Tuesday, October 25, 2011

Lesen Ikut Tarikh Lahir

Kurangkan kes pemegang lesen tak aktif, rayuan perbaharui lesen


KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.

Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.

Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

berita selanjutnya : Berita Harian
 
aku dah lama menggunakan tarikh lahir sendiri untuk mengingatkan tarikh tamat lesen, sampai sanggup tunggu tu bulan 10 tuk renew...sebab mula2 dulu expired bulan 6, then lesen mati kiranya 4 bulan la..nak tunggu bln 10...belasah je drive dgn lesen mati....ehehehe...tapi skrg ni kadang2 tu sampai terlajak nak renew...lambat teringat pasal lesen....skrg ni dah jadi bulan 11 plak due nye....kes byk urat putus la ni...byk kelupaan...

5 comments:

♥cikmOt♥ said...

yelah ko dah putus 5 urat...

2 tuk danish
1 tuk maisarah
2 tuk darwisy..

tu yang banyak lupa tu...

LYAfrina said...

sha.. lya lg dsyat..lesen lya mati nk msuk 2 thn dah.. bln 12 ni ckp 2 thn... nk cpt2 renew..kn tkut lsen x samb terus..ssh plok nk kna mabik lsen bru..

Cik Cura said...

mcm syura dulu 7 bualan lesen mati tak perasan.. huhu

ieda said...

ekkeke akak nie duk baca2 org punye kan .. kena tgk yg akak punye gak
silap hb jadi cam lya ekekke :)

.:fyzz:. said...

makasih peringat..sat nak tgk purse..nk cek lesen ku..tah2 dh mati ...tunggu nk cari liang ja..huhuhu..tp tak rsanya..next year bulan 4 tak silap...eh ok gak lesen mati masa tarikh lahir.snang skit nak ingt kan..