Friday, August 20, 2010

Jutawan Dalam Masa Sebulan!!!!!! Percaya la

"Hari minggu tu hari, aku diajak mendengar satu presentation MLM. Apa yang aku agak berlaku, biasalah MLM ..tepuk! tepuk! Anda Hebat!

Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala


Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00 Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00 Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

(dpt dari emel, yg baikdisebarkan, yg tak baik diam² kan...kan?)

11 comments:

~~*Lady Salwa*~~ said...

Entri yang sangat2 meberi motivasi... tq ye akak...

harus lah gandakan amal ibdah dibulan puasa ni... tinggal beberapa hari je lagi nak kejar 'bonus2' yang datang setahun sekali tu...

..nOj.. said...

baiklah

sI tEDI said...

saya nak jadi jutawan yg ini

Ena said...

bagusyanya n2 asha nie.. sangat berguna.. InsyaAllah.. kita usahakan sedaya yg boleh.. dan kekalkannya sehingga sellepas ramadhan bg amalan2 yg lain.. ;D

umilia said...

hm..nak sgt jd jutawan yg ni..tp dpt jd ribuwan pun da syukur..ntah bile nak dpt jd jutawan..

mummy_ayu said...

bagus la entry nie...

LYaFRINA said...

wowwww...

x perlu ke situ sini dgr ceramah mlm.. pujuk2 org utk join mlm...

just dirumah... pon dh dpt jd jutawan.. bkn skadar d dunia.. tp di akhirat juga..

jutawan d dunia ni.. aliran duit itu ntah dr sumber y halal @ x...

Jutawan d dunia, bila bankrap.. smua akan cabut lari..tp dgn mjadi jutawan d jln allah.. cnfirm kt akan berada di posisi y d muliakan disisi Allah buat slamanya.. Bahkan disanjungi oleh org sekeliling..

***inilah bantuan/duit/dana y sebenarnya diperlukan duit bknlah dlm penawar pnyakit.. dgn selalu ingt pd allah, sgala urusan pasti dipermudahkan... walau melalui sdikit kesukaran.

amin...

Nurzairul Isma said...

uiii.. lumayann....

ardinihumaira said...

;) nak jadi jutawan jugak!

Ain said...

tepuk dada tanya hati kan....

peluang dah depan mata, cuma tinggal nak ngan tak nak jer...

kalau campur dengan solat terawih dan sedekah jariah, bertambah-tambah lumayan lagi tu....

thanks sharing sha...

kakchik said...

seharusnya kita jadi jutawan.