Wednesday, June 30, 2010

World Cup - for me, banyak menyakitkan hati dari senang hati


* nak tgk favourite movie pun setiap selasa dan sabtu pun susah...(nampaknye tahun depan la aku dpt tgk episod tu...masa memujuk konon nak belikan vcd tuk satu season....uhuhuhu rasanye janji tinggal janji)
* aku dengar kat negara luar...ada yang mati kena tikam dgn isteri dan anak2..sebab rebut channel, isteri dan anak2 nak tgk siri kegemaran berciri kan keugamaan...si ayah mau tgk bola...susah sgt amik je bola tu...ha tgk la puas2...
* pengaruh kuat sampai anak2 main bola dalam rumah....kalo kena dgn pasu2 atau set pinggan vantage free aku mcmane? almari kaca dah la takde...kalo ada pun boleh bikin pecah sbb kena bola
* kalo time bola.. suami bleh bersekang mata...tapi bila time anak2 tak tido lagi...isteri yang kena bersekang mata...habis bola, tutup mata...solat isyak pun tah ke mana agaknye....rasanye world cup tlg cover kot....ohohohohoh
* baru2 ni ada terbaca anak tertendang bola kerana geram pasukan yg diminati kalah, dan bola itu terkena cermin tingkap lalu pecah, dan serpihannya terkena bapanye.. amik ko (cerita penuh)
* wujudnye judi bola...
so aku tak nampak apa faedahnya lagi...sekian...
ini luahan hati aku...so ikut la kalo ada yang fanatik bola tu nak marah ke apa....sbb ini pandangan aku ketika ini (jam 3.12 am...) sangat geram sampai saat ni aku tak tido lagi...
huhhhhh

Ramai betul mengoda iman aku...Nak Cash Out la jugak...

ramai betul mengoda iman aku ni, sana sini duk nak cash out cash out.....aku pun rasa nye nak tebus2 jugak tu...ehehehe...




sebagai kenangan....tinggal 2 BE je smlm..uhuhuhuhuhuh
skit je..

yg lain selamat jadi meter..

nota : tak sabar nak beli henbeg CR yg diidam2 tu...selepas diskaun RM383.00 ehehehe boleh la guna duit nuff.....tapi kena tambah duit sendiri dlm rm50++ je ...

beg raya la nampak gayanye...sure cek lambat smpai kan...

ehehehe siap bagi angka tu tak tahan..

Gara-gara bola, bapa cedera

Oleh kerana geram Ghana menang 1-0 ke atas Serbia dalam perlawanan bola sepak Piala Dunia malam tadi, seorang remaja telah bertindak menyepak bola di dalam rumahnya hingga terkena cermin tingkap dan mencederakan bapanya.

Rosli Mat Noor, 43, dari Ladang Chin Teck di Gua Musang mengalami pendarahan yang banyak apabila telinga kanannya terkena serpihan cermin tingkat tersebut, sehingga urat saraf di telingnya dikatakan terputus.

Beliau kemudiannya dirawat di Hospital Gua Musang dan menerima tiga jahitan.

Kejadian tersebut berlaku pada 10 malam ketika beliau sedang menonton pertandingan tersebut menerusi televisyen bersama anak sulungnya Mohd Rizal, 17.

"Tiba-tiba anak saya naik geram lalu menendang bola yang berada berhampiran kakinya dengan kuat menyebabkan bola terkena cermin tingkap lalupecah."

"Serpihan kaca tingkap kemudianya tercucuk di telinga saya. Saya ketika itu duduk berhampiran tingkap di ruang tamu," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan.

Rosli berkata pada mulanya beliau tidak menyedari serpihan kaca terkena telinganya, tetapi merasa pedih di telinganya.Beliau lalu meraba telinganya dan mendapati tangan yang memegang telinganya itu berlumuran darah.

"Saya sempat menjerit kepada isteri saya memberitahunya menggenai perkara itu sebelum saya bergegas ke rumah jiran bagi mendapat bantuan untuk dihantar ke hospital."

"Saya kena tiga jahitan kerana doktor berkata ada urat telinga saya terputus terkena serpihan kaca cermin," katanya.

Mohd Rizal yang tidak menyangka perbuatannya menendang bola di dalam rumah boleh mencederakan bapanya telah memohon maaf kepada bapanya.- Bernama

Tuesday, June 29, 2010

Hepi Besday Boss


bestnye kalo hari lahir disambut oleh pekerja2 yang panggil kita BOSS...ehehehe verangan tul....

actly arini besday org lain...tapi ai pinjam kek Birthday Boss aku last year...(gambo kek ni je ai jumpa takat ni)

kek ni kami share ramai2.....mmg hepi besday versi suprisedddddddddddddddd dari kami saat tu....muka bos cuak je..masa kami kelentong ada Dato' dot dot cari...sbb dia mmg sedang menunggu panggilan Dato' tu...tapi tak sangka time mesyuarat...
*
sori bos..ini semua idea en zamri yang besday nye arini bersamaan dgn mr. hUBby...dah la besday sama..nama bapak pun sama...tarikh lapor diri berkerja disini pun sama....korang ni kembar lain taun ye?
*
danish, jgn lupa hepi besday tuk papa tau...
ha arini baru betul2 hepi besday...tau laling...yg lain2 hari tu...patutnya keluar
'suprisedddddddddddd'
*
apa motip n3 ini? tah aku pun tak paham..tiba2 terasa ingin disambut dgn kek spt di atas je...ahahahahahahaha

Bila Mereka Berjumpa dan Berborak, mak mak ditinggalkan

maisarah n daryn
daryn : lama tak jumpa kak sarah, pg mana last weekend...
maisarah : dok pg mana pung...(org ganu kan) balik kg je la..ada kenduri
daryn : letih la ikut mummy tu...asik asik jalan kat ECM je...bosan..nak gak berkaroke ke...tgk wayang ke...main boling ke...
maisarah : ha kalo gitu jom kita set time...kita ajak la kak sara join sekali, lama gak kak sarah tak gediks santai ni..
daryn : ok ok, nti kita bincang semula.... eh macam sedap je lollypop tu..best ke?
maisarah : sedappppp nak ke? mintak dgn mummy nora, tadi dia bagi satu bekas je....tapi mama amik 5 bekas..ehehehhee


daryn-sara-maisarah
(comey tak anak2 angkat aku dan anak dara aku tu?)
kejadian : hari lahir sara irdeena ke 6 taun di pekan, pahang

1 part buat2 sibuk...1 part lagi bertenet...


