Sunday, June 20, 2010

Panggilan ‘bos’ untuk ketua kurang sopan

BEIJING: Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.
Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

Beliau terpanggil untuk menyuarakan perkara itu kerana penggunaannya kini semakin meluas dan digunakan pelbagai golongan termasuk penjawat awam kepada ketua jabatan, wakil rakyat, malah kepada menteri sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, lebih manis atau berbudi bahasa sekiranya panggilan itu ditukarkan dengan menggunakan panggilan Tuan untuk ketua lelaki atau Puan untuk wanita.

Presiden PPBMM Prof Madya Hashim Othman turut menyokong perkara itu dengan meminta masyarakat Malaysia tidak menggunakan panggilan bos kepada ketua atau orang atasan bagi membuktikan rasa hormat dan ikhlas kepada individu berkenaan.

Katanya, perkataan bos lebih sesuai digunakan sekiranya seseorang ingin memperkenalkan ketua mereka atau seseorang yang dihormati kepada orang lain.

PPBMM berada di China untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu di Beijing Laurel Hoteli. - Bernama
sumber : harian metro
disini..mereka selalu mengamalkan 'baik boh' atau 'ok boh' bermaksud 'baik bos'

11 comments:

Ain said...

akak tak pernah guna perkataan bos bila bercakap dengan bos.....

guna en. ..... jer.

Sitisifir10 said...

Saye, walaupun ada staff tak suka amat budak2 tu panggil bos...rasa mcm dah tua jek

@juera said...

bila kita pgil bos lg mesra rsenya..klu pgil encik cm skema jerk!china x sma budaya ngn org kita..^_^

sI tEDI said...

aku panggil 'cikgu'.

LYaFRINA said...

ermmmmmm.....
dah semua org panggil bos.. adik bos.. ank bos pon panggil bos kat bos.. kita y pkerja follow j la...

ermmm..mcmana tu..kalo tba2 paggil tuan kan.. xke gempaq????

LYaFRINA said...

x sebut BOH...
ta[i sebut BOS....

kecuali CILI BOH...
baru betuiiii

~aSHa~ said...

kak ain --> sy pun tak pernah guna....guna encik dan tuan haji

~aSHa~ said...

sitisifir --> ehehehe kategori bos yg tua2 je kot leh pangey gitu..

~aSHa~ said...

@juera --> ehehe k.sha keje kat putrajaya xde org pangey gitu..jbtn lain ada kot..tapi kat xxx xde dan tak berani...

cik juera, ulasan ni kan dari penasihat persatauan bahasa melayu dari malaysia...cuma time ulasan tu ada seminar di Beijing yang wei...

~aSHa~ said...

si Tedi --> mesti kamu cikgu kan?

~aSHa~ said...

lya --> ehehe org swasta biasa kot pangey bos bos...masa asha keje swasta gitu la...

lya...asha tgk dlm sms mereka2 ni...guna boh...'baik boh' atau 'bereh boh'