Tuesday, June 22, 2010

Obsessed!!!





arini terlewat bangun gara2...lepas bertenet di alam maya...aku singgah plak ke siaran tv....ye ar..takde org tgk bola...so aku amik kesempatan di atas peluang yang diberi kan....



so aku berminat nak berkongsi satu cerita yang dah banyak kali diulang tayang di 411..tapi aku je kot baru tgk...OBSESSED...pelakon utama, Ali Larter, Beyonce Knowles, dan Idris Elba.


apa yang aku tertarik pada filem ni bukan la pada pelakonnye...tapi cara 'penyampaian' nya hingga buat aku rasa tertarik nak tgk sehingga jam 2.45 pagi...dan apa yang aku rasa menarik nya nak cerita dan kongsikan disini adalah tentang isi kandungan cerita nya yang benar2 aku tertariktime aku dah tgk tu dah lewat sedikit..so aku mulakan dari yg aku tau je ye...


Derek (Idris Elba) ni berkerja di sebuah syarikat yang besar dan mempunyai jawatan yang agak besar. Dalam masa yang sama ada seorang pembantu wanita bermana Lisa (Ali Larter) yang sangat meminati Derek ni.....Derek dan Lisa ada jugak la berchatting walau satu pejabat...tapi bagi Derek itu hanya biasa2 je...sebagai kawan...tapi bagi Lisa...tidak...dia sangat² teruja dengan Derek...malah mcm2 imaginasi seks dia bayangkan dengan Derek dia catatkan dalam diari walau perkara itu tidak berlaku...


semasa party Krismas, Derek ada meraikannya bersama rakan2 di pejabat...masa ini la Lisa amik kesempatan mengoda Derek...sedang Derek menari2 bersama rakan² pejabatnya...lisa cuba mengambil tempat menari dan bergesel2 untuk mengoda Derek...bila Derek rasa kurang selesa...dia minta pulang ke rumah dan sebelum tu singgah ke tandas....Lisa mengekori Derek ke atas dan semasa peluang yang ada...Lisa cuba mencium, mengoda dan meraba Derek...


hebatnya hati Derek...dia menolak2 Lisa...dan kata...dia sudah ada isteri dan family...jangan nganggu dia....(dalam hati tertanya ada ke lelaki kat dunia ni tolak 'ikan' mcm tu, siap di rayu, dibelai, digomol lagi...ahhahahahhahahaha) dan selepas Derek menolak Lisa, dia pulang ke rumah dengan hati yang terlalu marah dan geram dengan sikap Lisa...sampai di rumah terus dia memeluk isterinya, Sharon (Beyonce) dengan mimik muka yang penuh rasa kesal atas apa yang berlaku sebelum itu...padahal dia dah menolak sekeras2nya..tapi air mukanya mengambarkan...kesal atas tindakan Lisa tersebut.

sehari selepas itu...lisa dan Derek bekerja seperti biasa, Derek berasa agak lega bila lihat Lisa bersahaja seperti tiada apa yang berlaku antara mereka....tapi sangkaan dia sekejap je...semasa pulang, di car park....semasa Derek masuk ke dalam kereta, Lisa terus meluru masuk ke tempat duduk penumpang hadapan....terkejut Derek dan terus menghalau Lisa keluar....tapi Lisa tidak endah..malah membogelkan diri (nampak bra dan panty sahaja)....Derek mengamuk dan menutup baju Lisa...Lisa pun kata...'jangan kamu kata tiada apa2 berlaku antara kita pada party krismas lepas'...Derek kata, 'memang tiada apa yang berlaku, dan tiada apa perasaan pun antara kita, i love my wife, my family and my career...' dan dengan garangnya...Derek menghalau Lisa keluar....mata Lisa terus berair kerana sedih cinta taksubnya tidak kesampaian....

pada malam kejadian...Derek cuba untuk mengceritakan apa yang berlaku di pejabat kepada isterinya, Sharon...tapi kebetulan waktu dia mahu memulakan cerita, Sharon terlebih dulu meluahkan perasaannya tentang penceraian adiknya...terbantut Derek nak memulakan ceritanya.

beberapa selepas kejadian...Derek ada Mesyuarat dan pembentangan di hotel bersama rakan pejabatnya...tidak sangka Lisa yang berhenti kerja selepas kejadian di carpark menunggu Derek disitu...Lisa terus menerus mengoda Derek...dan meletakkan sesuatu ke dalam minuman Derek...oleh kerana ubat yang telah diberikan Lisa itu...Derek telah tidak sedarkan diri...tapi sebelum itu dia sempat nampak Lisa berada di dalam bilik....keesokkan dia tersedar dan terlewat pegi meeting...semasa dia tersedar..dia tidak berada dalam keadaan bogel...lengkap berpakaian ye teman2....

Semasa dalam meeting pun, Derek di ganggu lagi, kononnya isterinya datang ke hotel...Derek lantas keluar bilik meeting dan mencari isterinya...tapi bukan isterinya yang datang...tapi Lisa...dengan penuh godanya memberitahu...dia ke spa pagi itu selepas kejadian semalam...Derek mengherdik Lisa dan berkata...tiada apa yang berlaku malam tadi.

selepas kejadian Lisa mengambil pil (ubat tido kot) berlebihan dan terus tidak sedarkan diri..tidak sedarkan diri dalam keadaan bogel di bilik Derek...(dpt plak dia masuk..nampak sgt pengurusan hotel ini terlalu mudah percaya dengan org)

lantas Derek memanggil ambulance dan semasa di Hospital isterinya datang dan masa tu la dia tahu dan salah sangka...puas Derek menerangkan kepada isterinya..tapi Sharon tidak boleh lagi percaya pada Derek...semasa Derek di soal siasat oleh dektektif...dia mahu Sharon berada disitu dan dengar perkara sebenar...tapi Sharon semakin lantang marah bila dia tahu Lisa pengsan dalam keadaan bogel di atas katil Derek...