1 part ni korang tgk la...mcm la busy sgt kan kan kan.....tipu je tu...korang jgn caye sgt....ada udang di sebalik kertas2 tu....

eleh konon2 bukak file sane sini....berlakun betul....eheehhee

di pejabat yg sama..tapi di bahagian bertentangan komputer tadi....ada lagi satu pc...ha yg ni tuk brtenet ye...ehehehe sempat lagi tu...

kemas je ruang bertenet kan? tapi sedikit serabut dgn wire2 di tepi tu...

ini hanya sementara ye....jgn salah anggap..ni nak pindah maklumat dari file lama ke file baru..itu sahaja...tapi seronok gak kalo diberi 2 komputer...satu tuk keje..satu tuk 'berkerja' jugak...ehehehhe

hanya sekadar selingan di hari selasa...

Camne Nak Tau Link Dia??

Wahai kawan2 yg budiman...eh silap...wahai follower yg budiman....terima kasih mempolo blog ini...tapi print screen di bawah bukan di blog ini....ini contoh followers di blog http://terengganuimpianku.blogspot.com/...
*
gini wahai teman..aku tak tau camne nak tau link follower.....sbbbb
bila kita klik kat gambo follower tu kan...
kadang2 muncul begini..ada linknya disertakan......senang dan mudah ai nak jejaki kembali....



tapi kalo begini????????? bagaimana ye ai nak kesan dia semula? sites yang dia joined je...linknye dimana?
(lya ai pinjam contoh gambo yu ye...eheheh model terbaik)

bagaimana ye teman2...ai ni buta it...buta mcm2 lagi...
eheheheheh

terima kasih daun keladi..kalo sudi ajar la lagi....


Monday, June 28, 2010

Dalam Mood yg tak berapa nak elok ni..ada orang gembirakan hati aku dengan ayat di bawah...

ada kawan nak belikan anak aku gaun..tak tau soalan dia tu dalam bentuk...mcamane..nak suh bayar balik ke nak bagi je ni? nak tanya kang...dari dia nak bagi..dia suh aku bayar plak...cuba korang tgk..

a) kalu nak aku belikan, tengah murah ni (nanti ko bayar lah balik)
b) kalu nak aku belikan, tengah murah ni (aku bagi hadiah tuk maisarah ni)

(kotak dialog : aku kotak kaler putih, dia kotak kaler biru)
firasat aku mengatakan B la....

betul tak kawan2?.......

;)

Siapa dah pegi Taman Tamadun Islam???

Kepada yang belum pegi lagi..jom tgk replika masjid di seluruh negara...semua terkumpul di situ
cantik2 dan mesti anda kagum dan teruja dengan hasil ukiran tersebut...walau masjid tu kecik, tapi ukiran tu betul2 mengikut imej sebenar masjid di negara2 tersebut.
*
klik disini ye

Kamu Setuju Dengan Ayat Ni?

' Bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan tapi anda harus ingat jika ia kerap dan berdua-duan dalam tempoh yang lama boleh membuahkan kemesraan.'

dari sms MW

Sunday, June 27, 2010

Sakit Kepala?? Baca ini

dari sms MW

' Untuk hilangkan sakit kepala ambil herba habatus sauda @ jintan hitam. bungkus dengan kain jarang dan hidu. InsyaAllah sakit kepala berkurangan"

Tips Majalah Wanita

*
'Bagi mendapatkan wajah cantik berseri, campur air suam dengan sedikit garam dan kacau. Kemudian, basuh muka dengan menggunakan air garam setiap pagi. '
*

Friday, June 25, 2010

Tujuh

Sebelum Bercuti jom kita share tentang 7 (Tujuh) kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1 . Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah s epanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa

Ilusi Optik, sgt menarik mengukur stress

Gambar-gambar ini dipergunakan untuk mengetahui level stress yang dapat ditangani seseorang. Semakin perlahan pergerakan gambarnya, semakin baik kemampuan seseorang mengatasi stress.
Seorang guru mengatakan “saya merasa gambarnya bergerak tetapi perlahan, seperti bernafas”. Seorang kriminal yang pernah di test mengatakan gambar-gambar tersebut berputar sangat cepat. Seorang usia lanjut dan anak-anak mengatakan gambatnya tidak bergerak. Gambar-gambar ini tidak ada yang animasi, semua adalah gambar statis.




Sujud lega sistem pernafasan

(dari sumber emel....sekadar ulangan bagi yang dah tau)

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Cuba Lihat Keajaibannya...


Lihat pd titik pd kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pd dinding kosong.. lihatlah keajaibannya....
lya ai pinjam yang yu...sbb rasa sgt KAGUM dgn ilusi mata kurniaanNya ini..
credit to her

Thursday, June 24, 2010

Apasal tak pos aje?

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
*
" Assalamualaikum "
*
" Walaikumsalam "
*
" Ni rumah encik Sameon ye?"
*
" Ya saya"
*
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
*
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


*ding

Pegang Betul-betul

Pesanan terbaik dari seorang rakan....

