Wednesday, April 27, 2011

Kakak Baby telah Menjadi seperti 'Abang'

oleh kerana peel anak² ni berlainan...aku tgk si kakak baby ni...mmg suka sgt tiru apa yg abg danish buat...antara² nya

1) abg danish pakai baju tadika hari² ke tadika, dia pun nak pakai baju taska hari² ke taska...sampai cikgu tegur...sempat ke basuh baju, cikgu...dia kan ada 2 baju...sy ni hari² basuh baju walau baru 2 org je anak.......kalo tak pakai kan baju taska...nanti dia amuk, takmo pg taska...

2) abg danish bawak duit RM1 ke tadika sbb nak beli dadih cikgu buat, (mama buat tak best katanye...apa cikgu buat seme best belaka kan....cis kek tul) .....si kakak baby ni pun nak bawak duit jugak ke taska...bawak byk lak tu....last2 aku bitau cikgu dia...baru si kakak baby bagi balik duit tu  ke aku..

3) abg danish tgk / suka oltromen dia pun sama....ben 10 pun jadi....sampai selipar  ben ten pun sama mcm abg danish...hishhhhh tak berkenan sungguh aku.....

4) kalo pakai baju, mesti nak sama dgn abg danish....kalo abg danish tak sama pakai baju dgn dia....dia akan paksa abg danish tuko baju tu..selalunya waktu pg jalan2 la...kalo harian tak la sebegitu...jenuh kalo hari2 nak baju sama.... 



5) abg danish buat keje sekolah, dia pun sama menyibuk buat keje sekolah....mengaler sume bagai...nak sama...

byk lagi sebenarnya dia suka betul tiru abg danish, abg danish takde la plak gitu kan ...tu la peel anak ni lain².....

malam tadi masa melipat² baju...anak dara aku ni pun 'menolong' sama la melipat baju...nak jadi kakak kan....kena la rajin....lepas tu rajin plak tu melipat baju abg danish...mmg rajin kalo tuk abg danish kesayangan dia....(time gaduh...ahahah toksah ckp la kan...xde sayang2 nya...)....

nampak plak baju jersi ni.....mereka panggil baju bola...so dia sarung la...abg danish dah tido time tu....so dia pun buat la aksi mcm abg danish....menendang bola...dush sana dush sini....aduhaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii anak dara ku...pesal la kamu ni..nak kata mama tak pakai skirt....terlebih seksi dah rasanye.....

 
 ni dara ke teruna nak wei????

kemain hepi lagi dia dpt mengerjakan baju kesayangan abg dia.....abg dia syg baju ni...kalo nak main bola je..tuko baju yg sedang di pakai ke baju ni....memperbanyakkan basuhan aje...

pagi tadi abg danish bangun tgk si adiknye sedang memakai baju dia....rengek2 la dia....aku ckp...baby tu sayang kat abg danish...sbb tu pakai baju abg danish........abg danish ni nama je hero, kuat menangis je boleh tahan...kalah si adik....haishhhh mcm2...


-------------------------------------------------------------------------------
cerita ttg putrajaya tak dpt nak disiarkan lagi...ehehehhee.....

Tuesday, April 26, 2011

Teringat Masa mula² melangkah kaki ke Putrajaya dulu....

korang masih teringat tak mcmane korang melangkah kaki ke Putrajaya dulu?......(walau mmg korang duk sane la skrg ni...masih ingat tak????)


byk tul kenangan pahit manis time sampai tu..... 



 -------------------------------------------
panjang lagi patutnya ni.....tapi nak siapkan apa yg patut...

Monday, April 25, 2011

Bidang Kesetiausahaan makin dapat perhatian


Bidang kesetiausahaan pada awal 1980-an mungkin tidak digemari sebahagian ibu bapa untuk diceburi anak gadis mereka. Ia dianggap kerjaya yang tiada masa depan.

Namun kini terbukti bidang kesetiausahaan profesion pilihan sama ada wanita atau lelaki berikutan permintaan tanpa henti di seluruh dunia.

Seseorang setiausaha atau pembantu peribadi bertanggungjawab melaksanakan tugasan rutin di pejabat seperti membantu ketua jabatan atau majikan melicinkan urusan sebuah organisasi.

Ia membabitkan tugas penyimpanan rekod, menguruskan filing pejabat, menyediakan dokumen penting seperti surat-menyurat, laporan, memo bagi rujukan majikan, melayan tetamu, memantau perjalanan syarikat selain menguruskan akaun dan kewangan syarikat.

