Tuesday, August 31, 2010

top up hari ini percuma panggilan 53 minit


kepada pengguna X Pax...bersempena Hari Kemerdekaan ni...Celcom menawarkan 53 minit panggilan percuma dan 53 MMS percuma....


wah hebat....bersempena dengan 53 tahun kemerdekaan negara kita, negara Malaysia...


tapi syaratnye:

Reload minimum rm30 hari ini sahaja...


(jadi apa tunggu lagi..kepada pengguna tegar xpax..sila dapatkan no topup ...hari ini sahaja tau...esok takde dah...)

Sah untuk pelanggan Xpax,, U.O.X dan S.O.X

pelanggan akan menerima pemberitahuan melalui sms serta bonus pada 1 September 2010.

bonus sah untuk 24 jam bagi nombor dalam rangkaian sama

aku dah buat...jadi anda tunggu apa lagi....

Monday, August 30, 2010

Kami Juara Kuiz Ramadhan


arini ada kuiz ramadhan di pejabat kami....bertanding antara rumah sukan...

wah rumah biru menjuari pertandingan kali ini....caya la beb...

seronok kuiz tadi...banyak soalan adalah berkaitan dgn Islamik la, terutama sejarah2 zaman Nabi...bersempena dgn bulan yang mulia ini.....tapi aku ni kan tak bape nak terror sgt....sib baik ada rakan serumah biru tu pengetahuan agamanya tinggi...kalah rumah kuning, yg ahlinya ada bersekolah di tok jiring...ehehehhe

di samping kuiz, kami ada kan juga cabutan bertuah...wah tak sangka ramai ahli dari pasukan biru yang dapat hadiah cabutan bertuah...mmg ong la biru arini...rezeki ramadhan

petang ni kami ada program lagi...Party Tupperware... ehehhee jom join...ada cabutan bertuah jugak....doakan sy dpt barang tupperware ye...tima kaceh


kalau gambar yang kami amik tadi sempat di upload oleh jurukamera kami...ptg nti sy tepek kan...riang je gambar kami, mcm tak pose...ehehe dpt hamper makanan lak tu...

Sunday, August 29, 2010

Bagi aku Lagu Raya ni Penting Jugak

bagi aku yang takde la kemaruk sgt dengar musik ni....tapi time2 gini rasanye lagu raya tu penting jugak untuk menaikkan semangat perasaan berkobar..begitu jugak pasukan bola ke apa ke..mesti nak ada lagu kan kan kan nenek kan?

(ye aku tau....mengaji, tadarus dan tarawikh tu LAGI penting.... )

selain lagu ada lagi beberapa perkara yang boleh menaikkan semangat raya seperti shopping baju raya, kuih muih raya, kemas mengemas rumah, main bunga api, merian buluh, bakar lemang di malam hari dan pelbagai lagi la...kat kampung aku, malam2 kami berborak sampai jam 2-3 pagi, kami adik beradik jarang jumpa, sekali juma macam2 la yang nak dikongsikan di malam raya sesambil bakar lemang atau kemas rumah...

jadi korang suka aktiviti yang mana???/ aku suka shopping....ehehehehe tapi pitih kurang, gediks

Aku Benci Cicak


Geram betul aku dengan binatang bernama cicak ni...bukan takat geram...benci dah ni...hari2 kena pikirkan soal cicak merayap sana sini...menyusahkan betul...smlm masa balik dari kampung..bukak peti ais...sekali aku ternampak cicak ada melepak dlm tu...alahai geramnye...ingatkan selama ini letak makanan dlm peti ais selamat dari cicak..rupanye tidak...


jom hapuskan cicak....

Dalam agamapun digalakkan kita hapuskan cicak.

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).
ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as
iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)




PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)

Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.

Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.
Cicak juga ada sikap jahat ( dengki ). Situlah tempat sujud solat witir , situlah jadi tempat favorite dia berak. Jika situ tempat kita belajar, situlah yang dipilih jadi jamban terbukanya. Jika situ tempat letak makanan dan minuman, situ juga tempat dia bom dari atas. Sekarang kedapatan spray untuk menghindari cicak daripada menghuni rumah, agak berkesan kerana saya pernah menggunakannya. Tapi pastikan jangan spray di atas sahaja, kerana selepas itu, cicak-cicak di rumah saya berjalan di atas lantai sama macam kami sekeluarga. Agaknya gayat dah bergayut kat atas syiling.

Kenapa ada cicak di rumah?Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.

++ TIP (1) ++ Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.

Kenapa ada serangga di rumah?Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.

++ TIP (2) ++ Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.

Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!

++ TIP (3) ++ Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.

2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.
++ TIP (4) ++ Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.

3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
++ TIP (5) ++ Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.

4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

++ TIP (6) ++ Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.

Akhirkata

Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.

sumber dari sini

Thursday, August 26, 2010

Cuti VS Shopping

apdet ringkas
ari ni aku cuti
cuti sebab nak suping kelengkapan raya ngan si anak dara
hehehe...
sekian, laporan ringkas...

