Thursday, July 29, 2010
Kepercayaan yang hilang itu lebih sedih...
Wednesday, July 28, 2010
RM94.20 aku bayar tuk barang yg hilang.
Hampir setiap hari diminta ke sini..
Tuesday, July 27, 2010
Kalau Dia Lemau...aku L jugak
Buku yang Telah diangkat, tiada apa yang dapat dibanggakan.
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untukmenutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Nisfu Syaaban
Sunday, July 25, 2010
Saman yg bertimbun2 tidak dibayar...
Friday, July 23, 2010
Thursday, July 22, 2010
Waktu Rehat : Pegawai² Berkaroake disana aku berkaroake sorang² disini
Hepi Bila Baca Entry dia ni dan Dapat Sms dia tu
jom ke kedai beliau..
Bila mood down jadi Hepi plak baca entry ini dan sms ini
so apa kess ek pagi ni...
ntah mood down tiba2...berfikir dan berfikir..tak tau apa yang aku fikir..drive pun khayal je...ntah apa yg aku cari...
dlm banyak fikir-fikir tadi..terkeluar perkara ini di kepala...skrg ni berbelanja sehari mesti rm50 ke atas...tak tau apa yang dibelanja kan...kalo tak masuk minyak, beli itu ini, makan itu ini, bayar itu ini..tapi hari2 mesti lebih 50 la..sbb hari2 duit 50 dipecahkan...
eh aku serabut ttg itu ke?
TIDAK...mmg tidak...duit aku masih ada simpanan walau arini sudah bergaji....duit comey @ duit baru @ duit 50 ada bendera malaysia pun masih ada tersimpan....
tak tau la pk apa...pasal org..aku yg sakit kepala..ciskek la..
owh berbalik kepada tajuk...pjg betul intro aku...uhuhuhuhu (nak luah apa di hati)
tadi lepas kawan2 tegur menegur walau ada letak ............... je..aku terus ke blog beliau...perkara biasa..ziarah kembali.....
ermmmm aku buat next entry la ye..sori...rasa sesuai buat next entry dan letak tag Terokai Cerita Blogger Lain
jgn marah aku menceceh sebegini rupa..ahahahaha aku buat tak sampai 5 minit ni next entry....sure
Wednesday, July 21, 2010
Percuma BMW untuk Wanita
Untuk makluman tuan/puan, SIDC (Securities Industry Development Corporation) akan menganjurkan Seminar B.M.W. (Bijak Mengurus Wang) untuk Wanita. Seminar ini adalah PERCUMA, dijalankan dalam bahawa Melayu dan terbuka kepada semua wanita mahupun lelaki yang berminat menyertainya. Minum pagi dan cenderamata akan disediakan untuk peserta seminar.
♥
Seminar akan diadakan pada 24 Julai 2010, bertempat di (sesiapa berminat aku akan bgtau tempatnye) dari jam 9 pagi - 1 ptg.
Monday, July 19, 2010
Soalan Dari reader digest
CERITA NYA: sekiranya satu pokok teratai ini diletak didalam kolam renang bersaiz olimpik menjadi dua hari kedua. Dua menjadi empat hari ketiga. Tiga menjadi enam hari ke empat. Berganda lah maksudnya. Didapati hari ketiga puluh kolam bersaiz olimpik ini penuh dengan pokok teratai.
Soalan: HARI KEBERAPA KOLAM INI ADA SEPARUH PENUH DENGAN POKOK TERATAI??
Sunday, July 18, 2010
update Lya...terkedu aku...korang tgk la...dan fikir..