Assalamualaikum, Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur.
*
Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
*
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
*
Kedua, Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.
*
Ketiga, surah Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
*
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' . Betul juga, fikir saya.
*
Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
*
Pertama, kekuatan minda Minda,
kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
*
Kedua, kekuatan hati
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...
*
Ketiga, kuat fizikal
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .
*
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
*
Iqra'.....!
*
Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
*
Recite 3x :
*
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".

Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah. Wassalam .
*
*
*
sy dpt dari emel2...sebar2 kan apa yg baik...

CeRita untuk Hilang Stress

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.
Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.
Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Rahmat : Sekali sahaja.,
Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Rahmat : Seorang perempuan, Tuan!
Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,
Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.
--------------------------------------------------------
tedi aku suka sgt cerita ini..jadi aku copy dari kamu

Wednesday, June 23, 2010

Buat Baik Tak Semestinya Di Balas Baik jugak

Pengajaran kepada aku banyak kali dah
*
Buat Baik tidak semestinya di balas baik jugak...malah dipijak² nye kita
jadi buat baik berpada².
*
selama ni aku pegang 'Buat Baik Di Balas Baik'
*
jadi aku tak leh pegang dah kata² itu...dengan hati yang keras aku declare...aku pegang kata² baru yg aku cipta...
*
'Jangan Buat Baik Sangat'
*
dan kata² yang sentiasa aku pegang dari dulu JANGAN MAIN API
(byk maksudkan...? kang ada kata api yg menyala tu...ish...byk maksud tu, luaskan minda, contoh jgn main api yg sy leh maksud, 'jgn cuba2 nak main dengan laki org, awk dah nyalakan api kemarahan org... jadi jgn cuba2 bermain dgn api' eh kes sebelum ni bukan kes org kaco laki aku ke tau..ini contoh lgpun selingan tuk pembaca setia yg silent yang tak berani2 lagi aku nak tegur)

Dato' K Menang!!!

KCT 1 sah milik Datuk K...Menang Bidaan dengan nilai tertinggi RM66,550
berita lanjut DISINI

Malam Tadi Aku Di Balai Polis

Malam tadi setelah aku menahan marah sambil ketar2 tangan....(serius aku tahan marah sgt2...)...setelah aku tak sabar...setelah melampau2 budak yg aku anggap spt adik...meng sms aku secara bertubi2...

akhirnya aku telah report ke Balai Polis...

kes apa?

dia ugut aku, maki aku, ckp kasar dgn aku, sibuk perihal rumahtangga aku...sudah melanggar etika hak asasi keperibadian manusia yang bukan popular dan bukan public figure...so takde hak nak amik tahu aku ada kat umah ke atau aku ada kat dlm kawasan pejabat ke....

so selepas itu, Polis pangey budak2 mangkuk tu datang ke Balai Polis...

tahu kecut....

jadi lepas ni, kalo kete aku pancit tgh jalan ke, kedai aku terbakar atau org lempar sumthing ke.....dah tau siapa motif.....

jgn ingat aku reply sms elok2....ko leh terusan ganggu hidup aku dan maki2 aku..

aku cite kat org sini...budak tu kata aku ni 'sombong, gile pangkat..'

tergelak org sini....dia kata kalo nak kata asha sombong, gile pangkat....ehehehee sah sah la tanya org yg salah atau org yg iri hati atau org yg tak dpt peluk aku (ada laki gampang gatai nak lalu dekat2 dgn tetek aku..rasa nk lempang je satu hari nti) dah la tu siap ckp sian laki aku dpt aku....lagi la akak2 kat sini gelak...

arghhh lepas ni aku nak letak jawatan sbg pen. ketua koir ar.....(takde aku nak offer diri...cis..dah lama aku offer org lain konduk koir...mmg dah lamaaaaaaaaaaaa aku offfffferrrrrrrrrrrr)

dan agaknye letak jawatan sbg bendahari kelab jabatan (jwtn ni dilantik semasa aku xde dlm meeting pungggggggggg, tapi pesal nama aku ada...tapi aku redhaaaaa amik tugasannnnnnnnn)

owh mesti anda terpinga2 kan...aku bercerita hal apa...tak boleh aku cerita lebih detail..tapi kes ni bukan melibatkan hal kawan pejabat...org luar...

polis dah bagi surat untuk bawak ke mahkamah kalo aku mahu buat...,

sekian...

arghhhhhh legaaaa

Tuesday, June 22, 2010

Sesi Geledah Rumah Member

owh dah lama saya berhenti buat edisi suka suki mengeledah rumah orang tanpa diminta tanpa dirayu dan tanpa izin...ehehhehe
arini aku nak share tentang seorang sahabat blogger ni..walau tidak berapa aktif...tapi dia tetap cuba meluangkan masa untuk memberi sepatah dua kata di blognya...
dia menggunakan tagline
(aku pun tak paham maksud disitu...sbb aku yg tau kehidupan berhentinya bila mati....mungkin dia membawa maksud tersirat disebalik kata2nya itu)
di dalam blognye banyak diceritakan tentang dirinya, anaknya, suaminya, rumahnya, familynya jugak rakan ofisnya..
kadang² dia pun suka bergosip tentang artis...layanzzzzzzz.....
dia ni boleh dikategorikan sahabat bagi aku...susah senang banyak bersama...teringat zaman itm, kawan2 selalu paw stok makanan dia yang nenek dia bekalkan...almari dia penuh stok makanan dulu...tapi dia tu kurus maintain cun je...makan toksah ckp la tahap mana...
kami pernah sama2 kongsi susah....seperti : aku pernah share beli air tin dengan dia...dia ada 80 sen, aku ada 20 sen saat itu, tapi kami nak jugak minum air tin tu.....ehehe mcm pasangan lesi plak kami time tu...eheheheeh...
sekarang dia sudah berbadan dua untuk kali ketiga...jom la berkunjung ke rumahnya....
harap dengan kunjungan anda ke 'rumah' beliau dapat membantu dia...
mana tau ada rezeki dia dpt cheque dari nuffnang sebelum bersalin dan dpt la dia membuat persediaan untuk anak ketiga....
byk nak guna duit ni time bersalin ni....

