Sunday, January 16, 2011

Ngangkung, Aku Masih Dara dan Damping Malam boleh dinikmati dengan hanya RM15

wah setiap filem RM15 je beb....boleh tgk ramai2....kalo masuk wayang...sorang dah rm10..kalo empat org dah berapa tuk satu filem...

BERMULA 13 Januari, sesuai judul rangkaian terbarunya Astro First, sejumlah 3 juta pelanggan rangkaian berbayar Astro berpeluang menonton filem tempatan terbaru di televisyen.

"Keluarga yang mempunyai empat ahli terpaksa membayar sehingga RM40 untuk menonton satu filem berbanding Astro First yang bayarannya hanya RM15. Ia juga boleh ditonton berulang kali selama 48 jam," katanya. (kan aku dah bilang..kalo 4 orang mcm aku ni dah rm40)


"Penggemar filem yang suka menonton di panggung akan tetap mengunjungi pawagam, tetapi Astro First memberi pilihan kepada orang lain yang tidak gemar ke pawagam tetapi mahu menonton filem Melayu. Tambahan pula dengan perkembangan sekarang seperti wajib tayang yang hanya memberikan peluang filem ditayangkan di pawagam selama sebulan membolehkan Astro First menjadi pilihan kepada penerbit untuk menayangkan filem mereka kepada penonton," katanya. Jelas Khairul lagi, budaya menonton di rumah menerusi Astro First tidak akan mengurangkan jumlah penonton ke pawagam kerana setiap filem dimainkan di rangkaian itu terlebih dulu ditayangkan di pawagam.



apa tunggu lagi jom sertai....

hanya memerlukan 5 langkah  mudah ye

langkah1.pngSila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


langkah2.pngTekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


langkah3.pngTekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.

langkah4.pngAnda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


langkah5.pngUntuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.



antara filem-filem yang sedang dimainkan:





filem akan datang :
Kembar siang, akan_datang_divider.png hikayat merong mahawangsa, akan_datang_divider.png ... Dalam botol ,akan_datang_divider.png dilarang masuk , senjakala, Kongsi, akan_datang_divider.png keramat, akan_datang_divider.png sekali lagi, akan_datang_divider.png 3 2 1 cinta akan_datang_divider.png, senario oops pocot

sumber ; harian metro dan http://www.astro.com.my/astrofirst/


*aku dah amik ngangkung dan damping malam.....so jumlah RM30. sesape nak tgk 'wayang' kat umah aku meh la...hingga 17hb je...lepas tu expired....uhuhuhhuhu





14 comments:

ardinihumaira said...

jum3
g nonton :D

Ena said...

ena ni takut la plak nak tengok citer yg seram2 tu sha.. kali ngangkung tu ok la.. lawak je.. hehe

LiErOSe~QiEmi said...

oooo camtu ek.. bagus gak tu kan.. tapi bunga suka gi tengok wayang time hari rabu, murah skit harge hihihi..tp lepas ada anak.. susah la skit

LYAfrina said...

MCM BEST!!
BALIK NI NAK TRY.. PASTU MASUK DLM BIL KE BAYARAN DIA??
MAKIN CANGGIH SKARANG

Fieza79 said...

ahaa..betol la leh tersama pulak entry kita ari nie...hehee

best kan layan filem di umah..jimat pon jimat kan..

~aSHa~ said...

dni --> meh gi umah akak...expired esok ptg..

~aSHa~ said...

ena --> kalo takut ni...elok jugak tu...leh tgk dgn cik abe...lepas tu kalo takut dia tlg peluk...eheheheh

~aSHa~ said...

Lierose @ bunga --> ehehe mmg sejak ada anak ni..byk perkara kita tak dpt lakukan spt bujangan....jom tgk dgn anak kat umah...

~aSHa~ said...

lya --> a'ah dia akan charge dlm bil...meh tgk kat umah asha mlm ni meh....free ni...next time lya beli asha tgk kat umah lya plak..ahahaha mcm tgk wayang plak..

~aSHa~ said...

fieza79 --> mcm sehati berdansa plak entry kita arini...ehehe jom layan movie lain plak lepas ni yerk..

umilia said...

satu cerita ke RM15..ingtkan skali 3..hahahaha..

Mama AqiL said...

Smlm hampir2 nak beli gak..tp bila difikirkan balik..rugi lar ...baik beli cd aje..leh layan hari2 dan bertahun...hihihi

mamalieyna said...

tumpang tgk kt umah asha jerlah..hehe..

herm..2 dr citer tu takg tengok lagi..orait gk wat gini kan..jimat..jimat..

~aSHa~ said...

meh meh sini meh