Berfikir
kedua saya ingat/fikir nak buat rumusan buku atau, satu artikel...sbb ada Pegawai minta saya buatkan satu rumusan/artikel untuk disumbangkan ke Majalah Jabatan (jika dapat la saya buat..kalo tak dapat takpe, ramai lg org lain) ...ermmm saya ni tak bape nak pandai membuat artikel kalo diminta...kecuali dipaksa seperti exam atau kecuali mmg ia datang sendiri tanpa diminta...mmg otak ni tak leh diminta berfikir betul tuk mengarang itu bagai...tapi yang peliknye...kenapa bos sebut nama aku ye kat pegawai tu? adakah kerana dia sudah membaca blog aku? uish sangat bahaya tu....bahasa aku dalam blog ni adalah cacar marba sahaja...mutu penulisan sangat la fail
sekarang ada 3 buku untuk saya pilih....untuk dijadikan rumusan atau artikel
1) Pemikiran Keseluruhan OTAK
2) Belajar Berfikir
3) Kemahiran Berfikir
lepas ni agaknye boleh la berfikir secara rasional selepas baca buku2 ini...
selamat berfikir dan menimba ilmu ucapan kepada saya sdri.
tata...
Friday, July 16, 2010
Ada satu perkara berat aku nak cerita pasal Lya....
Thursday, July 15, 2010
Tabung Kami Bersamamu Lya
Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.
Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.
Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.
Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.
Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).
Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.
Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.
Terima Kasih ye kak ain tlg usahakan dana ni.
Selamat Pulang dan Kembali Berperang Malam Jumaat Ye Bang
♥♥♥
notakaki : sedang menanti kepulangan suamiku
hati hati di jalan raya ye
dss - KUTU RM50/BULAN
Bagaimana Kalau Suami Mati Kemalangan Dengan Perempuan Lain???
Wednesday, July 14, 2010
mau tapak kaki jadi comey?
Jenis Kereta Peringkat Umur
Aku cuba sangat tanak mengumpat tapi...
aku pelik dgn manusia ni sibuk perihal rumah tangga orang....tapi kata kat mulut ' aku tak campur hal tangga rumah orang, aku tak tau' itulah ayat yg biasa aku dgr la...bila la nak berubah kan?
cik mek, sori la aku plak yg emo..padahal ko yg emo kan? sbb dah lama dah aku perhati kan cik kak tu....ehehehehe....
tersentap gak aku..perihal aku sibuk nak cite.....ermmm perihal kamu yg dulu dan dulu ada kamu ceritakan jugak ke pada cik non tu? tak tau la ada ke tak kan...tak sangka 2 kali ye 'kejadian itu'....aku bikin sekali je ye cik kak..tapi tak kisah la...ehehehhe tiba2 amik kisah plak kan aku ni......hal lama buat apa nak cerita kalo benar2 nak insap?
ye ar sbb dia 'kisah' ttg aku...yg ayat aku terdengar dalam ala2 malas mendengar umpatan sekejap tadi...ada ke dia ckp 'aku tak percaya laki'....ermm tau je dia kan naluri hati aku...mesti dia scanner kan? atau xray mesin tu...ala lagi senang cik kak belah la dada ku ini...ko lihat la apa yg ada...uhuhuhuh
ye mmg aku tak caya laki aku 100%..so why? apa efek dgn kamu, cik kak? kamu nak percaya pada tunang/bf/laki kamu 100% terserah....kalo kamu duk cerita perihal rumahtangga org dont wori be hepi je la...org kata ayat2 itu akan makan diri sendiri...
oh berbalik pada percaya atau tidak laki aku tu ye...ermmm ye mmg la aku tak caye 100%...tapi maybe 99.9% kot tu mesti ada....laki aku kan hensem, body lak mcm org bujang, pandai lak berckp..tentu la disukai ramai (ayat mmg tak bleh blah dah ni..sbb geram kan) kalo dia tak ngorat org...aku sure org pun ada ngorat dia...tengok je la peserta2 kursus..suka amik gambo dgn penceramah..eheheh (aku tak pernah buat keje gitu..walau aku minat kat dato fadilah kamsah).....siap sms bagai..seme aku baca...ermm maybe ada tak sempat baca sbb delete kot...tapi tak pe la..aku rasa aku percaya bab itu....walau tergugat gak peserta2 kursus seme cun cun berlaka...sib baik laki aku ckp aku tak cantik tapi jelita...so sejuk la skit kan...