Obsessed!!!





arini terlewat bangun gara2...lepas bertenet di alam maya...aku singgah plak ke siaran tv....ye ar..takde org tgk bola...so aku amik kesempatan di atas peluang yang diberi kan....



so aku berminat nak berkongsi satu cerita yang dah banyak kali diulang tayang di 411..tapi aku je kot baru tgk...OBSESSED...pelakon utama, Ali Larter, Beyonce Knowles, dan Idris Elba.


apa yang aku tertarik pada filem ni bukan la pada pelakonnye...tapi cara 'penyampaian' nya hingga buat aku rasa tertarik nak tgk sehingga jam 2.45 pagi...dan apa yang aku rasa menarik nya nak cerita dan kongsikan disini adalah tentang isi kandungan cerita nya yang benar2 aku tertariktime aku dah tgk tu dah lewat sedikit..so aku mulakan dari yg aku tau je ye...


Derek (Idris Elba) ni berkerja di sebuah syarikat yang besar dan mempunyai jawatan yang agak besar. Dalam masa yang sama ada seorang pembantu wanita bermana Lisa (Ali Larter) yang sangat meminati Derek ni.....Derek dan Lisa ada jugak la berchatting walau satu pejabat...tapi bagi Derek itu hanya biasa2 je...sebagai kawan...tapi bagi Lisa...tidak...dia sangat² teruja dengan Derek...malah mcm2 imaginasi seks dia bayangkan dengan Derek dia catatkan dalam diari walau perkara itu tidak berlaku...


semasa party Krismas, Derek ada meraikannya bersama rakan2 di pejabat...masa ini la Lisa amik kesempatan mengoda Derek...sedang Derek menari2 bersama rakan² pejabatnya...lisa cuba mengambil tempat menari dan bergesel2 untuk mengoda Derek...bila Derek rasa kurang selesa...dia minta pulang ke rumah dan sebelum tu singgah ke tandas....Lisa mengekori Derek ke atas dan semasa peluang yang ada...Lisa cuba mencium, mengoda dan meraba Derek...


hebatnya hati Derek...dia menolak2 Lisa...dan kata...dia sudah ada isteri dan family...jangan nganggu dia....(dalam hati tertanya ada ke lelaki kat dunia ni tolak 'ikan' mcm tu, siap di rayu, dibelai, digomol lagi...ahhahahahhahahaha) dan selepas Derek menolak Lisa, dia pulang ke rumah dengan hati yang terlalu marah dan geram dengan sikap Lisa...sampai di rumah terus dia memeluk isterinya, Sharon (Beyonce) dengan mimik muka yang penuh rasa kesal atas apa yang berlaku sebelum itu...padahal dia dah menolak sekeras2nya..tapi air mukanya mengambarkan...kesal atas tindakan Lisa tersebut.

sehari selepas itu...lisa dan Derek bekerja seperti biasa, Derek berasa agak lega bila lihat Lisa bersahaja seperti tiada apa yang berlaku antara mereka....tapi sangkaan dia sekejap je...semasa pulang, di car park....semasa Derek masuk ke dalam kereta, Lisa terus meluru masuk ke tempat duduk penumpang hadapan....terkejut Derek dan terus menghalau Lisa keluar....tapi Lisa tidak endah..malah membogelkan diri (nampak bra dan panty sahaja)....Derek mengamuk dan menutup baju Lisa...Lisa pun kata...'jangan kamu kata tiada apa2 berlaku antara kita pada party krismas lepas'...Derek kata, 'memang tiada apa yang berlaku, dan tiada apa perasaan pun antara kita, i love my wife, my family and my career...' dan dengan garangnya...Derek menghalau Lisa keluar....mata Lisa terus berair kerana sedih cinta taksubnya tidak kesampaian....

pada malam kejadian...Derek cuba untuk mengceritakan apa yang berlaku di pejabat kepada isterinya, Sharon...tapi kebetulan waktu dia mahu memulakan cerita, Sharon terlebih dulu meluahkan perasaannya tentang penceraian adiknya...terbantut Derek nak memulakan ceritanya.

beberapa selepas kejadian...Derek ada Mesyuarat dan pembentangan di hotel bersama rakan pejabatnya...tidak sangka Lisa yang berhenti kerja selepas kejadian di carpark menunggu Derek disitu...Lisa terus menerus mengoda Derek...dan meletakkan sesuatu ke dalam minuman Derek...oleh kerana ubat yang telah diberikan Lisa itu...Derek telah tidak sedarkan diri...tapi sebelum itu dia sempat nampak Lisa berada di dalam bilik....keesokkan dia tersedar dan terlewat pegi meeting...semasa dia tersedar..dia tidak berada dalam keadaan bogel...lengkap berpakaian ye teman2....

