Wednesday, June 29, 2011

Sedikit2 persediaan setiap bulan....

sekarang ni dah kena siap sedia dah...beli itu ini tuk bakal adik ni.....eheheh pesal tak pangey bakal baby ek??? sbb kakak baby kata...ini adik...dia baby....doktor pun semalam kata....nak ada baby pun pangey baby lagi ke....ehehe aku kata, mereka pangey ni adik...

kelmarin, aku telah berbincang panjang lebar dengan seorang member ni tentang ' 'breast milk storage'...dulu2 aku bagi direct je...bagi aku dia ni good consultant jugak la...dah la free constultation nya.... dan dia la tlg orderkan barang2 di bawah ni dengan menggunakan keahliannya di web ini....so murah byk dan berbaloi2 la bagi aku...

 beli botol 8 bijik percuma dua...dah jadi 10 bijik botol..

 ni gambar kotaknya..dua botol di atas itu free ye

 ini plak plastik tuk storage jugak 




 buku penyusuan, dan cara2 menyimpan...dulu aku ada buku kaedah penyimpanan dari klinik putrajaya...tapi ntah ke mana buku itu
ini bilnya....murah dan berbaloi jugak la kan, kan kan..

ok next month nak beli mende lain plak.....member sorang lagi kata....pembelian barang tuk susu untuk anak jgn la kedekut, nak cari barang2 murah je....tapi kang tak elok, lepas tu mula la sakit puting la, susu tak keluar byk......jadi beli barang yg orang biasa pakai.....ok tq my dear fren....



Tuesday, June 28, 2011

Teksi Tunai...

gambar ihsan google..




korang suka tak tgk siri rancangan TEKSI TUNAI ni yang disiarkan di astro Ria.
aku suka sgt...laki bini suka....skrg ni dah takde kan..ulangan2 je.....
yg best tgk siri ni sbb dia menguji minda peserta dan juga kita pun mesti nak fikir2kan jawapan nya kan....
jadi secara tak langsung..ia menambah pengetahuan kat diri aku yg kurang berpengetahuan ni...ehehheeh

rindu nak tgk siri baru TEKSI TUNAI.....

Monday, June 27, 2011

Wah Terkejut dan Terharu.....terima kasih nak...

Jumaat lepas terkedik2 aku seorang membawa anak2 ke ibu pejabat Tadika Raudhah yg tak pernah aku jejak sebelum ni....maka berGPS la aku dlm bando kecik ni mencari tadika tu....adui la...kelako tul leh sesat2......ni semata nak mengambil Laporan Prestasi anak bagi semester pertama la.......papa lak outstation...


syukur....penat lelah mama yg sesat tu berbaloi tgk result.....walau dapat no. 3 je dari 20 orang...takpe la nak...dan bahasa melayu kamu tu, mama tau kenapa tak dpt full. mark..keturunan mama la tu kot..bahasa melayu carca marba....jawi apatah lagi...papanye yg pakar dlm jawi dan arab ni.....mama mmg eheheheh malu nak habaq....

mama tanya gak cikgu..yg no. 1 dan 2 tu siapa...dia ckp dua dua perempuan....wah kiranya dia no. 1 bagi lelaki la...xpe nak..selalunya pembesaran dan kematangan mmg budak perempuan yg dahulu dari budak lelaki....

mama tanya gak dia ada masalah lain ke belajar....ke dia main kuat sgt...
cikgu jawab : dia ni kak, dua dua semangat...semangat belajar semangat bermain....kalo kawan2 tak dpt jawap...dia la yg nak tlg kawan2....cikgu halang la dia bantu, sbb cikgu nak tgk budak lain tu mcmane leh dpt ke tak....tapi dia ni mmg pantang tul kawan lambat jawab...dia akan tlg2....kalo kawan2 dpt..dia plak yg ckp 'wah hebat, hebat'...ehehehhee siap bagi semangat kat kawan.....(actly kat umah kami mmg selalu ckp gitu dgn mrk kalo dpt jawab soalan tanpa dibantu)

eheheheh tergelak aku, aku tanya lagi..cikgu dia ni ada tak ber'fire² oltromen 'dgn kawan2...riso sy ni....anak org teruk kena fire, ....