tapi laki aku pun ada gak ayat2 jeles dgn aku yg jelita lagi menawan dan tertawan ni..sbb budak2 student pun duk sms aku....ehehehehee...bukan budak student pun ada je makhluk lain...yg sms dia jeles...
so kami jeles2 sesama kami ni jadi mesra lagi ada la kot...kalo bertekak pasal kes ni rasanye sbb saje2 kot..takde modal...so amik modal jadikan isu...bleh bermesra...lepas bermesra bleh beramas mesra plak....ko leh buat gitu?
uhuhuhuhuhu arghhh kurang plak pahala puasa gini...
sabar ye sabar...
dlm try sabar tak sabar jugak akhirnya..tercetus jugak entry ni..
pls kalo aku berpuasa jgn ym atau call aku ajak umpat...ehehehehehheheehehe tiba2 je..
ajak makan ketupat lepas buka pose aku on je..
Bila Berpuasa Fikiran, Mulut dan hati pun kena turut berpuasa...
so oleh kerana arini puasa lagi, rasanye blog pun kena puasa la...dari mengutuk, mengumpat artis2....mengutuk pasukan bola sepak, jaja gambo memey tak pakai tudung ke......ternampak lurah dendam ke...so stop stop buat masa sekarang...
kurang nanti pahala puasa yang dihajati.....
aku kena belajar insaf betul2 ni,..kang mulut je kata ikhlas itu bagai.....tapi hati tak...kutuk belakang..apa cerita...uhuhuhuhuhu
ok udah udah..byk sgt membebel..kalo berpuasa kan kena kurangkan bercakap...aku menaip ni sambil bercakap tau...alalalalla...
☺
pemberitahuan : kalo aku bergosip sana sini tu mean aku tak pose la ye..
Tuesday, July 13, 2010
Kalo Tak Belanje dikira Tak baik la ye?
10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia
Kos: $200 Billion
Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, Ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan lebih 1.7juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupanya dianggarkan 400kali lebih dasyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada WW2. kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula. Maklumat lanjut: klik sini
2) Space Shuttle Columbia
kos: $13 Billion
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kpaal Columbia memakan jumlah $2bilion pada 1978($6.3bilion jumlah kini). $500 juta dibhabiskan utk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia. Maklumat lanjut: click here
3) Prestige Oil Spill
Kos: $12 Billion
Pada november 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige†membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangki nya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Spain. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tengelam ditelan laut menyebabkan 20juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung!!!!!. Maklumat penuh klik sini
4) Challenger Explosion
Kos: $5.5 Billion
Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring†dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. kos untuk replacing Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir 5billion dollars. Maklumat penuh: click here
5) Piper Alpha Oil Rig
Kos: $ 3.4 Billion
Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve†yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila button ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbajkar menyebabkan 167 Pekerja mati.
Kos: $2.5 Billion
Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan Bot dan Helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dasyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh exxon. Maklumat penuh klik sini.
Kos: $ 1.4 Billion
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh “Flight Computer System†dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move†menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.
Monday, July 12, 2010
Lya Sampaikan Salam Pada Anda Semua yang Mengenalinya...
update :
* dia dah sedikit segar sedikit...tapi aku nampak dia lemah jugak tu.
* dia tak boleh makan apa2....hanya bergantung pada air yang doktor bagi je...(bergenang mata aku bila tau gitu....skrg pun saat cite perihal dia)
* suaminya fain setia disisi...semoga fain sentiasa sihat ye..boleh jaga lya...
* kalo korang baik hati jom la sumbangkan trafik kat beliau..sbb sebenarnya dia memerlukan rawatan susulan..tapi dia tanak cite kat blog dia...biasalah rawatan begitu memerlukan perbelanjaan yg besar....dia mmg tak cite kat org...dia cite kat aku lama dah...bulan lepas kalo tak salah....maybe dia tanak simpati atau sumbangan dari korang....tapi aku rasa dgn sumbangan trafik kat blog beliau dpt membantu....betul tak?