Wednesday, August 25, 2010

Kena Beli Yang Wajib Dulu, Tapi tadi yang tak berwajib plak datang dulu

ermmm tadi tanak keluar duit pada hari gaji spt biasa, BERJAYA....tanak transfer duit hari gaji pun BERJAYA
tapi tak berjaya nye apabila digoda oleh rakan sekerja....seme ini pengaruh rakan sebaya...untuk ke tempat di bawah, saya tak pengaruh ye..mereka pengaruh saya...

pusat pakaian hari hari...eheheh bleh plak aku cari pakaian raya kat sini ni, ehehe....kawan2 dah ajak tadi...aku pun join sekali la...baju tido pun aku cari...tuk raya pun ada jugak yg elok2 apa...bukan sogo atau supermarket atau anakku saje pilihan ku..di sini pun moleh what....

oh nak bagi tau kalian semua....kalo anda beli barang dalam 180 ke atas...anda berjaya mendapat hadiah2 spt payung, cd lagu, angpau dan beg....wah wah....tadi kami dpt 2 payung...ehehehehe hoyeiiiii dah byk koleksi payung aku...

gambar payung dapat tadi tak dpt nak upload ye..fahami la aku ketika ini...ehehe...

oh ye kat pusat pakaian hari hari ni....ada offer kerja tau..kalo ai rasa tak cukup duit nak balik raya...ai keje situ la kot..sejam 5.50..ha lumayan tu....ai sendiri tak mampu nak gaji pekerja sebanyak tu tuk sejam...keje ni dari 1.8.2010 sampai 12 september 2010....ada mau?

----------------------------------------------------------------------------------------

ok itu sahaja maklumat ringkas ye en hUBby...ehehehe tadi ai pg situ...tak abis 180 tu..ehehe sbb ai kongsi dgn kak maizon...so yu tanya kak maizon bape habis..then yu tau ai bape habis...alalalalalalalallalla....duit ai pinjam kak maizon..sbb ai tak keluar pitih lagi...ahahahahahha

baju yu takde yg ai berkenan kat situ, tuk danish pun tak bape nak berkenan sgt...tuk baby dgn ai je..sori la ye bang...muahahaah

yu kan high class...erkkk?

Mesti Jem arini


arini mesti jem line maybank2u, market², shoping complex, BANK BANK.......ermmmm mesti penuh sesak kan? ramai jugak ni ke SOgo...eeheheh sib baik den dah pg sblm puasa...selamat la skit dari keadaan penuh sesak kan..

gambar dari blog dia

so aku je la duk sini terperuk makan megi....eh makan megi plak....buat keje la...ehehehe...nak bayar bil2...idak la arini di m2u mesti susah la nak transfer byr sana sini sinun.....nak pg bank tuko pitih raya pun idak kot....nyesal gak tak tuko smlm je....hissshhhh nampaknye takde pitih raya la prepare taun ni kot...ahahahaha....kalo ada pun yg ada dlm simpanan..duit 'cantik²'...duit cantik2 ni aku simpan yg duit masih baru²...aku suka simpan duit gitu..sayang nak guna....kalo duit yg dah lunyai ke apa ke..cepat je aku perhabihkan...erkkkk gitu pun ada kan...

so korang buat apa di sana sinun.....buat keje ke pg shoping complex??????

Tuesday, August 24, 2010

Terima Kasih Teman² Yang Sangat Perihatin


Terima kasih kepada teman-teman yang budiman...yg banyak bagi sms, emel, ym tentang gambar baju tuk anak dara sy.....khas tuk baju raya kononnye ni...siap tlg google kan...actly ai dah try google..tapi ntah la tak jumpa lak..jumpa2 dah SOLD OUT tuk yg 3 years...tima kasih la tlg luangkan masa


Saya dah try book kat satu tempat ni...takde lagi feedback..insyaAllah ada la kot tu nanti...


Terima kasih ye teman2....uols mmg best...


sori tak reply komen, tapi ai reply 'kunjungan hormat' kan?...becoz duk ralit baca entry2 korang la....tak smpt nak komen..eheheheheee



Boleh ke Gambar ini dipamerkan di Bulan Puasa???????????

Riang je Mereka Berdua ni kan...puasa ke idak?
kejadian adalah sebelum puasa ye...ntah pesal ini je la gambar yg ada skrg ni...kamera aku belum dioperate lagi....snap tu boleh..nak transfer tu nan boleh lagi....sian kan aku..nak beli baju raya anak pun tak lepas lagi...ini kan pulak nak ganti kamera cap ayam aku tu...sian tul...

Lemau Betul Apa Yang Dihajati Tidak dapat²

beberapa hari ni puas aku cari, belek, usha sana sini sinun, baju di bawah...

osh kosh baby T, 3 years -- i love dad

tuk abg danish, aku dah dapat beli kat ismaniaga.blogspot.com tempoh hari.... i love mum...tuk baby je tak dpt lagi....

ada sesiapa yg boleh tlg aku? baju nak buat raya ni..ehehehe ni je la baju yg ada ni...ehehhe..kalo takde...takde la baju raya tuk baby aku nanti kot.....

so kepada sesiapa yang tolong bagi link untuk mendapatkannya...aku bagi 5 bintang....bintang dah la..duit raya ke, baju raya ke biskut raya ke...akak ni tak mampu nak bagi...moleh cenggitu?

(sbb tu la blog tak berupdate...lemau)

Sunday, August 22, 2010

Kejadian di PaRam

Danish : Mama nak kuih...

Mama : abg danish nak kuih apa?

Danish : nak kuih 5 seringgit!

-----------------------------------------------------

Di dalam kereta...


Mama : Abg danish puasa tak?

Danish : Puasa la (sambil mengunyah kuih apam berwarna warni)




eheheehhehe ala2 nizamsani lak entry ni

Friday, August 20, 2010

Jutawan Dalam Masa Sebulan!!!!!! Percaya la

"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat!

Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala


Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00 Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00 Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

(dpt dari emel, yg baikdisebarkan, yg tak baik diam² kan...kan?)

