Thursday, July 29, 2010

Kepercayaan yang hilang itu lebih sedih...

1st of all, (cis gedik speaking...) pertama tamanye aku nak ucap terima kasih pada teman2...sbb sudi meluangkan masa membaca luahan panjang lebar di entry sebelum ini, actly sblm2 ni aku ckp tak terluah kan nak cite..mmg susah nak bentang dan petakan apa dalam hati ni


bukan la soal wang ringgit sangat yg menjadi ke'lemau'an dan kemurungan sy tu...yg sy duk fikirkan..SIAPA LA YANG BOLEH SAYA PERCAYAI....selepas ini

yg tu yg mustahak...sampai robek hati sy bila kepercayaan yang diberi, dihiris2...pedih...haishhh mcm dikecewakan dalam percintaan plak...ehehhe

tapi serius..kalo bab kepercayaan ni la boleh sy feel down down and down..soal duit rm94.20 tu mmg la bg sy byk gak..tapi itu TIDAK la memberatkan sgt..kalo nak fikir soal wang...duit minyak sehari rm10 duk ulang alik ke kedai sy belanjakan, tak claim2 pun sy diam lagi....(sbb sedor, kedai tak mampu nak bayo sy lagi.....sob sob sob)

aritu ada gak ura2 nak pasang cctv nak pantau pekerja2....tapi sy teringat satu cerita dari tuan milik bangunan kedai tu....suami kawan sy...

dia cerita, dia pasang cctv di kedai cyber cafe dari komputer2 tu je...mean dia leh pantau dari rumah je...pekerja2 dia mmg tak tau...tapi yang sy tertariknye satu cerita dia adalah.....dia pernah berborak2 dgn tuan kedai al ikhsan...ala yang kedai kasut famous tu kan...kedai dia takde cctv pun...tak tau la kat area lain..tapi kat kemaman ni mmg takde...then suami kawan sy ni tanya kat dia..mcmane u boleh percaya kat pekerja² (mintak tips la ni kan)...nak tau apa tokey al ikhsan tu jawab apa...cctv dia hanya la yang Esa...semuanye dia serahkan pada Nya...

ermmmm kagum aku dgn jawapan itu...terkedu pun ada..

so aku try nak serahkan pada Nya...tapi bila jadi mcm2 kejadian...skrg aku dah tak tau nak letakkan kepercayaan pada siapa. punah segala kepercayaan² yg aku berikan pada mereka²...

itulah yg menyebabkan aku rasa tak tau nak luahkan mcmane...penat memikirkan sorang2...


Wednesday, July 28, 2010

RM94.20 aku bayar tuk barang yg hilang.

dua tiga menjak ni banyak kejadian buat aku murung dan lemau...

ada la barang sedikit hilang....tak tau la nak tuduh sape...barang pun bukan la harga riban2 sgt....
tapi kepercayaan integriti tu yg hilang dari pandangan mata hati aku...so serius..susah betul aku nak percaya bulat2 kepada sesiapa...
dulu kalo duit tak cukup ke apa ke..aku cukup kan la kalo dlm rm1-2..malas nak heboh satu kampung, pukul gendang nak bgtau duit tak cukup dalam 'kotak' ini....
so bagi aku halalkan je la...(wah ko nak cite bab halal tu jadi mcm tak ikhlas plak bila cite kat org kan?)
tapi semakin menjadi lemak manusia ni...hingga aku pun berlemak minyak jugak dah ni...
one day ada lak sesuatu benda hilang di kedai (wah baru nak cite masalah kedai rupanye)...
tuan punya barang tu suh ganti..alahai....bukan aku pun mintak ko jual barang ko tu disini...ko yg nak dtg mintak kami tlg jualkan..actly takde org pun beli..yg beli pun aku, mak aku, adik aku, pekerja2 aku je beli 'barang' itu....aku pernah advice kat tuan punya barang ni...suppose dia letak kat kedai runcit barang ni...sbb org datang sini seme nye malas2 dan takde masa nak cuci baju...jadi buat apa beli benda ni....benda itu adalah sabun ye akak akak, adik adik...tapi budak tu masa aku berckp buat tak endah je la...senyum apatah lagi...malas nak kutuk dia...tapi dalam telefon merayu2 mintak tlg dgn aku...
aku pun ckp takpe la...nak mintak kami tlg jualkan...boleh letak je la..sesama melayu apasalah nye kan....
*
ermm bila dah hilang ni...terpaksa la ku ganti kesemua yang hilang..yg tak hilang tu aku suh dia amik bawak balik...tak kose dah aku nak tlg jual, lepas tu nak suh aku bank in kan duit hasil jualan dia...alahai dulu ko janji nak kutip sendiri..ini ko suh aku plak pg bank in...byk nye cantik muka ko kan...duit kedai pun aku bercinta nak pg bank in kalo ramai org...aku transfer je dari akaun aku ke akaun kedai..ini plak tuk ko...nak maki kang....sesama rakan niaga...susah...dah la tu paksa2 aku lak suh masuk kan cepat duit sabun yg hanya terjual dlm rm15.20...buang karen la sms byk kali...sms sahaja pun agaknye dah rm12...dan paksa suh bayar yg hilang tu...(dah la aku stress ko paksa2..mcm la brg terjual...ciskek la)
*
aku malas nak sebut nama sabun tu....tapi aku mmg tak guna tuk kedai aku...sbb aku amik barang2 seme dari KL...bukan takmo bantu dia...aku pernah try cuba byk kali sabun dia.....ok la bagi aku..malas nak ckp lebih2...aku dah bgtau 'kalo u ada bau soflan mcm yg i biasa guna, i beli dgn u as a rakan niaga melayu' tapi dia tak dpt nak sediakan..so....
*
*
*
so arini dengan berbesar hatinya aku telah mengeluarkan duit sendiri RM94.20 tuk bayar yg hilang2 tu...serius talk...malas aku nak buat baik kan...kan aku dah pesan pada diri sendiri..jgn buat baik sgt....serius talk aku tak halalkan duit yg aku keluar tu kepada pencuri pencuri tu...biar lah tak mahal pun, bukan ratusan atau ribuan pun...tapi hati aku dah sakit...
*
kepada pencuri tu pun..bab makanan yg aku belanja2 tu dont worry be hepi la...bab itu aku takde termasuk dlm kata2 di atas...
*
wah mcm pencuri tu baca kan?
*
sekurang2nya org tau kenapa aku dlm LEMAU kebelakangan ni..ini adalah SALAH SATU faktornye.....aku hilang kepercayaan integriti pada mereka yg terlibat....
*
sekian terima kasih kerana membaca bebelan aku yg tak sudah2 ni..

