Wednesday, September 21, 2011

Cara pendidikan yang disarankan

arini nak share Cara pendidikan yang disarankan Saidina Ali ra:

Tahap 1 (7 tahun pertama)
* Bayi hingga berumur enam tahun harus diberi kasih sayang tanpa syarat.

Tahap 2 (7 tahun kedua)
* Anak berumur 7 - 12 tahun dididik dengan menasihati mereka dengan cara menghukum dan memukul supaya mereka dapat membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk. Justeru Nabi Muhammad saw pernah menyebut di dalam hadis, "Pukullah mereka apabila mereka tidak mahu mengerjakan solat ketika berumur 10 tahun."

Tahap 3 (7 tahun ketiga)
* Mereka yang berumur di antara 13 - 24 tahun (byk pendapat mengenai had umur remaja, ada yang mengatakan 21 tahun), ibu bapa berkawan dengan mereka, menanyakan masalah mereka, berkongsi kegembiraan serta kesedihan mereka dan menjadikan mereka selesa bila bersama ibu bapa.

Tahap 4 (seterusnya....)
* Apabila anak berumur 25 tahun ke atas, bebas dan lepaskan mereka. Biarkan mereka membuat pilihan  untuk kehidupan mereka. Jika dididik dengan baik, mereka akan membuat pilihan tepat dan bersesuaian dengan ajaran agama.

cara ini pernah dikongsikan oleh rakan aku dan baru2 ni dapat info ini dengan tepat dari Hmetro. 16 September 2011, Jumaat.

7 comments:

~izan~ said...

menarik! yg part remaja tu kadang2 bila terlampau dikongkong lain plak jadinya.pastu selalunya kawan la jd tempat diorang cerita masalah...

LYAfrina said...

suka sgt baca ni....

kalo nk pukul pon dgn cara y betul..
kalo ikut cra rasul..gna beberapa btg lidi... & pukul pd kaki.. sbb lidi tu mdah lentur... jgn gna kekerasan..tp kelembutan..

dan satu lg..jgn sesekali tarik telinga anak.. tu myebabkan ank jd makin degil..mama lya selalu pesan mde ni kat ank2 dia..

sha dh ada kmn k??? kalo balik msg lya yer..atau komen kt blog xpe..nk tgk MDM3

eima said...

TQ akak ....

kurus said...

setuju2 dik .. semua betul .. hermmm kena tahu nie .. kdg2 ibu bapa penyebab anak2 memberontak huhuh

Ena said...

yelah kan..
zaman skrg ni budak2 tak blh nak dikongkong lgsung.. tp bila dibiarkan naik lemak pulak dier..

teringat kami adik beradik dulu, mak ayah tak la mengongkong sangat tapi kami adik beradik Alhamdulillah.. dapat jaga diri masing2 walaupun kat mana kami pergi.. :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Sgt berguna ni...
Thx for sharing..

.:fyzz:. said...

zidah..aku kurang paham la..kasih sayang tanpa syarat tuh..maksudnya..walau pun depa lakukan mistake kita tak leh blame la kan..yer la depa kecik lagi kan..tp hal nya skang..kita kdg2 lupa depa kcik lagi kan.rasa nak mrah ja..so moralnya kena la muhasabah diri baik..ingt anak2 perlu dibelai dn diberi kasih saynag..acehh panjang lak cam ustazah norbahiyah.hehe..
pepun tq zidah atas maklumt brguna nih..