Thursday, August 19, 2010

Kami Serumah Ye...

Kami dah BANCI
anda sudah dibanci?????? tempat kami dibanci ketika semua penghuni kuarters takde...pg kursus di luar kawasan....



so kami mengambil inisiatif banci dibuat di lain masa dan berkumpul ramai².....


taraaaaaaaaaa sudah dibanci...


eh, kami setempat keje dan serumah ke???????? eheheh

Dengan RM2 buka puasa

Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.
SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2. Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air. Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin. Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara. "Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya. Restoran ini menggunakan konsep layan diri.


Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2. "Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran. "Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa. "Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2. "Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya. Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.


"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan. "Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar. Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang. "Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6. "Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan. "Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. "Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.


Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. "Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu. "Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak. Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang. Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. "Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga. "Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.


----------------------------------------dari emel--------------------------------------------
siapa yg dekat2 tu pergi la terjah ye.....ai jauh ni...di tepian laut...

Bonus 2010


Tahun ni dengar ura-ura takde bonus ye...ehehehehe sahih ke..insyaAllah betul tu.....


jadi peruntukan lebih duit raya takde la ye adik², anak².....ahahahaha


ada ke takde ke bonus tahun ni 2010, nasihat ai yg ai pinjam dari seorang member ni...


janganlah merancang perbelanjaan masa depan dengan duit bonus....

itu kan bonus.....

kalo tak dpt, rancangan mcmane???????????????

bonuskan pada diri sendiri, ada lebih... simpan ke mana tau ada terdesak nanti atau 'bonus' kan la pada yang memerlukan....lebih afdal

Wednesday, August 18, 2010

apa kess suram je

ha apa kess arini suram je kan......tgk muka kat atas tu..hodoh je kan...

pagi tadi dgr ceramah agama skit....thari pg melawat kawan...dia ada breast cancer....nnti kalo senang dan lenang aku share apa yg aku dpt dari dia...kutip pengajaran dan pengalaman supaya diri terus gagah untuk teruskan kehidupan...

Tuesday, August 17, 2010

Imam Muda Nuri Temani Kami Berbuka Puasa

Akhirnya dapat jugak gambar imam muda nuri ni pada ptg2 begini..puas aku menunggu dari jurufoto profesional kami.....

terima kasih pok arip...bagi gambo adik angkat member sy ni, rupanye dia ni anak kepada kawan offimate kami....
Imam Muda Nuri memeriahkan majlis berbuka puasa kami dengan bacaan ayat suci Al-quran.
kami dtg lewat, so dpt tempat duduk hujung2 je...dekat dgn singki...mudah nak basuh tangan anak byk kali....
anak² mana????????

owh mereka kalo dah jumpa kawan seangkatan taska tu....takde makna nak duduk dgn kita...ntah kemana time ni...tapi kawasan tu still di dalam pengawasan bangunan ni lagi...berkunci bagai la


tamat majlis bergegas ke surau untuk mengerjakan solat maghrib, isyak n tarawikh yang diimani oleh Imam Muda Nuri la..
----------------------------------------------------------
maaf aku tak snap gambo sendiri..lagipun kan aku pernah dah cite..kamera aku tu tak leh di baca oleh pc2 di sini...hanya seorang pakar je boleh buatkan...tapi dia selalu sibuk...lagipun malas la aku beria nak snap2...smlm saje je gimik konon nak amik gambo..tapi bila kamera tu tak memuaskan hati aku...mood taraaaaaa mariiiiiiiii ar nak snap2 sana sini bagai...uhuhuhu...


Monday, August 16, 2010

Undi la Saya

hi aunty2, makcik, kakak2, maklong,makngah,makde,makteh,maksu, atau paklong, pakngah, pak apa sahaja la....

kalo kesudian meh la undi sy ye...di link ini http://www.majalahpama.com.my/extra/info.asp?sec=undiadk&whichpage=3&pagesize=16
untuk menyertai pun klik saje di link tersebut...untuk anak2 yg berumur dari 2 - 7 taun ye..
tarikh tutup tidak dimaklumkan...dia kata akan dimaklumkan bila2 sahaja..
30% undian melalui web dan 70% undian dari pengadil.
ok jom klik ramai2 dan undi la sy, muqri' danish
terima kasih semua..
-----------------
ni semua terpengaruh dari mama danish n sarah la ni...ehehe... jom undi adik sarah yg comey jugak...

Barang Elektrik Paling Famous di Bulan Ramadhan

Selain mikrowave orang cari di bulan ramadhan sbb nak perhangatkan makanan di kala sahur...
benda di bawah jatuh di tempat no. 1 jugak orang cari2....so sale untuk oven di merata² di kala bulan ini
time ni la, masing-masing nak tunjuk bakat terpendam, tapi tahun ni seperti taun lepas...aku simpan saje...guna pun tuk bakar kek je...biskut raya tak dan nak buat...
seingat aku last aku buat kuih raya time aku preknenkan anak dara aku tu la...ha itu la yg terakhir sekali buat biskut raya....tahun ni pun tak berhajat dan tak usha2 resepi biskut raya pun...
barang di bawah ni bakal menjadi milik teman ini,
hang jangan lupa pos mai skit biskut raya nahhh....
wah ramai member aku dengarnya berkenan kan oven yg seperti di atas ni...
mujur aku punye, free, aku rompak yg mak aku punye..aku tau mak aku tak guna punye kalo aku n adik pompuan aku takde di rumah....so siapa la nak gunakan..so aku secara tidak sengaja rompak saje depan2 dia..ehehehehe....oven mak aku tu rasanye dah berumur lebih dari 10 taun...rasa ada kot 15 taun..lama kan..jenama apa aku lupa...balik kang boleh cek kalo siapa mau tau....
so taun ni seperti taun2 sudah..beli je kuih...setiap jenis kuih aku beli 3 bekas...
mmg tiap taun la gitu....beli kuih 3 bekas tuk setiap jenis..
1 tuk aku, tuk mak n tuk mak mentua..
adil kan....
*
tapi tuk aku tu bukan habis pun...mana ada org dtg raya sgt...
kalo kawan2 dtg, aku masak benda2 skit..so kuih raya di rumah aku mmg tak bape nak laku...
sekian laporan aku di bulan ramadhan
ermmm this is 1st n3 aku buat laporan ttg ramadhan....
dan setelah hari ke6, baru la terhegeh2 nak wish, (apa kess...kes closed..agaknye la..)
*
Salam Ramadhan Buat Semua Readers, Follower mau pun Silent Readers


