Monday, November 29, 2010

Mak aihhhh

jadual skrg....kena arrange gini lak.....

7.30 pagi - 7.45 pagi : anta anak ke taska...peluk cium...babai (kalo hUBby ada dia yg kena anta..ehehehhe)

8.00 pagi - 9.00 pagi  : Masuk pejabat / tgk surat / fax / jadual bos / emel jabatan / kunyah2 roti @ nasi goreng

9.00 pagi - 10.00 pagi : Senam robik

10.00 pagi - 11.00 pagi : Latihan Takraw / Pingpong... (aku dok terlibat...aku gi makan)

11.00 pagi - 1.00 thari : Latihan Persembahan

1.00 thari - 2.00 ptg : Rehat / Mandi / Solat

2.00 ptg  - 3.00 ptg : Masuk pejabat / Tgk emel jabatan / tgk fax / surat masuk

2.30 ptg - 4.30 ptg  : Latihan Persembahan / Latihan Bola Jaring / Bola Tampar

4.30 ptg - 5.00 ptg : Masuk ofis sat, tgk apa yg patut...solat

5.00 ptg - 5.30 ptg : amik anak...

5.30 ptg - 6.45 ptg : Perlawanan Persahabatan Bola Jaring / Bola Tampar

7.00 ptg - 8.00 mlm : mandi, urus2kan anak

8.00 mlm - 10.00 mlm : gi tgk kedai sat...

----------------
mlm pengsan...


Saturday, November 27, 2010

Pemenang RM1 Juta dah ada

selasa lalu, telah diumumkan pemenang pertandingan akhir peraduan Power Root Saya Ingin jadi Jutawan Musim K-3.

gambar pemenang tiada dlm hmetro online..tak jumpa lak....

Pertandingan ini dimenangi oleh Leong Team Fook, 30 seorang jurutera perisian. Beliau menghantar lebih 200 borang penyertaan dengan bantuan daripada sembilan rakannya...dan dia bagitau, duit itu akan dibahagi kepada 10 orang rakan yg membantunya menyertai peraduan menggunakan namanya..

Pemenang kedua membawa pulang RM10,000 iaitu Zulhisan Abdullah, 36. Zulhisan yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, dia hanya menghantar satu borang penyertaan sahaja ye....ini mmg kira bertuah sungguh la, aku anta lebih dari 10 borang ni..ehehee takde nasib..dia anta satu je..terus bernasib baik..itu dinamakan rezeki dia..bukan rezeki aku...

Pemenang ketiga dan seterusnya hingga kesepuluh semuannya membawa wang bernilai RM10,000.

perghhh berbaloi2 jugak la korang antara yang bertuah. aku jugak tak bertuah..ehehehe

Tahniah kepada pemenang..tahun depan bagi can aku plak ye....nak share dgn rakan bloggers ni...ehehe

gambar tiada...web power root pun tak announce lagi...tapi hmetro dah terbitkan arini.

--------------
sob sob sob.....batu belah batu bertangkup makan la aku, aku tak menang..

Friday, November 26, 2010

Pernah dengar apa itu Senam Otak ?




cuba korang buat senaman ni..eheheeh jenuh aku wei..nak buatnye..sbb senaman sebelah kiri dan kanan berbeza..mmg bagi aku mencabar..cuba la kalo tak caya..nampak mcm mudah...tapi mmg sukar..


Tahukah anda bahwa otak kita terdiri dari 10 milyar sel syaraf (neutron). Seringkali otak kita kehilangan konsentrasi, apalagi saat kita dalam keadaan lelah, tertekan, atau bahkan stess, jadi kita butuh senam otak untuk menyegarkan otak kita. Tujuannya adalah untuk menjadikan sisi kiri dan sisi kanan otak kita bekerja dengan selaras, sehingga jangan sampai ada salah satu bagian yang terganggu

Ibu Sanggup diperkosa demi anak

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber : hmetro

 --------------------------------------

Maybe kalo aku berada di situasi yg sama...aku pun rela dari anak menjadi mangsa....

