Posts

Showing posts from August, 2011

Salam Lebaran....

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,dan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sepanjang bergelar blogger ni ada segala salah dan silap aku sepanjang berada di alam maya ini...
semoga kalian bergembira di hari raya ini...berhati2 di jalan raya...sepanjang bergembira jangan dilupa orang sekeliling yang memerlukan bantuan...dan ringan2 kanlah kesedihan orang disekeliling....
Doakan aku selamat bersalin walau di mana aku berada ketika itu....
Salam
Mama mdm

TERSENARAI DLM 10,000 senarai blogger MALAYSIA

Image
tempohari jalan2 ke blog blog..lompat sana sini sinun...terjumpa la ttg senarai blog 10,000 bloggers di Malaysia...wow ada jugak aku tersenarai...actly aku pestime ke blog itu...tapi apa2 pun tima kaceh ler bebanyak....




 kalo korang nak tgk korang tersenarai ke tak....gi katlaman web ini  (korang control F je...then taip link korang)

Hanya RM1 di Guardian

Image
aritu semasa membeli belah untuk pakaian ready made (sob sob....kaler mesti lari skit kan walau kalernya sama...tapi ton warna tak sama) aku singgah di Guardian....eheheh tujuan sebenar nak beli mende lain..sekali ternampak promosi mendaalah mendaalah ini....

harga kotex ni RM1 je tau (ada 5 pad, rugi plak tak beli 10...ehehe)



Tisu lembap wanita ni takde la selalu guna...tapi dah oleh kerana RM1...aku pun beli la jugak


Kotex dlm tin ni bukan RM1...tapi RM1.88 (ni pun rugi tak beli 10...ehehehe)

ha apa tunggu lagi...jom la gi memperabihkan barangan promosi ni selagi stok masih ada....promosi ni sampai 4 September tau...tak caya tgk kat laman web GUARDIANterus link ke promosi ni


setiap kali mengandung aku mesti cari buah ini.....

Image
Alhamdulillah dpt makan jugak buah ni...

ce teka ce teka buah apa???

Buah Delima...

xtahu nape tiap kali preknen aku nak jugak makan buah ini..takde la mengidam...tapi bila aku dgr byk khasiatnye tuk ibu mengandung dan anak dlm kandungan aku pun usaha jugak mencari....bagi aku susah gak nak cari delima ni....delima yg biasa2 tu, yg bijik keras tu mudah cari.....tapi yg ni ko makan terus kunyah biji yg lembutnye..manis...
so mmg agak susah skit nak cari buah ni....mahal dah la satu...masa duk putrajaya dulu aku cari sampai ke bangi, masa duk kuantan, sib baik ada kat Tunas Manja, itu pun payah nak ada....kebetulan time nak akhir2 ada...begitu jugak skrg...puas jugak aku cari....baru last week jumpa...dan kebetulan member depan ni pun belikan tuk aku jugak...tapi dia beli RM10 tuk 3 bijik, bijiknye sedikit keras..tapi boleh la kunyah....dan isinye kurang merah skit dari yg atas ni....apa2pun tima kaceh cik rumaini, sbb bila jumpa buah delima ingat kat kakak depan bilik ni....
ini khas tuk …

otak warna apa????

Image
Tahukah Anda??


Ketika anda hidup, otak anda berwarna merah muda dan ketika anda meninggal dunia, otak berubah warna kelabu.

Jumaat Nan Indah...mari kita refresh balik ingatan kita...

Kesinambungan entri tempoh hari


Rukun Islam ada lima (5) perkara :

ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.



(1) Mengucap dua kalimah syahadat

 'Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi MUHAMMAD itu adalah pesuruhNya" Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah ALLAH s.w.t. dan Nabi MUHAMMAD s.a.w. itu adalah pesuruhNya.


 (2) Sembahyang lima waktu

 Dengan solat, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun solat yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.


(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi…

Rasa bersalah jika tidak..........