Imam Muda Nuri Bakal Memeriahkan Majlis Kami...

Gambar peserta (dari kiri): Miril, Nuri, Taufek, Adib, Syakir, Azhar, Asyraf, Abe Syara, Aran dan Hizbur.

Tarikh: 16 Ogos 2010 (Isnin) Bersamaan 6 Ramadan 1431 Hijrah

Masa: 6.15 petang


Tempat: xxxxxx


Sehubungan dengan itu, Tuan /Puan beserta keluarga adalah dijemput agar dapat bersama-sama meraikan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh ini. Semua warga xxxxx adalah diminta berpakaian Kebangsaan (Baju Melayu dan Bersamping) bagi Lelaki dan berpakaian sopan bagi Wanita. Antara tetamu jemputan kita ialah IMAM MUDA dari rangkaian ASTRO (Imam Nuri) yang akan memperdengarkan bacaan Al Quran dan Azan dan juga akan mengimamkan solat Tarawikh.
Segala perhatian dan komitmen daripada Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
jemputan ini bukan tuk anda ye...entry ni khas nak bgtau imam muda Nuri bakal datang ke sini..insyaAllah...tunggu ari esok....
so mlm ni bersiap2 charge bateri kamera cap ayam tu..nak snap gambo imam muda Nuri bersama anak dara ku...
eh...boleh ke gitu?
aku tak jumpa gambar imam muda nuri duk sorang2..
so korang telek la sendiri ye mana satu dia...

Sunday, August 15, 2010

Jangan Cepat Menilai

nogha aku amik dari entry mu ni..

"Muflis dari umatku akan datang kelak di hari Kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh dan memukul orang. Maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum dibayar kepada orang2 yang dizaliminya maka diambil pula dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan pula kepadanya. Kemudian dia dilemparkan keneraka membawa dosa dirinya sendiri dan juga dosa orang yang pernah dizaliminya dulu..."


dan umilia, aku amik kata² kamu dlm komenan di n3 nogha...

'tak patutla..td pun aku dgr ustazah tv3 ckp tak baik kite mghukum org hanye sbb dia tak betdg..tak betdg tak smstinye org jht..lg pun islam sndri tak memaksa kite..biar atas kerelaan dan keredhaan sndri..dlu pun aku tak betdg gak..sume ni kene ikhlas..hm..manusia2..tak leh tgk org sng la.. '

kesimpulan yg dapat jangan la menilai org dari luaran je....

PESANAN : kepada yang berumur kurang dari 18 tahun anda adalah dilarang untuk terjah ke blog nogha, blog dia khas tuk yg kepala ting tong mcm aku je...so yg tak ting tong takyah la singgah jugak.....

Thursday, August 12, 2010

Mari Kongsi Sedikit pada Yang Memerlukan..

rakan bloggers sekalian
Ingat lagi pada insan ini???????
kenapa dengan beliau??????? semuanye bermula disini
semakin kurus kan dia...nampak lebih berusia dari usia sebenar beliau...
baca sedikit petikan dari blog beliau...


Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”

Hadith Riwayat Muslim

Huraian

1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.

2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.

3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 017-6188691
berasal dari kampung guchil jalan bayam, kota bharu
saya harap anda dapat menilai sendiri....seorang ibu yg memerlukan bantuan demi anak2nya..
seorang insan yg ditinggal suami kerana berpenyakit...
pendpat sy insan yg jahil dan kerdil dlm agama ni..
sedekah kepada yg memerlukan sgt2 la besar faedahnye...
dari 'sedekah' kepada yg suka membazir dan tidak menghargai pemberian kita...
sedekah la dgn ikhlas kerana Nya...spt memberi dgn tangan kiri, tangan kanan tak tau...
tambahan arini di bulan Puasa...bulan yg mulia..
bukan niat beliau untuk minta sedekah dgn kamu, kamu dan kamu...
kepada yang sudi dan perihatin...dipersilakan dan dialu2kan...
kepada yg menceceh atau melabelkan apa² tentang insan ini atau blog ini dibelakang...dipersilakan beredar dari blog ini...
hubungi la beliau jika anda memerlukan apa2 persoalan atau ingin menghulurkan bantuan terus kepada beliau...

