Tuesday, July 6, 2010

Mike Tyson dah pegi Umrah...Aku bila lagi???


Tyson menangis di Raudah

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.
“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.


Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

aku dpt dari : http://www.hmetro.com.my/articles/TysonmenangisdiRaudah/Article/

khas tuk diri sendiri : kamu tu bila lagi mau pg umrah...kumpul duit, tapi tak byk2..ceh

16 comments:

myQza said...

Syukur Alhamdulillah.

InsyaAllah.
ada rezeki kita nanti :))

Nurzairul Isma said...

insya Allah.. ader rezeki kite pegi nnt...

♥cikmOt♥ said...

bos aku tahun ni p haji...tetiba jek kan...hehehe

~asha~ said...

tedi --> amin....semoga kita dpt pg..

~asha~ said...

nurzairul isma --> amin lagi sekali...ada rezeki kita buat rombongan ke sane..

ratna said...

dulu ada dengar gak yg kata dia ni islam..tp akak ingatkan itu main2 jer..rerupanya betul dia islam yer..

LYaFRINA said...

alhamdulillah.. kita y islam sejak azali bila lagi?? tba2 timbul keinsafan dlm diri..

Fieza79 said...

syukur alhamdulillah...da rezki kita pulakk..

Unknown said...

insyallah mungkin rezeki kita nanti ek kak asha :)

..nOj.. said...

rukun islam ke5 tu. itu pun jika berkemampuan. tu baca perkataan kaler merah yg diboldkan tu. org yg baru masuk islam pun takut pd Allah. kte ni yg sejak lahir dh beragama islam, kt mulut je mengaku takut. tp mcm2 dosa buat. hurrmmm

ardinihumaira said...

sama2 kita kumpul duit untuk ke sana kak, InsyaAllah tak lama lagi tu ;)

~aSHa~ said...

test tu saje je...sbb tadi sy dah balas komen tu tapi hilang...


tedi dan nurzairul isma --> semoga ada rezeki tuk kita kan....amin

umilia said...

tula..tak taula bile dpt pegi..tp Allah lebih tau..mungkin DIA tgk kite ni tak besedia lg dr segi fizikal mental rohani dan jasmani..

A N A K - A N A K K U said...

jom...hehehe teringin gak, nk g sane....insyaAllah rezeki kiter ker sane nnt

. said...

Niat dah ada tu.
Tak lama lagi la tu.

mffzone said...

tu la jelous betul

semoga aku juga akan diizinkan oleh allah utk kesana

AMINNNNN!!