Hampir setiap hari diminta ke sini..











suka benar mereka ni mencuci kereta..kalo arini dah cuci kereta...esok lusa kalo lalu je depan pusat cucian kereta ini..pasti la di rayu rayu
'mama nak jirus, ...........nak jirus'
nak jirus tu mean nak basuh kereta la..maksud jirus tu sebab mamat bangla tu time cucian pertama..semasa dia jirus2 ke body kereta..saje la dia layan budak2 ni..konon2 jirus2 la ke muka mereka..suka sgt la mereka disakat begitu..
dialog di atas adalah KEDUA-DUA ye...
seminggu rasanye ada la 3 kali ke pusat ini..
untuk maklumat lebih lanjut mengenai pusat cucian kereta itu..lihat DISINI
disitu ada dinyatakan berapa lama masa diambil, berapa bayaran, dan jam berapa di buka..

Tuesday, July 27, 2010

Kalau Dia Lemau...aku L jugak

Kalo dia rasa lemau2...aku lagi la ni..lemau, lemah, letih, lembab, lesu, luruh hati, dan mcm2 lagi la yg seangkatan dengannya bermula huruf L

niat ni hati nak je buat entry khas tuk budak mangkuk ni...sbb ada la dia mencarut kat sini..aku tak tau apa maksud dia kat huruf2 dia taip tu...takpe...ko buat la amalan apa pun arini...ko lupa ko mencarut dgn aku...takde mintak maaf apa bagai...dah la aku semenjak dua tiga menjak ni mmg feel takde...lari habisssssssssssssssssssssssss tambah plak ada manusia buat perkataan2 yg aku anggap dan kawan2 aku yg tgk pun kata...itu LUCAH...bukannye yg org boleh taksir lain la kiranya....
tapi biarlah dulu..tgu mood aku dtg..
terima kasih yg sudi memberi kata2 semangat dan se akan paham je hati ini, bila aku letak perkataan NOTHING dan letak gambar sedang beryoga @ berehat tempoh hari...aku akan selalu jejak kamu...tima kasih...org yg lembut jiwa..dia tau, hati aku mmg 'kurengggg' skit ketika itu dan kini....thanx uols

Buku yang Telah diangkat, tiada apa yang dapat dibanggakan.


tiada apa yang dapat aku banggakan bila buku amalan yg lepas sudah diangkat ke sana....sudah terlewat untuk ku tangisi untuk membersihkan buku-buku...SEPERTI membuat assignment last minute dan tanpa menyemak dan membetulkan mana yang salah, menambah apa yang kurang......terus di hantar ke pensyarah....sob sob sob...biarlah rahsia hati sendiri yang tahu...mahu dicerita tidak terungkap...jadi melayan perasaan sendiri lagi enjoy...


sedikit sebanyak tentang apa itu Malam Nisfu Sya'aban...., thanks miemiey...ai baca kat blog yu last nite


Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.


Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untukmenutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.


Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa) i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik dan munafaat.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:


1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.


Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersbt dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat.

Apabila aku melihat demikian aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya,"Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu drpda kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seprti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban.

Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.

"Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

aku dapat dari miemiey

Sunday, July 25, 2010

Saman yg bertimbun2 tidak dibayar...

mlm semalam masa jalan² blog...aku ternampak entry INI
sebelum tu kebetulan aku pun tgh cek...
so rasa nak tjk gak ttg saman ni..supaya cik abe nampak skit..ahaha kan leily...
kalo dia (leily) ada 1 saman speed, tapi atas nama aku plak ada 4..huhhu
alahai dah nasib..sbb kete yg satu tu atas nama aku..uwaaaaaaaaa
aku tak bawak selaju gitu....
kepada pembawa kereta ini dengan laju², sila2 la jelaskan ye...aritu dah buat permohonan pengurangan..sekali cek..dah takde dah kurang2 tu...dlm tempoh tu je kot dia kasi can kurang bayar....

alahai byk nye hutang plak tiba2..ahahahahaha...tak syok plak jadinye..
jom cek saman sendiri di SINI

Bercandai la kamu dan main molek molek...mama nak rehat lagi

'mama, jangan risau..abg danish jaga baby'

'ye la kamu tu...kang kamu di'jaga' mama..'
'bersantai di tepian pantai,kita bermadu asmara...alalalalallalala'
'lantak la apa nak buat..janji jgn nangis²'


Thursday, July 22, 2010

Waktu Rehat : Pegawai² Berkaroake disana aku berkaroake sorang² disini

owh jangan la kamu berfikir bukan²

kami bukan pg pusat karoake pun pada tengah hari celik ni
tapi mereka aka pegawai berkaroake di bilik karoake yang disediakan disini

dan aku karoake tanpa mic di sini sorang² tuk menghiburkan hati ehehe


tak salah kan karoake tuk hibur² kan hati...


bersuka ria sorang diri pun best jugak....takde org dengar suara sumbang mambang aku ni...suara kan aurat tu...ehehhehe

Hepi Bila Baca Entry dia ni dan Dapat Sms dia tu

PERTAMA

tiba2 senyuman terukir bila baca entry ini KNIEDAZ tup automatik sungguh terus terukir senyuman hepi bila baca tentang itu, klik nama beliau...baru tahu apa tentang apa ye...

Sepanjang perkenalan dengan beliau...banyak cerita cerita tentang anak beliau tentang persekolahan atau jalan2 cari makan.....ehehehe...nama anak beliau Danish dan Danial...hebatkan beliau leh jaga anak anak Teruna...dengan baik...ehehe kalo aku fail gamaknye..sorang pun rasa fail...


suka dgn header beliau yg ada pelangi tu....aku mmg suka pelangi ni..nampak ceria nye..mesti dia ceria spt pelangi tu kan...

thanx ye kak (akak ke?) sebab sentiasa sudi singgah menyinggah disini...




KEDUA

semalam setelah lama aku usha2 baju tuk anak2....i love mum n i love dad by oshkosh tu...aku telah book di dua tempat....niat di hati nak book kat satu tempat je..tapi dah habis stok..cepat betul laku...tak sempat nak rebut...so aku book satu je la dengan beliau (siapa beliau klik ar)

arini aku nak bayar la apa yg aku order smlm...ehehe tiba2 dia reply kan

'sehelai je kan? rm15, postage rm3..semua rm18...erm..masuk rm17 sudah la'

ehehe tersenyum aku...alahai jgn la diskaun2 gini...segan ai....yu kan niaga..ai pun niaga...alahai...

tapi dia kata takpe 'clearance stock' katanye..ehehe bertambah hepi la aku...sib baik dia kata gitu..kalo idak segan jugak...tima kasih ye nurzairul isma

oh ye..nama anak beliau kan..danish jugak....agaknye oleh kerana nama anak kami tersama..selalu jugak la kami singgah menyinggah..walau pun early morning tadi aku takde apa nak cerita, dia tetap bertegur sapa...

sekarang ni beliau sedang melatih anaknye free diapers...semoga berjaya ye isma...mmg kena byk bersabar kalo anak dah tak pakai diapers ni..ehehehe..

jom ke kedai beliau..

