Sunday, July 31, 2011

Dikebumi kan sebagai LELAKI atau Aleesha???





KUALA TERENGGANU: “Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan ‘tak sempat.’ Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab.

“Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya,” kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.
“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.

“Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.

“Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.


“Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.




berita penuh : harian metro


Alhamdulillah..dikebumikan sebagai Lelaki, Mohd Asraf ....alfatihah

-------------------------------------------------------------------

 DIA SEKAMPUNG DENGAN LAKI AKU....UHUHUHUHU

5 comments:

LYAfrina said...

SMLM TGK BERITA.. ARWAH DIKEBUMIKAN SBG LELAKI.. DIA TNJUK MSA NK KEBUMIKAN ARWAH... AL-FATIHA... SEGALANYA URUSAN ALLAH SWT..

~izan~ said...

Al-fatihah...Kita tidak dapat melawan ketentuan Allah dan semua yg berlaku ada hikmah dan pengajaran untuk kita semua...Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui...

health-beauty-slimming said...

al fatihah

health-beauty-slimming said...

al fatihah

Zura said...

al fatihah...sedih..