Thursday, August 12, 2010

Mari Kongsi Sedikit pada Yang Memerlukan..

rakan bloggers sekalian
Ingat lagi pada insan ini???????
kenapa dengan beliau??????? semuanye bermula disini
semakin kurus kan dia...nampak lebih berusia dari usia sebenar beliau...
baca sedikit petikan dari blog beliau...

Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah

Hadith :

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”

Hadith Riwayat Muslim

Huraian

1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.

2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.

3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.

Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 017-6188691
berasal dari kampung guchil jalan bayam, kota bharu
saya harap anda dapat menilai sendiri....seorang ibu yg memerlukan bantuan demi anak2nya..
seorang insan yg ditinggal suami kerana berpenyakit...
pendpat sy insan yg jahil dan kerdil dlm agama ni..
sedekah kepada yg memerlukan sgt2 la besar faedahnye...
dari 'sedekah' kepada yg suka membazir dan tidak menghargai pemberian kita...
sedekah la dgn ikhlas kerana Nya...spt memberi dgn tangan kiri, tangan kanan tak tau...
tambahan arini di bulan Puasa...bulan yg mulia..
bukan niat beliau untuk minta sedekah dgn kamu, kamu dan kamu...
kepada yang sudi dan perihatin...dipersilakan dan dialu2kan...
kepada yg menceceh atau melabelkan apa² tentang insan ini atau blog ini dibelakang...dipersilakan beredar dari blog ini...
hubungi la beliau jika anda memerlukan apa2 persoalan atau ingin menghulurkan bantuan terus kepada beliau...

18 comments:

..nOj.. said...

sedihnye menghadapi hidup mcm tu. syukur hidup kami lebih baik walaupun penuh dgn segala macam masalah. errmm

ardinihumaira said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ibu amirul said...

kalo kita rasa kita susah...ada yang lagi susah dari kita

LYaFRINA said...

lelaki muda y ardini maksudkan mybe adik yani kot..

itula asha.. lya pon sedih sgt2.. sbb ramai org y mempertikaikan segala bentuk bntuan y dia perlukan.. lya xtau apa y org lain pndang.. padahal dgn mata kasr pun kt dpt lihat kepayahannya..

kdg2 sedih sgt2 bila dgr rintihannya.. tp xtau mcmana nk bantu dia betul2.. selalu tfikir.. mcmnana nk bawak kes yani k pihak atasan..

tp semua usaha tu sia2... sbb xtau pada mata dia org.. dia pndang apa..

LYaFRINA said...

dan sbb itu juga.. lya nk org hentikan bantuan utk lya tu.. tp xtau la apa y org akn kata kat lya.. sama ada org akan kata lya x menghargai kepayahan semua kwn2 melancarkan tabung tu.. semua tu lya xtau... x kisahlah apa org nk kata.. y penting tuhan tahu niat kita ... dan tuhan tahu maksud lya.

**seandainya ada y lebih susah drp kesusahan y kita lalui.. maka eloklah diutamakn dulu pd insan y lbh memerlukan ini.**

Kujie said...

anak sedara kak jie baru 3 thn pun akan jalani pembedahan jantung berlubang bulan 10 nanti...

cheqna said...

moga Allah memudahkan segalanya untuk beliau..
insyaallah...

mamalieyna said...

dr luaran dah nmpk kepayahannya..hope ramai yg sudi membantu..dah2 bulan baik ni kan..berganda2 pahalanya..janji niat harus ikhlas.. insyaallah..sedikit memberi, pulangan lain yg Allah janjikan..

Ena said...

Mudah2an.. ada rahmat & sinar menanti nya..
Kita bantu mana yg mampu..
Thanks asha..

gina marna said...

Selamat beramal...moga lebih ramai yang sudi membantu...

'NuReeN' said...

sama2 kita berdoa utk kesihatan yanie..
pakat2 la kita bantu mana yg termampu...