Bila mood down jadi Hepi plak baca entry ini dan sms ini

tadi mood tak tau nape..nak kata sedih takde...nak kata gaduh dgn laki pun takde...ehehe kalo pagi2 cuci rambut...

so apa kess ek pagi ni...

ntah mood down tiba2...berfikir dan berfikir..tak tau apa yang aku fikir..drive pun khayal je...ntah apa yg aku cari...

dlm banyak fikir-fikir tadi..terkeluar perkara ini di kepala...skrg ni berbelanja sehari mesti rm50 ke atas...tak tau apa yang dibelanja kan...kalo tak masuk minyak, beli itu ini, makan itu ini, bayar itu ini..tapi hari2 mesti lebih 50 la..sbb hari2 duit 50 dipecahkan...

eh aku serabut ttg itu ke?

TIDAK...mmg tidak...duit aku masih ada simpanan walau arini sudah bergaji....duit comey @ duit baru @ duit 50 ada bendera malaysia pun masih ada tersimpan....

tak tau la pk apa...pasal org..aku yg sakit kepala..ciskek la..

owh berbalik kepada tajuk...pjg betul intro aku...uhuhuhuhu (nak luah apa di hati)

tadi lepas kawan2 tegur menegur walau ada letak ............... je..aku terus ke blog beliau...perkara biasa..ziarah kembali.....

ermmmm aku buat next entry la ye..sori...rasa sesuai buat next entry dan letak tag Terokai Cerita Blogger Lain

jgn marah aku menceceh sebegini rupa..ahahahaha aku buat tak sampai 5 minit ni next entry....sure

Nothing

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NOTHING

Wednesday, July 21, 2010

Percuma BMW untuk Wanita

PERHATIAN!!

Untuk makluman tuan/puan, SIDC (Securities Industry Development Corporation) akan menganjurkan Seminar B.M.W. (Bijak Mengurus Wang) untuk Wanita. Seminar ini adalah PERCUMA, dijalankan dalam bahawa Melayu dan terbuka kepada semua wanita mahupun lelaki yang berminat menyertainya. Minum pagi dan cenderamata akan disediakan untuk peserta seminar.

Seminar akan diadakan pada 24 Julai 2010, bertempat di (sesiapa berminat aku akan bgtau tempatnye) dari jam 9 pagi - 1 ptg.

Monday, July 19, 2010

Soalan Dari reader digest

...........dikatakan bahawa pokok teratai didalam kolam mempunyai kebolehan berkembang biak menjadi sekali ganda dalam satu hari. Satu pokok hari ni jadi dua esok. Dua pokok hari ni esok jadi empat pokok esok. Tiga pokok hari ni jadi lapan esok. Bagitulah ceritanya....

CERITA NYA: sekiranya satu pokok teratai ini diletak didalam kolam renang bersaiz olimpik menjadi dua hari kedua. Dua menjadi empat hari ketiga. Tiga menjadi enam hari ke empat. Berganda lah maksudnya. Didapati hari ketiga puluh kolam bersaiz olimpik ini penuh dengan pokok teratai.


Soalan: HARI KEBERAPA KOLAM INI ADA SEPARUH PENUH DENGAN POKOK TERATAI??

Sunday, July 18, 2010

update Lya...terkedu aku...korang tgk la...dan fikir..


korang baca la cerita di blog zati ni...tak terkata aku dah.....perit rasa nak cerita tgk keadaan Lya mcm ni...
bang ptg ni kita pg la singgah jap tgk lya ye...
update: kakak ofis dia kata 'dah habis tempat.. hanya kat tengkuk tu jer.. tempat yg boleh masuk jarum tuk bubuh ubat' arini dia dah keluar wad jam 2.30 ptg...dia tanak duk hospital dah...

Berfikir

arini saya cuti jaga anak..alang alang bercuti, ingat nak mengemas rumah...jadi laptop ni kena tutup awal2..sebelum jadi addicted tahap gaban.....

kedua saya ingat/fikir nak buat rumusan buku atau, satu artikel...sbb ada Pegawai minta saya buatkan satu rumusan/artikel untuk disumbangkan ke Majalah Jabatan (jika dapat la saya buat..kalo tak dapat takpe, ramai lg org lain) ...ermmm saya ni tak bape nak pandai membuat artikel kalo diminta...kecuali dipaksa seperti exam atau kecuali mmg ia datang sendiri tanpa diminta...mmg otak ni tak leh diminta berfikir betul tuk mengarang itu bagai...tapi yang peliknye...kenapa bos sebut nama aku ye kat pegawai tu? adakah kerana dia sudah membaca blog aku? uish sangat bahaya tu....bahasa aku dalam blog ni adalah cacar marba sahaja...mutu penulisan sangat la fail

sekarang ada 3 buku untuk saya pilih....untuk dijadikan rumusan atau artikel

1) Pemikiran Keseluruhan OTAK
2) Belajar Berfikir
3) Kemahiran Berfikir

lepas ni agaknye boleh la berfikir secara rasional selepas baca buku2 ini...

selamat berfikir dan menimba ilmu ucapan kepada saya sdri.

tata...

Friday, July 16, 2010

Ada satu perkara berat aku nak cerita pasal Lya....

benda ni rasa berat nak bagitau kat kawan2 bloggers....
tapi rasa nak kongsi dengan korang semua supaya korang tau sejauh mana Lya sekarang...
Buat pengetahuan korang...mata lya sebelah kanan dah rabun yang agak teruk..mean lebih kurang ala-ala tak nampak sangat dah.....akibat sawan yang datang dalam beberapa hari yang lalu....efek nye urat2 mata lya la...sian nye...kalo korang tgk dia pegang henpon di blog kak ain, actly dia tak nampak pun apa yg ada kat screen tu...
byk aku dpt sms dari dia yg kebanyakkan nye tak paham apa yang ingin disampai dan diberitahu...sbb ayatnye sangat2 berterabur...saya rasa sbb dia tak tau perkataan apa dah yang dia taip..
dan no password. no id yg dia bagi kat saya dan kawan dia zati pun salah...
so kami tak dpt nak bukak dan update blog beliau..
semoga sumbangan anda dapat memberi peluang kepada Lya menerima rawatan susulan yang dah lama dia nak buat..cuma kewangan sahaja yang belum mencukupi...
penyakit lya salah satunya adalah komplikasi jantung..actly dia banyak sangat sakit...
tapi saya tak pandai nak ceritakan dalam bentuk saintifiknya...