Semasa dalam meeting pun, Derek di ganggu lagi, kononnya isterinya datang ke hotel...Derek lantas keluar bilik meeting dan mencari isterinya...tapi bukan isterinya yang datang...tapi Lisa...dengan penuh godanya memberitahu...dia ke spa pagi itu selepas kejadian semalam...Derek mengherdik Lisa dan berkata...tiada apa yang berlaku malam tadi.

selepas kejadian Lisa mengambil pil (ubat tido kot) berlebihan dan terus tidak sedarkan diri..tidak sedarkan diri dalam keadaan bogel di bilik Derek...(dpt plak dia masuk..nampak sgt pengurusan hotel ini terlalu mudah percaya dengan org)

lantas Derek memanggil ambulance dan semasa di Hospital isterinya datang dan masa tu la dia tahu dan salah sangka...puas Derek menerangkan kepada isterinya..tapi Sharon tidak boleh lagi percaya pada Derek...semasa Derek di soal siasat oleh dektektif...dia mahu Sharon berada disitu dan dengar perkara sebenar...tapi Sharon semakin lantang marah bila dia tahu Lisa pengsan dalam keadaan bogel di atas katil Derek...

selama 3 bulan berpisah rumah, puas Derek memujuk isterinya...hari2 datang melayan anaknya....akhirnya isterinya mula memaafkan Derek...dia terlalu marah sbb Derek berahsia, sbb dia dah pesan..jangan berahsia antara satu sama lain walau benda tu pahit untuk ditelan....semasa mereka meraikan hari lahir Derek, Lisa telah datang ke rumah Derek dan telah menimbulkan kekecohan bila membawa lari anak mereka...sampai di rumah....Derek dan Lisa terus rasa terlalu marah bila melihat anaknya tiada di bilik...semasa Derek mencari anaknya...dia terjumpa anaknya berada di dalam kereta dan ada kesan ciuman di dahi anaknya...dia tau itu semua angkara Lisa yang dah mental..

sejurus kejadian mereka memasang alat penggera keselamatan....buat beberapa ketika...mereka berada dalam keadaan tenang sehingga satu hari...semasa Sharon hendak pulang meraikan ulangtahun perkahwinan ibubapanya...Lisa telah muncul di rumah mereka, dan nak dijadikan cerita waktu itu Sharon terlupa untuk mengaktifkan alat penggera keselamatan...lantas dia pulang ke rumah untuk mengaktifkannya selepas diingatkan suaminya supaya berbuat demikian..semasa dia tiba di rumah, dia terserempak dengan Lisa sedang beranganan di dalam bilik beradu mereka dan memakai pakaian Derek dan baring di atas katil beradu mereka sambil ditabur kelopak bunga mawar...

lantas Sharon menghalau Lisa....dan disitu berlaku la pengaduhan dan pengelutan antara mereka...

Akhirnya Lisa jatuh dari atas lonteng dan mati walau Sharon telah cuba selamatkan kerana tidak sampai hati melihat Lisa nak jatuh ketika itu...(sifat baik Sharon masih terserlah walau dia terlalu marah dgn Lisa yang dah mental dan terlalu OBSESSED itu)....

(oh panjang plak rumusan aku ni)

akhirnya one happy family bergabung...tamat......apa yang penting aku dapat lihat disini...

'sikap Derek yang bertegas walau digoda oleh wanita jelita dan seksi...dia tetap menolak dan berkeras tidak mahu menduakan isterinya walau isterinya tidak sempat kemas rumah, tidak sempat sediakan sarapan pagi2, waktu balik keje, isterinya kepenatan dan tertido, Derek tetap baik dan setia'

owhhhh Derek....ehehhehe

(actly sblm mlm tadi....aritu aku dah tertgk adegan yg last masa hUBby tonton, bila aku tanya dia...nape pompuan tu mati mcm tu, kawan dia ke? dia kata bukan...aku tanya lagi..abih tu sape?....dia tanak jawab...so smlm aku dah dpt jawapan...owh patut takmo jawab kan...pompuan yg mati tu pompuan yg nak ganggu rumah tangga orang rupanye yerk..)

sekian tima kaceh...

Tapiiiiiiii......

mama : biar mama gosokkan gigi

mdm1 : tapiiii......mama gosok gigi tapiiiiiiii danish gosok gigi dulu tau.....

mama : ok


faham ke maksud ayat dia tu...ehehehe

'mula2 mama gosok gigi danish lepas tu danish gosok gigi sendiri tau'

dia suka menggunakan perkataan TAPI, tapi tak tau maksud tapi itu....

sekian.

Monday, June 21, 2010

Kasih Ke Syurga 1st Giveaway



sile teka brape jumlah??????


1. longgokan duit syiling lima posen
aku teka RM77.81


2. longggokan duit lima ploh hengget
aku teka RM30,000


anna ok kan?

CUMA TINGGALKAN KOMEN & TEKA
-duit syiling bape hengget jumlahnye
-duit kertas bape hengget jumlahnye

5. paling wajib, tinggalkn link anda kat komen..
senang utk dijejaki.....


tu sajoooorrrrkkkk nokkks...


HADIAH AKAN DISEDIAKAN UTK 5 PEMENANG
(aku akan sediakan hadiah yg agak besttttt....promise!!
cthnye : bedsheet ke, coklat praline ke... waaaahhh gituuuu.. best kann??)


tarikh tutup : 13 JULY 2010 (Ahad) kol 12.00 mlm....


mari la juiiiiiinnnn...

http://kasihkesyurga.blogspot.com/

Nombor plat KCT 1 menjadi rebutan



Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza adalah antaran pembida utama untuk Nombor Pendaftaran KCT 1.

Penyanyi itu dikatakan berminat memiliki nombor pendaftaran itu kerana mempunyai gabungan nama beliau dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.

Siti Nurhaliza dikatakan sanggup membayar jumlah bidaan ditawarkan asalkan dapat memiliki nombor berkenaan.

menurut sumber, bidaan bagi nombor berkenaan sudah dibuat minggu lalu bagaimanapun mereka yang terpilih mendapatkan nombor tersebut akan diumumkan tengah hari ini.

ha sama2 la kita tunggu dan lihat siapa yang kena.....

Telur Berdiri? Telur Apa?...

Ha ini bukan telur sebarang telur..ini telur, ayam yang punye...ehehe



Fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan berlaku di Kuching, Sarawak. Ia biasa berlaku ketika gerhana matahari. Berdasarkan fakta saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti. Di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengahari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar.

sumber dari hmetro



bagaimana dgn telur² lain yang berdiri? ;) ehehe selingan semata2

Sunday, June 20, 2010

Kata2 dari Mingguan Wanita lagi..

