Thursday, September 29, 2011

Bayi Dua Muka

BAYI ini yang dilahirkan Khamis lalu mempunyai dua hidung, dua pasang mata, dua pasang bibir.

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.


Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.

Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.

Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.

Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.

“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.

Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.

Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.

Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.

Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.

Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi


sumber hmetro


Subhanaallah....

6 comments:

LYAfrina said...

maha besar kuasa allah y mencipta kejadiannya

mimie.. said...

subhanallah..setiap kejadian ada hikmah tersendiri..

Ena said...

Subhanallah...

ibu MZW @ farah idayu said...

subhanallah...errkk..tapi apsal ek bila ditenung2 gambo baby tuh macm kene edit photoshop jek plak =p *maaf jika silap pandang*

Along_Na said...

maha kuasa Allah kn...mcm2 kejadian pelik dh skrang ni kn....

.:fyzz:. said...

ibu MZW@Farah idayu..tak dak nya edit2..saya tgk kemarin kt UTUSAN tak silap,,mmg muka bb tuh cam tuh....maha besar Allah...
zidah..sedihnya kan...

10 Amalan Berpantang Yang Patut Buat Tetapi Semakin Di Abaikan. Mama Wajib Baca Ya! 12

Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda akan melalui fasa pemulihan diri selepas melahirkan bayi. Tempoh ini amat penting untuk mengekalk...

Labels