Monday, October 10, 2011

Ganas, Gerun, Ghairah.....

filemgambar.php



SIPNOSIS KLIP 3GP

Eddie pada usia sekitar 20-an sudah menikmati kejayaan menerusi perniagaannya di internet. dia memiliki hampir semuanya - kacak, mewah dan ramai teman wanita.

Namun tanpa disedari sesiapa Eddie sebenarnya meraih keuntungan daripada perniagaan membeli dan menjual klip pornografi dan sensasi di internet.

Maya Akhtar pula seorang eksekutif yang komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia menjadi mangsa ugutan teman lelakinya, Sunny yang memiliki rakaman video hubungan intim mereka.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong isterinya sendiri Rita kerana inilah cara mereka mengaut untung. Dengan memperdayakan wanita untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut, mereka mampu kaya.

Suria, Mina dan Zakiah pula tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan pada hujung minggu di ibu kota. tanpa disangka, malam itu berubah menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka diburu sesuatu yang mengerikan.

Sementara itu, Sandra pelajar sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual Jefri. Lebih dari itu, Sandra dirogol beramai-ramai oleh satu geng motosikal yang dianggotai Jefri termasuk abang kandung Sandra sendiri, Burn.

Babak perkosaan mereka itu turut dirakamkan geng ganas itu melalui kamera telefon bimbit Jefri. Apakah yang terjadi seterusnya keapda mangsa dalam filem ini?

Jawapannya ada di pawagam mulai 13 Oktober 2011.

sumber hmetro, rap, page R5

12 comments:

wahida said...

ada promo semlm kat paper...wartawan pun ckp ada byk aksi mengghairahkan...huhu...

♥cikmOt♥ said...

kena tunggu astro first la gini...hehehe

eisyaawie said...

cerita realiti kehidupan anak muda sekarang nie... bila2 masa saje boleh rakam video ...

filem nie kategori apa yer?? 18sx @ 18sg @ umum ??/hehhee

~izan~ said...

blom tayang tp penuh kontroversi dah... filem skrg semakin berani huhu

~aSHa~ said...

wahida --> ni yg nak tgk ni...ehehhee

cikmot --> aku pun tgu astro 1st...bini2 ku gengster aku dah langgan

eisyaawie --> yg tertera di gambar tu PG 13

izan --> pelakon malaysia pun makin berani melakonkan kan...ehehhe

.:fyzz:. said...

ish2 cita melayu skang nih cam hollywood kan..berani..hg ada bran..?
takut budak2 terikut2 nauzubillah

gina marna said...

ish3....3G tuu..seremmm nk tengok

~aSHa~ said...

fyzz --> aku berani tgk je....eheheheheeee


gina marna -->seram ke nak tgk...eheheh ke tak sabo nak tgk...ehhehehee

LYAfrina said...

huhuhu....
18sx ni...msti dpt smbutan...

LiLy @ MaMaQiStInA said...

mesti byk aksi2 menghairahkan ni..

mamaarifakeemaisy said...

haih lain benor tajuknye tu...hee~ mesti menarik minat ramai ni...haih..

Ena said...

meg kes gini banyak berlaku skrg..
tu yg file suka la tayang citer gini.. ada baik tp ada buruknya..


doakan moga anak2 kita membesar tanpa gangguan mcm ni.. nauzubillah..