*****
' Jangan bernikah kerana termakan dengan desakan orang. Pastikan anda dan pasangan bersedia kerana anda berdua yang akan menjalani kehidupan berumah tangga. '
****
dari sms mingguan wanita

siapa nak menang?

klik di bawah

Panggilan ‘bos’ untuk ketua kurang sopan

BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.
Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.

Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.

PPBMM berada di China untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu di Beijing Laurel Hoteli. - Bernama
sumber : harian metro
disini..mereka selalu mengamalkan 'baik boh' atau 'ok boh' bermaksud 'baik bos'

Friday, June 18, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN-semasa duduk antara dua sujud



Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


Diamlah sejenak,
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)


Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Banyak!! banyak susu....

minggu ni mdm1 menjadi watak utama dlm dunia aku
(owh bukan bermakna mdm2..ku lupai..tidak sama sekali..dia simanja ku)
*
aku : Danish, sayang mama tak?
mdm1 : sayang
aku : sayang sikit ke banyak?
mdm1 : banyak
aku: banyak mana?
mdm1 : Banyak susu
aku : ( haaaaah?????? huhhh!)
*
(kiranya kalo dah benti minum susu, sayang nya sikit la kot...)

Thursday, June 17, 2010

Kita Tengok Penyu Telur...

Jom tgk penyu penyu di Malaysia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
nyampah tak entry sebegini? actly mmg aku nak tjk kan satu blog ni

Adakah Kata Semudah Realiti???????????


'Menyesuaikan diri dengan keluarga baru memerlukan masa, jadi baik suami @ isteri ini haruslah bersabar dalam memahami sikap dan hidup keluarga mentua'




sms dari mingguan wanita

Wednesday, June 16, 2010

Dewi Trafik???????? Dewa Duit?

(KALO MALAS BACA..JUST REGISTER SAJA DEKAT WIDGET KAT TEPI SIDEBAR TU.. JUST ADD NAMA, URL BLOG & EMAIL SERTA JANGAN LUPA MASUKKAN TUTORIAL NI DIDALAM BLOG ANDA.. TAPI BETTER BACA . BARU FAHAM)
*
*Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.
*
Matrik nx15
Sebagai contoh jika status akaun anda ialah
Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah
*
Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger
*
*Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.
*
Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15. AutospilloverApabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.
*
Sistem yang digunakan:MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)
*
Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.
*
Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).
*
Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:
Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata
*
Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
*
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata
Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.
Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata
*
Potensi Nilai Mata Referral
Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata
Jumlah keseluruhan:43924 mata
*
Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.
*
Pendapatan Sambilan
*
Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
*
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.Sila naiktaraf status akaun anda untuk menikmati trafik yang lebih berganda lagi.Jika anda meminati widget ini, silalah ikuti perkembangan semasa widget ini melalui Twitter dan Facebook kami.
tgk kat sebelah kanan anda..ada kotak matrix tu..register je...jom try
lya tq ye

Tips ringkas keMesRaaN


' Walau pun aktiviti membasuh kereta bersama-sama dilihat mudah tetapi ia dapat mengeratkan kemesraan dan saling kerjasama di antara suami isteri'
sms dari mingguan wanita...

Nampak Ramping Plak time ni...

nampak mcm ramping je kan perut aku tu...eheh..bila la nak dpt mcm tu
(actly tu pakai girdle beautiful tu)
gambar ni lama dah..last year..bulan april lagi..
tapi tah pesal..kawan aku yg seperti di sebelah aku spt di atas tu..simpan @ peram gambar ni..
dalam diam2 dia letak dlm facebook dia..
huhhhh seme gambo2 aku yg cun (bajet cun sokmo) semenye dia tak bagi aku
dia admire kat aku kot...ko jgn jampi2 ye nyah...ai tak bersalah okehhhhhhh
pesanan khas tuk dia
'hello nOj...ai dah berpunye tau...ai straight tau, no belok belok...yu toksah la nak admire admire kat ai ni...ai know la ai jelita kan...' (uweeeekkkkk)
ahahahaha
confirm kena maki bertubi2 ni kang...

Tuesday, June 15, 2010

Petua

'Bagi mengurangkan kesan bengkak akibat terseliuh, parut lobak putih dan campur sesudu cuka makan. letakkan parutan lobak tadi di bahagian tersebut'
petua dari Mingguan Wanita by sms.

hepi Besday To you = suRprise!!!!

ha 2 3 menjak ni duk cite pasal mdm1 je la kan..so layan je la
cite terbaru ttg keletah anak teruna aku tu adalah ttg dia suka buat SUPRISE....
begini jalan citenye..

dia suka main nyorok2..tak kira la di belakang pintu ke...di belakang kereta ke, di belakang kerusi ke...ikut dan la mana yg dia leh sorok kan...tapi dia nyorok tu kita nampak la...eheheh sbb tak pandai nyorok...nyorok badan je..kepala nampak...ehehe tapi kita buat2 la tak nampak kan

lepas tu...bila kita lalu kat tepi dia...dia akan menjerit lompat depan kita dan cakap

'HEPI BESDAY TO YOU......'

aku pun buat2 la terkejut kan...

sbb?????????


actly dia nak ckp : SURPRISE


tapi ntah mana dtgnye dia belajar..jadi hepi besday to you...ahahaha
sib baikla aku ni mama dia..aku je la paham bahasa anak2 ni...dan apa yg dia nak sampaikan..
bahasa kamu? mak mak kamu la paham kan

korang rasa dari mana dia dpt ni?

aku rasa dia dpt dari skul dia la...

sbb setiap bulan..cikgu dia buat besday party tuk anak2 murid...
agaknye cikgu ajar buat surprise terus nyanyi hepi besday to you kot

anda rasa dari situ ke dia dpt?