cikgu jawab : biasalah kak budak2, semua gitu belaka (aku rasa cikgu ni nak cover je kot anak aku)
aku ckp lagi...cikgu marah je dia kalo kaki dia ni melampau sgt.....cikgu senyum je...
cikgu ckp malas nak marah2 lebih, takut budak2 ni tanak datang sekolah nanti...tapi cikgu tgk2 la mereka bermain tu dan tegur la mereka yg main ganas2...

uhuhuhuhuu alahai anak omak....


pesanan tuk papa : jangan lupa dah janji dgn anak nak bagi hadiah ye.....dia request beg sekolah baru je...sbb beg dia dah 2 taun pakai...mama kan penjimat..takde makna nak ganti tiap2 tahun kalo masih elok dan boleh digunakan lagi..skrg ni pun masih elok lagi., rasanye tahun depan tak berganti pun xpe......tapi takpe la...kita beli sbg hadiah, pakai tuk taun depan...sbg motivasi dia...kalo nak hadiah, belajar elok2...

Sunday, June 26, 2011

pengajaran dari cerita KARAK......





 image google

makna ayatul kursi.
  • Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 
  • Yang tidak mengantuk usahkan tidur. 
  • Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. 
  • Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. 
  • Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). 
  • Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

pengajaran dari cerita KARAK yg sedang disiarkan di astro first skrg ni adalah...
jangan tau baca dan hafal je ayat kursi, tapi tak fahami dan ingati maknanya sekali...


Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak.....Pemenangnya adalah.............

KEPUTUSAN MAHARAJA LAWAK 2011

Tahniah kepada SEPAH dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJA LAWAK 2011......omg...
aku dah rasa dah mcm sepah je menang....sbb lawak dia konsisten tiap minggu best...
Sepah membawa pulang hadiah bernilai rm350ribu...berserta trofi....



tahniah kepada kumpulan sepah...dua2 pusingan malam, dua2 mmg best....siap dafi dtg tu...ehehehhe...
habis madu, sepah tak habis habis.....ahhhhhhhh semputttttttttt......

dan Pemenang kedua adalah JOZAN.....tahniah tahniah..lawak anda jugak terbaik sebenarnya....
Jozan membawa pulang hadiah bernilai RM250k berserta trofi.


mungkin malam ni pusingan pertama tidak berapa seri skit dari jozan....tapi sblm2 ni persembahan beliau....best best belaka.....tahniah mail lambung....



dan pemenang ketiga adalah NABIL.....yeeeeeeeee BEST BRO.... nabil telah kembali malam ni...terkejut aku tgk spiderman dia bernyawa....rupanye org betul...
Nabil berjaya membawa pulang hadiah bernilai 150k..dan trofi




Dan yang keempat adalah JAMBU

kumpulan jambu ni aku sangka dulu boleh dapat tempat 1-3 kot...tapi sejak2 minggu akhir ni kurang memberangsangkan skit.....tapi tahniah jugak....sbb anda berjaya membawa pulang hadiah bernilai 50k....dan trofi... 50k pun byk tu beb...

tahniah kepada pemenang..

Friday, June 24, 2011

Rasulullah minum air zam zam berdiri. Kenapa?

Tadi kita cerita pasal tegahan minum berdiri kan....skrg ni mari kita lihat kenapa Rasulullah minum air zam zam berdiri....

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.



Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.
sumber : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/minum-berdiri-memudaratkan/#axzz1PjukpbVC



molukel air zam zam (sumber google)

Tegahan Minum Berdiri...kenapa ye???

Indahnya Islam, agama yg sempurna meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Kita semua tau air sangat penting dalam kehidupan manusia,...ramai yg rela tiada elektrik dari tiada air bukan?.....Sekarang saya nak kongsikan apa yg sy baca2 di blog2 lain sebelum ini tentang adab-adab ketika minum. dan Sebelum ini ada sy kongsikan berkenaan masa yang sesuai minum air.

Korang pernah minum berdiri? ehehe dalam zaman dan masyarakat kita hari ini minum berdiri agak biasa.


Hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771, terjemahan dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri

Mari kita lihat dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan."

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.
.
Rasulullah minum air zam-zam berdiri. Kenapa? (next entry ye)

Wednesday, June 22, 2011

Masa Paling Sesuai untuk MInum Air


Kita semua sudah tahu akan kebaikan dan kepentingan minum air masak yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi adakah anda semua tahu waktu bila yang sesuai dan paling baik untuk kita minum air?

Air yang di maksudkan disini ialah
air masak atau pun air kosong bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa.

Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?
 
Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan. 

§  Minum dua  gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
§  Minum  segelas (1)  air masak-  30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
§  Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah
§  Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atauserangan jantung sewaktu tidur.

kesimpulannya, memang kita sangat digalakkan minum air masak secukupnya untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Dan masa yang dinyatakan diatas merupakan masa yang efektif untuk kita minum air.

sumber emel

Tuesday, June 21, 2011

Kalo tanak berpinar Mata cari link sendiri, ini cara mudah

cara mudah untuk cari link kita adalah Control + F dan taip la link anda.....mudah kan?

Blog diserang...jom cek, adakah anda juga terkena diserang

mlm tadi ke blog zaidah.... dan dia cite pasal blog kena serangan hackers...

bila aku cek...aku tersenarai ni....adehhhhhhh.....aku ni bukan pemes sgt sampai ratusan org sekali masuk....siapa la daku...tapi pesal nak diserang2 hendap ni...


camne ek nak atasi..

siapa nak cek samaada blog tersenarai ke idak...meh cek kat link ini

Monday, June 20, 2011

Kulit Berkedut tanda Tulang Rapuh..

Jika ingin tahu kesihatan tulang, belek sahaja muka di hadapan cermin dan kira garisan kedut yang kelihatan pada wajah anda.

sekiranya garis penuaan dan kedutan semakin jelas, ia bermakna kepadatan tulang adna semakin berkurangan terutamanya pada wanita menopause.

merungkai kaitan kedutan dan kesihatan tulang wanita, Pakar Endokrin Reproduktif daripada Fakulti Perubatan, Universiti Yale, Amerika Syarikat, Dr. Lubna Pal memberitahu, tulang dan kulit dihasilkan oleh kelompok protein yang sama disebut kolagen.

'Pertambahan usia akan menyebabkan pengeluaran kolagen menyusut sekali gus mengurangkan keanjalan kulit mengakibatkan kulit berkedut. Pengurangan ini juga akan mempengaruhi kepadatan tulang' katanya.

Dalam satu kajiannya yang membabitkan 114 sukarelawan wanita berumur lewat 40-an dan 50-an, Pal dan kumpulannya menjalankan pemeriksaan keanjalan kulit menggunakan alat durometer manakala sinar X untuk menguji kepadatan tulang responden.

Hampir kesemua responden tersebut sudah tidak datang haid dalam tempoh tiga tahun dan tidak mengambil sebarang ubat hormon.

'Hasilnya,wanita yang memiliki kedutan paling banyak juga memiliki tulang yang lebih rapuh berbanding wanita yang kulitnya masih anjal. Bagaimanapun kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada kita boleh mengesan gejala osteperosis melalui keadaan kulit,"katanya.

sumber kosmo, ahad 12 jun 2011, Jurnal page 47

----------------------------------------------------------------
jadi cara tradisional yg pernah aku baca sebelum2 ini adalah...mandi la dgn air sejuk biasa je...bukan dgn air suam2 air panas tu ke...sbb bila air sejuk kena kat badan...tulang2 kita akan jadi kuat...kulit kita leh jadi anjal...cuba la try....kita rasa tegang je kulit kan kalo kena air sejuk...kalo tuk spa tu...mereka guna air suam tuk merenggangkan sel sel kulit tu..supaya herba2 tu masuk ke kulit tubuh kita...

pernah juga aku dgr cerita dari seorang jiran dulu, anak2 dia bersalin di hospital swasta...masa mandi, nurse2 tu guna air biasa je bukan air suam, bila jiran aku tanya kenapa...sbb mereka kata nanti tulang bayi ini lebih kuat....