~aSHa~ said...

dni --> kejadian tu berlaku kerana anak dia yg bongsu hilang di pasaraya...anak hilang dni,tu yg dia kelam kabut..adik dia yg jaga time tu....kalo k.sha rasanye meroyan kot...tak dpt bayangkan kalo anak hilang...

alia haryanie said...

salam..terima kasih banyak2 yg tiada terhingga asha kerana sudi membantu saya.amat2 saya hargainya..semoga mendapat rahmat dan ganjaran dariNya..

salam ardinihumaira,untuk pengetahuan dini,saya jarang2 dapat keluar atas faktor kesihatan.anak2 saya jarang terlepas.kalau keluar pun pergi ke HUSM..atau yang berdekatan saja.jadi bila sesekali keluar memang berlari ke sana sini..hari tu,saya dahla tak sihat..bukannya blh duk lama atas kerusi roda,tiba2 kat bahagian makanan dlm mydin mall,aiman anak saya yg bongsu hilang.saya punyala terkejut,terus saya tanya adik dan ank saya yg darjah satu.mana aiman...dia org kata tak tahu,tak de..barang2 kat atas peha terjatuh,saya dgn sekuat hati menggerakkan kerusi roda.dalam kepala masa tu dah tak tau nak cakap apa.aiman ni dia kalau terlepas memang susah nak pegang..dah berapa kali macam ni.saya memang takut sgt.masa tu memang panik sgt.org ramai.kiri kanan,depan belakang aiman tak de.dalam pasaraya mydin pula tu..saya tanya kat adik kenapa tak tgk,mestila terkilan dan rasa nk marah,macam mana aiman blh terlepas.macam mana tak agresif,saya duduk atas kerusi roda.keupayaan saya terbatas..ikutkan hati nak berlari cari aiman tapi tak boleh..bila adik saya dah jumpa aiman.memangla hampir nak menangis saya.marah juga saya pada adik..spontan..tolongla peka sikit pada aiman.saya tegur adik.saya dahla macam ni,nak tengok yg duk berlari2 macam mana.kalau hilang macam mana.pasaraya..macam2 dah kes pernah terjadi..bukan selalu saya dapat keluar dgn keadaan saya.ingatkan nak puasa nak juga beli barang dapur untuk ank2.ank2 bkn ada org lain.org tak tahu..apa saya rasa tika tu..bila ada sesuatu..terutama klu berkaitan ank2 mesti risaukan..mata hanya memandang...kalau terjumpa tegurla.kadang2 bantuan kita tak kira dari segi duit,moral support dapat membantu.kalau nampak pelik tak salah bertegur,kadang2 kalau org memerlukan bantuan kita tak tahu....terima kasih semua yg sudi menyokong,perihatin dan sudi membantu saya.selain kewangan semangat juga amat bernilai...

yani...
kita semua akan terus support yani...
lya juga akan sentiasa doakan y tbaik buat yani.. Dan yang panti.. lya akan selalu buka blog yani dgn harapan akaun nuff akn btambah.. walaupun skit..ianya ttp blh membantu.

ardinihumaira said...

Ya Allah, tak terniat di hati dni nak cakap sesuatu yang tak baik. sampai ada email2 negatif datang blablabla kat dni. dni sungguh tak de niat tak baik macam tu. dni cuma maksudkan dni tengok kepayahan akak. sampai kebanyakan orang kat situ tertanya2 perlu bantu atau tak. nampak tegang waktu tu. kami kat kawasan tu nak tolong rasa tak tahu patut atau tak. begitu je maksud dni. maaflah kalau2 dni buat sesiapa terasa hati atau marahkan dni. bulan mulia ni tak elok buruk sangka pada orang. dni tak tahulah kalau2 ayat dni tu melampau. maaf sangat2. dni takkan masuk campur lagi dalam urusan macam ni kalau begini. sedih sangat. thanks semua yang mengemailkan dni tu ye. thanks!

ShaNaz said...

saudari asha,

sy ada letak di blog pasal kak yani dan lya.. selain itu ada adik ali dan aldy juga.. so kalau ada sesiapa yang perlukan bantuan boleh tak akak bgtau? bukan la ramai sgt viewer blog sy tp sekurang2nya klu sorg dua tgk, then sebarkan pd kwn2, da jd ramai.. thanks..

Ain said...

moga ada pihak yang sudi membantu...

insyaallah akak pun akan bantu setakat yang termampu...

cian yani, mesti risau ya amat waktu aiman hilang....