Tuesday, December 6, 2011

arini 10 Muharram


PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI ASYURA 
(10 MUHARRAM).
  
1.    Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.   
2.   Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.   
3.   Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.   
4.   Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.   
5.   Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.   
6.   Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.   
7.   Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.   
8.   Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah swt".    
9.   Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.   
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat  
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.   
12     12.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti  memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; "Hari Assyuuraa ialah hari diterimanya taubat Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Firaun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa".

 "Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa, maka Allah
akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu". Sufyan berkata, "Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya".


"Ketika Nabi Muhammad SAW baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa, maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka,"Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa dari Bani Israil terhadap Firaun dan kaumnya. Makan kami puasa kerana mengagungkan hari ini" Maka sabda Nabi Muhammad SAW; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kami".

sumber emel

3 comments:

A N A K - A N A K K U said...

moga ada antaa fadhilatnya kita dapat....amin

.:fyzz:. said...

zidah ..kemarin aku mmg bercelak..dn hari2 bercelak...:)
apapun tq for this info...as reminder for me ..

~izan~ said...

salam akak..

shawl tu izan beli kat kiosk2 kecik kat carrefour ampang.actually shawl apa2 pun boleh buat cmtu pashmina pun cantik..tak semestinya 2 tone hehe...slmt mencuba =)