Thursday, July 15, 2010

Tabung Kami Bersamamu Lya


Bismillahirrahmanirrahim............
Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA.

Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin.

Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.

Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.

Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526).
Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.

Terima Kasih ye kak ain tlg usahakan dana ni.
Semoga dengan tabung ini, dapat membantu beliau untuk menjalani rawatan yang lama dia idamkan. Sebenarnya lama dah dia menyimpan..cuma tak cukup lagi buat masa ini...Tiba-tiba sakit menyerang kat beliau. ikuti apa sakitnya di blog beliau...sekurang2nya kita dapat memberi trafik pada beliau. dan andainya anda menyumbang walau rm1 pun, sangat2 la berharga buat beliau, dan hanya Allah membalasnya, tambahan plak arini hari khamis...esok Jumaat..berganda2 pahala anda.
saya tidak dapat maklumat lagi berapa jumlah bil hospital yang bakal ditanggung beliau..dengan duduk di icu nya, lebih tinggi dari wad biasa...saya rasa banyak jugak kos walau di hospital Kerajaan. kita yang segelintir keje kerajaan ini sangat beruntung. jadi anda org yg beruntung. apasalahnye berkongsi dengan golongan yang tidak merasai keistimewaan orang keje Kerajaan.
sekian. asha.

Selamat Pulang dan Kembali Berperang Malam Jumaat Ye Bang

ucapan khas tuk 'nyawa ku'..

drive elok2 ye bang, ai menunggu ni dengan minuman di bawah..2 hari yu pg terasa rindu plak..
muhahahhaaa


ai beli satu power root tuk yu satu power root pearl tuk ai mcm biasa kita buat...kan?





♥♥♥


notakaki : sedang menanti kepulangan suamiku

hati hati di jalan raya ye

dss - KUTU RM50/BULAN

kepada ahli dss selepas kita berbincang secara berleluasa tadi di laman dot dot
jadi aku istiharkan mainan kutu akan dijalankan start bulan Julai 2010
dapat je gaji, KEPALA akan kutip terus...
tanda tunda2 hari ye...sebab kita sedia maklum....gaji jatuh pada hari bekerja.
ok...pemain2 kutu adalah seperti berikut : (setakat ini, siapa mau sila la bgtau ye)
~ashaZida~
nOj
missGeli
{e'mie}
izan
erra zahira
sebulan RM50 tau
sila berikan nama kepada yg mau....dss sahaja...
bukan tanak buka pada semua....tapi sy bimbang perkara lain

Bagaimana Kalau Suami Mati Kemalangan Dengan Perempuan Lain???

malam tadi tgk drama Bonda jam 7.40 - 8.05 malam di channel 106.
berpuasa kan..kena on kan channel tu..
kalo idak time gitu channel 411 dah kot...
haih cepat benor nak tgk cerita yg tayang tetek ye??
eh sudah melalut..sebelum lebih melalut keterlaluan...hamba nak berstory mory in the morning glory ni...yg tadi adalah selingan sahaja ye..
ok berbalik kepada tajuk di atas
BAGAIMANA KALAU SUAMI MATI KEMALANGAN DENGAN PEREMPUAN LAIN??
pesal plak aku tiba2 tanya hal begitu..owh sbbnye semasa aku drama tgk Bonda di Channel 106 jam 7.40 petang smlm tu.....ada ia mengisahkan seorang isteri mendapat berita kemalangan suaminya...sedih? sure la sedih....Safura sebagai isteri tu...dan dalam drama tu pun namanye Safura
Safura pergi ke hospital setelah mendengar berita kematian si suaminya.
Tapi apa yang mengejutkan adalah bukan seorang mayat yg ada tapi 2 mayat yang ada
yang sorang lagi tu adalah seorang perempuan..
owh bertambah nangis Safura..bertambah esak tangisan si Safura...
kalo tadi dia nangis sob sob sob sob
kini telah bertukar...'uwaaaaaaaaaaaa mak lang, ada perempuan semasa kemalangan!!!!'
☻♥
owh dia tak meraung sebegitu..itukan channel 106,mesti la meraung dlm nada masih menjaga adab orang Islam lagi, korang bayangkan Safura berlakun menangis dan sebut perkataan di bawah
'mak lang, ada perempuan bersama abang semasa kemalangan'
uwaaaaa nangis nye bertambah hiba.....sopan la skit kan...
diringkas kan cerita...seorang Polis datang,
membawa berita bahawa wanita yang mati bersama suaminya adalah Isterinya..
wah kalo tadi start dengan sob sob sob menangis, lepas tu jadi uwaaaaaaa
so korang pk la sendiri...bila Polis tu cakap itu adalah ISTERI SUAMINYA....bererti MADUnya..
ehehe kalo aku nak nangis ke?
aku terus blaaa kot...dengar je dengan prempuan lain selain dari mahramnya terus aku angkat kaki dan blah je
owh ye...ini mmg aku dah cakap dengan laki aku pada tahun 2007 lagi..
kalo la kejadian 'seperti di atas' dan tiba2 sahaja ada perempuan (tanpa diberitahu awal2)
memang aku blaah je...takde nangis2 pun...
ehehe betul kan abang..ai ckp mcm tu dulu? begitu jugak insurans kan? takde maknanye aku nak kongsi dengan keluarga si perempuan itu....
zalim nye bini gini kan..(aku)
Zalim tak zalim...dari hati sakit nak uruskan mayat dan buat2 IKHLAS..
tapi dlm hati bermakian bertubi2 ...baik toksah...
terkejut wei terkejut..takde intro apa..tiba2 ada madu...beranak 3 plak tu
owh tgu sambungan nye malam ini...Safura tidak menguruskan jenazah madunye ye, tak tau siapa yg uruskan....tapi dia diamanahkan menjaga anak madu Safura 3 orang dan tinggal sebumbung dengan Safura beserta 3 anaknya jugak
KALAU KORANG RASANYE MACAMANE NAK HADAPI?????
adakah
a)uruskan sahaja kedua2 jenazah,
b) jaga anak2 peninggalan madu hasil buah cinta cintun dengan laki korang?
c) korang blah mcm aku jugak..eheheh (jahat tul yg ni jgn tiru okeh...)
d) buat2 baik uruskan jenazah depan mentua kan...buat la korang ni wanita hebat yg tabah kan, mesti lagi dipuji disanjung malah nanti harta dituruni kan
e) seikhlas nya menguruskan jenazah, redha ke atas suami dan menjaga anak2 tiri itu
kalo nak redha tu boleh..tapi bertahun gamaknye kot nak pujuk diri,

