Tuesday, August 31, 2010
top up hari ini percuma panggilan 53 minit
Monday, August 30, 2010
Kami Juara Kuiz Ramadhan
kalau gambar yang kami amik tadi sempat di upload oleh jurukamera kami...ptg nti sy tepek kan...riang je gambar kami, mcm tak pose...ehehe dpt hamper makanan lak tu...
Sunday, August 29, 2010
Bagi aku Lagu Raya ni Penting Jugak
(ye aku tau....mengaji, tadarus dan tarawikh tu LAGI penting.... ☺)
selain lagu ada lagi beberapa perkara yang boleh menaikkan semangat raya seperti shopping baju raya, kuih muih raya, kemas mengemas rumah,
jadi korang suka aktiviti yang mana???/ aku suka shopping....ehehehehe tapi pitih kurang, gediks
Aku Benci Cicak
Dalam agamapun digalakkan kita hapuskan cicak.
Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:
i. Dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).
ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)
iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: Dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as
iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)
PENJELASAN
Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia). Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia. Manakala membunuh cicak kalau boleh hendaklah dengan cara yang terus dapat membunuh cicak tersebut supaya binatang tersebut tidak terseksa akibat kesakitan. (Kepada yang lebih a’rif, harap tlg perbetulkan jika ada kesilapan… Wallahua’lam.)
Cicak, najisnya, telurnya, dan bangkainya boleh memudaratkan manusia. Ada yang kaitkan sakit sopak dengan bangkai atau telur cicak dalam kolam air mandi atau air minum. Tak taulah betul atau tidak. Ada yang kaitkan cicak dengan keracunan salmonella. Malahan ada yang kaitkan cicak dengan tumor, kerana cicak boleh terkena serangan tumor ( benjolan-benjolan ). Pun tak tau kesahihannya.
Yang tanpa syak ialah ke mana saja cicak merayap, ia akan menyebarkan virus dan kotoran yang tersangkut pada kaki, badan dan ekornya. Banyak tempat cicak merayap, termasuklah tandas, bawah meja, belakang kabinet, celah sinki, bawah peti ais, siling, dan dinding.
Kenapa ada cicak di rumah?Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya tolong sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA. Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Walaupun sekarang -apa yang pernah saya terserempak- ada cicak yang sudah pandai makan nasi, tapi masih lagi feberet dia makan serangga, sebab nasi putih tak enak dimakan begitu sahaja, berbeza dengan serangga.
++ TIP (1) ++ Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita.
Kenapa ada serangga di rumah?Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI, LALAT dan kalau time KELKATU keluar sarang, mereka akan berpesta makan sampai cirit-birit.
++ TIP (2) ++ Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan.
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?1. Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau. Lari….!!!
++ TIP (3) ++ Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
2. Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor.
++ TIP (4) ++ Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
3. Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.
++ TIP (5) ++ Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA.
4. Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.
++ TIP (6) ++ Kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-pinak setelah kenyang hisap darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Akhirkata
Kurang dan banyaknya cicak di rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah. Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
sumber dari sini
Thursday, August 26, 2010
Cuti VS Shopping
Wednesday, August 25, 2010
Kena Beli Yang Wajib Dulu, Tapi tadi yang tak berwajib plak datang dulu
pusat pakaian hari hari...eheheh bleh plak aku cari pakaian raya kat sini ni, ehehe....kawan2 dah ajak tadi...aku pun join sekali la...baju tido pun aku cari...tuk raya pun ada jugak yg elok2 apa...bukan sogo atau supermarket atau anakku saje pilihan ku..di sini pun moleh what....
oh nak bagi tau kalian semua....kalo anda beli barang dalam 180 ke atas...anda berjaya mendapat hadiah2 spt payung, cd lagu, angpau dan beg....wah wah....tadi kami dpt 2 payung...ehehehehe hoyeiiiii dah byk koleksi payung aku...
gambar payung dapat tadi tak dpt nak upload ye..fahami la aku ketika ini...ehehe...
oh ye kat pusat pakaian hari hari ni....ada offer kerja tau..kalo ai rasa tak cukup duit nak balik raya...ai keje situ la kot..sejam 5.50..ha lumayan tu....ai sendiri tak mampu nak gaji pekerja sebanyak tu tuk sejam...keje ni dari 1.8.2010 sampai 12 september 2010....ada mau?
