Friday, November 26, 2010

Ibu Sanggup diperkosa demi anak

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.

Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam.


“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.

Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000.

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu.

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

sumber : hmetro

 --------------------------------------

Maybe kalo aku berada di situasi yg sama...aku pun rela dari anak menjadi mangsa....

12 comments:

♥cikmOt♥ said...

hai kak...

Zura Tahir said...

geram je bace berita td..

Unknown said...

macam lak-hanat BETOL!!!!!!
aku doakn ko(perogol2) tuh mati dlm keadaaan ngeri!!!!

ini bukan camtaek lagi da!!cam @*&%#$!!

*sory, emo giler!!!

Unknown said...

Astaghfirullahalazim,

memang zalim, kejam, tiada perikemanusiaan.

r|nA @ ja|j|na said...

menggigil baca paper tadi..mmg tak berperikemanusian, dah rogol record pulak..budak 12 tahun pon ade nafsu nak rgol, bangang!!..

umilia said...

ish...b--i btul la..da rompak tu dahla..siot tul la binatang cmni..

Ena said...

Astaghfirullahalazim...

dah rompak tu sudah la.. lg nak aib kan org.. Nauzubillah..

Wawaezrill said...

saya cadang kalau dapat tangkap penjenayah dua ekor tu, xyah nak bazir duit naik turun makhamah, masuk penjara bagi makan minum... terus jer pancung sampai M_MP_SS!!! TETT!!!

mamaarifakeemaisy said...

Ya Allah...trajis nya! depan anak?..alahai..sedih n sayu lak membayangkan..gilerrrrr org jahat skrg!!

bunga_rose said...

memang bangang, bodoh, setan orang yg buat tu.. menggigil sebab marah baca berita pagi tadi.. tak patut betul tau... eeeeeeeeee

~aSHa~ said...

aku pun amarah sgt.....

sob sob sob...dunia dah nak kiamat kot..

A N A K - A N A K K U said...

kesian kat budak tuekan trauma...cuba mak @ kakak@ adik perempuan diorg lak y kene....eeeee