Thursday, November 25, 2010

MARI MENARI.....mari lagi...

sekarang ni tempat aku....kami dah tak semangat dah ni nak keje..eheheh kami semangat nak bersukan plak..jadi musim sukan sudah tiba...

actly spt yg aku maklumi sblm2 ni...kami hujung2 tahun ni takde event apa2 sgt dah, (kira core business kami mmg sblm bulan 12 je)...sbbnye akaun2 dah close...ready tuk bajet taun depan lak...kiranye kewangan kami mmg cekap la dlm budgeting...ahahahahhahhaa..poyo je ayat tu...tak kira yg pasti aku nak ckp..thumbs up tuk mereka..sbb apa2 byran takde delay...

jadi oleh kerana masa terbuang begitu sahaja dari dipenuhi dgn umpatan, cacian dan kutukan...jadi marilah kita mengeluarkan peluh..last time aku ada ckp kan..nak buat poco2 setiap pagi..nampaknye minggu ni tak leh start lagi..sbb ada skuad audit khas dtg....so dia balik je..on je kami....tapinye aku yg arrange kan persembahan ni..dah mulakan pun sesi latihan....

mula2 aku tak dpt nak gambarkan mende la skrip yg akan dibentangkan masa 1st perjumpaan latihan, sbb aku tak buat skrip, aku kan tak reti mengarang....aku hanya arrangekan je program ni, bila nak jalankan, dimana dan siapa..ehehehe..nak gelak pun ada.....tu la takmo tanya pada yg berpengalaman...ego sbnrnya takmo tanya org..


so bila dah start ni...ingatan2 aku pada kelas2 tarian dan teater dulu pun ter refresh kembali...mula2 blur jugak, dah tak tau pun mereka nak menari..ingat lakonan je.....tapi mlm tadi dah study semula...insyaAllah kita akan mulakan langkah tarian kita dengan step mudah dulu......jom kawan2....MARI MENARI......

oh maybe akan ada yg bertanya..apa kena mengena sukan dgn menari???? kan???/ menari kan bersukan jugak kan?? btw kami ada persembahan di mlm tempoh bersukan tu..
--------------------------------
jd bulan2 aku tak sibuk di ofis ni tak dpt la mengadap sgt blog..tapi insyaAllah mlm2 ai tgk kawan2 kembali..tq

Wednesday, November 24, 2010

uols tgk ada tak nama korang di bawah....?????

ini tag dari sidia


lama tak buat tag ni...biasalah kalo aku jawab tag..aku jawab suka suki dan secara bodoh2 je ye..jgn ada terasa atau ada apa2 perasaan ye...ehehehe tau je la kan kepala aku ni sengal skit....ngeh ngeh ngeh..

ok mari kita teruskan misi menjawab soalan, spt soalan pmr je...sambil makan coklat cadbury je ni..

S : apa benda paling penting dalam hidup korang?

ermmm kalo dia jawab HENFON, ai pun nak copy write paste la ye..ehehee bleh ke? eh aku plak tanya soalan

j :  HENPON (lain skit kan ejaan, so tak copy ciplak je)

S : benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
mlm tadi rasanye,
j : COKLAT Cadbury

s : dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?

sama dgn isma..dah langsung...ni nak prepare majlis anak plak dah..ehehehe

j : dulu temanye ala2 taman, kaler hijaula..tapi tak jadi takut hujan..bawak masuk umah pelamin tu, kalo diberi lagi sekali..ai nak tema ala2 pari2 dikayangan je...muahahahhahahahahaha

s : adakah korang sedang bercinta sekarang?

sama jugak dgn isma ni, ehehehhee

j : ehehe ari ari fall in love...ke make love..eh itu tak setiap ari kan bang...ahaahahha walau u kata, simpanan dan persediaan tuk monopos..ciskek tul...ehehehe ingat ini saving kat bank ke?
ok ok ini melalut sahaja...so jgn amik peduli ayat bengong tu



s : berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?

hai isma rasa nak copy write paste lagi ni....tapi ai nak ubah skit

j :  sehingga ke syurga


s : di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?

eheheheh soklan trik ni...

j : kalo jumpa di pejabat dikira rakan sepejabat, kalo jumpa di rumah dikira jumpa suami atau bapa kepada anak2, ermm kekasih ye...ala pening plak nak jawab...rasanya ini soalan SPM...bukan pmr ni...
ermmm di tempat tido??? boleh ke jawab gitu...ahahahaha


s : novel/buku/majalah terakhir dibeli?

ehehee ini ai jawab dgn serius...spt soalan stpm

j : novel SAYANG MAMA....terpaksa beli buku ni sbb kulit buku tertarik, kaler pink, hingga anak dara aku yg paksa aku keluarkan pitih rm16 beli novel tu...mcm la dia baca..mama jugak yg baca...ciskek tul di paw oleh anak...


s : ape nama penuh korang?

eheheheheh ini soalan nahas ni...senang org google..ahaha

j : SITI NURHALIZA

S : antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra

ehehe

j : abah

s : namakan orang yang betul2 korang nak jumpa dalam hidup korang?