Wednesday, July 14, 2010

mau tapak kaki jadi comey?

caranya :

Rendamkan kaki di dalam sebuah besen yang telah diisi dengan air panas dan 2 titis minyak pati. Urut kaki perlahan dan kaki akan menjadi lembut.
SMS MW

Jenis Kereta Peringkat Umur

Peringkat 1 (4 bulan hingga 9 bulan - mengikut kesesuaian)

Peringkat 2 (9 bulan hingga 3 tahun mengikut jumlah pengisian )
Peringkat 3 (3 tahun hingga 7 tahun mengikut kehendak)

Peringkat 4 (7 tahun hingga 12 tahun mengikut kemahuan)





Peringkat 5 (12 tahun hingga 19 tahun mengikut kemampuan)


Peringkat 6 ( 19 tahun hingga 50 tahun mengikut ketebalan poket

Peringkat 7 (50 tahun ke atas mengikut keperluan)

Peringkat akhir.....apabila tiba masanya










Aku cuba sangat tanak mengumpat tapi...

tapi apakan daya..tadi ada org ajak mengumpat, so aku mendengar la...dan sampuk2..kalo tak sampuk kang kata tak melayan dia plak kan...boleh gitu cik 'mek'????????

aku pelik dgn manusia ni sibuk perihal rumah tangga orang....tapi kata kat mulut ' aku tak campur hal tangga rumah orang, aku tak tau' itulah ayat yg biasa aku dgr la...bila la nak berubah kan?

cik mek, sori la aku plak yg emo..padahal ko yg emo kan? sbb dah lama dah aku perhati kan cik kak tu....ehehehehe....

tersentap gak aku..perihal aku sibuk nak cite.....ermmm perihal kamu yg dulu dan dulu ada kamu ceritakan jugak ke pada cik non tu? tak tau la ada ke tak kan...tak sangka 2 kali ye 'kejadian itu'....aku bikin sekali je ye cik kak..tapi tak kisah la...ehehehhe tiba2 amik kisah plak kan aku ni......hal lama buat apa nak cerita kalo benar2 nak insap?

ye ar sbb dia 'kisah' ttg aku...yg ayat aku terdengar dalam ala2 malas mendengar umpatan sekejap tadi...ada ke dia ckp 'aku tak percaya laki'....ermm tau je dia kan naluri hati aku...mesti dia scanner kan? atau xray mesin tu...ala lagi senang cik kak belah la dada ku ini...ko lihat la apa yg ada...uhuhuhuh

ye mmg aku tak caya laki aku 100%..so why? apa efek dgn kamu, cik kak? kamu nak percaya pada tunang/bf/laki kamu 100% terserah....kalo kamu duk cerita perihal rumahtangga org dont wori be hepi je la...org kata ayat2 itu akan makan diri sendiri...

oh berbalik pada percaya atau tidak laki aku tu ye...ermmm ye mmg la aku tak caye 100%...tapi maybe 99.9% kot tu mesti ada....laki aku kan hensem, body lak mcm org bujang, pandai lak berckp..tentu la disukai ramai (ayat mmg tak bleh blah dah ni..sbb geram kan) kalo dia tak ngorat org...aku sure org pun ada ngorat dia...tengok je la peserta2 kursus..suka amik gambo dgn penceramah..eheheh (aku tak pernah buat keje gitu..walau aku minat kat dato fadilah kamsah).....siap sms bagai..seme aku baca...ermm maybe ada tak sempat baca sbb delete kot...tapi tak pe la..aku rasa aku percaya bab itu....walau tergugat gak peserta2 kursus seme cun cun berlaka...sib baik laki aku ckp aku tak cantik tapi jelita...so sejuk la skit kan...

tapi laki aku pun ada gak ayat2 jeles dgn aku yg jelita lagi menawan dan tertawan ni..sbb budak2 student pun duk sms aku....ehehehehee...bukan budak student pun ada je makhluk lain...yg sms dia jeles...

so kami jeles2 sesama kami ni jadi mesra lagi ada la kot...kalo bertekak pasal kes ni rasanye sbb saje2 kot..takde modal...so amik modal jadikan isu...bleh bermesra...lepas bermesra bleh beramas mesra plak....ko leh buat gitu?

uhuhuhuhuhu arghhh kurang plak pahala puasa gini...
sabar ye sabar...

dlm try sabar tak sabar jugak akhirnya..tercetus jugak entry ni..
pls kalo aku berpuasa jgn ym atau call aku ajak umpat...ehehehehehheheehehe tiba2 je..
ajak makan ketupat lepas buka pose aku on je..

Bila Berpuasa Fikiran, Mulut dan hati pun kena turut berpuasa...

hari ini insyaAllah puasa lagi...ehehehe ini la dia terhegeh2 nak puasa..dah syaaban ni wei kak...baru terhegeh2.....dugaan dan cobaan byk sgt sebelum2 ni...iman ni tak terdaya melawannya....


so oleh kerana arini puasa lagi, rasanye blog pun kena puasa la...dari mengutuk, mengumpat artis2....mengutuk pasukan bola sepak, jaja gambo memey tak pakai tudung ke......ternampak lurah dendam ke...so stop stop buat masa sekarang...

kurang nanti pahala puasa yang dihajati.....

aku kena belajar insaf betul2 ni,..kang mulut je kata ikhlas itu bagai.....tapi hati tak...kutuk belakang..apa cerita...uhuhuhuhuhu

ok udah udah..byk sgt membebel..kalo berpuasa kan kena kurangkan bercakap...aku menaip ni sambil bercakap tau...alalalalla...


pemberitahuan : kalo aku bergosip sana sini tu mean aku tak pose la ye..