Image
jika tidak membalas kunjungan teman2 blogger yang memberi komen dan follow balik blog korang....
sbb utama skrg ni aku cite bab 'follow' dulu ye, aku tak tau kenapa dan apa kes....kat laptop dan pc di ofis aku tak nampak pun followers aku kalo guna IE...spt di bawah...terus KOSONG gitu je...hairan tak? cik kiah ni lagi heran...
 see kosong je kan...hairan tak???? tapi bukan blog aku je....blog org lain pun aku tak dpt nak tekan FOLLOW kat korang.......malah kosong gitu...camno den nak buat...(cikmot aku PS di blog mu..jgn marah deh)

tapi di ofis aku guna MOZZILA jugak....kat sane lak...followers mmg nampak tapi nak follow tak boleh (tak boleh ke tak reti????) puas wei aku tekan follow kat blog korang then dia keluar suh sign in byk kali...apa kejadah...haiyaaaaaaaaa apa sudah jadi ni....

korang ada masalah sebegini jugak tak? kenapa ek ia berlaku ke atas insan lemah spt ku?????? ahahahaa

sbb kedua aku tak membalas kunjungan korang yg memberi komen sbb aku sibuk 5S skrg ni...dan ad…

Tahun ni Takde Baju raya.....sedih tau

orang lain dah bergumbira dgn baju raya masing2 kan.....aku?????? Sampai skrg ni agak kecewa dah aku.....sbb aku takde baju raya nak dipakai ni untuk hari pertama.....sama la dgn anak dara aku..tuk papa n mdm1...dah selesai...beli siap...kain yg beli dulu tak jadi jahit...jahit tahun depan la kot...jadi tema tahun ni bertuko kaler....
jadi...aku pun bertuko kaler la....alkisahnye...aku ada la anta kain test buat baju jubah kaftan, aku dah ckp nak sebelum puasa...sbb nak pakai time preknen ni...bukan tuk raya kain tu...tapi sampai la ni tak siap2..kecewa sgt tau kecewa....aku tu nak tgk boleh tak dia jahitkan jubah kaftan tu mengikut kehendak aku...sebelum aku anta kain tuk baju raya....tapi bila sampai skrg tak siap...mcmane aku nak anta kain baju raya tu...
puas dah cari tukang jahit ni....tukang jahit cina je tak jumpa lagi...
siapa amik upah lagi? tlgggggggggg la aku....by online pun online la....
tapi ntah sempat atau tidak nak pakai baju raya kan....tapi anak dara aku tu, kena la paka…

Mari lihat keajaiban ......AlQuran dan Matematik...

Image
SEORANG guru alQuran berkata kepada anak muridnya. Hari ini kita mulakan bacaan alQuran bermula pada juzuk yang ke-10. Bergegas murid-murid tadi membelek-belek alQuran. Agak lama juga baru ditemui juzuk yang dikehendakki itu. Terlebih lambat lagi bagi orang yang jarang membaca alQuran.


Petuanya, Jika diminta juzuk ke-10. Maka anda perlu guna formula berikut ;
J (juzuk) - 1 = Jawapan. Jawapan ini darab dengan 2. Setelah dapat jawapan ini, letak saje angka dua di depannya. Mari kita lihat latihamal berikut ini ,
Juzuk 10-1 = 9
9 X 2 = 18. Selepas jawapan ini letak saje angka 2. Bermakna juzuk ke-10 itu terletak pada muka surat 182. Cuba semak !.
Contoh lagi,
Kita nak tau juzuk ke 20 terletak pada mukasurat berapa. Maka 20-1 = 19 X 2 = 38 letak angka 2, MAKA jadi 382. Bermakna mukasurat 382.

***INFO : alQuran mengandungi 30 juzuk.

terima kasih ustaz atas perkongsian ini....sgt2 menarik

apa yang org suka google disini.....

Image
dulu org suka google duit edisi khas 50 tahun....mmg lama jugak bertahan untuk 'pencarian' itu...

skrg ni aku tgk ramai plak org google KOTAK..... apa kess...korang nak buat apa dgn kotak² ek??? eheheh byk soal lak aku ni.....ni aku printscreen by week di NUFFNANG....




 setiap minggu mesti org cari KOTAK.......

ha ni gambar kotak-kotak lagi...


senang je nak cari gambar2 begini...semudah ABC je (ecehhhh)


aku guna di Microsoft Word je, lepas tu masuk kat

1) Insert  2) Clip Art, 3) Search la kat situ (letak la word apa² spt BOX ke..flower ke...)

saje nak share aku selalu cari gambo di mana kan....korang lagi arif kan nak cari2 gambar ni........kadang2 malas guna kat google...sbbnye kadang2 org tak bagi guna gambar mereka...
tapi sesiapa nak amik gambar kotak kotak ini...dipersilakan......
kalo share kan mende @ gambar baik lagi baik....dari share gambar tak baik...berantai2 plak tak baiknye...