ermmm ni aku jawab mcm ala2 tak logik..tapi mmg aku nak nak nak jumpa

j : KAKAK...sbb sy pernah bermimpi ada kakak, dukung kakak, tapi kakak sy kawin dgn anak raja, dlm mimpi tu sy dukung kakak sy di belakang sy...tapi sy tak pernah ada kakakk....

s : adakah korang basuh baju korang sendiri?

eheheheeeeeeeeeee gelak pjgn lak

j : ada dibasuh sendiri, ada suami tlg masukkan dlm mesin, ada dobi basuhkan..seme asing2 mengikut kesusahan nak basuh tu..kalo teruk anto dobi, kalo senang hUBby masuk mesin, kalo yg dlm2...sendiri,
s : dimanakah tempat yang korang betul2 nak pergi?

ermmmm

j : nak pg posting oversea...hope impian menjadi nyata...

s : pilih salah satu, peluk atau cium

ehehe isma...betul jugak kata ko..tak kan cium tak peluk kan....aahaha apa barang...barang lain jadi batu kang kata cikgeli eheheh bukan aku yg kata...dia yg kata tau..

j : ini peluk atau cium siapa ni? suami ke anak2? kekasih? eh aku plak tanya balik..
eheheh
ai nak dua2..tapi mlm ni ai tak boleh tau bang..mlm esok ye..mlm esok kan MJ...mlm smlm tu mlm rabu..tak berkat sgt....
(tiba2 selingan t uk si suami yg membaca)


s : beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag

owh mudah je ni..mcm soalan upsr

j : 1) dia ada anak teruna nama danish jugak 2) ada anak dara, nama DAMIA jugak 3) sy beli baju i love dad dgn dia..
ehehehehehehe perkhidmatan bizness beliau sgt bagus dan pantas... 




 s : lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda

ermmmm benda ye..bukan org kan....

j : 1) henpon (bkn senang nak dpt tepon gini..org susah kan..ehehehhe)
2) kereta dan no plate nye (susah wei kami nak dptkannye....enehehehe kena mintak cuti)
3) perniagaan (i love it, walau pasang surutnya dan saingan yg melampau2 byk)
4) jam tangan bos lama bagi.
5) duit² baru dan unik

S : lagu yang paling anda suka dan selalu dengar

selalu berubah²

j : skrg suka dgr lagu KALO BERPACARAN


s : bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas

ni soalan tahap itm..susah gile, sbb pening...bila korang smbut tu...ehehe rasanye nak tanya DIMANA KORANG SAMBUT kot...
j : tarikh lahir ni susah skit nak share, tapi dah lepas...yg kedua tu..tahun lepas sambutnya pada ON THAT DAY la...


lima rakan blogger yang korang nak tag

jeng jeng jeng kita lihat siapa yg kena

j : oleh kerana soalan ni byk berunsur mcm tuk org bujang..ai nak tag org bujang la...ok ai nak cuba recall siapa yg bujang..ai ni tak ingat sy...maklum la dah tua...tapi kalo rasa bujang buat tau...tu tak bujang pun ai nak tag jugak ni...(eh pjg pulak yg ni)

ardinihuimara, @juera, eiffel, zura merry go round, cheqna curahan rasa

ok yg dah kawin pun ai nak tag

noj, cikgeli, izan, anum, echa, ejan, ain mama danish dan sarah, fieza79, ena, kak zue cinta adam dan hawa, mrs.K,
ala penat kepala plak nak pk nama2 ni....rasa mcm jawab soalan master je.....ni ai rambang saje ye... tapi teramai plak..

Persiapan di Malam Majlis Perkahwinan

actly ada dua kenduri di kampung mentua...
satu tu kenduri doa selamat di kampung nasi dingin, di rumah adik mak mentua ku...

selepas ada sepupu hUBby lak kawin di kampung laut, pada raya ke4

 aku bab yg cenderahati ni mmg suka benor menguruskan nya.....ai tak kisah yu.....di ofis mau pun taska minta ai buatkan jugak...
 ingat kan ai sorang je minat...rupanye anak teruna dan dara pun turut sama menyiapkan cenderahati ini..
 dia jadi good boy mlm tu...tlg mama je..tak jadi ultramen tau....ehehehe

baby pun tlg mama, tapi papa tak amik la gambar dia sbg bukti,papa ni tak pandai tul...baby ni dari dulu suka tlg mama bab menguruskan hadiah...good girl...penat tlg mama, jadi mari makan..

makan nasi bubur abg danish kata...ehehehe
apa itu nasi bubur???
nasi yg digaul kicap di gelar nasi bubur, nama tu abg danish yg bagi..ehehee

