Tuesday, January 25, 2011

i am 'out of services'


lama tak update kan....benar2 ting tong kepala ni....badan pun lemau mcm biskut lemau dah

kenapa ek? ehehee biarlah doktor benar2 doktor mengesahkan dulu apa yg berlaku kat aku ni....
skrg ni 'doktor asha' je yg sahkan sendiri....buat masa ni tak de hati lagi nak jumpa doktor bertauliah...


---------------------------------------------
kepada kak ain, mama danish sarah....keadaan ai sama mcm yu tau, kali ni tak main2......eheheehe...tapi ai tgk  yu tak lemau2 mcm ai...semoga kak ain sihat2 ye..

Sunday, January 16, 2011

Ngangkung, Aku Masih Dara dan Damping Malam boleh dinikmati dengan hanya RM15

wah setiap filem RM15 je beb....boleh tgk ramai2....kalo masuk wayang...sorang dah rm10..kalo empat org dah berapa tuk satu filem...

BERMULA 13 Januari, sesuai judul rangkaian terbarunya Astro First, sejumlah 3 juta pelanggan rangkaian berbayar Astro berpeluang menonton filem tempatan terbaru di televisyen.

"Keluarga yang mempunyai empat ahli terpaksa membayar sehingga RM40 untuk menonton satu filem berbanding Astro First yang bayarannya hanya RM15. Ia juga boleh ditonton berulang kali selama 48 jam," katanya. (kan aku dah bilang..kalo 4 orang mcm aku ni dah rm40)


"Penggemar filem yang suka menonton di panggung akan tetap mengunjungi pawagam, tetapi Astro First memberi pilihan kepada orang lain yang tidak gemar ke pawagam tetapi mahu menonton filem Melayu. Tambahan pula dengan perkembangan sekarang seperti wajib tayang yang hanya memberikan peluang filem ditayangkan di pawagam selama sebulan membolehkan Astro First menjadi pilihan kepada penerbit untuk menayangkan filem mereka kepada penonton," katanya. Jelas Khairul lagi, budaya menonton di rumah menerusi Astro First tidak akan mengurangkan jumlah penonton ke pawagam kerana setiap filem dimainkan di rangkaian itu terlebih dulu ditayangkan di pawagam.



apa tunggu lagi jom sertai....

hanya memerlukan 5 langkah  mudah ye

langkah1.pngSila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


langkah2.pngTekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


langkah3.pngTekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.

langkah4.pngAnda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


langkah5.pngUntuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.



antara filem-filem yang sedang dimainkan:





filem akan datang :
Kembar siang, akan_datang_divider.png hikayat merong mahawangsa, akan_datang_divider.png ... Dalam botol ,akan_datang_divider.png dilarang masuk , senjakala, Kongsi, akan_datang_divider.png keramat, akan_datang_divider.png sekali lagi, akan_datang_divider.png 3 2 1 cinta akan_datang_divider.png, senario oops pocot

sumber ; harian metro dan http://www.astro.com.my/astrofirst/


*aku dah amik ngangkung dan damping malam.....so jumlah RM30. sesape nak tgk 'wayang' kat umah aku meh la...hingga 17hb je...lepas tu expired....uhuhuhhuhu





Saturday, January 15, 2011

Blog Tipu Tipu Tipu (wujud)

wah macam2 blog ada sekarang ye, blog peribadi ada, blog perniagaan ada, blog gossip ada, blog family ada, mcm2 ada....mcm astro plak..

arini keluar berita Blog Tipu Tipu Tipu beri maklumat elak tertipu akan diwujudkan.....

KUALA LUMPUR: “Kes penipuan diibaratkan seperti penyakit. Walaupun pendedahan dibuat berulang kali, masyarakat masih lagi menjadi mangsa penipuan sama ada membabitkan kerugian kecil atau besar,” kata Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang juga Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.



Nadzim berkata, kebanyakan aduan membabitkan kes penipuan seperti peraduan gores dan menang, penipuan melalui SMS, perniagaan jualan langsung (MLM) dan pinjaman melalui koperasi. Menurutnya, tawaran menarik yang kadangkala menggunakan golongan kenamaan seperti menteri atau kerabat diraja menjadi faktor masyarakat terpengaruh dan percaya walaupun kes penipuan dilaporkan mempunyai persamaan atau menggunakan taktik hampir sama. “Selain itu, kekurangan maklumat turut menjadi faktor menyebabkan segelintir masyarakat terus menjadi mangsa. Lebih menyedihkan, kes penipuan turut menimbulkan pergaduhan antara keluarga apabila wang tidak mencukupi menampung keperluan harian.


