Tuesday, July 6, 2010

“ Berkahwinlah kamu, akan bahagia sebulan dan menderita selamanya”

owh itu bukan kata² sy tau teman²

itu,

Pepatah Arab yang mashyur berkata “ Berkahwinlah kamu, akan bahagia sebulan dan menderita selamanya”.

♥Bunyinya keras dan menakutkan !. Tetapi ia sebagai peringatan bahawa perkahwinan ini bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Bukan sekadar untuk seks. Mencintai isteri/suami bukan seperti cerita ‘Lagenda Budak Setan’. Kasih perlu utuh seperti sayangnya Zainuddin kepada Hayati dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der wijck (Karya agung HAMKA -1938). Silap panduan rumahtangga yang sepatutnya jadi syurga (Mawaddah Warahmah -Surah arRum 21) akan jadi neraka kelas bawah!.
♥ Bila bergelar suami/isteri baru kita kenal karektor sebenar pasangan. Kita tidak boleh berlakon dan bertopeng macam Cicak Man lagi. Kesilapan pertama pasangan ialah dia rasa tertipu, kenapa pasangannya tidak seperti yang dikenali semasa bercinta dulu. Lazimnya setiap pasangan ini berbeza karektor. Jika isteri pendiam, suami banyak mulut. Jika suami pemarah isteri seorang yang cool. Inilah seni berumahtangga/parenting skill. Bagaimana kita nak mengharmonikan perbezaan ini ?. Pertamanya perlu kepada perbincangan yang telus dan jujur dari hati. Macam proses perolehan jugak la. Jika pasangan tidak boleh dibawa berbincang maka tunggulah saat kehancuran !.

♥Bila dah lama berkahwin (Lazimnya lima tahun), pasangan terutama suami dah mula bercakap kasar dan garang dengan isterinya. Tidak romantik seperti dulu. Lebih senang tidur di atas sofa berbanding katil bersama pasangan. Sentiasa lupa hari lahir pasangan dan hari ulangtahun perkahwinan. Apatah lagi hari bapa/ibu. Banyak kempen dibuat oleh pihak berkuasa untuk memugar kembali kasih sayang yang kian sirna ini. Antaranya ‘koho lamo koho saye’ (Kelantan). Bulan madu kedua (Terengganu). Sebanyak manapun kempen akhirnya terpulang kepada pasangan itu sendiri.

ceramah free ini dibuat khas oleh seorang ustaz...ok kan ayat2 dia....

4 comments:

..nOj.. said...

nk komen ape ek? jap ek aku pikir

Unknown said...

ustaz sempoi, kalau ceramah camni best la nak dengar, hehehe!

A N A K - A N A K K U said...

hehehe tol tue alam y kiter x boleh nk patah balik @ nyesal, bkn melibatkan 2 perasaan jer tp lebih...kene tgk semua keadaan sekeliling..hope rumah tangga kita akan kekal bahagia wlpn pelbagai rintangan....
p/s masalah besar dlm rmah tangga y leh wat kehancuran bila kiter ade mslh kewangan....kn

A N A K - A N A K K U said...

hehehe tol tue alam y kiter x boleh nk patah balik @ nyesal, bkn melibatkan 2 perasaan jer tp lebih...kene tgk semua keadaan sekeliling..hope rumah tangga kita akan kekal bahagia wlpn pelbagai rintangan....
p/s masalah besar dlm rmah tangga y leh wat kehancuran bila kiter ade mslh kewangan....kn