Saturday, June 18, 2011

Saaayannngg Nabil...dan Maharaja Lawak

ayat tu la si anak dara aku ckp kalo tgk maharaja lawak...aku tak tau nape Nabil yg menjadi pilihan dia...ehehehe sbb org tu peserta solo kot..


skrg ni makin bijak (ye la makin meningkat usia kan)....hampir kesemua peserta maharaja lawak kedua2 mereka ingat...Nabil terutamanya....Jozan, Sepah, R2, jambu, man....mmg ingat la....yg alex, amir dan beberapa yg lain dia tak ingat...sbb dah terkeluar kan..jadi mereka takde beraksi di pentas..jadi dia pun tak ingat la....


dan kebiasaan nye kalo balik taska mesti request nak tgk tom n jerry...sure punye la...itu dulu....itu dulu ye.....skrg ni...balik je taska mintak tgk rajalawak...dia tak reti sebut maha maha ni...dia sebut rajalawak itu pun pelat sedikit.....

punye la mereka suka kan nabil, jambu ...sampai ada kucing yg tiba2 dtg umah ni nak beranak dlm 2 minggu yg lepas pun mreka namakan si nabil untuk si ibu kucing tu, dan jambu tuk si anak kucing 2 ekor itu....tapi oleh kerana aritu, satu trajedis telah melanda, biawak telah memakan seekor anak kucing dan tinggal la seekor (sadisssh ceritanye nanti la entry lain)...jadi takde dah gelaran jambu jambu tuk anak kucing tu.......skrg ni panggil mama miowww dan baby miowwww......

berbalik kepada cerita Maharaja Lawak.....aku jangka kan jozan la kot juara...mereka mmg makin mantap....kalo lawak mereka masa jadi pengacara tuk rajalawak musim kelima tu, aku rasa tak seberapa...sbb lawak mengacara pun dah lama..sampai kena tegur dgn juri...tapi bagi aku si AC Mizal lagi terbaik jadi pengacara tuk lawak2 ni...sbb dia pun join jugak pelawak2 tu tapi skit2...dan menarik.....terbaik la AC....tahniah.... dan sekarang jozan semakin bertambah hebat dan tidak melampau mcm mengacara rajalawak musim kelima tu (bagi pendapat aku la)....so good luck la ye

dan kemungkinan juga si Sepah pun boleh jadi juara, lawak2 dia byk berkisarkan kehidupan masyarakat melayu,tradisonalee ehehehe....terbaik terbaik........ermmmm tapi tak tau la lagi siapa kan....aku tak pernah undi pun...ahaahahaa walau aku suka jugak dgn nabil masa mula2 kemunculan di Maharaja Lawak tu.....paling terkesan lawak dia adalah Musical Comedy tu...eehehehehe sampai lagu tu jadi femes di radio2 la.....dan kalo anak2 dgr lagu tu..mesti dia kata...lagu nabil......tapi sejak akhir kemingguan ni...lawaknye tak berapa nak kreatif mcm awal2 aritu...ketandusan idea kot...ye la dia dok pk sorang2....sian dia...sib baik patung spiderman ada peneman...

malam tadi si jambu dah terkeluar dah tapi selamat dimasukkan kembali dgn bantuan imuniti dari para juri...bagi aku lawak mereka mmg terbaik di awal2 minggu...tapi jadi melampau plak kalo ada adegan2 yg sepak muka tu...mcm jozan pun ada adegan sepak2 gak tapi tak kena,action je....smlm mlm plak dia gi campak kawan dia...sakit bontot org tu...ganas tul...

tak sabar nak tunggu next week punye episod...bukan apa selain Final Maharaja Lawak, aku jugak ingini memfinalkan channel tu seperti si comot Izan...dia kata nak terminate jugak tuk mustika tu...aku pun, aku langgan mustika ni sbb satu family ni mau tgk Maharaja Lawak....kalo aku duk sorang...aku sure tak langgan dah.....ehehehe jgn la astro buat gimik lain plak ye kalo ramai yg mengterminatekan channel itu selepas final nanti....