----------------------------------------------------------------------------------------
ok itu sahaja maklumat ringkas ye en hUBby...ehehehe tadi ai pg situ...tak abis 180 tu..ehehe sbb ai kongsi dgn kak maizon...so yu tanya kak maizon bape habis..then yu tau ai bape habis...alalalalalalalallalla....duit ai pinjam kak maizon..sbb ai tak keluar pitih lagi...ahahahahahha
baju yu takde yg ai berkenan kat situ, tuk danish pun tak bape nak berkenan sgt...tuk baby dgn ai je..sori la ye bang...muahahaah
yu kan high class...erkkk?
Mesti Jem arini
gambar dari blog dia
so aku je la duk sini terperuk makan megi....eh makan megi plak....buat keje la...ehehehe...nak bayar bil2...idak la arini di m2u mesti susah la nak transfer byr sana sini sinun.....nak pg bank tuko pitih raya pun idak kot....nyesal gak tak tuko smlm je....hissshhhh nampaknye takde pitih raya la prepare taun ni kot...ahahahaha....kalo ada pun yg ada dlm simpanan..duit 'cantik²'...duit cantik2 ni aku simpan yg duit masih baru²...aku suka simpan duit gitu..sayang nak guna....kalo duit yg dah lunyai ke apa ke..cepat je aku perhabihkan...erkkkk gitu pun ada kan...
so korang buat apa di sana sinun.....buat keje ke pg shoping complex??????
Tuesday, August 24, 2010
Terima Kasih Teman² Yang Sangat Perihatin
Boleh ke Gambar ini dipamerkan di Bulan Puasa???????????
kejadian adalah sebelum puasa ye...ntah pesal ini je la gambar yg ada skrg ni...kamera aku belum dioperate lagi....snap tu boleh..nak transfer tu nan boleh lagi....sian kan aku..nak beli baju raya anak pun tak lepas lagi...ini kan pulak nak ganti kamera cap ayam aku tu...sian tul...
Lemau Betul Apa Yang Dihajati Tidak dapat²
osh kosh baby T, 3 years -- i love dad
tuk abg danish, aku dah dapat beli kat ismaniaga.blogspot.com tempoh hari.... i love mum...tuk baby je tak dpt lagi....
ada sesiapa yg boleh tlg aku? baju nak buat raya ni..ehehehe ni je la baju yg ada ni...ehehhe..kalo takde...takde la baju raya tuk baby aku nanti kot.....
so kepada sesiapa yang tolong bagi link untuk mendapatkannya...aku bagi 5 bintang....bintang dah la..duit raya ke, baju raya ke biskut raya ke...akak ni tak mampu nak bagi...moleh cenggitu?
(sbb tu la blog tak berupdate...lemau)
Sunday, August 22, 2010
Kejadian di PaRam
Mama : abg danish nak kuih apa?
Danish : nak kuih 5 seringgit!
-----------------------------------------------------
Di dalam kereta...
Mama : Abg danish puasa tak?
Danish : Puasa la (sambil mengunyah kuih apam berwarna warni)
eheheehhehe ala2 nizamsani lak entry ni
Friday, August 20, 2010
Jutawan Dalam Masa Sebulan!!!!!! Percaya la
Jadi Kali ini tawaran di Bulan Ramadhan lagi hebat! Tidak perlu push orang, tak perlu cari kaki downline, tak perlu networking marketing, tak perlu maintain bulanan kerana peluang untuk menjadi ‘jutawan kekal’ ni datang sekali dalam sebulan.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala
Mari kita tukarkan dalam bentuk RM.
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00 Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00 Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00 Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!
Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00
Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari Sahaja!!!!
Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?
Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.
Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?
Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?
Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!
Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.
Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.
Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!
*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.
Wallahu’alam.
Selamat berpuasa,
Selamat beramal,
(dpt dari emel, yg baikdisebarkan, yg tak baik diam² kan...kan?)
Thursday, August 19, 2010
Kami Serumah Ye...
Dengan RM2 buka puasa
SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2. Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia. Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air. Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin. Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara. "Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya. Restoran ini menggunakan konsep layan diri.
Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2. "Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider. Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran. "Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa. "Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2. "Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya. Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara. Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.
"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan. "Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar. Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang. "Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6. "Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya. Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan. "Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang. "Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.
Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa. "Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu. "Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.
Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak. Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang. Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah. "Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga. "Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya.
siapa yg dekat2 tu pergi la terjah ye.....ai jauh ni...di tepian laut...
Bonus 2010
Wednesday, August 18, 2010
apa kess suram je
pagi tadi dgr ceramah agama skit....thari pg melawat kawan...dia ada breast cancer....nnti kalo senang dan lenang aku share apa yg aku dpt dari dia...kutip pengajaran dan pengalaman supaya diri terus gagah untuk teruskan kehidupan...
Tuesday, August 17, 2010
Imam Muda Nuri Temani Kami Berbuka Puasa
kami dtg lewat, so dpt tempat duduk hujung2 je...dekat dgn singki...mudah nak basuh tangan anak byk kali....
anak² mana????????
owh mereka kalo dah jumpa kawan seangkatan taska tu....takde makna nak duduk dgn kita...ntah kemana time ni...tapi kawasan tu still di dalam pengawasan bangunan ni lagi...berkunci bagai la
maaf aku tak snap gambo sendiri..lagipun kan aku pernah dah cite..kamera aku tu tak leh di baca oleh pc2 di sini...hanya seorang pakar je boleh buatkan...tapi dia selalu sibuk...lagipun malas la aku beria nak snap2...smlm saje je gimik konon nak amik gambo..tapi bila kamera tu tak memuaskan hati aku...mood taraaaaaa mariiiiiiiii ar nak snap2 sana sini bagai...uhuhuhu...
Monday, August 16, 2010
Undi la Saya
Barang Elektrik Paling Famous di Bulan Ramadhan
Imam Muda Nuri Bakal Memeriahkan Majlis Kami...
Tarikh: 16 Ogos 2010 (Isnin) Bersamaan 6 Ramadan 1431 Hijrah
Sunday, August 15, 2010
Jangan Cepat Menilai
"Muflis dari umatku akan datang kelak di hari Kiamat membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dan membawa dosa kerana dia pernah memaki orang, pernah menuduh-nuduh orang, pernah memakan harta orang, pernah membunuh dan memukul orang. Maka diberikan pahala kebaikannya kepada orang-orang yang dizaliminya. Jika pahala kebaikannya habis sebelum dibayar kepada orang2 yang dizaliminya maka diambil pula dosa-dosa mereka yang dizaliminya lalu ditimpakan pula kepadanya. Kemudian dia dilemparkan keneraka membawa dosa dirinya sendiri dan juga dosa orang yang pernah dizaliminya dulu..."
dan umilia, aku amik kata² kamu dlm komenan di n3 nogha...
'tak patutla..td pun aku dgr ustazah tv3 ckp tak baik kite mghukum org hanye sbb dia tak betdg..tak betdg tak smstinye org jht..lg pun islam sndri tak memaksa kite..biar atas kerelaan dan keredhaan sndri..dlu pun aku tak betdg gak..sume ni kene ikhlas..hm..manusia2..tak leh tgk org sng la.. '
kesimpulan yg dapat jangan la menilai org dari luaran je....
PESANAN : kepada yang berumur kurang dari 18 tahun anda adalah dilarang untuk terjah ke blog nogha, blog dia khas tuk yg kepala ting tong mcm aku je...so yg tak ting tong takyah la singgah jugak.....
Thursday, August 12, 2010
Mari Kongsi Sedikit pada Yang Memerlukan..
Berilah Pertolongan Kepada Orang Yang Susah
Hadith :
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan. Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan”
Hadith Riwayat Muslim
Huraian
1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan,bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 017-6188691
Wednesday, August 11, 2010
Harga Emas Semasa
Jom kira-kira harga emas...mana la tau berkira-kira tuk pakai raya nanti kan....tak pun tuk buat hantaran....uhuhuhuhu siapa la tu kan....
Tuesday, August 10, 2010
.:Meh Kongsi Petua:.
1. Bagi menghilangkan lebam yang kebiruan, ambil sedikit kunyit hidup dan gosokkan pada tempat berbatu. Kemudian, letakkan di bahagiann lebam.
Sunday, August 8, 2010
Dengan Klik Sahaja pada Facebook kita turut sama menjadi Pembunuh Orang Palestin di Gaza
(kedua-dua link ini dari blog ini)
Friday, August 6, 2010
Sakit Lutut???