“Atas dasar itu, PPIM mengambil inisiatif mewujudkan Blog Tipu Tipu Tipu bertujuan memberi maklumat dan panduan agar masyarakat tidak terus menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam sidang media penyerahan cek dan pelancaran Blog Tipu Tipu Tipu, di sini, semalam.


sumber harian metro



Monday, January 10, 2011

Pengaruh Ieda Al-Habsyi

korang tau..kuat jugak pengaruh si ieda ni dalam dunia blog ye...selain ayat2 dia yg sengal2 kiut tu...byk yg telah aku terpengaruh dgn dia...dia tu adik2 je bagi aku...aku plak terpengaruh dgn dia...haishhhhhhh terbalik ni dik non wei..

msg tuk ieda, kalo ko ternampak org menggugel    'ADIK IEDA AL-HABSYI'     itu akak la yg google tau....
ko nak tau pesal aku google pasal ADIK kamu?????

kamu tgk gambo ni dulu.......
kamu tau ini apa? ini tudung yg akak tak tau nak pakai tau...ahahahah.... akak nampak adik kamu si iera tu pakai comey je...so akak pun berangan la nak jadi comey macam dia jugak kan....

tapi bila dah beli tudung yg akakk pun tak tau namanye ni...akak godek2 dlm google nak cari cara pemakaiannye....so mlm tadi akak menggugel la gambo2 adik kamu...arhhh tgk gambo pun bukan reti jugak...ahahahaha...

masa beli tu...org lelaki yg jaga, akak tanya, mcmane nak pakai ni, dia pun tak tau nk jawab..takde plak patung model yg pakai tudung ni...jadi jenuh jugak  la gini dik.....sib baik adik lelaki tu bagi akak murah tau tudung ni..rm15 je...(tmpt korang berapa wei??)

adik kamu tak buat tutorial pakai tudung ke, ieda? ke ada sesiapa yg telah buat tutorial pakai tudung gini...cuba angkat tangan sambil buat peace...senang akak nak terjah blog kamu...


PENGARUH KEDUA yg telah ko buat ieda...

 ni ko kenal ieda krim pemende...ko ada beli kan kan kan kan? baik ko angguk2.....akak tau ko beli kaler kuning kan?
*haishhh terbalk plak gambo lotion mustajab ni*

masa aku beli lotion ni kawan2...aku tanya kat kak senah tokey kedai tu...

'kak ada tak krim mujarab'

'ehehehhee' (gelak yg ditahan2nye ko tau) 'dik, takde krim mujarab, krim mustajab ke dik'

'ha krim tu la kak...yg mu mu mu la..lebih kurang la tu..mesti mujarab kan? kan?' (baik ko jawab mujarab kak, kalo idak aku takmo beli)

ko tgk ieda....akak terpengaruh dgn ko mahu mengkempiskan perut...eh tapi ini positif ni...bagus2....(btw lama dah mau mengkempis2 kan perut yg ala2 lima bulan setengah ni)

pssssssssssstttttttttttt ada se lagi aku terpengaruh dgn dia....tapi malu aku nak cerita..

smlm ptg aku terbeli PIL BINARI....ko yg tjk kat blog kan ieda..ko beli pil tu kan? ke akak salah....tak tak akak tak bersalah...skrg aku mula mencuba Pil Binari dah...lama dah benti dn Hans ni...sejak anak mula melangkah ke alam persekolahan..(ceh baru sekolah conteng2...sekolah conteng2 ni yg byk belanja)

----------------------------------
pengaruh rakan blogger.....yg positif pe salahnye kan kan kan..
yg negatif kita fikir2kan dan amik iktibar..

sekian terima kasih....

Sunday, January 9, 2011

Cek Nuffnang Telah selamat


telah selamat dikreditkan ke akaun...
dan maybe tak lama lagi selamat la ni...
awal taun kan...byk pakai pitih..anak nak sekolah (ehehe mcm sekolah rendah je bunyi nye kan...)