------------
gambo pengantin takde..sbb mereka tak pakai baju pengantin....apa kes...ehehee

Hari Raya Aidiladha kali ini....

ehehhe lewat betul aku mengceritakan perihal raya kali ni ek
eheheehe
alkisahnye tahun ni patut turn balik ke kampung mentua....

tapi atas dasar kesimpatian si suami melihat adik aku yg sampai waktu maghrib ke rumah aku dan nak balik ke kg dgn seorang diri, dah la baru pandai pegang stereng walau dah 5 tahun lesen wujud...

so secara tidak langsung nya dia kata....kita teman wani la balik temerloh...
jadi koi kata (koi terus)....ikut je la, tanya la mak dulu...kang dia kata apa...sbb org disana dah maklumi kami akan balik raya haji...


ok ini malam selepas raya...apa kes makan kfc, org lain makan ketupat lemang dodol dan seangkatan dengannya

cantik tak rambut sy, aunty? ni mama yg potong...

 budak yg perasan ikut perangai mamanye la ni...hishhh

gigi sy plak? cantik kan? tak mcm abg danish...ada ulat...

'baby takde ulat, baby takde ulat'

yg moyok tu abg sy yg masih bujang..ehheeheh iklan tiba2...

-----------------------------------------
dia suka buat ayat dua kali eheheehhee....

ayat lain dia akan buat gini 'baby dah mandi, baby dah mandi'
ehehehe ayat tu mmg tak menarik kalo di baca...tapi kalo dgr nada dia berckp tu mmg lawak...ehehehe kita pun jadi ikut nada tu...

samb. raya di rumah mentua plak....

Tuesday, November 23, 2010

Siapa Jutawan Ke 3 powerroot???

ha berdebar plak menanti keputusan jutawan powerroot ke3...eheheh
mcm la aku ada dlm senarai jutawan tu...

poster ni poster lama..poster lama powerroot tak keluarkan lagi..pesal tah laman web powerroot ni tak update sgt...slow skit.....gambar2 10 orang yg bakal jutawan pun takde nampak...

yg pasti...muka aku takde...nama aku pun de....
sob sob sob

bomoh contest kali ni tak menjadi la...ahahahhahaha...
nampak nye kena cari bomoh siam....ehehehe

--------------------------------------
s : pernah jumpa bomoh?
j : pernah dgn kwn2..tapi dlm pada tu..hati ni terpk...pk boleh jadi ke? ish

Pembuli Jalan

aku tak tau la pernah membebel hal ini ke tidak...tapi aku nak membebel jugak walau agaknye pernah aku utarakan....tapi rasanye tak pernah...arghh pjg plak intro...

ok berbalik kepada main point, pembuli jalan....aku pun sebenarnya tak paham maksud pembuli jalan ni...

tadi dlm harian metro arini ada menceritakan seorang wanita diterajang, dipukul hingga disyaki buah pinggang mungkin rosak akibat ditendang....sbb wanita ini dipukul kerana dia tergesel motor dengan motosikal lelaki yang dikatakan pembuli tadi....

wanita tu dah berkali2 mintak maaf...malah dia tau dia cuai...tapi kecederaan orang itu skit je..luka kat siku...tapi dia kemungkinan rosak buah pinggang....

yang nak aku membebelkan disini adalah...ehem ehem...dah lama aku geram sebenarnya benda ni walau aku tak pernah alami..tapi aku nak jugak luahkan rasa tak puas hati dgn sikap manusia ni.....

kalo la terjadi kemalangan, kadang2 bukan salah kita pun...tapi org yg melanggar ni...mesti takut, kecut dan terus lari...sbb apa...sbb pembuli jalan ni la...tak pasal2 nanti satu kampung datang pukul dan membelasah org yg melanggar ni...yang aku geram nya..kadang2 bukan semua kesalahan tu terletak kat org yg melanggar ni...kadang2 org melintas ke yang tak pandang kiri kanan tu...main lintas je...kadang2...sbb org depan break emergency ke...atau kadang2 adalah sbb lain yg bukan salah dia...tak pasal2 kena pukul...gile ke...kalo aku la kena..aku saman org yg pukul aku...dan  kadang2 org yg melanggar tadi tu ntah2 ada jugak sakit terseliuh atau luka sebagainya..tambah lagi sakit dgn dibelasah oleh pembuli jalan..yg terus menghukum org tu bersalah...

serius, aku heran..pesal ek???????