Wednesday, August 11, 2010

Harga Emas Semasa

ini adalah harga terkini...11 ogos 2010


Jom kira-kira harga emas...mana la tau berkira-kira tuk pakai raya nanti kan....tak pun tuk buat hantaran....uhuhuhuhu siapa la tu kan....

nota: tiba-tiba rajin tgk harga emas semasa lak kan...uhuhuhu...actly smlm masa amik anak²...amik sekali gelang anak yg servis kat kedai emas member...tarikh servis tu 7 Mei 2010..itu lah tarikh terakhir balik ke kg di pahang...3 bulan tu tak balik kg...jiran renovate umah baru kat depan umah mak pun tak tau....uhuhuhu...anak² angkat di kampung tu cat batu tanda kampung pun tak tau...berseri dah kat sempang tu...ermmmmm

"You help me, I help you"

saling membantu...

Tuesday, August 10, 2010

.:Meh Kongsi Petua:.

ok ari ni aku cuti. banyak perkara yang perlu dilakukan. so di kesempatan yang ada ni, aku nak kongsi beberapa petua dengan korang di luar sana.

1. Bagi menghilangkan lebam yang kebiruan, ambil sedikit kunyit hidup dan gosokkan pada tempat berbatu. Kemudian, letakkan di bahagiann lebam.




2. Bagi menghilangkan kesan karat di baju, ambil belimbing buluh dan sapukan pada kesan karat serta biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas seperti biasa.
sekian, selamat mencuba..

Sunday, August 8, 2010

Dengan Klik Sahaja pada Facebook kita turut sama menjadi Pembunuh Orang Palestin di Gaza


Dah lama nak buat topik ni...tapi arini nekad nak buat jugak selepas berfikir berkali²'
untuk pengkongsian semua mana yg baik dan buruk..;)


sebelum itu baca di kedua2 link ini


link satu

link ke dua

(kedua-dua link ini dari blog ini)

kita semua tahu, facebook sentiasa support yahudi dari segi kewangan untuk membeli peluru yang membunuh saudara islam kita di palestin. Tidak rasa bersalahkan anda kerana terikut taktik yahudi untuk menghasilkan wang berbillion-billion melalui pengguna penggunanya..ye saya tahu...byk lagi produk2 hasil dari yahudi.....selagi boleh kita elakkan, elakkan la kot...kalo tak dpt jugak, sebab terpaksa menggunakannya..mungkin ia boleh dijadikan alasan untuk sebab yg munasabah...
aku setuju juga pendapat aizbatucampur yang telah dibuat dalam entrynye seperti DISINI
kata-katanye buat aku tertarik 'aiz fikir jangka masa panjang sehingga kita pula dibunuh.. How i know? Sebagai pemain chess, aiz tak pernah berfikir pendek.. kerana berfikir pendek hanya akan menemukan aiz kepada maut.. Checkmate.. So, aiz nak ajak u all berfikir lebih jauh dimana kita akan dibunuh.. Jika u all pemain chess, mesti u all faham strategi tersembunyi yahudi..'
ye hidup ini ibarat pemain chess, setiap langkah bersebab...bertujuan...dan berstrategi..
jangan la anggap aku memboikot facebook...atau mengajak uols sekali..
tapi sejak dari awal lagi (penglibatan aku sejak 2008)...aku mmg dpt rasa...facebook takde kebaikan sgt selain menghubungkan kawan2 lama dan baru....uhuhuhu kalo mau berhubung..byk lagi cara lain kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..........ini pendapat aku...
sekian terima kasih dan selamat berfacebook..

Friday, August 6, 2010

Sakit Lutut???


Salam pagi Jumaat...


Untuk mengurangkan kesakitan lutut, ambil beberapa helai daun pudina. Ramas dengan bedak sejuk. Sapukan pada lutut dan balut untuk beberapa lama.




selamat mencuba

petua dari sms m/w

HALALKAH GAJI KITA JIKA LAYARI INTERNET DI WAKTU LAPANG & TAK ADA KERJA???

Assalamualaikum,

Bersama-sama ini dikongsikan sedikit renungan di pagi Jumaat ini untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja, OlehZaharuddin Abd Rahmanhttp://www.zaharuddin.net/<http://www.zaharuddin.net/>

Saya merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat yang agak besar. Saya terlibat didalam bidang "development" produk. Masalah yang saya hadapi ialah jika tiada produk baru yang dikeluarkan maka kerja saya pun akan berkurangan sehingga kadangkala boleh dikatakan sampai tiada kerja langsung.Waktu tiada kerja ini kadang kadang mencecah berminggu-minggu.


Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.

Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.
*
Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.

Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.


JAWAPAN

Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.

Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام

Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)

Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.

قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)

Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.

Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.

Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-


1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.

Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.

2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.

Ulasan : Antara kerja sebegini konsultan, penterjemah dan sebahagian Pensyarah di Universiti. Yang mana mereka dikehendaki menyiapkan tugasan specific dalam satu tempoh yang diberi. Pensyarah contohnya dikehendaki mengajar dalam jam tertentu manakala baki waktu adalah untuk melakukan kajian dan mendalami ilmu berkaitan dengan bidangnya, bagi menambah kepakaran dirinya. Bagi konsultan, menyiapkan tugasan specific ini mungkin tidak dihadkan oleh sesuatu jam tertentu. Tidak kira berapa lama jam diperlukan untuk menyiapkannya, pembayarannya telah ditetapkan lebih awal. Tatakala itu, sekiranya konsultan dan pensyarah ini melayai internet sekali sekala bagi mebuat kajian, menenangkan fikiran dan apa jua yang tidak bercanggah sama sekali dengan sifat kerjanya. Menurut pendapat saya, gajinya tetap kekal sebgai halal dan harus.
Bagi penterjemah dan sepertinya. Apabila habis terjemahan yang dibuat, tiadalah gaji diberikan untuk waktu-waktu lain. Gaji berdasarkan projek dan tugasan tertentu sahaja. Melayari internet dan berehat dan seumpamanya bagi petugas dalam bidang ini juga tiada masalah, kerana gajinya dibayar bukan berdasar masa tetapi tugasan yang diberikan. Jika kerja dapat disiapkan segera, tentunya dia bakal perolehi pendapatn yang juga segera. Jika dia banyak menghabiskan masanya untuk layari interent, lambat pulalah gaji dapat dinikmati.

