Monday, August 1, 2011

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya........


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan :
“Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirim saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab:
“Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi:
“Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab:
“Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi:
“Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi:
“Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:
Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab:
“Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi:
Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab:
“Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan Hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan :
“Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab:
“Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.


Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini. Jangan ditanya kebenaran atau kesahihan tentang cerita di atas, sekadar berkongsi cerita menarik yang diterima melalui emel. Segala yang baik datangnya dari Allah swt jua. Wallahulam.

sumber emel...
--------------------------------------------------------
rasanya pernah sy kongsikan sebelum ini..tapi di manakah letaknya dan tajuknya...lupa dah...



9 comments:

eima said...

aku malaikat kpd anak2 aku ???
besar sungguh martabat sorg ibu ...
aku berjanji aku akan jalankan tanggungjawab aku sebaiknya ...mendidik anak2 aku menjd sorg yg patuh pada ajaran ALLAH.



* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

klu baby yg kena buang, dibunuh, tu cam ne plak ....

Etong said...

indahnya..minta izin untuk kongsi :)

cheqna said...

begitu besar dan bermaknanya ibu di sisi anak...

LYAfrina said...

ALHAMDULILLAH....
DIBERIKAN KESEMPATAN UTK MJADI MALAIKAT KPD ASYA...Y AKN MBERIKAN SPENUH KASIH SYG

SEGALA PGORBANAN LYA MMG X SIA2... TUHAN ITU MAHA MGETAHUI...BETAPA TINGGINYA MARTABAT SEORG WANITA BGELAR IBU

~izan~ said...

tersentuh hati baca perikan email ni..memang kita diumpamakan seperti malaikat untuk si kecil kita..

semoga kita terus menjadi pelindung dan ibu terbaik buat anak2 kita semua..

kurus said...

aduhhh meremang bulu roma akak membacanya .. sungguh syahdu .. insyaalllah semoga kita jadi anak dan ibu yg terbaik buat ibu dan anak2 kita .. aminnnnnnnnnnnnnnn

~aSHa~ said...

copy la...sila kan

bunga_rose said...

tengok... dah berair mata saya bace emel pasal ni.. padahal bukan kali pertama pun bace pasal ni...

tersentuh sebab, selalu tak sabar dalam mendidik anak.. padahal diorang bukan faham pun lagi.. kita yg kena sabar dalam mendidik kan kak... huhuhu..

..nOj.. said...

a ah ko penah letak dah ni aritu. dlu aku dah nangis. skang aku nangis lg. kenapa nangis ek?