selama 3 bulan berpisah rumah, puas Derek memujuk isterinya...hari2 datang melayan anaknya....akhirnya isterinya mula memaafkan Derek...dia terlalu marah sbb Derek berahsia, sbb dia dah pesan..jangan berahsia antara satu sama lain walau benda tu pahit untuk ditelan....semasa mereka meraikan hari lahir Derek, Lisa telah datang ke rumah Derek dan telah menimbulkan kekecohan bila membawa lari anak mereka...sampai di rumah....Derek dan Lisa terus rasa terlalu marah bila melihat anaknya tiada di bilik...semasa Derek mencari anaknya...dia terjumpa anaknya berada di dalam kereta dan ada kesan ciuman di dahi anaknya...dia tau itu semua angkara Lisa yang dah mental..

sejurus kejadian mereka memasang alat penggera keselamatan....buat beberapa ketika...mereka berada dalam keadaan tenang sehingga satu hari...semasa Sharon hendak pulang meraikan ulangtahun perkahwinan ibubapanya...Lisa telah muncul di rumah mereka, dan nak dijadikan cerita waktu itu Sharon terlupa untuk mengaktifkan alat penggera keselamatan...lantas dia pulang ke rumah untuk mengaktifkannya selepas diingatkan suaminya supaya berbuat demikian..semasa dia tiba di rumah, dia terserempak dengan Lisa sedang beranganan di dalam bilik beradu mereka dan memakai pakaian Derek dan baring di atas katil beradu mereka sambil ditabur kelopak bunga mawar...

lantas Sharon menghalau Lisa....dan disitu berlaku la pengaduhan dan pengelutan antara mereka...

Akhirnya Lisa jatuh dari atas lonteng dan mati walau Sharon telah cuba selamatkan kerana tidak sampai hati melihat Lisa nak jatuh ketika itu...(sifat baik Sharon masih terserlah walau dia terlalu marah dgn Lisa yang dah mental dan terlalu OBSESSED itu)....

(oh panjang plak rumusan aku ni)

akhirnya one happy family bergabung...tamat......apa yang penting aku dapat lihat disini...

'sikap Derek yang bertegas walau digoda oleh wanita jelita dan seksi...dia tetap menolak dan berkeras tidak mahu menduakan isterinya walau isterinya tidak sempat kemas rumah, tidak sempat sediakan sarapan pagi2, waktu balik keje, isterinya kepenatan dan tertido, Derek tetap baik dan setia'

owhhhh Derek....ehehhehe

(actly sblm mlm tadi....aritu aku dah tertgk adegan yg last masa hUBby tonton, bila aku tanya dia...nape pompuan tu mati mcm tu, kawan dia ke? dia kata bukan...aku tanya lagi..abih tu sape?....dia tanak jawab...so smlm aku dah dpt jawapan...owh patut takmo jawab kan...pompuan yg mati tu pompuan yg nak ganggu rumah tangga orang rupanye yerk..)

sekian tima kaceh...

13 comments:

..nOj.. said...

aku tgk gak cite ni. tgk scene last masa beyonce pegang tgn ali larter tu masa nk jatuh. pastu dia jatuh atas meja tak mati, tetiba lampu plak jatuh atas dia. ceh.

watak lisa menggambarkan watak betina tua sundal tersebut weh. benci aku betina camtu

~aSHa~ said...

Noj --> ko tgk jugak ye scene last tu? aku mula2 tgk scene last tu la...baik ko cari tgk cite tu jah...lagi baik tgk bersama suami sebenarnya...boleh kita puji2 Derek depan suami...muahahahhahahahahhaha

LYaFRINA said...

"jangan berahsia antara satu sama lain walau benda tu pahit untuk ditelan"--> y ni mmg betul n harus kita pegang kalo kt sygkn rmhtangga kita.. if kt tlalu brahsia..tba2 tbongkar dah blaku salah faham dsitu..

apa2 pon.. baca cerita ni best.. n lya dh pernah tgk..tp sparuh jalan jer..

ermmmm.. ada ke lelaki mcm derek tu??? mybe derek ni org kuat agama/iman..

@juera said...

x de channel 411 kt umah..ekeke..so x dpt nk tgok..:D

~aSHa~ said...

lya --> derek ni org yg kuat hati nya...berpegang pada prinsip..setiap pada yg satu..bukan setia pada yg 4....betul tu lya...jgn berahsia walau pahit utk ditelan..akhirnya terbongkar semua..hancur setiap himpunan kepercayaan yg dibina..

~aSHa~ said...

@juera --> xdpt tgk takpe...baca rumusan pun dah lengkap tu...sampai maksudnye..

Echa said...

panjang betul rumusan.. takpe.. aku beli dvd je senang...

Ieda Al-Habsyi said...

alamak ka, ieda tak tgk lagi citer ni, dulu memang niat menggunung tinggi nak tgk tapi asik luper jer, seb bek akak buat entri ni, leh cari dvd, uhuhu! :)

Kniedaz said...

Ada je pompuan camni dlm dunia..macam la lelaki len takde

.:fyzz:. said...

LOR deris ngan ali lakon lam citer nih yer..hehehe

Zana said...

cam best je citer nih.....nk kena carik tgk gak lah...

Shifa said...

ingatkan last tu si lisa jadi hantu.. hehe..

aiDieNa said...

Bila dah obses macam² boleh jadi.. bahaya biler ada peminat yg obses nie.. obses penyakit jiwa.. sanggup buat apa sahaja walaupon membunuh... eiiiii.... jauhkan manusia² obses dari idup kami...