3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.

Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.

Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.

Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.

Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.

KESIMPULAN

Justeru, melihat kepada soalan tadi, tidak boleh dinafikan sama sekali, sebahagian tugasan boleh disiapkan lebih awal dan sementara menunggu tugasan baru, tiada kerja specifik yang diperolehi, ketika itu pada hemat saya kes saudara tergolong dalam kategori ketiga ini. Tanggungjawab saudara di ketika tiada kerja adalah perlu sentiasa ada di tempat kerja, bagi memastikan kiranya terdapat kerja, ia boleh segera disampaikan. Dengan itu, anda sudah dikira melaksanakan tugasan. Namun sebaiknya, sebagaimana disebutkan di atas, masa tersebut dimanfaatkan untuk meningkatkan kepakaran diri agar boleh dimanfaatkan oleh majikan dan umat seluruhnya. Termasuklah di dalam hal tersebut, menggunakan waktu kosong untuk meningkatkan ilmu Islam dan ketaqwaan kepada Allah.
Tiada sebarang unsur haram berlaku walau banyak masa di habiskan dengan rehat dan melayari internet asalkan sahaja ia semuanya tidak menganggu tugasan utama dan sampingan yang dipertanggungjawabkan. Manusia bukanlah robot yang mampu untuk setiap inci dan saat bekerja. Justeru, rehat mereka dalam tempoh yang berpada pada hemat saya masih tergolong dalam takrif ‘KERJA' kerana kerja yang baik dan berkualiti adakalanya memerlukan tubuh dan minda yang fresh atau segar. Dalam konteks itu, rehat amat diperlukan tetapi jangan terlebih rehat sehingga termasuk di dalam bab ‘curi tulang' dan tidak efisyen di dalam pelaksanaan tugasan. Wallahu'alam

petikan ini dapat dari emel..sama2 kita manfaatkan mana yg elok.

Thursday, August 5, 2010

Kronologi Semalam

Selepas update2 semua bagai semalam...baca komen2 uols..tapi tak dpt nak reply/maklumbalas, tapi sempat baca la...ehehe gelak2 kecik la aku tgk komen korang...arini gigih nak reply ni.....insyaAllah...tapi bergegas nak ke kenyir dah ni..tgu abah je...bukak tampalan luka anak dulu...

semalam (4 ogos 2010) bermula dari jam.......

1.00 ptg : rehat, terus chow ke kedai, beli hadiah2 hari lahir tuk kakitangan jabatan, seramai 33 org....dan nak cari dgn bajet yg ciput, tapi brg yg ok...ehehehe mmg sukar la skit jadinye..tak jumpa lagi di kedai pertama...

1.30 ptg : singgah kedai, (wajib tghari)....bagi duit kat pekerja (supervisor) nak suh byr duit sabun, lori sabun dari KL sampai smlm...tgk2 mana patut...jumpa kawan seangkatan dobi, dia nak bagi quotation tuk dot dot dot...dirahsiakan..., dia pun nak tumpang beli sabun...

1.45 ptg : bergegas ke kedai peralatan pengantin..baru jumpa hadiah2nye....

4.30 ptg : balik umah jap, nak tuko baju sukan, sbb ada 'shakey hour'....wahhhhhh nak bershake shake la ni..

5.00 ptg : punch card, berdesup ke taska (abg takde kan..dia cuti, uruskan hal kereta yg ke3 di KL---> lega dah settled)

5.15 ptg : sampai di pejabat semula, ready nak shakey shakey....wah gediks jadinye...dgn anak2 aku bershakey shakey ni

6.30 ptg : balik umah, mandikan anak² sambil tu buat susu, masuk kan kain kotor disitu sini, asing mengikut warna dan jenis.

7.00 ptg : mandi, kemas2, solat

8.00 mlm : bergegas ke kedai, tapi singgah kedai pak mat dulu, beli coklat, biskut tuk anak2 nak makan dlm kete...bersepah la kete lagi..

8.15 mlm : wah terkejar2 dah ni...sampai dobi amik kain2 untuk di hantar ke hotel, (aku dan anak2 je....selalu kalo pekerja ada 2 org..aku bawak sorang, kalo mr.hUBby takde...tapi smlm yg sorang lagi ada hal, tunang dah tunggu depan pintu).....

oh ye sambil aku drive ulang alik dgn anak2 ni..jgn ingat mudah ye....sambil drive..sambil bukak kat plastik biskut coklat mereka tu...mmg mencabar kalo bawak mereka tanpa suami....itulah keje aku kalo mr.hUBby outstation....

