Tuesday, July 27, 2010

Buku yang Telah diangkat, tiada apa yang dapat dibanggakan.


tiada apa yang dapat aku banggakan bila buku amalan yg lepas sudah diangkat ke sana....sudah terlewat untuk ku tangisi untuk membersihkan buku-buku...SEPERTI membuat assignment last minute dan tanpa menyemak dan membetulkan mana yang salah, menambah apa yang kurang......terus di hantar ke pensyarah....sob sob sob...biarlah rahsia hati sendiri yang tahu...mahu dicerita tidak terungkap...jadi melayan perasaan sendiri lagi enjoy...


sedikit sebanyak tentang apa itu Malam Nisfu Sya'aban...., thanks miemiey...ai baca kat blog yu last nite


Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.


Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untukmenutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:


1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersbt dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Apabila aku melihat demikian aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu drpda kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seprti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban.

Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.

"Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

aku dapat dari miemiey

12 comments:

ardinihumaira said...

sayangnya, dni tak berpeluang puasa pada hari ini :'(

Fieza79 said...

n3 pertama yg fieza baca pg ni...thnaks asha..

~aSHa~ said...

dni --> me too...

~aSHa~ said...

fieza79 --> tq dear..sudi singgah hari2..

miemiey said...

tak pe laa sya..kita sama2 baiki kesilapan yg lalu./.arini detik ni buku yg baru diturunkan bersihkan dgn amalan kebaikan..allah maha pengampun dan masih ada kesempatan selgi nyawa dikandung badan..miemiey pun sama walaupun berkesempatan menikmti mlm tu tapi masih ada rasa diri ini kekurangan..huhu..

myQza said...

org selalu ckp, brg yg lepas jgn di kenang.
tapi kaunak kenang juga.
kenang untuk perbaiki diri
kalau lepas2 selalu terburukkan org, buku yg ini nak kurang sedikit demi sedikit :))

Ain said...

alhamdulillah sempat jugak akak puasa semalam walaupun pose ganti....

♥cikmOt♥ said...

huwaa...tak pat pose ari ni...bendera merah...rugi..rugi...

Kniedaz said...

tapi saya tak puasa hari ni :(

cheqna said...

dop pose gok..huhuhuhu

LYaFRINA said...

lya bila mmikirkan zaman study byk gk y myesal..tau nk suka jer.. hehehhehe.. suka buat last minute..tp sib baik result semuanya 3.0 ke atas..

lya tau.. tp x daya nk bpuasa .. sygnya... mcm thn lps..ramadhan, sbln x pose sebab sakit kena masuk wad n lebih teruk drp sakit bru2 ni.. harap sgt ramadhan kali ni dpt bpuasa penuh n berada d rumah. merasai nikmat bbuka..

asha...lya xtau nak kata apa..btapa btuah kenal asha.lya terlalu mhargai kehadiran asha dlm khdupan lya. lya dh selesa dgn asha smpaikn satu rahsia y hanya family, doc, & flizz star y tau lya curahkan pada asha. maknanya..lya sgt2 percaya pada asha. terima kasih krn sudi bkongsi duka dgn lya..lya xtau nk blas mcmnana. walau skejap jumpa smlm.. tp lya puas bila dpt pgang asha. lya rasa sedikit lega bila dh luahkan sikit...

Nurzairul Isma said...

thanks berkongsi ilmu..