Wednesday, June 22, 2011

Masa Paling Sesuai untuk MInum Air


Kita semua sudah tahu akan kebaikan dan kepentingan minum air masak yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Tapi adakah anda semua tahu waktu bila yang sesuai dan paling baik untuk kita minum air?

Air yang di maksudkan disini ialah
air masak atau pun air kosong bukan lah air kopi, air teh atau minuman yang berperisa.

Jadi, Bilakah masa yang paling bagus untuk kita minum air?
 
Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat mampu memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut merupakan masa yang paling bagus untuk kita minum air dan di syorkan oleh pakar pakar perubatan. 

§  Minum dua  gelas (2) air masak – SELEPAS BANGUN DARI TIDUR. Ianya akan membantu mengaktifkan organ dalaman.
§  Minum  segelas (1)  air masak-  30 MINIT SEBELUM MAKAN . Ianya akan membantu penghadaman dan menjadikan perut lebih memberi ruang untuk kemasukan makanan.
§  Minum segelas (1) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya akan Membantu sewaktu proses pengaliran darah dan menurunkan tekanan darah
§  Minum segelas (1) air masak- SEBELUM TIDUR.  Ianya dapat mengelakkan terkena strok /ahmar atauserangan jantung sewaktu tidur.

kesimpulannya, memang kita sangat digalakkan minum air masak secukupnya untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita. Dan masa yang dinyatakan diatas merupakan masa yang efektif untuk kita minum air.

sumber emel

12 comments:

Unknown said...

good info ni asha. Nice sharing...:)

♥cikmOt♥ said...

yelah, aku minum sekarang...

.:fyzz:. said...

zidah..satu g info..kalau pagi2 kan kita minum sebelum berkumur..katanya awet muda..:P..tp alhamdulillah takat nih aku mmg bgn ja pagi minum air mask....kt ofis aku nih cam 'hantu air' dh...msti air masak mmg menjadi teman setia...:P

cik dah faridah said...

minum air masak 3 liter sehari boleh cpt kurus....tp cik dah x kurus2 jgk..kui..kui

LYAfrina said...

air masok.. tu hok susoh skali nok kena buat tu.. hehehhee

{ e'mie } said...

aku suka blog ko coz banyak info kesihatan...thanx yaaa

cheqna said...

warghh..bagus kak sha..sharing memang caring...cheqna agak malas untuk minum plain water ni..insyaallah pasti akan diminum lepas ni..

ismimaizura said...

bgsnya info ni..=)
slps bgn n sblm tdo mmg sllu amlkn mnum air msk..

Ardini Humaira said...

dni slalu minum air masak berbotol2 hehe... tu pasal suka masuk toilet :D

ainhany said...

subhanallah....
ada skill upernyer..patutlah jadi ubat dan sihat.
temekasih ats perkongsian ini..Mhn izin untuk tindakan dan amalan.

Jom minum....

Nurzairul Isma said...

perkongsian yang bagus, tq..

kurus said...

gud info dik !
akak memang wajib habiskan 2 - 3 liter air tau :))