hmmmm

Monday, June 14, 2010

apa itu dssjune99

sebelum sms masuk bertubi2 lagi....biarlah ai terangkan.....apa yg dinamakan dssjune99...

sebelum tu tgk sini dulu...






ini sebahagian yang bloglist kawan2 dss buat..kemana2 kami pergi..tetap satu group..dulu kat myuitm, lepas tu fotopages...skrg disini la buat sementara...
meke ni kategori kejam gak...kalau ajak buat sesuatu tu..siap sms dan paksa bagai...kalo tak buat jugak....mereka tlg buatkan..ahaha kan izan?
ini kira mcm formula tuk popular jugak la kan cis....ehehehe pis

dssjune99 = Dip Syok Sendiri (dip secretary science) + diregister pada bulan JUNE + tahun register 99
sekian, pengkongsian ilmu formula matematik tajaan khas dari PA yg bos dia cuti.....

Aku Rasa Bukan 20 Entry Sehari la...percaya atau tidak?

ye kawan2...aku tgk bukan kena 20 entry sehari tau nak cecah unik visitor riban riban seperti yang korang bising umpat dan kutuk2 kat belakang tu...

korang tgk formula yg aku buat ni...kalo tak paham sbb bebal maths (budak2 dssjune99 je bebal math) meh sini aku terangkan secara jelas dan jitu ye adik2...



Purata sehari entry =
(1 jam x 4 entry) x 24 jam = 96 ENTRY

ini formula tuk mendapatkan visitor unique seramai 40 ribu sehari ye

ye teman2... salah kiraan korang 20 entry tu...ish tak reti kira tanya la akak ni dik noonnn..

pis no war ok

Mama, Papa Mana?



mdm1: mama, papa mana?


Soalan tu pagi2 keluar dari mulut mdm1...


sejak dua menjak ni, (lebih kurang 2 bulan kot)...Mr. hUBby dah lama tak outstation.

so dia la yang menghantar anak2 ke school...beli breakfes tuk aku...


tapi minggu ni mr. hUBby attend exam di luar kawasan..

so pagi ni bermula la aku anta amik anak² aku....


smlm ptg....(marin) aku siap dapat sms lagi berbunyi

'syg, abg kat xxxxxx dah ni, jangan lupa amik anak² ye'


dalam hset tak leh bold...tapi aku boldkan kat sini sbb nak sampaikan maksud disitu..

aku pun apa lagi jawab la


'la ada anak ke...sib baik ingat kan ada anak....kalo idak...nak balik terus je ni'


ciskek tul bapak n anak ni..sama2 duk perli aku nampaknye..

(ye la sejak 2 menjak ni jugak la aku duk pulun kat kedai...sampai tegang urat kaki aku, bukan setakat tegang...tapi SAKIT dah....smlm baru lepas urut...lega rasanye, tapi ada org tau aku sakit? sbb aku sakit aku tak tunjuk...aku jalan kan jugak keje2 aku...kat laki aku je aku ngadu...alamak ter membebel lak...)


dulu mdm1 tak pernah pun keluar SOALAN menguji minda mcm tu...sbb dah biasa kena tinggal...kalo tanya pun sekali je...dan bila


aku jawab : papa work...

dia pun : owh papa work ke


lepas tu takde dah tanya2.....


tapi bleh plak pagi ni tanya lagi..padahal malam semalam dah tanya....


ermmmm ajaib... penangan papa dia kali ni...ehehehe

FADHILAT BULAN REJAB

Reminder…1st Rejab bersamaan Isnin (14 Jun 2010)
Renung2 kan & Selamat Beramal…
*
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
*
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
*
-Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
-Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
-Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
-Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
-Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
-Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
-Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
-Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
-Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
-Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
-Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
-Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
-Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

*
-Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

-Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
*
-Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
*
-Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
*
-Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
*
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
*
- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
*
- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

to be continued

Saturday, June 12, 2010

Payu Dara panjangkan Usia Lelaki????????????????


"merenung payu dara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara lima hingga enam tahun. Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas lima tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr. Karen Weatherby di dalam New England Journal Of Medicine menyatakan renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnisium."
apa korang fikir?
aku pernah baca kalo mengamalkan seks sihat(3 kali seminggu) dapat mengurangkan tekanan dan sebagainya...kerana mengeluarkan enzim enzim positif..
tapi ada yang berpandangan...kalo merenung payu dara wanita dengan cara begitu...
ehehehhehe anda akan pendek umur...
sbb? sbb anda dilempang bertubi2 oleh wanita itu...kecuali wanita itu bini anda..
dan kecuali wanita itu mmg suka tayang tetek dia...@ wanita gediks
eheheheehehe...

Friday, June 11, 2010

Tindakan Individu yang mengalami stress;

1) Menunjuk reaksi perasaan – mudah marah, agresif, kecewa, hampa, suka-duka bersilih ganti
2) Gemar menyindiri
3) Mengalami gangguan fikiran – kesukaran memahami perkara baru
4) Sukar membuat keputusan @ menyelesaikan masalah
5) Kurang kreativiti
6) Pelupa
7) Mengalami perubahan perlakuan – sukar hendak tidur
8) Merokok (owh rupanye ramai org stress di dunia ni..lepas makan je aku tgk ramai yg 'stress'...sbb ramai yg suka hisap rokok selepas makan...makan pun stress...bangang...amik sebijik perkataan bangang tuk perokok, sbb ai mmg benci kpd perokok...sape yg smokers tu..nak maki aku dipersilakan...sbb mmg word tu sesuwei tuk anda..)
9) Makan berlebihan @ tiada selera makan
10) Lewat melakukan sesuatu
11) Berubah perlakuan memandu


(aku nak letak label 'luahan' kat sini..bukan 'pengkongsian ilmu'..sbb buat entry dlm keadaan emo kepada perokok yang tidak menghormati org sekeliling...tgk la nanti...aku MAKI terus je org merokok di kedai2 makan...tanpa segan silu aku nak kata 'boleh tak jangan merokok disini, ini bukan kedai awk, kalo kedai awk pun..lepas ni saya akan ajak kawan2 jgn datang makan disini...boleh?')

ai dpt info ni dari blog dia : sekian...tima kaceh...

