Wednesday, May 4, 2011

Persidangan Blogger sedunia 15 Jun di PWTC

KUALA LUMPUR: Satu persidangan blogger sedunia akan diadakan disini bulan depan dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga seorang penulis blog dijemput menyampaikan ucaptama.

World Blogger and Social Media Summit 2011 itu akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama dua hari mulai 15 Jun.

Kemunculan Dr Mahathir adalah antara agenda utama yang disusun pada perhimpunan blogger kali kedua diadakan di Malaysia selepas Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tahun lalu.

Persidangan kali ini dianjurkan oleh My Events International Sdn Bhd (My Events) dengan kerjasama Cyber Security Malaysia yang bakal menghimpunkan penulis blog dan pengguna laman sosial dari seluruh dunia untuk membincangkan perihal internet dan blog.

Ketua Pegawai Eksekutif My Events, Shahrul Hameed Dawood berkata, acara tersebut juga akan menjadi platform kepada penulis blog untuk membincangkan perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menulis blog untuk mengelak berlaku kontroversi.

Beliau berkata perkara itu diberi kerjasama selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penulis blog bebas menyuarakan pandangan masing-masing, tetapi perlu ada garisan mengawal kebebasan itu agar ia tidak melampaui batas.

'Kita juga akan membantu penulis blog muda dalam mengenal pasti apa yang penting dalam memajukan blog dan menyampaikan idea-idea mereka melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.


sumber harian metro 2 Mei 2011, m/surat 12.ruangan setempat.

10 comments:

cikmOt said...

hurmm...agaknya kan...kita dijemput tak???

LYAfrina said...

ada gak tgk kat paper.. kalo la kita dijemput kan??

Ieda Al-Habsyi said...

kiter leh g ke kak? ni main terjah ke ada senarai panggei2? heheheh
Mekasih le Bebanyak Google Weh

..nOj.. said...

ade makan makan tak?

Ayuraza said...

blogger picisan macam kita dijemput tak?? hehe...

pegi-pegi org tak kenal pown..^^

ieda said...

ekkekek duk bayangkan akak kat sana :)

~aSHa~ said...

xtahu la kita leh gi ke tak....ni sebijik2 aku taip dari surat kabo....maybe boleh la kot...sesiapa..kita kan blogger....ehehehehehhehehe

@juera said...

jauhnyer..ingt nk g jmpe Tun Dr. Mahathir..hehe

Ardini Humaira said...

wahhh bestnye kalo dapat pegi:)

fiezaradzi said...

penah dgr yg 1st, yg second baru dpt tau.. hehee