Tuesday, July 13, 2010

Kalo Tak Belanje dikira Tak baik la ye?

klik tuk jelas...

ini msg adik ipar kepada aku di fb..ehehehheeehhee
kalo tak jelas sgt meh aku cite...


katun tu tanya

Apa yang satu hal Asha Zida adalah baik?

dia jawab :

suka belanje adik2nye

ermmm kiranya kalo aku takde duit nanti nak belanja...tak baik ke?

uhuhuhuhuhuhu

10 Kemalangan Paling Mahal di Dunia

1) Chernobyl
Kos: $200 Billion
Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, Ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan lebih 1.7juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupanya dianggarkan 400kali lebih dasyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada WW2. kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula. Maklumat lanjut: klik sini

2) Space Shuttle Columbia
kos: $13 Billion
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kpaal Columbia memakan jumlah $2bilion pada 1978($6.3bilion jumlah kini). $500 juta dibhabiskan utk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia. Maklumat lanjut: click here

3) Prestige Oil Spill
Kos: $12 Billion
Pada november 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige†membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangki nya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Spain. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tengelam ditelan laut menyebabkan 20juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung!!!!!. Maklumat penuh klik sini


4) Challenger Explosion
Kos: $5.5 Billion
Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring†dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. kos untuk replacing Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir 5billion dollars. Maklumat penuh: click here

5) Piper Alpha Oil Rig
Kos: $ 3.4 Billion
Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve†yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila button ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbajkar menyebabkan 167 Pekerja mati.


6) Exxon Valdez

Kos: $2.5 Billion

Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan Bot dan Helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dasyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh exxon. Maklumat penuh klik sini.

7) B-2 Bomber Crash

Kos: $ 1.4 Billion

B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh “Flight Computer System†dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move†menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.

8. Metro-Link Crash
Kos: $500 Million
pada september 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalm sejarah California, 25 orang terbunuh. Ianya berlaku akibat dari kesilapan Konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakakn undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 juta.
9) Tanker Truck vs Brigde
Kos: $358Million
Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32ribu liter minyak di Whiethel Brigde di German. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing†jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40Million dan kos menukarkan jambatan $318Million.

10) Titanic
Kos: US$150Million
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling famous didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada 15 April 1912, Titanic, Kapal yang paling besar dan mewah pernah dibina pada masa itu. Tragedi Titanic melanggar Iceberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini nelibatkan kos $7Million untuk dibina (US$150Million sekarang)

Monday, July 12, 2010

Lya Sampaikan Salam Pada Anda Semua yang Mengenalinya...

tadi tengahari aku dah pg melawat lyafrina, dia kirim salam pada semua...aku dah sebut nama korang2.....dia senyum dan minta sampaikan salam pada semua....

update :

* dia dah sedikit segar sedikit...tapi aku nampak dia lemah jugak tu.

* dia tak boleh makan apa2....hanya bergantung pada air yang doktor bagi je...(bergenang mata aku bila tau gitu....skrg pun saat cite perihal dia)

* suaminya fain setia disisi...semoga fain sentiasa sihat ye..boleh jaga lya...

* kalo korang baik hati jom la sumbangkan trafik kat beliau..sbb sebenarnya dia memerlukan rawatan susulan..tapi dia tanak cite kat blog dia...biasalah rawatan begitu memerlukan perbelanjaan yg besar....dia mmg tak cite kat org...dia cite kat aku lama dah...bulan lepas kalo tak salah....maybe dia tanak simpati atau sumbangan dari korang....tapi aku rasa dgn sumbangan trafik kat blog beliau dpt membantu....betul tak?

* last msg beliau smlm buat aku tersentap jugak...uhuhuhu sbb dia ada sebut perkataan 'wasiat' dan bagi no pword sumthing......jgn gitu lya..kami semua doakan kamu...

aku tak cuba lagi bukan pword dia tu....uhuhuhuhu tak tergamak plak aku...tapi maybe aku boleh updatekan blog dia...ok?

jom jalan2 ke blog beliau DISINI

CiNTa iTu BuTa...



"Orang yang mengasihi atau mencintai seseorang atau sesuatu lebih daripada kasihnya kepada Allah dan Rasulullah SAW, matanya akan buta dan telinganya akan pekak. Fikirannya juga akan tumpul dan hatinya seakan-akan mati."


hUraian daripada Sudut Pandangan Islam.

Ramalan Benar Berlaka, dan Makanya Sudah TAMAT




ramalan sotong paul kurita benar ye? uhuhuhuhu syirik tul kalo aku percaya....so jgn la percaya..anggap saje itu satu kebetulan....


tapi yang peliknya...semalam...kejadian jam 9 lebih (malam ye) ada la seorang makluk Allah ni...datang ke rumah aku...tanya ramalan dengan laki aku.....erkkkk ingat ahli nujum ke.....ke dia yang jadi sotong kurita ni? huhhhhh


aku tanya pesal lak tanya² abang....dia kata....kejadian sebelum tu...org tu ada bertanya perlawanan apa tah...laki aku pun hentam je la...jawab A menang....tak sangka lak mmg A menang...dan malam tadi boleh plak datang lagi bertanya......



cerita disebaliknya...rupanye makhluk Allah tu bertaruh pasal bola2 ni....ermmmmmm dah judi la kiranya ni....sib baik laki aku cakap dia tak join...dia kata budak tu nak bagi rokok sbb ramalan laki aku betul, dapat duit rm400 hasil taruhan...cis....amik la rokok tu...amik la..ada aku ronyok2 kan rokok tu seperti aku patah2kan cd cd lucah masa mula2 ia dibawa masuk ke rumah suatu ketika dulu...ermmm sib baik dia kata dia tak amik rokok tu....kalo benar la dia kata kan...




ringkasan cerita

jangan jadi penjudi, jangan jadi perokok, jangan syirik kepada Nya..


dan yang paling penting World Cup dah tamat..bleh la aku kuasai benda di bawah ala² puteri dalam rumah lagi....yes yes yes yabeda bedooooooooooooo alalalalalla (sambil joget2 ni)

credit gambo untuk dia

Lya di ICU, pls pada sahabat yang perihatin doakan kesihatan beliau


tak tau nak mulakan cerita dimana...sbb aku pun tak bape nak tau keadaan Lyafrina skrg ni.

2 hari lepas..ofismate beliau kata dia dimasukkan ke hospital sbb pengsan di pejabat....

then...smlm sms dari suami dia...mengatakan lya di ICU skrg.....

terkedu aku.....byk aku dpt sms lya...biarlah kandungan sms tu menjadi rahsia antara kami....

sedih benar aku....kawan yg byk tlg aku jugak dlm dunia blog...kenal melalui blog dan selalu backlink ke sini kalo sebut nama aku.....

tiada ayat dapat aku gambarkan perasaan seorang teman ketika ini...

mohon korang yang mengenali lya secara maya atau tidak mengdoakan dia cepat2 sihat....

sian kat anaknya asya....

