Monday, April 25, 2011

Bidang Kesetiausahaan makin dapat perhatian


Bidang kesetiausahaan pada awal 1980-an mungkin tidak digemari sebahagian ibu bapa untuk diceburi anak gadis mereka. Ia dianggap kerjaya yang tiada masa depan.

Namun kini terbukti bidang kesetiausahaan profesion pilihan sama ada wanita atau lelaki berikutan permintaan tanpa henti di seluruh dunia.

Seseorang setiausaha atau pembantu peribadi bertanggungjawab melaksanakan tugasan rutin di pejabat seperti membantu ketua jabatan atau majikan melicinkan urusan sebuah organisasi.

Ia membabitkan tugas penyimpanan rekod, menguruskan filing pejabat, menyediakan dokumen penting seperti surat-menyurat, laporan, memo bagi rujukan majikan, melayan tetamu, memantau perjalanan syarikat selain menguruskan akaun dan kewangan syarikat.

Kerjaya ini memerlukan ketelitian dan kesabaran. Justeru, tidak hairan 70 peratus pekerjaan ini dimonopoli wanita.

Statistik pada 2010 mendapati 8.8 juta wanita di Malaysia bekerja dan sebahagian besarnya di bidang pengurusan dan pentadbiran.

Kini, majikan semakin selektif memilih pekerja terutama yang ada kemahiran dan pengalaman serta tiada lagi isu 'gender'.

Bagaimanapun, dalam kes tertentu ramai majikan gemar mengambil pekerja wanita kerana mereka teliti, sabar, cermat, kemas selain memiliki pendidikan tinggi.

 Faktor pendidikan menjadikan wanita kini lebih berani dan menjadi tonggak bagi memperkasakan ekonomi negara dan keluarga.
Institut Generasi menyediakan pengajian berbentuk kemahiran dalam jurusan Pengurusan Perniagaan & Kesetiausahaan yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pengajian berbentuk praktikal tanpa tugasan dengan pemilihan waktu yang bersesuaian dengan mereka yang berkerjaya dan tidak berkerjaya.

Setakat ini, lebih 10, 000 pelajar menamatkan pengajian di Institut Generasi. Jika berminat daftar segera kerana pengambilan terhad.

Maklumat lanjut hubungi talian 03-20704081 atau lawat kampus induk Institut Generasi di 51-53 Jalan Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur (berdekatan Stesen LRT/Star Masjid Jamek).



Sumber : Metro Ahad, 24 April 2011, m/s 21
------------------------------------------------
wah aku siap promote kan ni...

11 comments:

Ena said...

yerla.. gred pun dah naik kan.. best!

rezeki mereka2 yg bergelar PA.. kami tompang happy.. ;D

~aSHa~ said...

Ena --> tq

Zura said...

bidang nie berkait rapat ngan gaya...ppuan kan suke bergaya...

eima said...

dah la blajar senang ...
pastu dpt diploma 2 tahun je (poli je ek)
senang dpt keja tak yah aplly( zaman aku)
pastu keja kat opis senang ...
(opis aku je ok)

anak kakak opis byk amik kos secretary skrg nih ..hahaha tatau la masa depan senang dpt keja cam org lama ...

Ardini Humaira said...

cite2 dni nak jadi setiausaha :)

~aSHa~ said...

zura --> ehehehe tetapi kalo lelaki jadi PA pun bagus jugak..ramai jugak bos kerajaan suka..sbbnye..dia tak amik cuti bersalin selama 2/3 bulan. tak kerap ke klinik tuk cek up perut...dan sbgnya

~aSHa~ said...

eima --> ehehe kami dulu lebih 2 tahun (itm)...a'ah betul kata kamu...keje kat opis je...xyah keluar2....

mmg ramai jugak asha dgr, org yg keje kerajaan syorkan anak2nye study SS ni..

~aSHa~ said...

Ardini --> dni ada degree...mintak la yg tinggi skit..kami ni rendah2 je...sokongan2 je..uhuhuhu

lemangcute yang Kosong said...

remaja kertu cam lemang nie bleh apply ker..heheheh..

~aSHa~ said...

lemang --> siapa kata akak kertu...cun lagi...mmg cun..kalo kita duk sebelah sure org kata sy kakak gamaknye...ehehehheheehe

.:fyzz:. said...

aku bangga menjadi seketeri...:P