HALALKAH GAJI KITA JIKA LAYARI INTERNET DI WAKTU LAPANG & TAK ADA KERJA???
Bersama-sama ini dikongsikan sedikit renungan di pagi Jumaat ini untuk kebaikan kita bersama. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Layar Internet, Waktu Kosong & Kerja, OlehZaharuddin Abd Rahmanhttp://www.zaharuddin.net/<http://www.zaharuddin.net/>
☺
Saya tidak nafikan, bila ada produk baru yang akan dikeluarkan, maka saya akan mulai sibuk dalam tempoh development produk tersebut. tetapi apabila produk ini sudah masuk ke tahap "Mass Production" atau pengeluaran, maka saya tidak lagi bertanggugjawab.
♥
Jadi di waktu tersebut bila sudah tiada kerja, maka saya akan habiskan waktu pejabat dgn Surf internet, berEmel atau sesekali keluar dari tempat kerja untuk ke bank dan sebagainya.
*
Persoalan saya sekarang ialah tentang status gaji dan pekerjaan saya. Saya ingin bertanya pandangan Ustaz tentang masalah saya ini. Adakah berkat pekerjaan saya sekarang ini. Saya bukan sengaja menghabiskan waktu kerja saya dgn bersenang lenang melihat Internet dan sebagainya. Tetapi saya memang tiada langsung kerja pada waktu itu.Untuk pengetahuan, saya lihat rata rata rakan sekerja saya juga berkeadaan sama seperti saya.Bila tiada kerja maka masa pejabat akan dihabiskan dengan surfing, emel, berbual dan sebagainya.
☺
Apa pandangan ustaz tentang masalah ini. Dan saya juga ingin meminta pendapat ustaz tentang apa yang boleh saya lakukan di waktu saya tiada kerja.Diharap ustaz faham masalah yang saya utarakan ini dan saya amat berharap agar ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya agar dapat menjadi panduan buat saya dan semoga kerja saya diberkati olah Allah.
JAWAPAN
Alhamdulillah, apabila muncul perasaan risau dan mengambil berat akan pendapatan kita, itu adalah satu tanda yang baik terhadap iman di dalam diri.
Nabi telah memberi jaminan kebaikan buat mereka yang menjauhi syubhat dengan katanya juga:-فمن اتقى الشبهات استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام
Ertinya : Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)
Berdasarkan pertimbangan hukum, kedudukan gaji seseorang pekerja menjadi tanggungan ke atas majikan melalui kontrak kerja (‘Aqd al-‘Amal). Kita dapat melihat contoh aqad ini dari kisah Nabi Musa dan Nabi Syuaib a.s.
قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Berkatalah dia (Syuaib): ""Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik ( Al-Qasas : 27)
Dari ayat di atas, jelas Nabi Syuaib menawarkan kontrak kerja selama lapan tahun kepada Nabi Musa.
Dalam konteks kerjaya di zaman ini, perincian kontrak khususnya berkaitan tugasan dan tanggungjawab akan diberikan. Justeru, kerjaya seseorang melayakkannya kepada gaji tentunya berbeza mengikut jenis dan karakter kerjaya terbabit. Jenis dan karakter tugasan itulah yang perlu dirujuk untuk melihat sama ada gaji yang diterima boleh berubah menjadi syubhat dan haram.
Secara ringkas dan sekadar memberikan contoh, ia seperti berikut :-
1- Kerja yang dibayar berdasarkan jam kerja. Contohnya kerja part time di kilang pembuatan, guru separuh masa dan sebagainya.
Ulasan : Bentuk kerjaya sebegini tidak dinafikan memerlukan pekerja untuk kekal bekerja sepanjang jam yang akan diberi gaji. Jika tugas telah disiapkan sebelum jamnya tamat, pekerja sewajarnya terus menyempurnakan kerja yang telah siap itu atau terus bekerja iaitu dengan melakukan apa sahaja yang boleh meningkatkan prestasi kerja yang telah dan akan dilakukan kemudian hari. Ini bermakna, culas dalam menggunakan setiap minit dan jam yang diberikan gaji boleh membawa kepada gaji syubhah.
