Monday, June 20, 2011

Kulit Berkedut tanda Tulang Rapuh..

Jika ingin tahu kesihatan tulang, belek sahaja muka di hadapan cermin dan kira garisan kedut yang kelihatan pada wajah anda.

sekiranya garis penuaan dan kedutan semakin jelas, ia bermakna kepadatan tulang adna semakin berkurangan terutamanya pada wanita menopause.

merungkai kaitan kedutan dan kesihatan tulang wanita, Pakar Endokrin Reproduktif daripada Fakulti Perubatan, Universiti Yale, Amerika Syarikat, Dr. Lubna Pal memberitahu, tulang dan kulit dihasilkan oleh kelompok protein yang sama disebut kolagen.

'Pertambahan usia akan menyebabkan pengeluaran kolagen menyusut sekali gus mengurangkan keanjalan kulit mengakibatkan kulit berkedut. Pengurangan ini juga akan mempengaruhi kepadatan tulang' katanya.

Dalam satu kajiannya yang membabitkan 114 sukarelawan wanita berumur lewat 40-an dan 50-an, Pal dan kumpulannya menjalankan pemeriksaan keanjalan kulit menggunakan alat durometer manakala sinar X untuk menguji kepadatan tulang responden.

Hampir kesemua responden tersebut sudah tidak datang haid dalam tempoh tiga tahun dan tidak mengambil sebarang ubat hormon.

'Hasilnya,wanita yang memiliki kedutan paling banyak juga memiliki tulang yang lebih rapuh berbanding wanita yang kulitnya masih anjal. Bagaimanapun kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada kita boleh mengesan gejala osteperosis melalui keadaan kulit,"katanya.

sumber kosmo, ahad 12 jun 2011, Jurnal page 47

----------------------------------------------------------------
jadi cara tradisional yg pernah aku baca sebelum2 ini adalah...mandi la dgn air sejuk biasa je...bukan dgn air suam2 air panas tu ke...sbb bila air sejuk kena kat badan...tulang2 kita akan jadi kuat...kulit kita leh jadi anjal...cuba la try....kita rasa tegang je kulit kan kalo kena air sejuk...kalo tuk spa tu...mereka guna air suam tuk merenggangkan sel sel kulit tu..supaya herba2 tu masuk ke kulit tubuh kita...

pernah juga aku dgr cerita dari seorang jiran dulu, anak2 dia bersalin di hospital swasta...masa mandi, nurse2 tu guna air biasa je bukan air suam, bila jiran aku tanya kenapa...sbb mereka kata nanti tulang bayi ini lebih kuat....

15 comments:

nur hafizah^aka^pijot said...

mayb kalau mandi air biasa mmg ok..tp jangan mandi lewat mlm yer!ihihih

eima said...

ye ke ... klu yg berisi diet jd kurus ... kulit pun tak anjal gak .. cam ne nk sukat kekuatan tulang kak ...hehhe

anyway TQ for the good info

Sari said...

nak cari cermin ni, nk kira kedut jap, haha..
tq 4 sharing

LYAfrina said...

huhuhu..lya ni makin tua..tulang reput,.kedut makin banyak..mana x kedutnyer sbb asyik tahan sakit..tp kna senyum sokmo la biar nmpok mude & sweet,, hehehhe,,

Ieda Al-Habsyi said...

betoi kak, mandi air sejuk pon leh buat kita cergas dan segar kan :)

Fieza79 said...

owhh mcm tu ke...rasa nya baru di tahap rendah kerapuhan tulang tu dan akan terus meningkat lps ni sb makin byk stress..huhu

Zura said...

oo..ye ke..br th...

r|nA @ ja|j|na said...

ooo, camtu eh..
naseblah muke rina belom kedut bnyak lagi, ahaaaaa..(ayat perasan lebih)

.:fyzz:. said...
This comment has been removed by the author.
.:fyzz:. said...

iyer ke zidah...gud la info nih..aku kan suka je mandi air sejuk...rasa sgt fresh..tp bila bdn terlalu letih..aku suka mandi air panas...leh tak gitew

~ yus ~ said...

oo mandi air sejuk untuk tulang lebih kuat ya? baru tahu ni asha..

Asha orang Kuantan ya?...Kalau tahu boleh jumpa gak Sabtu tu kan...:)

♥MiZz-siHa♥ said...

ye ke??kt plak mandi kan anak ngan air suam kan...hehehe..

Nurzairul Isma said...

alamak!!

Noli said...

kedut kat dahi aci kire?hehe

~aSHa~ said...

ehehehehehe tau la tu