Monday, June 14, 2010

FADHILAT BULAN REJAB

Reminder…1st Rejab bersamaan Isnin (14 Jun 2010)
Renung2 kan & Selamat Beramal…
*
FADHILAT BULAN REJAB
Bulan Rejab kembali lagi yang akan menemui kita umat Islam pada hari Rabu bersamaan 24 Jun 2009 (1 Rejab 1430 H). Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.
*
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
*
-Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
-Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
-Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
-Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
-Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.
-Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
-Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
-Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
-Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
-Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
-Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
-Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
-Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

*
-Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

-Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
*
-Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.
*
-Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.
*
-Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
*
- Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
*
- Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
*
- Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

to be continued

9 comments:

myQza said...

Terima kasih info.
Smeoga kita sama2 memanfaatkan bulan Rejab!

Ena said...

Thanks ye asha...

ena dah ingat jumaat lepas.. tapi terlupa pulak dah start arini.. huhu... maka terlepas la fadhilat di hari pertama.. sob sob sob..

ardinihumaira said...

^__^


dni nak mula puasa sunat minggu depan sebab minggu ni tak boleh puasa hehehe ;p

LYaFRINA said...

lya.. start hari ni pose direct.. sbb plus dgn nk ganti y bln pose thn lps..lys skitkn time tu.. sbln x pose

~aSHa~ said...

alhamdullillah..ramai dah start beramal..

aku? bila plak? ehehehehe tau buat entry je

{ e'mie } said...

hehe..tq zidah..aku dah start puasa ari ni..sempena 1hb rejab bulan islam..harap2 aku bley buat..biasalah, first day nak puasa ni..berat skit ler..tapi takper..aku buat jugak..ikhlas...

ACT Malaysia said...

thanks atas info......insyaAllah akan gunakan sebaik2 mungkin dlm Rejab ni.banyak kelebihan dia,,,

~aSHa~ said...

malu aku? ramai rupanye dah berpuasa..aku je post entry tapi tak buat...ehehehhehehee

Ain said...

thanks sharing sha....

boleh la ganti semua puasa dalam bulan rejab ni kan....