pernah la terjadi satu kes ni...org ni terlanggar pelintas jalan...dia kata pada mlm tu dia tak nampak pun org melintas..dah la lampu jalan takde..kat selekoh lak tu...dan dia benti sekejap terus ke balai...dia kata dia takut nak pg tgk org yg dilanggar tu..takut nanti kena pukul....dia ke balai dan buat report...dtg aku plak ni..bebel la...pesal tak tgk org tu,....ntah2 boleh diselamatkan ke...bawak ke hospital ke, tlg la tgk...tapi tu la...org tu kata...takut dipukul nanti....ish ni yg buat aku tak suka ni....pembuli jalan satu hal...lain kali kalo nak belasah tu sabar2 dulu...baik ko tolong org yg dilanggar tu dulu baru nak belasah org yg melanggar...jangan nak belasah membabi buta...

ok la selesai bebelan aku ni...dah la ayat tak cantik...tapi yg aku tau aku puas hati dapat membebel hal ini...

apa pandangan korang pada pembuli jalan yg tentu pasal ni...


Monday, November 22, 2010

DIVORCE VS. MURDER

A nice, calm and respectable lady went into the pharmacy, walked up to the pharmacist, looked straight into his eyes, and said, "I would like to buy some cyanide."

The pharmacist asked, "Why in the world do you need cyanide?"

The lady replied, "I need it to poison my husband."

The pharmacist's eyes got big and he explained, "Lord have mercy! I can't give you cyanide to kill your husband, that's against the law? I'll lose my licence! They'll throw both of us in jail! All kinds of bad things will  happen. Absolutely not! You CANNOT have any cyanide!"


The lady reached into her purse and pulled out a picture of her husband in bed with the pharmacist's wife.

The pharmacist looked at the picture and replied, "You didn't tell me you had a prescription."

--------------------------------
ehehehehehe mula2 gelak sungguh aku dgn kawan aku..
tapi cuba kalo realiti, aku pun rasa nye jadi mcm pharmacist tu agaknye....ahahahaha

Sunday, November 21, 2010

berbunga2 tapi kelemauan

hati ni menyanyi riang skit..sbb background blog aku ni ada bunga2 kecik....


skrg ni nak cari gambo kartun family lak..aniwei tima kacih cikmot sbb tlg ubahkan background ni...


dan tiba2 aku amat terpaut dgn logo CAHAYA KASIH dari MAYBANK ni...cantik kan...izan...ada dok matahari gini? aku mau...tepek la kat kiri ke kanan ke blog aku ni...



dan arini kelemauan sedikit...
penat kot...ada kenduri sepupu hUBby smlm..nak kata tlg sgt tu tak la..ehehe tapi penat badan..ke barat ke timur ke utara...ni bukan utara tu kedah ye..utara negeri sendiri...ehehee

maaf tak balas kunjungan...tapi ptg ni cuba amik supplement skit..nak bagi ada tenaga...tak suka la lemau2 ni 

Friday, November 19, 2010

Tajuk Kena Tukar...: Korang Dah keJe?? dan caj perkhidmatan PTPTN boleh mintak balik?????....ehehe

korang dah keje ke?ehehehehe ulang balik tajuk tu...aku cuti lagi....Terengganu mmg cuti 2 hari...dan Jumaat pun mmg dah cuti..so kami dpt la cuti 4 hari...Cuti Aidiladha kat sini sama je kat pahang, melaka, perak dan lain2...hanya korban2 dan lepas tu kalo ada yg buat majlis makan2...ada la..kalo takde....lepas korban...ehehehe lepak2 di rumah, makan2 tido....itu sahaja...ntah bagi aku sama je kot....takde yg negeri sini meriah sane tak meriah...ini pandangan aku...mana2 negeri pun sama sahaja kemeriahannya atau tidak...yang pasti Aidilfitri je meriah lebih disini mahupun di sana sana...sbb sebulan kan kita berpuasa....tak sabar nak capai 'kemenangan'...dak gitu?

eh btw...laki aku ckp YB Dato' Ismail Mohamed Said ada kata, caj perkhidmatan yang kita terbayar aritu boleh claim balik....betul ke? aku tak dgr time tu...adik aku n my hUBby yg dgr kat tibi mlm sebelum raya katanye..mereka tanya aku...YB jadi pengerusi PTPTN ke....aku ni mana la tau...dah lama aku tak hello2 bos lama tu...dgn wife dia je aku ada berhubung, kdg2 dia sms tanya kabar je....btw tak kan kami nak cite perihal keje YB kan...eehehehehee...

katanya kalo skrg ni kan 1% je...so kalo dulu yg pernah bayar 4% caj perkhidmatan mcm aku tu....leh tuntut 3% tu semula..alahai bape sen sgt yg dpt ek...sbb aku dah lumsum tempoh hari masa dpt duit kwsp...