------------------------
gatai je tangan ni nak cash out kan duit nuff...ehehehe

Thursday, January 6, 2011

Semua org nak share pengalaman hari pertama menyekolahkan anak kan? so aku pun...

tahun ni nak share pengalaman anak aku ke TADIKA...XXX,  nama tadika terpaksa dirahsiakan..ehehehe aku ni suka sgt berahsia kan...(semua tu bersebab)..

selepas mengusha tadika2 berdekatan, akhirnya aku pilih yg tu...walau ada yg depan pejabt ni murah je..tapi jam 12 kena amik...susah plak time keje nak keluar..murah tu mmg murah...tapi memikirkan susahnye buat dua keje, lepas tu nak anta ke pengasuh lak,kalo time hujan gini lagi susah, tak pasal2 aku yg demam bkn anak yg demam.....baik aku terus cari yg ada transit sampai ptg.... jadi tadika itu menjadi pilihan dan murah sedikit selepas Educare International dan Smart Reader yang separuh hari jugak, yg xde transit dan jauh dari rumah....pagi2 tu yg susah...btw ramai opismate yg anta anak ke situ..lepas tu suggest ke Al-Amin, private school. sampai ptg jugak,  itu kemudian fikir...

bayaran permulaan tu biasa la..ehehe..macam nak masuk unibesiti je...ikut semester lak tu...so bulan 6 nanti...kena prepare la skit lagi tuk semester seterusnya...bulan2 tetap ada...kalo Smart Reader permulaan 1850 tuk 4 bulan, semester seterusnya just 1080, kira xyah pk setiap bulan..kena pk 4 bulan sekali je..... tapi yg aku ni.. mula2 dia bayo lebih kurang 700 (termasuk buku, baju)...bulan2..240...semester seterusnya bulan 6 ada bayaran register semester kedua lak....tu aku ckp mcm masuk unibesiti je kan..

bagi aku anta anak ke TADIKA ni takde la mencabar sgt mcm orang lain kot.....cabaran tu ada skit je la...sbb anak2 dah terbiasa duduk di TASKA...jadi dia dah biasa environment ramai kawang kawang...eh kawang plak...kawan-kawan la.....ehehe

jadi masa melangkah masuk TADIKA tu...dia mula2 cuak gak..tmpt baru, kawan baru...kawan2 dia ada yg pg KEMAS, dan tadika2 lain...dan ada jugak disitu..mula2 dia takmo la pg...dia kata nak school sama dgn baby...aku ckp ar...uish mana bleh...abg danish kan dah besar, kena gi school org besar-besar....bila besar lagi,  lagi besar school...

so masa mula2 tu ada jugak la drama...takmo duk situ, pegang2 aku nak ikut balik...tapi bila aku duduk sekejap dgn dia...aku suh dia bersalam2 dgn kawan, aku ckp...cuba abg danish salam dan tanya kawan, 'awak siapa nama'....sekali danish ckp 'nama dia haikal' cis dah kenal rupanye...ehehehe tergelak aku..aku suh tanya, dia plak perkenalkan kepada aku....lepas tu aku suh dia salam dgn yang lain2...bila dia dah lali bersalam dgn semua org termasuk salam dgn aku, aku pun blah la....

balik sekolah aku tanya dia, 'best tak kat school baru?' ...dia kata 'best'... aku tanya lagi siapa nama kawan2 baru....dia jawab 'haikal, uzir, ali, abu ( aku pun lupa....dahhh) tapi lepas tu dia sebut fatin, nabila, fatin, fatin' byk tul fatin kat situ yerk.......ehehehee ni mesti berkenan kat fatin kot...ahahahahaa... 

hari kedua plak tanya...hari ni belajar apa, dia jawab 'belajar rajin-rajin'....ehehehe teringat kat jawapan si kakak hanan anak si mot tu...jawab gitu la...sabo je la yerk...maybe cikgu kat sekolah tu ckp gitu kot...arini kita belajar rajin rajin ye anak anak.... besok jangan belajar malas-malas tau.....baik cikgu...


gambar passport ni tuk buat kad pelajar...
si adik saje kami suh dia bergambar jugak..sbg kenangan...ehehee boleh plak mereka nak buat peace time ni.....so kami kata tangan peace kat bawah...so korang nampak tak mereka sedang buat peace tu...


--------------------------------------------------
ish pjg lak cerita pengalaman anak sekolah ni kan...boring tak...? ehehehee sori la beb..aku ni bukan reti buat ayat...