8.30 mlm : gerak ke hotel dah...(bawak yg kotor ke dobi)

fyi, anak2 seakan paham...bila aku ckp...lampu hijau...so tak leh nak tlg bukak kan coklat...siap ckp...'ala dah jalan'......kalo lampu merah, cepat2 hulurkan coklat...tapi si adik...kurang mengerti skit kalo sebut lampu merah, kena benti, lampu hijau kena jalan...time drive2 jugak dia suh tlg bukak coklat...mmg menduga iman betul

9.00 mlm : ada kakak tokey tupperware tunggu aku, nak bagi set tupperware..alahaii...(actly aku tak niat pun nak serius tupperware...ingat nak jadi ahli sekadar tuk aku nak beli, atau kawan2 nak beli..amik je la kad aku kan....tapi akak ni selalu ajak aku secara serius dlm tupperware..akak sy tak smpat kak wei..tapi aku layanzzzzzzzzz je la setakat yg mampu)

9.30 mlm : selepas tgk2 hasil perniagaan...aku dgn anak pekerja bergegas ke suatu 'tempat' nak amik langsir2, comforter..yg bykkkkkkk...ada lagi tak amik ni....


10.00 mlm : selepas semua sudah sesi mengangkut...pulang ke rumah....

10.13 mlm : cik abe aku tu sms kata, dia kat sg ular...mean dah dekat la nak sampai...dlm 20 minit...time ni tanya nak makan apa....uhuhuhu dah jam 10 lebih..aku makan roti je la kot...tak selera dah nak makan nasi ni....baru tersedar kan...dari tghari tak makan nasi...thari sblm tu aku makan pisang goreng bersama rakan²...pagi je makan berat skit..

10.15 mlm : sampai umah biasa la, angkut brg2 dari kereta spt coklat, beg kecik itu ini, kemas skit kete...anak2 nak susu, nak tuko pampers, yg ni nak tu, yg tu nak ni..perkara biasa la dgn anak2..

11.00 mlm : sedang aku mengemas 'sumthing' suami pulang....uhuhuhu..dia plak tlg kemas 'sumthing' tu, dekat jam 12.30 baru siap

dah habisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss


sekian terima kasih ye

Wednesday, August 4, 2010

Minggu ni ke Tasik Kenyir...


minggu ni aktiviti seterusnya adalah pergi ke tempat di atas....selepas shoping di minggu lepas...
(gambar shoping harap maaf tak dpt upload...ada jenis komputer je leh baca kamera tu..ehehehehhe....dia bz lak tu)
aktiviti wajib...KEM EKSPLORASI MINDA
kem ini lebih ke arah ilmiah sedikit..
salah satu pembelajaran adalah belajar solat jenazah insyaAllah
(tak tau nape..rasa gerun dan takut je sebut jenazah..takut wei mati...)
nanti kena buat rehearsal solat hajat...wah sape la jadi 'mayat' agaknye ye? kita lihat siapa yg kenaaaaaaa
lagi? belajar cara2 solat dengan betul
(ish kira mcm kem khas tuk budak² nakal je kan? bukan bukan....ini semua kakitangan wajib pg)
tak salah kan kita mempelajari dan terus mempelajari ilmu...mean kita asah lagi ilmu..mana la tahu sepanjang usia 21 tahun ni (21 konon) tak betul cara solat...sbb tu byk je masalah..ehehee
next??? tak tau lagi...tapi yg pasti ke arah ke agamaan skit..bagus la tu sempena nak sambut ramadhan ni..bersih2 kan hati...mana tau agaknye dia suh hafal yasin...beberapa baris yg awal bleh la..hgga ke hujung belum cukup arif lagi..
lagipun jbtn kami takde kursus dah sepanjang minggu ini hingga la lepas raya baru ada
so bagi can plak kami berkursus
asyik mengursuskan org je kan...
pis no war
---------------------------------------------

Belanja tuk Sebulan 3 angka je?



masuk sekali je tapi tuk semua ke?


uhuhuhuhu...tuk entertain takde ke? entertain tu kira nafkah la kan? ehehe
tuk henbeg CR?????????????
inilah perkara wajib semasa dpt gaji...transfer duit, dan si isteri menguruskan yg urusan penting...
aku ni mmg rajin menguruskan bil bil di hujung bulan on time, tak suka tangguh²...
kalo harap mr.hUBby...dia boleh tlg...tapi bil yg dia dapat tu kena cari dulu la mana dia letak di ofisnye...ehehehhehee....
haishhhhhhhhh
wanita ni mmg penting rupanye dlm hidup suami..



Tuesday, August 3, 2010

Hero aku mmg Hero

dah nak petang baru terhegeh hegeh.....
ehehehhehe

Baru-baru ni...anak teruna aku @ hero aku, telah mengalami kemalangan kecil di taskanya....
Dengan pantas cikgunya membawa hero aku ni ke klinik kerajaan...

Lantas aku dan suami terus ke klinik tersebut...

Di bawah kejadian di klinik...
MA tu bercadang nak jahit kan luka itu..mmg patut kena jahit skit..dia kata satu benang je ni...