UNTUK mengetahui penyakitnya klik DISINI

SEMOGA ADA KEAJAIBAN BERLAKU, SEPERTI KEAJAIBAN YANG BERLAKU KEPADA BELIAU SEMASA MELAHIRKAN ASYA.....AMIN...
tengahari nak pg melawat beliau..harap2 tiada halangan....
sEmoga penyakitnya ada ubatnya..

Sunday, July 11, 2010

3 Hari Tidur

suram betul ni...3 hari ada keje..3 hari la blog ini tidur...huhhh busy la konon
bangun, bangun..hari sudah siang.....
ok aku mau bangkit dari tidur la ni..

Thursday, July 8, 2010

Wei Korang Pegi Baca Blog Nizamsani...

aku tak tau la ini dia ke tak..cara dia bergambo gitu pun aku nak gelak...ntah2 gambo org lain...mmg takde entry bergambo pun rasanye...setakat yg aku baca la...


korang belum lagi tgk entry2 dia yg pendek tapi leh buat org gelak walau kali ke3 baca


walau pun entry entry nye lucu dan mencuit hati...tapi penuh makna tersirat menyirat..ehehehe


member aku kata (nOj) dia ni maybe org seni atau jenis sastera....tapi cool


bagi aku dia ni mmg jenis cool..tgk ayat dia seme cool cool je...tapi lucu...kadang2 rasa nak cubit2 je dgn lawak2 dia tu...



tiba2 ptg ni ada sesi terokai blog member lak..


aritu si jardness ada buat entry tuk dia gak seperti disini


kalo korang rasa stress jom la baca entry ringkas beliau tapi mencuit hati..

http://nizamsani.blogspot.com/

Dia Curang dengan aku dalam FB

sampai hati kamu...berpeluk2 dgn peserta kursus...

tuhan tu maha kaya...jap je kalo Dia nak tunjuk...tak payah aku duk tanya sana sini...seme terus ke meja aku je...

see..


patut la kamu pilih bola dari pilih aku ye?
sbb tu arini n3 jam 11.30...sbb mood down ni...eheheheh☻☻☻☻

Wednesday, July 7, 2010

Dipaksa Bayar AIA (insurance)

ini entry on the spot...

geram aku..baru lepas bercakap dengan salah sorang agen AIA...

ada ke dia kata bayaran insurance polisi kemalangan aku tertunggak....

gile ke apa...bila masa aku amik insurance AIA?????????????? aku ada 2 insurance...buat apa tambah lagi...bengang aku..

aku tanya, saya tak sign apa2 lagi dokumen dari AIA yang telah diterima...baca pun tak lagi...sbb sy sibuk baca blog blog org je setakat ni...(yg last ni aku tipu je)

dia kata ada agen call aku, dan perbualan antara aku dengan agen tu direkod kan pada ketika itu. jadi tak perlu tandatangan, perbualan berekod tu boleh jadi bukti....tak perlu medical check up dan sebagainya....sambung dia lagi...

BANGANG ke apa? korang pernah ke beli insurance mcm ni?????????????

mmg aku cakap takde halus2 dah...aku ckp kasar2 dah...tgk la mcmane...sy baca dulu dokumen AIA tu sebelum saya bayar...

'dia so mcmana puan, bila nak bayar...boleh bayar sebelum hari jumaat tak...'

wah bertambah hangin aku ni...tanya bayaran plak...hissss seingat aku mmg ada agen AIA tu call..lelaki..sibuk pujuk2 aku....tau la mana dpt no fon aku...geram sungguh aku...masa dia bercerita hal polisi tu...aku tak dgr pun...aku buat keje lain...ahahahaha malas aku..pjg sgt...

then....dia tanya puan faham ke...aku cakap, 'mcm ni la yu anta la polisi tu, sy baca dulu nanti sy bagitau nak ke tanak'

then dia cakap 'kalo puan bersetuju, sy anta polisi tu'

gile ke...main terus terus bersetuju....aku malas layan aku ckp..yu anta dulu boleh tak..sy ada hal ni....lama sangat dah ni berbual..sy dalam bilik meeting...(padahal aku tgk blog..malas aku layan dia punye penerangan ttg polisi tu)

gile betul ni...camne aku nak buat ek?

aku telah diminta memeluk Kawan Pengkid

......kejadian ni berlaku 9 tahun yang lepas...semasa aku masih student lagi....aku ke KL kerana ingin bertemu kawan2 sekolah lama. dan aku menumpang tido di kolej kawan aku di sekitar Selangor...biar aku nama kan dia sebagai A. A adalah seorang pengkid...pakaiannya tingkah lakunya...mmg macam seorang lelaki..nak tergelak pun ada aku ketika itu...eheheh aku mmg suka kutuk dia...tapi dia cool je dgn aku....yg best nya semua perbelanjaan aku kat sana...dia yang belanja..ehehehe dia suka aku kot...eh bukan sebenarnya...dia suka kat seorang gadis ni (nama nya B)..cun la bagi dia..bagi aku biasa2 je...ehehe sbb aku bajet cun...muahahahaha....dan si B tak layan dia tapi layan pengkid lain.....
semasa aku tido di asrama kolej dia ni....kawan2 dia kebanyakkanya pengkid dan lesbian la....uhuhuhu ternganga aku..riso gak dicabul oleh mereka mereka...semasa kat situ...A ni minta aku berlakun jadi 'girlfren' dia...hishhhh geram gak layan perangai ting tong gitu...tapi oleh kerana dia pandai pujuk rayu aku...aku terima la jadi 'pelakun' je ..sbb dia nak bagi si B ni jeles dan nak tunjuk hebat la sbb dapat girlfren mcm aku...kira mcm rugi la kalo B tak dpt dia....mcm2 hal betul.....tapi yang bestnye aku la..mcm2 dia belikan barang..ahahahaha nak bagi B jeles kan...
satu malam ketika tidur beramai setelah berpesta makan² kek, cekedis dan sebagainya...adala sorang kawan A ni pengkid jugak sms aku....aku tak bape ingat sms dia..tapi lebih kurang gini la...'asha peluk la A, sian dia...sunyi skrg..' bluerkkkkkkkkk
terus aku tarik selimut dan tido sesungguh2nya, malas aku layan...kalo setakat pg shoping2 ke..pg tgk wayang ke..bleh la lagi aku layan..ini sudah lebih, dah la kawn sendiri...hishhh....uuhuhuhuhu