* last msg beliau smlm buat aku tersentap jugak...uhuhuhu sbb dia ada sebut perkataan 'wasiat' dan bagi no pword sumthing......jgn gitu lya..kami semua doakan kamu...
aku tak cuba lagi bukan pword dia tu....uhuhuhuhu tak tergamak plak aku...tapi maybe aku boleh updatekan blog dia...ok?
jom jalan2 ke blog beliau DISINI
CiNTa iTu BuTa...
Ramalan Benar Berlaka, dan Makanya Sudah TAMAT
☺
☺
☺
ringkasan cerita
jangan jadi penjudi, jangan jadi perokok, jangan syirik kepada Nya..
dan yang paling penting World Cup dah tamat..bleh la aku kuasai benda di bawah ala² puteri dalam rumah lagi....yes yes yes yabeda bedooooooooooooo alalalalalla (sambil joget2 ni)
credit gambo untuk dia
Lya di ICU, pls pada sahabat yang perihatin doakan kesihatan beliau
Sunday, July 11, 2010
3 Hari Tidur
Thursday, July 8, 2010
Wei Korang Pegi Baca Blog Nizamsani...
korang belum lagi tgk entry2 dia yg pendek tapi leh buat org gelak walau kali ke3 baca
walau pun entry entry nye lucu dan mencuit hati...tapi penuh makna tersirat menyirat..ehehehe
member aku kata (nOj) dia ni maybe org seni atau jenis sastera....tapi cool
bagi aku dia ni mmg jenis cool..tgk ayat dia seme cool cool je...tapi lucu...kadang2 rasa nak cubit2 je dgn lawak2 dia tu...
tiba2 ptg ni ada sesi terokai blog member lak..
aritu si jardness ada buat entry tuk dia gak seperti disini
kalo korang rasa stress jom la baca entry ringkas beliau tapi mencuit hati..
Dia Curang dengan aku dalam FB
Wednesday, July 7, 2010
Dipaksa Bayar AIA (insurance)
geram aku..baru lepas bercakap dengan salah sorang agen AIA...
ada ke dia kata bayaran insurance polisi kemalangan aku tertunggak....
gile ke apa...bila masa aku amik insurance AIA?????????????? aku ada 2 insurance...buat apa tambah lagi...bengang aku..
aku tanya, saya tak sign apa2 lagi dokumen dari AIA yang telah diterima...baca pun tak lagi...sbb sy sibuk baca blog blog org je setakat ni...(yg last ni aku tipu je)
dia kata ada agen call aku, dan perbualan antara aku dengan agen tu direkod kan pada ketika itu. jadi tak perlu tandatangan, perbualan berekod tu boleh jadi bukti....tak perlu medical check up dan sebagainya....sambung dia lagi...
BANGANG ke apa? korang pernah ke beli insurance mcm ni?????????????
mmg aku cakap takde halus2 dah...aku ckp kasar2 dah...tgk la mcmane...sy baca dulu dokumen AIA tu sebelum saya bayar...
'dia so mcmana puan, bila nak bayar...boleh bayar sebelum hari jumaat tak...'
wah bertambah hangin aku ni...tanya bayaran plak...hissss seingat aku mmg ada agen AIA tu call..lelaki..sibuk pujuk2 aku....tau la mana dpt no fon aku...geram sungguh aku...masa dia bercerita hal polisi tu...aku tak dgr pun...aku buat keje lain...ahahahaha malas aku..pjg sgt...
then....dia tanya puan faham ke...aku cakap, 'mcm ni la yu anta la polisi tu, sy baca dulu nanti sy bagitau nak ke tanak'
then dia cakap 'kalo puan bersetuju, sy anta polisi tu'
gile ke...main terus terus bersetuju....aku malas layan aku ckp..yu anta dulu boleh tak..sy ada hal ni....lama sangat dah ni berbual..sy dalam bilik meeting...(padahal aku tgk blog..malas aku layan dia punye penerangan ttg polisi tu)
gile betul ni...camne aku nak buat ek?
