Wednesday, April 28, 2010

Solat Dhuha, (Murahkan Rezeki Menolak Kepapaan)

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini..
marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi..

disamping itu, marilah kita sama2 berusaha dan juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberkati dan meredhai rezeki kita.
arini saya nak kongsi sedikit ilmu yang kawan2 dah tau rasanye..cuma sebagai ingatan kepada yg lupa seperti saya ke....marilah kita sama2 membuat solat suna dhuha supaya rezeki bertambah berkat dan bertambah2...amin

so ini hasil carian saya di intenet...

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

:"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )



Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)



Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :

"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)



Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :

 
Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )



Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.



Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :




Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "



Doa’ sembahyang Dhuha ialah:


Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

jom kawan² masih sempat lagi ni...belum jam 11 pagi...
jangan leka berblogging je..eheheh
mungkin kalo pg solat sekejap...duit nuff kita bertambah² ehehehehehe

nota di hati: saya rasa nak pg kedai jap la....nak solat dhuha...sempat ke time pej ni? opsss kantoi dgn gina marna dan @juera...jgn habaq kat bos naaaa

16 comments:

ardinihumaira said...

betul tu kak.. memang bagus solat Dhuha

~aSHa~ said...

dni --> jom kita sama2 buat jemaah

ardinihumaira said...

akak kena tag lalala ;p

Senyuman Paling Menawan

Mrs. Simplicity said...

salam, mak saya selalu pesan suruh buat semayang dhuha. Allah buka pintu rezeki. tapi tu la, asik terlupa je. terima kasih kerana kongsi info :)

Zarith said...

thanks atas info....klu selalu kita buat insyaAllah ada hasilnya....

~aSHa~ said...

DNI --> amboi sound sampai 2 kali ye..ehehehe ye ye akak dah nampak dah nampak (ulang 2 kali jugak....ehehehheheh) nti senang akak buat...insyAllah arini kot..sbb mudah tu .....lunch time ke

~aSHa~ said...

alyyani --> sama2 kasih..nanti kalo buat sebut nama asha sekali ye..nak nama penuh tak? ehehe

pesanan mak lagi la harus buat...berkat dari kata2 ibu terus ke langit tau..

~aSHa~ said...

zarith --> insyaAllah....sebut nama aku sekali ye...ingat dok nama aku

Siti said...

yup..betul..mmg solat sunat dhuha boleh memurahkan rezeki..huhu..ruginya siti tak dpt amalkan sellau..huhu

~aSHa~ said...

Siti --> itu ar...ingat nak solat lepas buat entry ni...tapi ada keje taip menaip sdg menunggu..ni taip komen2 pun sambil2..ehehehhehehehehe adeh la....sambil menaip kan teruskan je la..

myQza said...

aku panggil,

solat matahari terbit

:)

TQ info

..nOj.. said...

sedih plak rase, mmg manusia ni cpt lupa. dlu masa menganggur, aku xpenah miss solat dhuha ni. alhamdulillah, Allah bg aku keje ni. bile dh keje, mula la tak buat terus dhuha... uwaaaaa... ampunkan aku Ya Allah

NOR HASMAH said...

thanks for the info asha... ;)

Ena said...

Alhamdulillah..

Thanks 4 sharing ye.. :)

Ain said...

nak cuba amalkan la....

thanks sharing....

ainhany said...

amin.. lengkap nooo ...jom kita sama2 amalkan....hebahan dan info yg mantop dari asha..tahniah