Wednesday, June 15, 2011

Rahsia Kekal Lama

ini takde la tips gempak2 sgt tau...tapi aku share ni dari rancangan Wanita Hari Ini, Khamis lepas kalo tak silap..semasa Seniwati Mariani dijemput hadiri program tu...dan sorang lagi warga emas yg tak popular...kira org biasa2 la...tapi sihat walafiat walau dah berusia lebih 70an...dan tidak la nampak usianye seusia itu...caya la...

semasa mereka ditemuramah oleh pengacara WHI tu...mereka tanya apakah rahsia kekal muda....tak nampak la raut wajah tu tua spt usianye...salah satu jawapannye amat mengejutkan aku la jugak...sbb aku pun sedang2 mengkaji ttg sesuatu ni...kerana sebelum2 ni aku dgr dari kawan2 yg jumpa doktor atas masalah kesihatan terutama buah pinggang iaitu organ yg memproses segala mende (betulkan aku kalo salah)....

jawapan2 mereka ye....

1) sejak dari muda tidak mengamalkan makan jamu2, walau lepas bersalin....mereka hanya makan vitamin2 je.... (patut la doktor2 tak mengalakkan kita makan jamu sgt terutama sdg menyusu....ehehehe mereka pun setahu aku tak makan jamu, mereka makan vitamin atau suppliment yg mudah dihadam sahaja)

2) Kurang makan nasi

3) Banyak makan sayuran dan buah2an

4) Tidak merokok

5) Banyak senaman (walau tak larat senaman berat2.....mereka buat ringan2 je)


dan sebenarnya mmg skrg ni aku mcm sdg mengkaji ttg penggunaan jamu ni....ehehee aku takut jugak pengkongsian ttg ini akan disaman oleh pengusaha2 jamu....ahahahahaha....tapi selain jamu ada jugak makanan2 yg nak kuat itu ini dan lain2 lagi berunsur kan herba ni spt dalam minuman.

dan oleh kerana ramai dikalangan kawan2 disini yg dah dgr ttg penggunaan jamu ni, mereka mengamalkan suppliment spt vitamin, kologen dan sbgnya....ada doktor yg beritahu tak semua badan boleh terima jamu ni...organ yg sukar nak proses tu adalah buah pinggang (buah pinggang menapis segala kotoran dalam tubuh)

 (wanita, julai 1997)

ini bukan la fakta tapi pengkongsian ilmu dari pelbagai sumber yg telah mengalaminya...

Apa pendapat anda????
bagi aku, amalan pemakanan sunnah nabi itu yg terbaik.....

10 comments:

LYAfrina said...

mkn suplement evening primrose oil ok kan

Nurzairul Isma said...

Asha, kite mug tak suke mkn jamu... Masa dlm pantang pon selalu culas..hahaha....

Zura said...

lg satu wuduk..:)

fiezaradzi said...

mmg certain badan tak tahan dgn herba dan ubat2 kayu kayan ni.. lau ambil sikit2 mungkin tak bahaya sgt kat buah pinggang, tapi lau ambil bnyk, penat buah pinggang nak proses.. tu betul..sama jugak dgn kopi2 herba segala kt pasaran tu

~aSHa~ said...

lyA ---> EPO tu rasanye vitamin kan...

kakchik said...

Tak pernah makan jamu atau seumpamanya. Hanya menjaga diet hidangan makanan saja. Vitamin pun tak ambil.

eima said...

time pantang ari tu tak amik pun jamu ... hehe just amik Vita + pati haruan je ...

{ e'mie } said...

apa susah..botox ajer..kahkahkah..makan jamu ni terpulang pada penerimaan body kot..macam aku ok ajer..tak makan ada terasa penat skit..tapi dah lama tak makan..start ngandung bebi lagi...terus tak makan sampai skang..badan memang rasa penat ler..nak makan vitamin pun tak tau yang mana satu..coz bila makan jamu rasa sihat ajer..tak tau lah plak akan datang..

Ena said...

nak makan jamu tu sebenarnya boleh.. tp kena minum air putih dengan banyak.. kalo tak memg saja cari masalah la tu kan.. hehe

Ardini Humaira said...

dni penah makan jamu dulu kala. mustika ratu. tapi badan cepat kena serangan demam pastu dni benti hehe