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Istilah pengkid mengikut perspektif bahasa melayu adalah perlakuan seks homoseksualiti dalam kalangan remaja wanita, juga lebih dikenali sebagai Lesbian.Merungkai pengertian pengkid mengikut persperktif masyarakat melayu membawa maksud golongan perempuan yang menjiwai watak dan perlakuan lelaki dengan menyembunyikann sifat kewanitaan. Dan mereka juga mengalami kecelaruan seksualiti. Disamping itu juga, pengkid lebih merujuk kepada perilaku seorang wanita yang menyerupai tingkah laku seorang lelaki yang normal. Golongan ini seakan-akan mempunyai bentuk tubuh badan seperti lelaki sehingga sukar untuk kita mempercayai bahawa mereka sebenarnya seorang wanita.

sekian cerita pendek

Setelah dijampi serapah akhirnya blogspotdotcom kembali pulih...


ha selepas komen terakhir dari fieza79 ajak jampi serapah.....akhirnya....blogspot kembali pulih spt sedia kala..tapi ada gak tak bape pulih...spt kat situ tertera ada 2 komen..rupanye ada 6 komen..

ermmmm takpe takpe...janji leh baca semua.....

thanx ye fieza jampi2....ai pun dah terikut puh kiri puh kanan ni..ahahahaha menjadi plak jampi tu....

suka plak terima komen yg 'suka suki nak komen apa'...ehehehe takde kena pk pk kan.....syok la jugak sekali sekala... leh cuba lagi...

ok pagi2 buta ni (1.45 am) tak dpt dah nak 'jalanjalanblog' sbb mata nak tutup dah ni....

kepada yang dah letak komen2 ni..insyaAllah 7 julai ai free...rabu selalu free skit..ehehhehehe..7 taun dah keje...7 taun jugak suka hari rabu...ehehehehe sbb bos meeting..

sblm tu nak wish hepi anibeseri nOj....070707....ermmmm dah 3 taun dah ko melayari bahtera merdeka......lagi 2 taun genap ke FASA 1.....ehehehe....semoga terus terus bahagia ye teman....

tarikh ko tu selain mudah diingat....aku mmg akan ingat walau dah 3 taun berlalu...

'tragis 060707...uhuhuhu bersaksi kan AlQuran....seorang lelaki telah bersumpah demi keluarga dan dot dot dot.....hanya yang Esa lebih mengetahui...'

peringatan tuk si dia....next ur turn...dont wori...dan jgn lari2...hukum karma akan tiba tanpa diduga....
(rasanye dia tak baca kot...maybe dia tak tau blog aku...tapi dia ada kawan penyampai yg bleh disampaikan kot.....uhhuhuhuhuhu)

adakah angka 7 itu ong bagi aku?

ok selamat ber'mood' blog kembali...

*dis is autopublish*

Tuesday, July 6, 2010

Komen akan muncul...

teman² bloggers...aku cadangkan kita komen je sesuka suki hati kita di mana² walau rasa tak syok bila komen tidak dibalas atau pertanyaan tidak dijawab atau sebagainye la perasaan yg muncul...mood down ke kan.....komen je..nanti bila blogspot dah stabil, muncul la komen2 itu...
kalo mau balas kunjungan lihat sahaja pengunjung melalui nuffnang ye bagi pemegang akaun nuffnang la....atau di 'live traffic feed'
tata

Glitterati Nuffnang : A Club Exclusive

Mengapa Anda Patut Menyertai program Glitterati Nuffnang

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik
Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.
Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% - 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.



2) Terma Pembayaran
Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, kami tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.
Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar mengikut tempoh masa berdasarkan jadual program pembayaran di bawah.

☺☻♥ (code alt + 1, alt + 2, alt + 3)

ok to be continued

pis

Komen aku jugak ntah ke mana melayang2...

Teman ☺ ☺ (code alt + 1),

arini komen senggalsenggaldotcom kot...bukan di tempat saya sahaja..malah di tempat kamu, kamu dan kamu jua....

dni, kamu dah buat berkenaan entry ini kan..akak mau komen di tempat kamu mengatakan..akak pun serupa..sure akak rasa besok baru kamu baca.....


sekian, info ringkas dan pantas dari meja sy..

ermmmm n3 ni mmg betul2 segera....jarang buat n3 sebegini...

“ Berkahwinlah kamu, akan bahagia sebulan dan menderita selamanya”

owh itu bukan kata² sy tau teman²

itu,

Pepatah Arab yang mashyur berkata “ Berkahwinlah kamu, akan bahagia sebulan dan menderita selamanya”.

♥Bunyinya keras dan menakutkan !. Tetapi ia sebagai peringatan bahawa perkahwinan ini bukan suatu yang boleh dipandang enteng. Bukan sekadar untuk seks. Mencintai isteri/suami bukan seperti cerita ‘Lagenda Budak Setan’. Kasih perlu utuh seperti sayangnya Zainuddin kepada Hayati dalam novel Tenggelamnya Kapal Van der wijck (Karya agung HAMKA -1938). Silap panduan rumahtangga yang sepatutnya jadi syurga (Mawaddah Warahmah -Surah arRum 21) akan jadi neraka kelas bawah!.
♥ Bila bergelar suami/isteri baru kita kenal karektor sebenar pasangan. Kita tidak boleh berlakon dan bertopeng macam Cicak Man lagi. Kesilapan pertama pasangan ialah dia rasa tertipu, kenapa pasangannya tidak seperti yang dikenali semasa bercinta dulu. Lazimnya setiap pasangan ini berbeza karektor. Jika isteri pendiam, suami banyak mulut. Jika suami pemarah isteri seorang yang cool. Inilah seni berumahtangga/parenting skill. Bagaimana kita nak mengharmonikan perbezaan ini ?. Pertamanya perlu kepada perbincangan yang telus dan jujur dari hati. Macam proses perolehan jugak la. Jika pasangan tidak boleh dibawa berbincang maka tunggulah saat kehancuran !.

♥Bila dah lama berkahwin (Lazimnya lima tahun), pasangan terutama suami dah mula bercakap kasar dan garang dengan isterinya. Tidak romantik seperti dulu. Lebih senang tidur di atas sofa berbanding katil bersama pasangan. Sentiasa lupa hari lahir pasangan dan hari ulangtahun perkahwinan. Apatah lagi hari bapa/ibu. Banyak kempen dibuat oleh pihak berkuasa untuk memugar kembali kasih sayang yang kian sirna ini. Antaranya ‘koho lamo koho saye’ (Kelantan). Bulan madu kedua (Terengganu). Sebanyak manapun kempen akhirnya terpulang kepada pasangan itu sendiri.

ceramah free ini dibuat khas oleh seorang ustaz...ok kan ayat2 dia....