apa la bekas student2 malaysia yang cerdik belaka ni, dan dpt keje gaji riban riban...duit pinjaman tuk belajar pun nak berkira2...nak kurang2....abih tu yang korang duk pinjam dgn bank tuk pinjaman peribadi yang caj sampai 10% tu tak bising plak...soal pelajaran pun berkira...tapi bila bank bagi pinjaman tuk peribadi yang korang buat kenduri la, shoping la, beli itu ini la, aksesori kereta la apa2 la..tuk kawin pun ada la...tak plak bising sbb caj tu tinggi...

serius aku heran org tak pk soal loan peribadi kat bank tu..tapi bila soal pinjaman tuk  pelajaran yg kerajaan tlg kan pun bising pasal caj hga 4%, dah la senang dpt loan ptptn tu...tak susah mana pun......ciskek...tapi bila dah kurang 1% aku pun suka aje...terima aje...btw aku tak smpt pun merasa caj 1% tu..ehehehehehe

Tuesday, November 16, 2010

Mari Menari eh Mari Tido dan Menari

program shakey hour

memandangkan masing-masing kurang berpuluh dan terkurung dalam bilik sahaja...jadi
insyaallah program shakey hour ni akan diteruskan setiap pagi selepas raya haji, lagipun bulan 11 dan 12 dah kurang skit bebanan kerja, kecuali kewangan..ehehe tutup akaun ye, tapi mereka rasanye boleh buat cepat sbb every month ada persediaan untuk agihan wang kan kan

lagipun
 memandangkan perlawanan sukan antara kampus akan berlangsung tidak lama lagi...jadi masa ni la kita amik pelluang untuk merenggangkan otot2 yg tegang dek kerana bidang tugas kan...
jadi mari berdansa..eh silap mari bershakey shakey

Selain beriadah, kita dapat kenal mesra dengan rakan-rakan sepejabat...maklumla pejabat jauh, aku ni duk terperuk sorang2 luar bilik bos..ehehehe jauh dari manusia lain...sib baik ada merpati tlg temankan...

Monday, November 15, 2010

Dedahkan Hubungan Cinta syyhh, apa motif????

gambar bekas permaisuri Agong Siti Aisyah

aku tak paham kenapa uncle seekers ni dedahkan hubungan ni, sukar betul nak mempercayainya..setakat ini uncle seekers dah buat episod cinta syyhh mereka dlm 5 part dah.....aku terbaca kisah ni pun selepas melompat2 dari satu blog ke satu blog, dan terjumpa blog uncle tu...(sori aku tanak backlink kan) ...terkedu aku...wahhhhhhhh pendedahan yg sungguh berani, dan APA MOTIF dia bukak cite ni????? nak mengaibkan org???? gile glamer???? aku pun heran org seberani begini....hanya Dia je tau kebenaran motif tersebut...

so gambar2 yg ekslusif tidak aku siarkan disini...tak baik lak rasanye dedahkan aurat org lain.....so aku tjk gambo yg sopan2 je dari blog beliau juga..
gambar uncle seekers dan siti aishah
yg menjadi tanda tanya aku adalah APA MOTIF ko buat / sebarkan cerita itu wahai uncle...dan juga sebarkan gambar2...ishhhhhh pls la...

Saturday, November 13, 2010

Sukaneka Taska

sukaneka taska permata ni kira program terakhir untuk tahun ni...kira mcm program penutup la ni..

so majlis pagi jumaat yang lepas di mulai dengan senaman ringan...
nyanyi lagu head, shoulder knee and toe...


seterusnya, lagu permata, lagu impianku terengganu...

ehehe oleh kerana lmbt skit aku sampai..maka makan nye selepas senaman ringan



pertandingan puzzle...siapa cepat dia menang...

abg danish pakar dah bab ni...(dia dah besar...)

ni main tarik bola dgn gelung rasanye...belum lagi start time ni

anak2 dah bersedia..
tema baju, merah dan hitam...alhamdulillah semua ibu bapa memberi kerjasama yang menggalakkan...semua la pakai merah dan hitam..kecuali anak2 permata pakai baju seragam mereka..comey kan

semua anak2 taska permata umur 1-2 tahun (tatih) dpt hadiah ni....tak kira kalah ke menang..seme sama je hadiah
hadiah ni di sponsor oleh salah seorang ibu kepada anak taska ni...


anak2 permata umur  3 - 4 tahun  (tipat) dapat hadiah ini..
orang yg sama sponsor


kami anak2 permata keluarga..

