atas agama islam..sy minta tolong check balik status hadth ini..coz banyak bercangah..waallahualam..sekadar penuntut ilmu..betulkan sy if sy salah.. buleh email di izt_238@yahoo.com..syukran..waalahualam
Post a Comment