'Mama, sayang la papa'


semalam masa aku ada keje skit kat kedai..bawak la anak2..kebetulan my laki nak main tenis...so xpe la ai bawak...sekejap je..

masa dalam kete....boleh plak anak teruna aku cakap mcm ni...

'mama sayang la papa'

aku tanya la...kenapa abg danish ckp mcm tu (sambil kerut dahi...mana la plak dia dpt ni)...

lepas tu dia jawab lagi (skrg pandai menjawab)...

danish : 'ye la...mama marah papa...papa nangis'

aku : bila plak mama marah papa, papa nangis

danish : ada dulu (suka guna dulu dulu) mama marah papa, papa nangis dah

aku : ye ke? (bila plak org tua ni nangis2 depan anak aku ni? ciskek tul org tua ni)

danish : mama, papa sayang mama...mama sayang la papa ye.(dia ulang lagi)

aku : ye ye, mama sayang papa, sayang abg danish, sayang baby..

tiba2 tak lama lepas tu....dengar lagu ni plak kumandang....dendangan Ning Baizura....


Chorus:
Mama jangan lupa Papa sangat sayang Mama
Walau terlalu lama Papa bersama Mama
Papa jangan lupa Mama sangat sayang Papa
Walau selalu Mama marah marahkan Papa…Mama sayangi Papa


Read more: http://www.liriklagumuzik.co.cc/2010/05/lirik-lagu-mama-papa-ning-baizura.html#ixzz0qVRwUBG0

aku rasa dia belajar dari lagu ni la....dia pun ikut nyanyi lagu ni...mcm hafal je...ish

owh anak anak...semakin besar....semakin tak caya....dia sudah membesar....

Thursday, June 10, 2010

Bicara kes Bunuh Syafiah

korang ikuti tak perbicaraan pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Safari 4? ala anak kepada teman wanita nya itu la...berlaku pada 25 Februari lalu...

KELMARIN 8 jun 2010,selasa.... kalau korang perasan....saksi keenam pendakwaan berkata ' pemandu teksi berkenaan dilihat memijak perut dan menyepak bahu kiri seorang budak di padang Batu 30, dekat Batang Kali pada petang 25 Februari lalu hanya kerana KANAK-KANAK ITU ENGGAN MEMAKAI SELIPAR.'

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keranaselipar/Article/index_html

SEMALAM 9 jun 2010, rabu....pula..saksi ketujuh pendakwaan berkata ' abg mat (pemandu teksi) naik angin selepas kanak-kanak itu tidak mendengar arahan supaya kembali membaling bola yang disepak ke arahnya. ....................... abang mat kemudian minta balik bola, tetapi budak itu diam menyebabkan abg mat terus sepak bola yang dalam pelukan kanak-kanak itu. budak itu terus terpelanting. kemudian abg mat menyeret tangan budak itu selepas melihat kanak-kanak yang terpelanting berkenaan enggan berdiri semula seperti di arahkannya. dalam keadaan itu, budak itu hanya mampu menjerit kesakitan apabila abg mat mencampaknya ke luar padang. dia kemudian tarik tangan budak itu supaya bangun, tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula. abg mat suruh budak itu duduk sebelum dia bertindak memijak perut dan menyepak bahu kiri kanak-kanak itu.

http://www.hmetro.com.my/articles/AbangMatsepakdikotakpenalti/Article/

korang perasan tak apa perbezaan? risau aku kalo bercanggah keterangan saksi...agaknye terlepas la orang yg bersalah...walau terang lagi bersuluh dia yg menyepak2 budak tu....ramai saksi...tapi bercanggah sedikit keterangan...boleh mengundang bahaya disitu...huhhhhhhhh

aku plak yg risau...

maaf aku mmg jenis perhati setiap bait kata2...sbb tu kalo korang ckp sesuatu perkataan yang boleh mengundang seribu persoalan pun...aku leh berfikir 'di luar kotak akal'....

Terapi untuk Kurangkan Ketagih Rokok

aku ada baca petikan tuk terapi bagi penagih rokok ni..tapi bukan tuk dewasa...cis...
tapi terapi tuk budak ye...sebelum ni kan kecoh budak 2 tahun di jakarta ketagih rokok..sambil main sambil merokok...fuhhh caya la dik..tak tau tahap mana dah jantung hang tu....adik ke apa? taraf anak dah ni...

berita lanjut nye spt aku copy paste dari berita kegemaran aku... www.hmetro.com.my

JAKARTA: Seorang budak Indonesia yang ketagih merokok kini hanya menghisap 15 batang rokok sehari selepas menjalani terapi yang mengalih tumpuannya untuk bermain.Ardi Rizal, 2, mengejutkan dunia apabila muncul di Internet bulan lalu dengan dakwaan merokok 40 batang rokok sehari selepas diberi rokok pertama enam bulan sebelum itu.

Ardi turut dilapor mengamuk jika dihalang merokok.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak, Seto Mulyadi berkata, pegawai melaporkan Ardi tidak merokok terlalu banyak jika mereka bermain dengannya.

“Terapi itu membantu Ardi mengurangkan jumlah rokok dihisap setiap hari dengan drastik.
“Kami memberi Ardi pelbagai permainan supaya beliau melupakan rokok,” katanya.
Terapi turut mengaitkan rokok dengan pelbagai perkara negatif.
“Lebih mudah merubah Ardi berbanding remaja yang ketagih rokok,” kata Seto lagi. - AFP