Wednesday, January 5, 2011

MiSz SyuRa

dik...tgk di bawah...


dik akak tak tau la nape...tak leh ar pg blog  yu tuk balas kunjungan..
dari smlm lagi sebenarnya..

actly ada lagi beberapa blog yg akak tak dpt masuk sbb ada menda alah tu keluar...pesal ek?
virus ke?

kepada MiSz SyuRa : sori dik, akak tak dpt nak intai intai apa tulisan harian adik di sane...byk kali dah akak try ni..rasanye dulu akan boleh je kan pg ke ur blog?

---------------------------------------------------------
 entry khas tuk MiSz SyuRa...

uols yg lain try la klik ke blog dia...ada tak keluar operation aborted tu...

tgk ye..ntah2 pc aku yg tak betul..ehehehe marah org IT smlm mereka dah tuko sekeping sumthing di dlm kotak besar tu...ehehee..

Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway

GIVEAWAY INI DARI IZAMIR RIDZWAN


ha tiba2 nak join giveaway plak..tau ttg GA ni dari ANAK-ANAKKU
thanx sbb sudi tag asha ye...


so syarat GiveAway ni dia nak suh kita tag 4 orang kawan...

so aku mau tag ejan aka mamalyna, fiza79, lya afrina,  dan akhir sekali @juera

korang klik kat SINI untuk sertai

HADIAH PENDRIVE 4GB tu beb....so trai jangan dok trai
 

Tuesday, January 4, 2011

Girls Day out

malam sebelum tu..
aku ajak my doter gi cuci rambut....sebelum tido ni... aku ckp gini

mama : baby, nanti kita gi saloon cuci rambut nak tak?
baby : nak nak, jom jom

dan dan tu dia ajak pg...dgn ala2 nak keluar la kononnye...

maka semalam dah tunaikan cuci rambut bersama beliau...ehehe ada sebab ni cuci rambut di kedai..ehehe
potong skit...kasi sama rambut..


1st time dia dilayan begini..ehehe kalo kat umah tu...sekejap je cuci


makin galok dan suka dia...


acara cuci rambut aku tak amik..sbb time tu aku plak tgh cuci rambut...

balik umah, aku kata...baby mandi jangan basah rambut tau....tadi dah cuci...

jadi kena la pakai cap ni

Monday, January 3, 2011

Tahun Baru dan Azam Baru spt isi dan kuku..tak dpt dipisahkan...eh ye ke?

ceh tajuk tak leh blahhh....ehehe saje je tu...

kalo org lain takmo share azam tahun baru bersempena tahun baru masihi ni...tapi aku secara tah nape tahun ni nak share lak....sbb tahun ni mcm jelas dan jitu je..tapi laksana atau tidak..kemudian cite...ini baru berazam...azam ni spt bercita2 jugak la kan? spt bercita2 nak capai sesuatu...

ok salah satu azam aku tahun ni yg boleh dikongsikan bersama rakan2...adalahhhhhhhhhhhhhhhh....(ceh bajet bagus)...


TIDAK MAHU JADI BLOGGER TEGAR LAGI
(mcm sebelum ni tegar sgt, tapi kurang dari 2010 la...kalo dulu sehari 21 entry..skrg ni..21 hari 1 entry...ehehehehe leh caye ke? arini dah 2 entry...goner la cite)



semoga azam ku ini tercapai...eh tapi tak janji la 21 hari 1 entry...

apa azam kamu? dapat boifren bernama azam ke?

-----------------------------
pesal azam aku ni lain benar je...ntah la tiba2 jadi gitu lak...maybe nak kurang kan kontroversi tapi tingkatkan prestasi...ahahahahhaa mcm korang pernah dgr kan ayat itu...

Baru Nak Tukar si Hitam dgn si Putih....

baru berusha² dgn GL putih, berkenan sungguh......ehehehehehe (konon2nye ni...)
tapi mmg betul2 jatuh hati ni

tapi hUBby kata....bior dulu....
kot kot kena buat passport ke....nak petik epal fresh ke...
uhuhuhuhu...

btw kalo tertuko kete hitam dgn si Putih ni..maknanye dari takde hutang kete jadi ada hutang....beban plak..

===================
ceh...bajet baik punye ni.....
tak salah kan kita berimpian nak tempah passport untuk ke sana....
alalalalallalala itu kan cita cita....cita² kena la ada

APA ITU HIBAH?

. Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa p...

Labels