Sunday, October 3, 2010

Menentukan Jantina anak lelaki atau Perempuan

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.


3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan "douching" atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.


4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses "layering", atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.

5. Jangan adakan seks 3�4 hari sebelum hari 'ovulation' iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari 'ovulation' atau 24jam sebelum 'ovulation'. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi - ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).


Merancang anak perempuan, Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;


1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.


2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai darihari "ovulation" yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman "Kesuburan dan Kemandulan"

3. Melakukan "douching" dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.


4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum 'ovulation'. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks - ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat 'orgasm' (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.


Kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada maanusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.



sumber dari Laman yang membuatkan anda tidak sabar nak kahwin

table kedua ni pulak, cara menentukannya adalah, di bahagian tepi yg ada tulis nama bulan tu....adalah tarikh di'satu'kan sperma dan ovum, atau tarikh last period la senang.....yg atas dan bawah tu adalah umur anda ye puan puan...bukan umur tuan tuan tau....table dari sini

ada yang bertanya petua dari aku secara direct je...ehehehe ye ar...sbb dulu aku wish nak yg 1st boy, yg 2nd girl..alhamdulillah dapat...tapi aku pun sebenarnya berserah sahaja...mana2 pun anugerah jugak...


petua simple dari aku, aku pernah baca dari mana ntah...lupa dah....

kalo nak dpt boy, selepes ehem ehem, anda perlu la mengiring ke kanan....

kalo nak dpt girl pulak, selepas ehem ehem, anda perlu la mengiring ke kiri....

ok itu sahaja petua ringkas yg aku amalkan...

tata..selamat mencuba dan ehem ehem....

9 comments:

ikiqzana said...

bagus petua ni.. pernah baca tapi dah lama..

x tahu ler dlm perut skrg ni lelaki atau perempuan.. x kisah janji sihat kan.

ardinihumaira said...

alamak.. 27 oct tu untuk L... dni P .. hik3...

~aSHa~ said...

ikiqzana --> yg ketiga tu tak kisah la kan yg mana..janji sihat...ibu dan anak sihat2 ye

~aSHa~ said...

dni --> bukan kira umur dni dan bulan lahir dni yang wei...kalo dni nak kira tuk kelahiran dni..dni kena tanya mak, bila last period masa preknen kan dni..dan umur mak ketika itu...try ar tanya..

ardinihumaira said...

alamak... hik3... dni salah paham ghopenye.. maklong lew tak ado pengalaman :P hehehe... dni nak copy gambo tu simpan dalam folder dni ye kak.. ^__^

~aSHa~ said...

dni --> sila kan..masa akak bujang2 dulu pun akak siap print out tau...ehehehe

..nOj.. said...

baiklah. akan ku cuba nanti

.:fyzz:. said...

byk tui step2 nya..emm akan ku cuba utk next baby..insyalah..

fiezaradzi said...

wah.. petua baik nih.. hehee.. tapi tu la, tak kisah sgt, asalkan baby sihat.. tapi lau dpt 2-2 jantina ok jugak kan...