Thursday, September 2, 2010

Ada yang Bertanya, Saya Jawab disini ye

ada yang bertanya kat komen, kat ym, sms tiada.....


'korang takde keje ke bulan puasa ni, ada kuiz la, ada program puspanita la, ada program2 lain la, asyik main je (owh ini ayat tambahan je ehehehe)'


jawapannya :


tempat kerja aku ni mengendalikan kursus² kerajaan...jadi pada bulan puasa, mmg kami tiada kursus yg dibuat kecuali kursus untuk kakitangan sahaja....selain itu, kerja kami di bulan puasa adalah membuat perancangan kursus di masa akan datang, penyediaan dan sebagainya.....kami juga dah prepare nama² orang nak berkursus....surat2 dan sebagainya....perancangan untuk mengadakan sambutan raya pun dah siap kami aturkan...cuma laksanakan je selepas hari raya nanti...aku n hUBby plak jadi pengerusi dan ajk photografi untuk majlis raya nanti...


jadi kerja² tidak memerlukan sepenuh hari untuk dilaksanakan seperti bulan biasa...jadi banyak masa terluang....bagi mengelakkan kejadian mengular atau melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti tidur, menganyam ketupat, membeli belah di waktu pejabat....jadi kami ada kan kuiz yang berilmiah. aritu kami adakan juga majlis berbuka bersama anak2 yatim...beri sumbangan dan sedikit duit raya....
program terakhir yang akan menyusul di bulan puasa ini TITIAN KASIH...
(waktu kami keluar dari pejabat adalah tidak boleh melebihi 45 minit ye...no plat kete akan direkod, siapa kerap keluar...ha siap la kena menjawab.....kalo nak keluar sejam adalah time rehat dari jam 1-2 ptg sahaja.)


Program TITIAN KASIH ini adalah khas untuk membantu golongan² yang kurang berkemampuan di kalangan pekerja swasta seperti tukang kebun, cleaner, ibu tunggal....rasa mcm kurang sesuai la kalo sebut siapa mereka kan...(ermm akan dideletekan kalo korang rasa tak sesuai)

ada yang tanya jugak 'kain batik dan pelikat je ke bagi tuk org susah?'


owh jawapannya : tidak, tugas aku adalah beli yang tu sbb tu sebut yg tu je....antara sumbangan yang akan diberikan adalah beras, gula, tepung, biskut raya, keperluan dapur skit2, duit raya, dan kain batik adalah khas dari kelab sukan dan kebajikan pejabat....so kebetulan aku ni merangkap biro kewangan kelab, aku kena la pg beli barang yg dari kelab aku....barang2 keperluan lain tu ajk surau yang sediakan....


owh panjang lebar aku jawab ye....ehehehe

ini gambar kami menang dalam kuiz Ramadhan....selingan cabutan bertuah disediakan...hadiah cabutan bertuah yg kaler biru tu....kebetulan kami umah biru..so biru mmg ong...ehehehee

18 comments:

Ena said...

owh.. camtu rupanya.. ;D

mamaarifakeemaisy said...

hikhik..pasti tiada lg question pasni..jwpn melebihi permintaan ni..ekeke...byk kerja amal tu, bagus2x..

LYaFRINA said...

itula.. ada gak xtvt bfaeahkan.. xdela mbuang masa...

::Kak Sambal:: said...

merahnyer kooo...

Ain said...

banyak jugak aktiviti sha bulan puasa erk.....

pssst, borang huggies tu ada satu dlm simpanan akak, nanti akak pos kat awak k...

Unknown said...

wah..bagusnya...ada gak xtvt berfaedah time bulan2 puasa ni

hamzah ian said...

wa.. happening korang eyh.. nice..

hamzah ian said...

wa.. happening korang eyh.. nice..

Rizzuan Shah said...

wah, cayalah kak asha.. klau ada yang bertanya macam tu lagi, biasa la tu. orang luar memang tak senang tengok kakitangan awam ni. Diorang tak fhm perspektif keje kita macam mana. Klau da keje kita terlibat dengan organize mcm2 function, tak bermakna kita asyik bersuka ria. tapi itu sbhgian dari tugas kita. kak asha keje kat INTAN ke kak?..

http://wanshah87.blogspot.com

~aSHa~ said...

ena --> ha mcm tu la...ehehe

~aSHa~ said...

mamalieyna --> eheheh takde la buat spekulasi yg kami tak buat keje..dah mmg takde keje sgt pung

~aSHa~ said...

lya --> tu la, takde la hati ni nak ke shoping je....ehehe

~aSHa~ said...

mamalyna --> ehehe tak sangka aku sebegitu..selekeh wei...aku lupa pagi tu..kalo idak..aku mekap2 skit...pakai kaler biru...

~aSHa~ said...

ain --> last aktiviti isnin depan...kak tq pasal borang tu..alamat ada kan..ehehe

~aSHa~ said...

edy --> tu la kalo idak soping hari2..ehehe

~aSHa~ said...

hamzah --> tentu la..tu tak tgk lagi aktiviti staf pompuan main bolasepak,staflelaki main netball

~aSHa~ said...

wanshah --> dik wei..jgn sebut kuat2 ttg tmpt akak keje tu..salah tu salah...ahahahahaha

~aSHa~ said...

wanshah again --> akak tak pernah announce mana akak keje kat sini