selain itu bil aku jadi murah la lepas ni, hoyeeeeeeeeee....aritu aku dah terminate kan channel movie...yg 411, 412, 413.....aku kan dah kurenggggggggg dgn omputeh masa di awal trimester pertama tu..srkg ni ok ok la skit dah kembali....masa nak buang channel tu..kena caj jugak dlm rm20 rasanye....uhuhuhuhuhu pandai ko nak caj mcm2 ye astro...tension ai...mcm rancangan korang ni bersiaran menggunakan ron97 plak...ceh betul...

tapi dalam berlangsung nye ML ini...yg paling lawak adalah anak dara aku...eheehhehee rasa nak undi dia je....dia kalo bab tiru tu bleh tahan....eh dia depan org mmg pemalu....bagus la tu kan...depan kami je mcm2 aksi dia tjk...bagus la tu nak..harap2 sampai ke besar gitu ye nak...dgn family ko rapat dan share everything..

gambar-gambar peserta ini diambil dari web astro sendiri....tima kaceh

Thursday, June 16, 2011

RON97 turun harga jam 12 tengah malam tadi

Berkuatkuasa jam 12 tengah malam tadi harga petrol RON97 turun 10 sen menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter....

Sejak awal tahun ini, petrol RON97 mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter - Bernama


Wednesday, June 15, 2011

Rahsia Kekal Lama

ini takde la tips gempak2 sgt tau...tapi aku share ni dari rancangan Wanita Hari Ini, Khamis lepas kalo tak silap..semasa Seniwati Mariani dijemput hadiri program tu...dan sorang lagi warga emas yg tak popular...kira org biasa2 la...tapi sihat walafiat walau dah berusia lebih 70an...dan tidak la nampak usianye seusia itu...caya la...

semasa mereka ditemuramah oleh pengacara WHI tu...mereka tanya apakah rahsia kekal muda....tak nampak la raut wajah tu tua spt usianye...salah satu jawapannye amat mengejutkan aku la jugak...sbb aku pun sedang2 mengkaji ttg sesuatu ni...kerana sebelum2 ni aku dgr dari kawan2 yg jumpa doktor atas masalah kesihatan terutama buah pinggang iaitu organ yg memproses segala mende (betulkan aku kalo salah)....

jawapan2 mereka ye....

1) sejak dari muda tidak mengamalkan makan jamu2, walau lepas bersalin....mereka hanya makan vitamin2 je.... (patut la doktor2 tak mengalakkan kita makan jamu sgt terutama sdg menyusu....ehehehe mereka pun setahu aku tak makan jamu, mereka makan vitamin atau suppliment yg mudah dihadam sahaja)

2) Kurang makan nasi

3) Banyak makan sayuran dan buah2an

4) Tidak merokok

5) Banyak senaman (walau tak larat senaman berat2.....mereka buat ringan2 je)


dan sebenarnya mmg skrg ni aku mcm sdg mengkaji ttg penggunaan jamu ni....ehehee aku takut jugak pengkongsian ttg ini akan disaman oleh pengusaha2 jamu....ahahahahaha....tapi selain jamu ada jugak makanan2 yg nak kuat itu ini dan lain2 lagi berunsur kan herba ni spt dalam minuman.

dan oleh kerana ramai dikalangan kawan2 disini yg dah dgr ttg penggunaan jamu ni, mereka mengamalkan suppliment spt vitamin, kologen dan sbgnya....ada doktor yg beritahu tak semua badan boleh terima jamu ni...organ yg sukar nak proses tu adalah buah pinggang (buah pinggang menapis segala kotoran dalam tubuh)

 (wanita, julai 1997)

ini bukan la fakta tapi pengkongsian ilmu dari pelbagai sumber yg telah mengalaminya...

Apa pendapat anda????
bagi aku, amalan pemakanan sunnah nabi itu yg terbaik.....

