Friday, June 24, 2011

Rasulullah minum air zam zam berdiri. Kenapa?

Tadi kita cerita pasal tegahan minum berdiri kan....skrg ni mari kita lihat kenapa Rasulullah minum air zam zam berdiri....

Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.



Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Jadi inilah sebab rasulullah minum air zam-zam berdiri supaya air tersebut dapat meneutralkan asid yang terhasil dalam perut dengan cepat.
sumber : http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/minum-berdiri-memudaratkan/#axzz1PjukpbVC



molukel air zam zam (sumber google)

4 comments:

Unknown said...

info yg sangat bermanfaat... TQ...

kurus said...

kalau yg buat itu rasullullah kita , adalah kelebihan dan kebaikan dia kan .. alhamdulillah :)

cheqna said...

thanks kak sha sebab share =)

SatuJutaIdea said...

Salam. Betul ke info yg diberikan nie?

Mungkin kita harus bertanya kpd ustaz² terlebih dahulu berkenaan perkara nie krn ianya adalah menyentuh keperibadian Rasulallah SAW.

Mana mungkin Baginda akan minum sambil berdiri krn akhlak Baginda yg amat terpuji terutamanya ketika menjamah makanan/minuman.

Jika benar info yg diberikan nie, mungkin ada kisah sirah di sebaliknya iaitu mengapa berlaku sedemikian. Dgn memahami/mengetahui sejarah kisahnya, maka, barulah nanti kita akan faham mengapa berlaku sedemikian.

Saya cadangkan kpd tuan punya blog agar keluarkan entry ini drpd posting sehinggalah diketahui fakta yg sebenar. Kita taknak nanti menjadi sebahagian drpd mereka² yg memburuk²an keperibadian Rasulallah SAW.

Maaf kiranya pemilik blog tersentuh hati dgn komen nie.