Saturday, January 15, 2011

Blog Tipu Tipu Tipu (wujud)

wah macam2 blog ada sekarang ye, blog peribadi ada, blog perniagaan ada, blog gossip ada, blog family ada, mcm2 ada....mcm astro plak..

arini keluar berita Blog Tipu Tipu Tipu beri maklumat elak tertipu akan diwujudkan.....

KUALA LUMPUR: “Kes penipuan diibaratkan seperti penyakit. Walaupun pendedahan dibuat berulang kali, masyarakat masih lagi menjadi mangsa penipuan sama ada membabitkan kerugian kecil atau besar,” kata Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang juga Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.



Nadzim berkata, kebanyakan aduan membabitkan kes penipuan seperti peraduan gores dan menang, penipuan melalui SMS, perniagaan jualan langsung (MLM) dan pinjaman melalui koperasi. Menurutnya, tawaran menarik yang kadangkala menggunakan golongan kenamaan seperti menteri atau kerabat diraja menjadi faktor masyarakat terpengaruh dan percaya walaupun kes penipuan dilaporkan mempunyai persamaan atau menggunakan taktik hampir sama. “Selain itu, kekurangan maklumat turut menjadi faktor menyebabkan segelintir masyarakat terus menjadi mangsa. Lebih menyedihkan, kes penipuan turut menimbulkan pergaduhan antara keluarga apabila wang tidak mencukupi menampung keperluan harian.


“Atas dasar itu, PPIM mengambil inisiatif mewujudkan Blog Tipu Tipu Tipu bertujuan memberi maklumat dan panduan agar masyarakat tidak terus menjadi mangsa penipuan,” katanya dalam sidang media penyerahan cek dan pelancaran Blog Tipu Tipu Tipu, di sini, semalam.


sumber harian metro



10 comments:

Unknown said...

Blog Tipu Tipu Tipu???

huhuhu

LYAfrina said...

Bagus juga.. sekurangnya dpt elak diri drp ditipu & tertipu:-)

mamaarifakeemaisy said...

adoii..bunyinya macam blog tu plak blog tipu..huhu,, =P

ismimaizura said...

bgs la..=)

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis said...

blog untuk wat aduan la ek...bunyinya cam blog TIPU je...

~aSHa~ said...

~yus~ --> lepas ni blog benar benar benar kot..

~aSHa~ said...

Lya --> ermmm maybe kita org ramai boleh bagi pendapat jugak atau kongsi kisah kena tipu

~aSHa~ said...

mamalieyna --> eehhehe itu la pasal...mcm tak wujud lak blog tu yerk..

~aSHa~ said...

@juera --> jom usha dulu blog tu..

~aSHa~ said...

Anje -->maybe la tuk aduan dan blog kongsi pengalaman ditipu kot...


------
kalo ditipu kekasih lama...boleh buat aduan tak?