Kadang2 kita terlupa untuk mengingati nya...jadi apasalahnye arini kita ingatkan kembali pada diri sendiri.....

Rukun Islam ada lima (5) perkara :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat


Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


Adakah aku terlibat dgn pemberian itu..kalo IYE...alhamdulillah...rejeki anak la kot...

2011/08/10KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu dan Pahang merupakan dua kerajaan negeri yang setakat ini mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini. 

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.Katanya, ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun. Ahmad berkata, bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta. 

Di Kuantan, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pembayaran bonus melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu. 

Adnan menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya pemberian bonus itu satu pembaziran sebaliknya ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam membangunkan negara. - BERNAMA

Minta cuti 2 hari, dapat 9 hari...eh ke 99 hari?

Tahun ni minta cuti 2 hari je...tapi semua org leh dpt cuti 9 hari..... kalo di Terengganu, Kelantan dan Kedah....boleh mula bercuti dari 26hb Ogos - 3hb September 2011 dan mula bekerja pada 4 September 2011....tapi kalo negeri lain...9 hari jugak....tapi mula bercuti dari 27hb Ogos- 4hb September 2011..dan mula bekerja 5 September
tapi....
ada tapi lagi ni...bagi aku lak..aku mintak 2 hari....insyaAllah jadi 99 hari...ehehehehe kalo aku bersalin kan mdm3 pada tarikh yg doktor jangka kan la....tapi kalo awal lagi...maybe la kurang dari 99 hari..maybe 90 hari jugak...insyaAllah kalo umur panjang....masuk la keje pada selepas 90 / 99  hari bercuti
Selamat bercuti....
keterangan lanjut berkenaan cuti HARI RAYA DAN HARI KEBANGSAAN


KUALA LUMPUR 24 Mei – Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan. Ketua Setiausaha Negara,…

Abah, jangan lupa duit raya tuk cucu byk skit taun ni ye...

Abah, 

tahun ni akak nak mintak abah prepare duit raya byk skit ye tuk cucu2...ahahahahhaa
sbb abah pun dpt bonus.......dan kebetulan insyaAllah kalo semua selamat....cucu pun bertambah tau abah....puasa tahun ni tak balik kot....sbb tak larat la bah...dgn cuaca lagi...lagi pun kalo duk releks je kang...lagi bertambah2 letih...kalo kat sini leh akak tgk2 kedai....


ini khas tuk abah...terutama yg di highlite merah...


sekian terima kaceh.....


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pemban…

Pemenang Teka Teki MDM ...Khas tuk Ramadhan

Image
Maka dengan ini Teka Teki MDM ...edisi khas tuk Ramadhan telah pun tamat... dan setakat arini jugak masih 2 orang sahaja yg menang...
Teka teki tersebut adalah : 
Hipotisis umum mengatakan orang perempuan suka membebel-bebel, terutama bila sudah menjadi isteri, ibu dan …. Mengikut kajian dikatakan dalam satu tahun tu satu bulan kadar membebel nya kurang. Cuba teka, bulan apa dan nape ya? jawapannya :  BULAN FEBRUARI, KERANA BILANGAN HARINYA KURANG IAITU 28 HARI, KALO TAHUN LOMPAT PUN MASIH KURANG JUGAK 29 HARI...  pemenangnya adalah :
Pemenang pertama : Lily @ MummyQistina 
 Pemenang Kedua : Zue AnnaLeeya
TAHNIAH KEPADA PEMENANG, ANDA DIMINTA EMEL KEPADA SAYA NAMA DAN ALAMAT YE. azrisha03@yahoo.com

Teka Teki MDM ....khas tuk Ramadhan.....

Image
STICKY MODE DILANJUTKANHINGGA 7 OGOS 2011 KERANA BARU ADA 2 JAWAPAN BETUL....SEORANG LAGI PEMENANG DI CARI.....


Hipotisis umum mengatakan orang perempuan suka membebel-bebel, terutama bila sudah menjadi isteri, ibu dan …. Mengikut kajian dikatakan dalam satu tahun tu satu bulan kadar membebel nya kurang. Cuba teka, bulan apa dan nape ya?
3 Pemenang akan dicari....jadi jangan tunggu lagi...siapa cepat dia dapat...
Syarat-syarat penyertaan :
1. Terbuka kepada semua bloggers...lelaki atau wanita...tua atau muda...(kecuali kakitangan pejabat saya....ehehehehehheehe ini Syarat KETAT punye..sbb uols dah tau sy jawab soalan ini dengan betul kan...)
2. Tiga (3) pemenang akan dicari, jadi 'Your comment has been saved and will be visible after blog owner approval.'
3.  Setiap blogger boleh teka 2 kali sahaja di komen yg berlainan.