2- Kerja dibayar berdasar tugasan specifik. Sesuatu tugasan itu pula berkemungkinan boleh disiapkan lebih awal atau melebihi waktu biasa kerja.
3- Kerja yang diikat dengan tempoh waktu khas setiap hari, sama ada terdapat kerja atau tidak, pekerja mesti sentiasa ada di pejabat sepanjang tempoh terbabit.
Ulasan : Contoh tugasan sebegini adalah pekerja rasmi di pejabat kerajaan, swasta sama ada bersifat pentadbiran utama, sokongan atau pengurusan utama.
Semua jenis kerjaya ini biasanya mempunyai waktu bekerja setiap hari iaitu 9 pagi hingga 5.30 petang. Namun tugasan yang perlu dilakukan, sebahagiannya boleh melebihi jam 5.30 petang untuk disiapkan, khususnya bagi jawatan pengurusan tertinggi, tetapi gaji mereka tidak bertambah kepada lebih masa tadi, ia hanya berubah berdasarkan penilaian lain.
Bagi tugasan sebegini, adakalanya kerja tiada dalam waktu kerja harian mereka, membawa mereka kepada menghabiskan masa, sekadar duduk, melayari internet dan sebagainya. Bagi saya gaji mereka tetap halal disebabkan komitmen mereka yang tetap terus berada di kerusi mereka menanti kerja-kerja yang akan tiba pada bila-bila masa. Hasilnya, rehat mereka, internet mereka adalah HARUS selagi mana ia tidak memberikan sebarang kesan kepada prestasi kerja mereka, tidak menyebabkan kos luar biasa kepada syarikat dan TIDAK DITEGAH oleh syarikat dalam pekeliling umum kepada seluruh kakitangan.
Namun begitu, yang terbaik, waktu kosong tadi dimanfaatkan untuk apa jua aktiviti yang boleh meningkatkan tahap efisyen diri. Namun tidak dinafikan, rehat adakalanya memang diperlukan bagi menghasilkan kerja yang lebih baik. Tanpa rehat mencukupi, sesuatu tugasan khususnya yang memerlukan kerahan idea dan minda sukar disiapkan.
KESIMPULAN
petikan ini dapat dari emel..sama2 kita manfaatkan mana yg elok.
Thursday, August 5, 2010
Kronologi Semalam
semalam (4 ogos 2010) bermula dari jam.......
1.00 ptg : rehat, terus chow ke kedai, beli hadiah2 hari lahir tuk kakitangan jabatan, seramai 33 org....dan nak cari dgn bajet yg ciput, tapi brg yg ok...ehehehe mmg sukar la skit jadinye..tak jumpa lagi di kedai pertama...
1.30 ptg : singgah kedai, (wajib tghari)....bagi duit kat pekerja (supervisor) nak suh byr duit sabun, lori sabun dari KL sampai smlm...tgk2 mana patut...jumpa kawan seangkatan dobi, dia nak bagi quotation tuk dot dot dot...dirahsiakan..., dia pun nak tumpang beli sabun...
1.45 ptg : bergegas ke kedai peralatan pengantin..baru jumpa hadiah2nye....
4.30 ptg : balik umah jap, nak tuko baju sukan, sbb ada 'shakey hour'....wahhhhhh nak bershake shake la ni..
5.00 ptg : punch card, berdesup ke taska (abg takde kan..dia cuti, uruskan hal kereta yg ke3 di KL---> lega dah settled)
5.15 ptg : sampai di pejabat semula, ready nak shakey shakey....wah gediks jadinye...dgn anak2 aku bershakey shakey ni
6.30 ptg : balik umah, mandikan anak² sambil tu buat susu, masuk kan kain kotor disitu sini, asing mengikut warna dan jenis.
7.00 ptg : mandi, kemas2, solat
8.00 mlm : bergegas ke kedai, tapi singgah kedai pak mat dulu, beli coklat, biskut tuk anak2 nak makan dlm kete...bersepah la kete lagi..