dalam jugak lukanya...nampak isi tu?
tapi oleh kerana aku kenal anak teruna aku ni macamane...mmg susahnye nak jahit, dan kebetulan stok tu 'gam' luka di klinik kerajaan tu habis...maka kami bawa dia ke klinik swasta, sbb kami tau dia mmg susah la nak jahit..ada jarum yang patah kang..so toksah cari nahas...cari la jalan mudah walau menggunakan sedikit wang..... (masa kat klinik kerajaan tu, dia diam je kan..sbb cikgu taska ada...time kami datang.....takde diam nye dah...)
taraaaaaaaaaaaaa dah siap ditampal luka di klinik swasta.....
oh ye masa nak tampal luka ni pun, ingat senang ke???????? doktor tu disepaknya oleh hero aku ni...bertuah sungguh la....doktor tu ada suggest ubat tuk budak hyperaktif...ermmmm dia ada cite...ada budak tu hyperaktif sangat, cerdik...dari kelas khas (budak cerdik) ke kelas biasa....haisshhh doktor, apa maksud tu..mean dari otak yg cerdas jadi kepada otak yang biasa² ke? takmo la gitu doktor.....aku pun tak sempat bertanya lanjut kerana hero aku mengamuk sbb marah dipegang kaki dan tangan ketika nak tampal luka tu....
hero aku mmg seorang hero la...(chaittttttt)...walau sakit tu masih ada...tapi tunjuk jugak keheroannya.....tgk gambar di bawah...alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiii....sbb tu masa cikgu minta maaf, aku kata 'takpe cikgu, sy tau anak sy ni nakal'....mmg cikgu tu nampak takut jugak kami marah, dah la papanye pengerusi persatuan ibu bapa taska hadhari ni....ehehe..
dont worry cikgu, sy kenal hero sy....
semoga Hero aku ni akan jadi Pilot @ Kapten yang membanggakan mama ye sayang.....
------------------------------------------------
'Pilot Ultraman ke mama'
'ye pilot yg bawak kapal terbang tu...sama la ultraman boleh terbang, abg danish janji ye'
'ok, pilot ultraman'
(dalam hati : alahaiiiiiiiiiii ultraman jugak yang dibawa dlm cita²)

Mega Sale pulak (Alamanda & MId Valley MegamaLL)

(ha tadi kata tak dpt pg kat Pantai Timur kan? skrg di Alamanda)

Dear Member,



MEGASALE SPECIAL, Carlo Rino Best Sale Ever



* Discounts up to 70% at Carlo Rino Boutique, Alamanda, & Mid Valley Megamall starts from 24th July 2010 to 19th September 2010.



* Discount up to 50% to all other Carlo Rino Boutiques.



See you there!



Best Wishes Always,

Carlo Rino

cerita belakang tirai...
----------------------------------------------------
alahaiiiiiiiiiiiiiiiiii 70% tu yang wei...
abg pls....terasa mau la beg yg diidam idam tu....cek dari nuff tak sampai lg ni..nak duit plss......
tu la ko, rugi, time laki bagi duit suh beli beg tu ko beli beg CR yg lain..konon nak berjimat.....cehhh, aleh2 ko kerinduan kat beg tu..

CarLo Rino Hi-Tea Fashion Show



Dear Valued Member, (ehem ehem.....)

You are cordially invited to Carlo Rino Hi-Tea Fashion Show to enjoy an exclusive fashion show preview of the latest collection.


Date : 7th August 2010 (Saturday)
Time : 2.30pm, 5.30pm or 8.00pm
Venue : Concourse, Ground Floor, East Coast Mall


RSVP to Fiza at 03-9106 6878 or Carlo Rino Boutique, East Coast Mall at 09-560 9082 by 2nd August 2010.


* One door gift per guest

* Limit to 50 pax per session

* First-come-first-serve basis

* You are allowed to bring a friend

* Terms and Conditions apply
jom jom serbu bagi yang berada berdekatan...

Monday, August 2, 2010

Giveaway : Cik Puan Mimi - 'Teka Objek'


Teka objek dari cik puan mimi
saya teka PEMBERAT KERTAS
TARIKH TUTUP JAM 12 HARINI..CEPAT2

Aku bukan Keseorangan

Terima kasih semua....

atas apa yang aku hadapi ni..sedikit sebanyak melegakan...


rupanya aku bukan keseorang...selain suami disisi yang sentiasa menolong aku, walau dia tak berapa minat berniaga...tapi dia je la yang dapat tlg aku, dengar bebelan aku...dan hadapi jugak keadaan kedai ketika aku bercuti 2 hari...
kamu semua bloggers jugak kawan2 setia yang sudi melega dan mereda kan hati ini...

ehehe aku amik kesempatan nak releks 2 hari, bershoping ke sogo dan nilai....2 hari je babe....tapi kucar kacir dah jadinye...bila ada pekerja emergency leave serentak, pekerja part time lak tak dpt..sbb nak dating kot...ha mcm2 la jadinye....kalo aku ada, sure aku la yang jaga....tapi nak suh laki aku pun sian gak...dgn anak 2 org nya...nak pg hantar 'barang2' ke hotel nya...tapi bagi aku....aku boleh je..cuma laki aku tak biasa..sian kan laki aku, time aku takde..terpaksa la uruskan..
dan sepanjang 2 hari tu jugak la..sepanjang shoping bertubi2 sms masuk..sakit kepala..sampai dah balik ke rumah pun terasa sakit kepala...berdenyut2....shoping tetap jalan...
----------------------------------------------------------------------

Sunday, August 1, 2010

Banyak yang ku Korbankan..

Banyak yang telah aku korbankan untuk berjaya dalam perniagaan ni..selain wang ringgit yang menjadi keutamaan..dengan rasminya aku beritahu, aku telah berhenti Kelas Piano jugak, 2 bulan yang lalu...sedih? mmg sedih (sbb tu lambat nak cerita dah stop kelas piano...sbb sedihnya hingga tak terkata)....
sbb nak concentrate pada perniagaan...aku rela berhenti.....tuhan je mengetahui, dan tuhan juga yang membalasnya atas setiap apa yang telah aku lalui, suka dan duka...
terima kasih atas kesudian teman2 memberi komen dan kata perangsang.....