4. Tak perlu buat entry...tapi nak buat pun takPe...amal jariah di bulan mulia...ehehehehehe ye la menghebahkan2 perkara baik kan...
5.  Masa penyertaan adalah bermula…

Produk Simplysiti Halal Ke Haram?

Image
wah byk blog sudah mengeluarkan isu halal dan haram produk simplysiti ni....dah ler aku baru menggunakannya......aler tak sampai sebulan nyah aku menggunakannya....camne la ye nak buat...kalo dah jadi was was dah jadi subhah la kan? boleh ke dikatakan subhah????????
tapi katanya berus je yg haramnya..yang produk2 nye halal....sib baik aku tak guna berus2 nye nyah....haishhhh skrg ni kat paper rasanye takde lg timbul isu ni kot..ke aku terlepas pandang....tapi rasanye takde lagi....rasanye baru di gempar gempur kan di dunia cyber je lagi setakat ni...harap Datuk Siti Nurhaliza dapat mengesahkan status halal nya di dada dada akhbar atau press conference.....
Kalau diikutkan banyak lagi produk2 pencuci/mandian yg takde tanda halal...tapi tak la sekecoh ini...maybe org nak jatuhkan To' Ti kot...kot la kan...aku pun tak tau ni.....tapi yg pasti produk2 mandian byk yg takde pun takde halal....kalo aku gi pasaraya tu...aku belek2 tanda halal...siap ditanya oleh salesgirl tgk apa....aku ckp…

Kerajaan : Bonus 2 Bulan

Benarkahhhhhhhhh???????????????
Sila baca di bawah......

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan memberikan bonus sebulan kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam sebelum Aidilfitri ini bagi meringankan beban menghadapi musim perayaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, cadangan bonus sebanyak dua bulan itu dibuat melalui surat yang dihantar pada penghujung Jun lalu supaya ganjaran berkenaan diberikan dua kali iaitu sebelum Aidilfitri dan selepas perayaan itu.

Katanya, pemberian bonus itu secara tidak langsung dapat membawa kecerian kepada semua penjawat awam sekali gus meringankan beban mereka untuk menghadapi perayaan.

"Sejak dua tahun lalu, pekerja sektor awam hanya menerima bantuan khas saja iaitu RM500 dan pada musim perayaan kali ini biarlah ada berita baik kepada semua kakitangan awam," katanya.

Sumber : harian metro

--------------------------------------------------------
owh masih dalam permohonan....sob sob…

Jika kita.....

Jika kita selalu mengingati dosa kita, kita tidak nampak dosa orang lain, apatah lagi hendak mengceritakannya.
Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan....

kata-kata...

Apabila ilmu di akal
pandai berhujah dan
berlojik tentang Tuhan


Apabila ada ilmu di lidah
pandai bercakap tentang Tuhan


Apabila ilmu di hati
dia takut dengan Tuhan

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya........

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirim saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatia…

Salam Ramadhan, Andaikan ini adalah Ramadhan terakhir..........................

Salam Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Andaikan ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita. Maka manfaatkan sebaik mungkin agar KITA semua dirahmati, diberi keampunan dan dijauhkan dari seksa neraka. 

Berikut adalah perkara yang sepatutnya KITA semua lakukan atau sekurang-kurangya cuba lakukan. Agar puasa kita tidak mendapat lapar dan dahaga sahaja...Kita akan lakukan...;

1. Masuk bilik (Pejabat) baca Al Quran semampu yang boleh. Sebaris, dua baris, sepipi dan sebagainya.
2. Paksa diri (Mujahadah) untuk sertai majlis Tadarus al Quran di Dewan Seroja setiap pagi.
3. Cuba sedaya mungkin untuk solat sunat Dhuha ( Sebelum 12.30 tgh)
4. Cuba sedaya mungkin untuk solat zuhur dan Asar berjemaah di Surau al Hidayah
5. Bagi suami, cuba ringankan tugas isteri di rumah. Isteri pula elakkan dari menggoda-goda.....Terutama pengantin baru....
6. Latih diri membaca al Quran pada setiap masa senggang. Baca buku berfaedah atau sekurang-kurangnya tidur untuk kerehatan. Semuanya ibadat jika tidak tidur …