aku telah diminta memeluk Kawan Pengkid
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Istilah pengkid mengikut perspektif bahasa melayu adalah perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja wanita, juga lebih dikenali sebagai Lesbian.Merungkai pengertian pengkid mengikut persperktif masyarakat melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikann sifat kewanitaan. Dan mereka juga mengalami kecelaruan seksualiti. Disamping itu juga, pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal. Golongan ini seakan-akan mempunyai bentuk tubuh badan seperti lelaki sehingga sukar untuk kita mempercayai bahawa mereka sebenarnya seorang wanita.
sekian cerita pendek
Setelah dijampi serapah akhirnya blogspotdotcom kembali pulih...
ha selepas komen terakhir dari fieza79 ajak jampi serapah.....akhirnya....blogspot kembali pulih spt sedia kala..tapi ada gak tak bape pulih...spt kat situ tertera ada 2 komen..rupanye ada 6 komen..
ermmmm takpe takpe...janji leh baca semua.....
thanx ye fieza jampi2....ai pun dah terikut puh kiri puh kanan ni..ahahahaha menjadi plak jampi tu....
suka plak terima komen yg 'suka suki nak komen apa'...ehehehe takde kena pk pk kan.....syok la jugak sekali sekala... leh cuba lagi...
ok pagi2 buta ni (1.45 am) tak dpt dah nak 'jalanjalanblog' sbb mata nak tutup dah ni....
kepada yang dah letak komen2 ni..insyaAllah 7 julai ai free...rabu selalu free skit..ehehhehehe..7 taun dah keje...7 taun jugak suka hari rabu...ehehehehe sbb bos meeting..
sblm tu nak wish hepi anibeseri nOj....070707....ermmmm dah 3 taun dah ko melayari bahtera merdeka......lagi 2 taun genap ke FASA 1.....ehehehe....semoga terus terus bahagia ye teman....
tarikh ko tu selain mudah diingat....aku mmg akan ingat walau dah 3 taun berlalu...
'tragis 060707...uhuhuhu bersaksi kan AlQuran....seorang lelaki telah bersumpah demi keluarga dan dot dot dot.....hanya yang Esa lebih mengetahui...'
peringatan tuk si dia....next ur turn...dont wori...dan jgn lari2...hukum karma akan tiba tanpa diduga....
(rasanye dia tak baca kot...maybe dia tak tau blog aku...tapi dia ada kawan penyampai yg bleh disampaikan kot.....uhhuhuhuhuhu)
adakah angka 7 itu ong bagi aku?
ok selamat ber'mood' blog kembali...
*dis is autopublish*
Tuesday, July 6, 2010
Komen akan muncul...
Glitterati Nuffnang : A Club Exclusive
1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.
♥
2) Terma Pembayaran
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.
☺☻♥ (code alt + 1, alt + 2, alt + 3)
ok to be continued
pis
Komen aku jugak ntah ke mana melayang2...
arini komen senggalsenggaldotcom kot...bukan di tempat saya sahaja..malah di tempat kamu, kamu dan kamu jua....
dni, kamu dah buat berkenaan entry ini kan..akak mau komen di tempat kamu mengatakan..akak pun serupa..sure akak rasa besok baru kamu baca.....
sekian, info ringkas dan pantas dari meja sy..
ermmmm n3 ni mmg betul2 segera....jarang buat n3 sebegini...
“ Berkahwinlah kamu, akan bahagia sebulan dan menderita selamanya”
♥Bila dah lama berkahwin (Lazimnya lima tahun), pasangan terutama suami dah mula bercakap kasar dan garang dengan isterinya. Tidak romantik seperti dulu. Lebih senang tidur di atas sofa berbanding katil bersama pasangan. Sentiasa lupa hari lahir pasangan dan hari ulangtahun perkahwinan. Apatah lagi hari bapa/ibu. Banyak kempen dibuat oleh pihak berkuasa untuk memugar kembali kasih sayang yang kian sirna ini. Antaranya ‘koho lamo koho saye’ (Kelantan). Bulan madu kedua (Terengganu). Sebanyak manapun kempen akhirnya terpulang kepada pasangan itu sendiri.