Friday, June 24, 2011

Tegahan Minum Berdiri...kenapa ye???

Indahnya Islam, agama yg sempurna meliputi semua tatacara kehidupan manusia. Kita semua tau air sangat penting dalam kehidupan manusia,...ramai yg rela tiada elektrik dari tiada air bukan?.....Sekarang saya nak kongsikan apa yg sy baca2 di blog2 lain sebelum ini tentang adab-adab ketika minum. dan Sebelum ini ada sy kongsikan berkenaan masa yang sesuai minum air.

Korang pernah minum berdiri? ehehe dalam zaman dan masyarakat kita hari ini minum berdiri agak biasa.


Hadis yang diriwayatkan oleh muslim di dalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771, terjemahan dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri

Mari kita lihat dari Sudut Sains

Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan."

Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.

Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.

Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.
.
Rasulullah minum air zam-zam berdiri. Kenapa? (next entry ye)

3 comments:

eima said...

good info .. tatau pun pasal nape tak leh . ingat sbb tak sopan je

Ardini Humaira said...

hehe.. kalo kat shopping complex konfem minum sambil bjalan :D

Nurzairul Isma said...

hehe.. selalu sgt minum berdiri... thank atas perkongsian ilmu.. sgt berguna...

APA ITU HIBAH?

. Dari segi bahasanya, hibah bermaksud hadiah. Selagi anda masih hidup dan bernafas, anda bebas untuk memberikan hibah kepada sesiapa p...

Labels