8.15 mlm : wah terkejar2 dah ni...sampai dobi amik kain2 untuk di hantar ke hotel, (aku dan anak2 je....selalu kalo pekerja ada 2 org..aku bawak sorang, kalo mr.hUBby takde...tapi smlm yg sorang lagi ada hal, tunang dah tunggu depan pintu).....
oh ye sambil aku drive ulang alik dgn anak2 ni..jgn ingat mudah ye....sambil drive..sambil bukak kat plastik biskut coklat mereka tu...mmg mencabar kalo bawak mereka tanpa suami....itulah keje aku kalo mr.hUBby outstation....
8.30 mlm : gerak ke hotel dah...(bawak yg kotor ke dobi)
fyi, anak2 seakan paham...bila aku ckp...lampu hijau...so tak leh nak tlg bukak kan coklat...siap ckp...'ala dah jalan'......kalo lampu merah, cepat2 hulurkan coklat...tapi si adik...kurang mengerti skit kalo sebut lampu merah, kena benti, lampu hijau kena jalan...time drive2 jugak dia suh tlg bukak coklat...mmg menduga iman betul
9.00 mlm : ada kakak tokey tupperware tunggu aku, nak bagi set tupperware..alahaii...(actly aku tak niat pun nak serius tupperware...ingat nak jadi ahli sekadar tuk aku nak beli, atau kawan2 nak beli..amik je la kad aku kan....tapi akak ni selalu ajak aku secara serius dlm tupperware..akak sy tak smpat kak wei..tapi aku layanzzzzzzzzz je la setakat yg mampu)
9.30 mlm : selepas tgk2 hasil perniagaan...aku dgn anak pekerja bergegas ke suatu 'tempat' nak amik langsir2, comforter..yg bykkkkkkk...ada lagi tak amik ni....
10.00 mlm : selepas semua sudah sesi mengangkut...pulang ke rumah....
10.13 mlm : cik abe aku tu sms kata, dia kat sg ular...mean dah dekat la nak sampai...dlm 20 minit...time ni tanya nak makan apa....uhuhuhu dah jam 10 lebih..aku makan roti je la kot...tak selera dah nak makan nasi ni....baru tersedar kan...dari tghari tak makan nasi...thari sblm tu aku makan pisang goreng bersama rakan²...pagi je makan berat skit..
10.15 mlm : sampai umah biasa la, angkut brg2 dari kereta spt coklat, beg kecik itu ini, kemas skit kete...anak2 nak susu, nak tuko pampers, yg ni nak tu, yg tu nak ni..perkara biasa la dgn anak2..
11.00 mlm : sedang aku mengemas 'sumthing' suami pulang....uhuhuhu..dia plak tlg kemas 'sumthing' tu, dekat jam 12.30 baru siap
dah habisssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
sekian terima kasih ye
Wednesday, August 4, 2010
Minggu ni ke Tasik Kenyir...
Belanja tuk Sebulan 3 angka je?
Tuesday, August 3, 2010
Hero aku mmg Hero
ehehehhehe
Baru-baru ni...anak teruna aku @ hero aku, telah mengalami kemalangan kecil di taskanya....
Dengan pantas cikgunya membawa hero aku ni ke klinik kerajaan...
Lantas aku dan suami terus ke klinik tersebut...
Di bawah kejadian di klinik...
MA tu bercadang nak jahit kan luka itu..mmg patut kena jahit skit..dia kata satu benang je ni...
Mega Sale pulak (Alamanda & MId Valley MegamaLL)
MEGASALE SPECIAL, Carlo Rino Best Sale Ever
* Discounts up to 70% at Carlo Rino Boutique, Alamanda, & Mid Valley Megamall starts from 24th July 2010 to 19th September 2010.
* Discount up to 50% to all other Carlo Rino Boutiques.
See you there!
Best Wishes Always,
Carlo Rino
CarLo Rino Hi-Tea Fashion Show
Dear Valued Member, (ehem ehem.....)
You are cordially invited to Carlo Rino Hi-Tea Fashion Show to enjoy an exclusive fashion show preview of the latest collection.
Date : 7th August 2010 (Saturday)
Time : 2.30pm, 5.30pm or 8.00pm
Venue : Concourse, Ground Floor, East Coast Mall
RSVP to Fiza at 03-9106 6878 or Carlo Rino Boutique, East Coast Mall at 09-560 9082 by 2nd August 2010.
Monday, August 2, 2010
Aku bukan Keseorangan
atas apa yang aku hadapi ni..sedikit sebanyak melegakan...
♥
♥