-----------------------------------------

aku plak secara tidak sengaja jadi mc pada hari kejadian..ntah mcmane aku plak yg kena....mula2 papa mdm, bila dia main game..aku plak yg kena ganti...
so hentam je la..nasib baik program anak2 taska..jadi ckp pun tak perlu protokol dan skrip bagai...acara sukaneka senang skit....

Thursday, November 11, 2010

Ada yang sudi menemani diri ini

kadang2 sekor je dtg..

tak lama lepas tu pasangannye mula la menempek sama....mesti nak berdua selalu ek

tgk skit lagi kat tingkap...satu family ko bawak ye....
terima kasih sudi menemani...


-----------------
apa yang sedang melanda di ruangan hati ini?


....sori tak reply komen, tapi insyaallah ai balas kunjungan...

Wednesday, November 10, 2010

Berboring-boring di Residence Hotel Paka, Terengganu

mengikut si papa mengajar kursus last weekend

nak gak naik atas troli tu...
 sampai² tgk katun dulu

 semakin boring kot...ehehehe jap lagi tu start la nyanyi lagu negaraku sebelum tido

eh tak jadi tido, nampak mama kemas rak biskut, sibuk nak biskut lak

hello atuk, lama tak balik kg jumpa atuk...bila la dpt balik yerk...last jumpa atuk pun masa raya tu la...

sudut ni menarik bagi aku, siap aku ckp, kalo kita dah duk umah sendiri nak buat sudut kecik mcm ni tuk kaco2 air....dan buat susu anak..tapi nak ada rak almari kat dinding....

susu time plak...

bangun pagi, sblm mandi...chipsmore dulu...

lepas mandi boring tgk tv yg siaran katunnye hanya 615 je...tgk online lak


 masa balik...yg lain2 takde rupanye gambo...

sangat boring kan....makan dan tido, tgk katun, sekian terima kasih.

Tuesday, November 9, 2010

dah dapat, korang ada dapat dah?

susu anmum...tebus dgn 12 points.
nak tunggu lagi 2 peket..ehehe aku pos skit2....wah selamat duit susu bulan ni..tapi apa apa pun..stok susu kena beli jugak..boleh carry forward kan...





susu ini untuk budak ini...

ini bertuah kalo org yg rajin..dpt percuma...anyway tima kacih kpd kawan2 yg bitau ttg ni sblm ni

Your mother by Rashid Bhikha

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you

When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk

And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.



Monday, November 8, 2010

BTM

Gedung BTM Year End Sales (YES) mulai 4 November. Diskaun sehingga 50% semua produk yang ditentukan. Tertakluk kepada syarat-syarat.
makna BTM
1) Baju Tradisional Melayu
atau
2) Baju Tak Mahal

ala ala kamus dewan plak

perkataan pilihan

bolak-balik : 1. ulang-alik, pergi balik: bas itu pergi ke Singapura ~; 2. tidak tetap atau berubah-ubah (percakapan atau perbuatan seseorang), berbalik-balik, berbelit-belit: cakapnya ~; berbolak-balikberbalik-balik, berulang-ulang: fikiran itu masih ~ dlm kepalanya; membolak-balikkan1. membalik-balikkan, mengolak-alikkan: sudah kami bolak-balikkan, sudah kami tating-tating, dan sudah kami kaji buruk baiknya; 2. memutarbelitkan: dicubanya ~ perkara itu.


Contoh ayat:Fikiran itu masih berbolak-balik dlm kepalanya.



-------------------------
ala² kamus dewan plak...

Sunday, November 7, 2010

Sempat kah?

Sempatkah aku nak pg intebiu tuk mengambil tempat kosong di Benua Eropah (Dublin) pada tahun hadapan? ehehehhehehe

sbb akak ni nak balik tahun depan dah..jap je masa berlalu pejam celik pejam celik..rupanye akak ni dah 3 tahun di sane...semua cuaca dia dah rasa...seronok + jealous tau...so aku amik positif...akan ku usahakan taun depan...rasanye taun depan kot ada intebiu tuk PA²

jom kawan2...

Saturday, November 6, 2010

InsyaAllah / InshaAllah / InchaAllah

INSYAALLAH (Maher Zain)

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray

OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astra
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2Insha Allah x3Insya Allah we’ll find the way





---------------------
dua dua anak aku suka sgt lagu ni, kalo part INSYAALLAH tu mereka ikut la nyanyi...tu je reti...

so mama dedikasi kan khas tuk mereka dan diri sendiri jugak...
walau ulang video berkali2 pun mereka tak jemu lagi....

Friday, November 5, 2010

dosa?

Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak mengceritakannya.
Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.

