Saturday, October 8, 2011

Berdua Lebih Baik....sepahtu

“KAMI ada alasan tersendiri kenapa berpecah. Saya hanya mahu bekerja dengan mereka yang benar-benar serius dalam bidang ini. Masalah antara kami sudah lama berlaku sejak pertandingan Raja Lawak lagi dan ia tidak lagi dapat dibendung ketika final Maharaja Lawak tahun lalu.

“Sebab kami tinggal dua kerana Mamat tidak dapat berikan komitmen sepenuhnya kepada Sepah.

“Disebabkan kami sudah tidak bertiga lagi, rasanya kami tidak perlu menggunakan nama Sepah sebab Sepah wujud atas tiga nama seperti yang Mamat pernah cakap.

“Jadi mulai sekarang kami berdua hanya mahu dikenali sebagai Sepahtu (Sepah Two),” jelas Jepp atau nama sebenarnya, Mohd Nazri Zainal Abidin kepada pihak media, baru-baru ini.

Jepp merujuk kepada status kumpulan baru, Sepahtu yang diteruskan bersama seorang lagi rakan asal Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib tanpa lagi Mamat (Mohd Noor Murad) dengan mereka.

berita lanjut disini
alahai sudah berpecah kumpulan lawak peberet ni......tak best ler gini...tapi kita tgk dulu mcmane SEPAHTU lepas ni..maybe lebih baik...
 



gambar SEPAHTU (sepahtwo)

7 comments:

LYAfrina said...

huhu,,akhirnya... bpecah jugak..hritu..msa maharalawak..kata xnak bpecah....

LiLy @ MumMyQiStInA said...

oklah tinggal berdua..mamat tu bukan lawak sgt pun.. ^_^

Zura said...

manyak kiciwa bile drg berpecah...

~izan~ said...

lepas satu2 kisah mamat ni huhu

.:fyzz:. said...

mamat nih byk hal..takpa la sepahtu2 sepahtu la...

ieda said...

aah akak LIKE sgt2 ..
mamat tuu memang ada masalah kan :)

Papa Mifz said...

terkejut gak dgr biter nih...dah xde jodoh bersamo kot...

* papa mifz bukak franchise kedai cermin mato Focus Point...jemput la dtg..:)