Wednesday, June 2, 2010

fikir di luar KOTAK ke fikir menggunakan OTAK?

gambar kotak dari google..

Apa itu thinking out of the box atau dalam bahasa Melayunya berfikir di luar kotak? Ia ialah satu pemikiran yang lain dari yang lain dari yang sepatutnya biasa orang fikir. Semasa kita menghadapi sesuatu masalah kita jangan terlampau gopoh untuk menyelesaikannya melainkan kita sudah membuat perancangan yang teliti dan dengan berfikiran di luar kotak dapat menjimatkan kos dan tenaga sehingga berjuta-juta seperti 2 kes di bawah ini.

Kes 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke ruang angkasa, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar (dakwat tidak akan mengalir ke bawah)
Untuk mengatasi masalah ini, mereka membelanjakan USD$12 juta. Mereka membangunkan sebuah pen yang bekerja di graviti kosong, terbalik, dalam air, di hampir semua permukaan termasuk kristal dan dalam pelbagai suhu dari bawah titik beku kepada lebih daripada 300 darjah Celcius.
Tetapi apa yang Russia lakukan?
Mereka menggunakan sebatang PENSIL!


Kes 2

Kisang di kilang kosmetik yang besar di Jepun kerana masalah yang mereka hadapi kerana terdapat kotak sabun yang kosong, tercicir dimasukkan sabun dalam kerja operasi pembungkusan. Syarikat menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli bekas sabun yang kosong.

Pihak syarikat menganggap serius perkara ini dan pengurusan merekameminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cepat.

Jurutera bekerja keras untuk memasang mesin sinar-X dengan resolusi tinggi, monitor diawasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang berlalu di atas line.

Tapi ketika salah seorang pekerja di sebuah syarikat kecil menghadapi dengan masalah yang sama, dia tidak masuk ke dalam komplikasi X-ray, dll tetapi sebaliknya keluar dengan penyelesaian lain.
Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu.Ini bermakna setiap kotak sabun akan melewati kipas dan kipas itu akan menerbangkan kotak kosong keluar dari barisan!



Moral cerita: Selalu mencari penyelesaian mudah. Merancang penyelesaian paling mudah yang menyelesaikan masalah dan jangan menganggap masalah yang besar itu perlu diselesaikan dengan cara yang besar juga!

15 comments:

Nurzairul Isma said...

alamakk.. bile bace cerita asha.. rasenye saya pon belom fikir mcm tu..padahal jln penyelesaian nye cukup mudah.. hahaha.. tak terfikir pon... ni guna otak pon tidak, di luar kotak pon tidak.. malas fikir.. hahahaha...

E.d.Y said...

KOTAK fikiran sudah kene seal..huhu

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

otak tepu...malas nak mikir skang...

Farazila said...

hohooh..yeap...ekceli keputusan atau penyelesaian hanya lah mudah dibuat tp bila merasakan masalah itu besar membuat kn otak lighat utk berfikir dgn menggunakan alat2 yg canggih gitu

..nOj.. said...

hehehe memang slalu camtu. kalo ade masalah, mesti ade penyelesaian yg senang n susah. kna pk lebih masak baru dpt yg pemikiran luar kepala hotak tu

ardinihumaira said...

setuju kak.. hehe... dni kekadang duk cari penyelesaian sesuatu masalah tu jauh2 padahal yang jalan dekatnya ado... mungkin blurr masa tu.. hehe

MUKA CEMNI FAHRIN AHMAD BERKENAN TAK?

mamalieyna said...

herm...betul3x...

tengok gmbo kotak ni, teringat kotak pindah randah baru2 ni, camni la...hehe.. =P

Ena said...

hehehe..


sangat setuju..

mcm juga mencarai penyelesaian utk mengelak jem.. naik la motor.. tapi kalau hujan lebat tetap basah walaupun sarung baju hujan.. tapi sampai cepat ke rumah..

manakala naik kete.. tak basah.. tapi sakit hati sbb lame sangat stuck!! kalau gune manual lg la.. cramo terus kaki.. huhu..

so? suka hati la nak naik yg mane?

Eh? ada kene mengena ker erk ngan n3 nie? hahah

{ e'mie } said...

betul cakap ko tu zidah..aku setuju..kengkadang ada jalan penyelesaian yang mudah..tapi kita anggapkan masalah besar perlu diselesaikan dengan cara yang besar jugak..sebab tu kita perlu minta pendapat orang lain jugak untuk menyelesaikan sesuatu masalah...

fikaryna said...

betul la ckp asha..bila ada masalh besar..nak setel pun mcm kena pk kuat2..caru jalan yg besar2 jugak..tp sebenarnya bole setel dgn mudah jer kan..

muhasabah..

.:fyzz:. said...

aku suka ngan point 'berfikir luar dari kotak'

sesuatu masalah jika tiada jln penyelesaian akan ada jaln lain utk digunakan...dont give up..plz stand up pls stand up..(ingt tak zidah ..masa menari2 lagu tuh kt uitm jengka di hati dulu heheheheheh..

~aSHa~ said...

nurzairul --> marilah kita merangsang berfikir...

Ery Farieha said...

berfikir di luar otak?
ehh hahaha

Hafiz Ismi said...

hmm.. kadang2 kita tak terjangkau.. bergantung pada tahap IQ seseorg..

izzatt said...

SOALAN BOCOR MATEMATIK UPSR,PMR,SPM 2010 KLIK SOALAN BOCOR MATEMATIK