Tuesday, June 14, 2011

Disini nye bermula 'peristiwa itu'

*sebenarnya kelmarin (ahad) nurse tu dah nak anta aku ke wad dah untuk masuk insulin....tapi oleh kerana ini pertama kali kena kandungan gula tinggi. sepanjang penglibatan aku dlm dunia pengandungan ni ehehehe.....jadi mereka try dulu pengambilan air gula tu....tgk la result smlm nye mcmane...tapi ramai la yg kata tinggi tul kalo tahap ++++2000 begitu la nombor yg ditulis nurse...kawan aku yg berada jauh tu cam tak caya je angka sebegitu...sbb dia kata tahap dia 19 pun dah kena masuk wad lepas tu keluar wad kena cucuk insulin sendiri..mak ai....nanti aku snap gambo buku  merah tu aku tunjuk ye...dgn result yg keluar dari mesin penilaian kandungan gula tu sekali aku tjk...ehehehe*

merujuk kepada perkara di atas (eceh mcm surat rasmi plak...ate aku biasa buat karangan surat rasmi je kan)........adalah dimaklumkan...ehehe kejadian2 yg telah menyebabkan aku termengandung lagi adalah kerana faktor suhu jugak...(wah leh ke wat ayat gitu...).....cerita ni dah lama...tapi biasalah den kan..aahahahaha abaikan je la sikap den yg suka bertangguh untuk publish cerita2 dengan pantas di dlm blog...

2. kejadian bermula masa aku ikut mr. hUBby outstation ke Cameron Highlands..dan kami menginap di Heritage Hotel tempat mangsa2 kemalangan Pelancong Thailand di Simpang Pulai tahun lepas tu menginap...aku gi betul2 selepas sehari kemalangan itu berlaku., dan masa bellboy angkat beg2 kami tu dia cerita ada burung gagak dtg hinggap byk di hotel tu sehari sebelum kejadian kemalangan tu..

dan masa otw nak gi tu...bos pun siap call...tanya jadi ke mr. hUBby n aku ke CH....kami ckp jadi dan tak ikut jalan tu..kami ikut jalan pahang....yg my dssfren petakan dlm sms....(time ni GPS aku takde lagi..ehehe) tq my dear fren...mudah dan cepat jalan tu....



ceria si mdm2 ni dapat berjumpa kami kembali setelah kami ada sukan tahunan dan terpaksa la berpisah seminggu....upahnye kami bagi patung dora dari ayer hitam, johor




si mdm1 dapat mainan ala2 PS2...ahahahah tiruan dari ayer hitam jugak...



sayang tul dgn patung dora tu...
mama kepenatan bersukan masih dirasai...


papa yg bajet hensem...eheheheheee ....
sampai bilik hotel...dia la org pertama melanyak katil...itu mmg keje dia..di mana2...
kami dihidangkan buah2an je masa kat bilik...dan air mineral yg normal nye mesti ada
buah ini jugak faktor kesuburan aku menjadi2 ketika ini..haishhhhh
round2 di bawah hotel...sbb papa ada kelas...







mereka semakin boring...

kami nak jalan2 plak....pls bawak kami papa wei...mama demam dah tu...
sabo manja, papa nak meratah ayam ni....sedap plak

mama dah out of service...mmg demam time sampai sane...so malam pertama...eceh malam pertama...takde kejadian aneh berlaku...ahahahahha siut je kan ayat sebegitu...



sempat try mengdobi di area situ..ehehe saje nak tgk bil mereka dan harga mereka....murah2...
eh gambo otw balik dah....gambo2 lain di depan hotel ke apa ke takde..sbb aku mmg rasanye takde memori di depan mana2 hotel la...baru aku perasan...
banyak plak gambo kali ni....aku masukkan seme ni....masa shoping2 takde amik gambo..tak sempat..tangan penuh dgn itu ini dan pegang tangan anak2..maklumlah anak ramai.....ehehehehehhehehehee ......

jadi pada tahun lepas selepas kejadian kemalangan tu la bermula detik2.....aku tak dtg period lagi...
itu la aku nak share ttg tempoh kandungan aku skrg..
sbnrnya aku ni susah skit nak share dgn org tak berapa kenal....bila org tanya aku dah berapa bulan...ehehe sbb apa ek?

APA ITU HIBAH?

. Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa p...

Labels