Petua Menambahkan susu
Cekur manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.
Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu."Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
Nota: bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik
Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.
Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
susu daging....ko ada???
----------------------------
terima kasih cikmot
Bunga MelurLonganLobak PutihKacang TanahJantung PisangSayur-SayuranHalba & Jintan HitamDaun SirehPucuk Betik
10 comments:
nanti nak cari yg ado kandungan CLA la :D
nanti nak cari yg ado kandungan CLA la :D
hehhe..blm mase lagi nk buat..
HEHHE...SELAMAT MNAMBAH SUSU DAGING...
JANGAN TMBAH DGING DAH :-)
tahun depan r cheqna praktikkan ni..insyaallah..
biar dok nikoh agi pun...hahahaha
yg kandungan CLA tuh mmg dok amalkan..yg lobak putih tuh aku baru tau..pas baca blog cikmot n hang..pepun sharing is caring..insyallah akan ku amalkan petua2 nih..
yg lain aku tau tmbhkan susu..yg daun bunga melur tu 1st time dgr..
aku dulu amalkan minum air halba..gile nak pitam rasa dia...
^__^
asha,
nanti kasi ena email add yeh.. ena nak invite utk belog ena.. nak private dulu wat sementara ni..
azrisha03@gmail.com
Post a Comment