Thursday, November 4, 2010

Bahasa Melayu itu INDAH

torpédo : 1. senjata gerak sendiri berbentuk silinder yg membawa bahan letupan yg dilancarkan dalam air dr kapal, kapal terbang, atau kapal selam dan meletup apabila mengenai sasarannya; 2. = kapal ~ kapal perang kecil yg dilengkapkan dgn torpedo; 3. Id, bp bahagian tengah roda basikal (hab) yg dapat memberhentikan basikal; mentorpedokan

AYAT CONTOH : menembak dgn torpedo.

tima kaceh sifu

CCC



gambar dan sipnosis credit sini

Cuti Cuti Cinta mengisahkan Eeva Elyana (Nora Danish) anak tunggal Tan Sri Zaini (Zaibo) yang kecewa dipermainkan tunangnya, (Remy) Zed Zaidi. Tersepit dengan masalah yang dihadapi, Eeva mengambil keputusan melarikan diri tanpa arah tujuan. Kekecewaanya itu membawa Eeva ke pusat peranginan di Morib.


Sikap Eeva yang gemar mendatangkan masalah kepada pekerja di hotel menemukannya dengan Omar Rudy (Farid Kamil). Sikap Omar yang melayani karenah Eeva tidak disenangi rakan sekerja yang lain iaitu Maliq (Adeep TFC), Kris Dayana (Wangi TFC) dan Fausrina (Zizie TFC). Sikap jeliknya telah menyebabkan mereka terperangkap di sebuah pulau. Saksikan kesudahan filem ini pada 21 Oktober ini di seluruh pawagam.
so last weekend kami bawak mereka untuk movie yg 'ringan' ini...tak leh bawak mereke tgk cerita berat2 ni....nanti pening kepala lak...ehehehe



pis to all...

Kata-Kata Menarik

Apabila ilmu di akal
pandai berhujah dan berlojik tentang Tuhan.
Apabila ilmu di lidah
pandai bercakap tentang Tuhan.
Apabila ilmu di hati
dia takut dengan Tuhan.

Wednesday, November 3, 2010

apa makna perkataan itu?

menjarah : _____________
(smlm dlm akhbar, ayat dia gini 'amin di tahan polis kerana menjarah di kampungnya' gurlppp apakah dia buat itu hga di tahan polis..? kamu paham?)

apresiasi : _____________
(ni aku jumpa dlm surat jemputan tuk bos aku tuk satu majlis sekolah, dan tadi pun jumpa kat blog cik Mot, surat jemputan majlis ala2 sekolah jugak..)


---------------
maafkan daku, bahasa melayu mmg agak sedikit lembs la.....
bahasa english apatah lagi...eheheheeh
mmg bahasa bahasa ni mmg aku tak leh nak go ar..
kira mengira je aku reti...

so cekgu bahasa tlg la share...kamus bahasa melayu aku tertinggal di pejabat lama dan hilang tanpa berita...mencik...kamus tu pemberian bos perempuan aku yg 1st....


updated :
menjarah: merampas milik orang lain (dlm perang dll); ~-rayah merampas, merompak, menyamun;

aprésiasi : 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah;

Mama, nak ikut....

asal bersiap bertudung je....si anak kecik ni...mula la buat suara2 manja...'mama nak ikut'...
dgr suara dia tak jadi nak halang dia dari ikut...eheheh
so heret la sama pg kedai...
gini la hari2 ke kedai..si dara ni nak ngekor je.....tapi seronok sbb dia suka nyanyi...ehehe
kadang berselawat...so tak sunyi la mama kan..
tapi smlm dia merajuk.....dia nak ikut mama ke kedai kak senah....tapi keadaan hujan
mama mintak dia tgu jap dlm kereta (lock kete, kunci aku pegang)
lagipun jap je aku pg..aku berlari2 dlm hujan tu tak sampai 1 minit...tak sampai hati nak heret dia dlm hujan
(gitu la aku nak cari sesuap nasi...uhuhuhuhu org lain duk ulit anak bini time gini, semoga bini beranak lagi la ye...)

look, aku pangey pun gitu je pandang...
mata dah meleleh dah tu..

merajuk benar...ehehehehe betul2 merajuk ni..pangey byk kali dah
akhirnya rasa letih merajuk, tersandar sambil air mata meleleh...

sian anak ni...nak ikut mama sgt..ikutkan malas nak bawak tapi nak jugak ikut
uhuhuhu aku pun ada anak2 jugak...
so boleh je kan nak jenguk kedai dan uruskan itu ini di 2-3 tempat...
------------------------------------------
sabar ye sayang, arini ari dia...suatu hari nanti bila bumi berpusing 360 darjah...
ia akan merasa jua