Thursday, August 19, 2010

Dengan RM2 buka puasa

Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.
SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2. Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air. Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin. Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara. "Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya. Restoran ini menggunakan konsep layan diri.


Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2. "Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran. "Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa. "Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2. "Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya. Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.


"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan. "Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar. Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang. "Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6. "Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan. "Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. "Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.


Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.

Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. "Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu. "Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak. Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang. Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. "Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga. "Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.


----------------------------------------dari emel--------------------------------------------
siapa yg dekat2 tu pergi la terjah ye.....ai jauh ni...di tepian laut...

17 comments:

Mama Amirul said...

sib baik tak kena bawak pinggan sendiri

Ain said...

yang duk shah alam tak pergi rugi ni....

kalau kat paka skrg ni, rm2 nak beli nasi lemak pun tak lepas....

huhuhu....

~aSHa~ said...

ibu amirul ---> ahahahahah lawak la ayat tu....eh ain nak tau..kat kemaman ni ada kedai kena bawak tupperware sendiri kalo mau asingkan kuah nasi kukus ayam rempah.....

~aSHa~ said...
This comment has been removed by the author.
~aSHa~ said...

ain --> kak...makanan kat paka n kemaman mmg mahai kan...kat paka sbb org petronas byk..tu yg meke kata org paka kaya2...kat kemaman ni tmpt perlacongan..org cari makan kat sini....

.::Lynn::. said...

wah... RM2.. berbaloi2 kalo dekat...

LYaFRINA said...

sha..kat bukit kuang ni lg mahal drp bndar cukai.. ishhh.. mmg xtahan sha... x bbaloi..

kalo rm2.. mana nk cari dah..kalo ayam pun harganya seketul rm3-4...

bgusnya restorannikan.. mehla buka kat kmn ni.. at least org2 susah blh gak bpluang bwk family mkn kat luar..

LYaFRINA said...

sha..kat kmn mahal salah satu faktu krn kaw industri sbnarnya.. krn port .. kemaman supply base (KSB),

padahal y kayanya dia org.. bknya kita ni.. : -(

~aSHa~ said...

lyn --> mmg berbaloi kenyang perut

~aSHa~ said...

lya --> tu la, meh la bukak kat sini...tentu hari2 sha dtg...ehehehehheehe

nak beli ayam kat kedai mahai...nak masak lagi, nak itu ini..makan belum tentu licin betul2.....

lya...sini mmg byk tul company mcm tu...tu JASAMERIN tu kaya jugak...org kapal ramai kat sini..kaya2....

Sharinginfoz said...

memang bagus ni salah satu tanggungjawap sosial kan

Tips Mudah Tingkatkan Trafik

umilia said...

wah..last aku mkn kat luar kene basuh pggn sndri adela ms gi btn..hehehehe..bagus gak ni..nnti leh ajk husband gi cubela..

. said...

baguslah restoran ni.

Ena said...

wahhhhhhh.. sangat murah.. bagus la restoran tu..


Asha..
ena dah buat dah n3 pasal nak buat bergedil tu.. entry semalam..

~aSHa~ said...

sharinfoz --> smgt betul tuan punye restoran tu kan...

umilia --> ehehe ko ni mmg buat lawak la...aku tak pernah pg btn ni

nizamsani --> pg la cuba...

ena --> ha ena dekat tu pg la, thanx ye ena buat pasal begedil tu...tq sgt2

Unknown said...

bagusnye ade tempat macam ni kan, atleast mereka2 yang kurang berkemampuan tu boleh menikmati makanan juga..
tp pd yang mampu tu, rsnye.. baik beri peluang pd yang kurang kan?

ardinihumaira said...

best gak kan kak ;)