Kerjaya ini memerlukan ketelitian dan kesabaran. Justeru, tidak hairan 70 peratus pekerjaan ini dimonopoli wanita.

Statistik pada 2010 mendapati 8.8 juta wanita di Malaysia bekerja dan sebahagian besarnya di bidang pengurusan dan pentadbiran.

Kini, majikan semakin selektif memilih pekerja terutama yang ada kemahiran dan pengalaman serta tiada lagi isu 'gender'.

Bagaimanapun, dalam kes tertentu ramai majikan gemar mengambil pekerja wanita kerana mereka teliti, sabar, cermat, kemas selain memiliki pendidikan tinggi.

 Faktor pendidikan menjadikan wanita kini lebih berani dan menjadi tonggak bagi memperkasakan ekonomi negara dan keluarga.
Institut Generasi menyediakan pengajian berbentuk kemahiran dalam jurusan Pengurusan Perniagaan & Kesetiausahaan yang diiktiraf Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Pengajian berbentuk praktikal tanpa tugasan dengan pemilihan waktu yang bersesuaian dengan mereka yang berkerjaya dan tidak berkerjaya.

Setakat ini, lebih 10, 000 pelajar menamatkan pengajian di Institut Generasi. Jika berminat daftar segera kerana pengambilan terhad.

Maklumat lanjut hubungi talian 03-20704081 atau lawat kampus induk Institut Generasi di 51-53 Jalan Leboh Ampang, 50100 Kuala Lumpur (berdekatan Stesen LRT/Star Masjid Jamek).



Sumber : Metro Ahad, 24 April 2011, m/s 21
------------------------------------------------
wah aku siap promote kan ni...

Sunday, April 24, 2011

Myipanelonline dan Cara Keluarkan Duit Dari Akaun Paypal

Pada 12 April 2011 lepas...baru je sy join my.ipanelonline (click link ini untuk registration)  lepas  mendapat maklumat dari blog Jardness   (tq dik atas pertolongan2)

Alhamdulillah....dalam tempoh seminggu lebih je join menda alah SURVEI SURVEI SURVEI tu...saya dah boleh keluarkan duit dari myipanelonline ini. Sy keluarkan dalam RM50...sebenarnya serendah RM5 pun boleh dikeluarkan dah...tapi saje nak tunggu lebih skit...ramai jugak yg sy tgk keluarkan RM5, maybe mereka nak test kot....jadi ke tak jadi kan....bagi saya, redha je, sy tgu lagi hingga rm50...(cara nak tgk siapa keluarkan duit tu di NOTA PENEBUSAN) ada tertera nama gua...adehhhh


ha skrg ni bukannya cara nak share bagaimana cara nak register di my.ipanelonline ni...sebab dah pernah sharekan sebelum ini di entry INI tapi kalo ada yang ingin bertanya lagi dan baru nak register dan kurang paham dengan entry sebelum ini, boleh la emelkan sebarang soalan ke azrisha03@yahoo.com

di bawah la adalah cara2 nak keluarkan duit dari myipanelonline tersebut. Setelah anda rasa nak keluarkan duit anda walau serendah RM5, anda perlu lah memenuhkan ruangan INFORMASI SAYA, masukkan no. ic, masukkan address emel yang anda registerkan untuk akaun paypal....APA? anda TIADA AKAUN PAYPAL? Jgn risau..nanti sy buat entry khas untuk REGISTER PAYPAL..skrg ni byk kegunaan akaun paypal ni untuk urusan terima duit atau membeli belah dgn menggunakan USD...


Setelah anda melengkapkan maklumat informasi untuk memudahkan transaksi....maka, boleh lah anda MENEBUS MARKAH (di sebelah kotak kuning ni ada ruangan menebus markah, silalah klik situ..mudah sahaja.....sy tak sempat nak printscreen ttg jayanye menebus markah itu ke wang ringgit..mudah sahaja...hanya dihujung jari anda...semudah ABC)



Setelah selesai....anda akan menerima emel dari akaun Paypal.....(CARA REGISTER AKAUN PAYPAL)

Login ke akaun Paypal anda....anda perlu CONFIRM EMAIL ADDRESS di ruangan Notifications seperti saya bulatkan di bawah (gambar di bawah confirmation emel telah saya buat, sbb itu tidak lagi tertera ayat confirm email address saya)

seperti saya beritahu tadi, kita perlu confirmkan emel dulu dan semasa saya menerima duit dari myipanelonline, paypal telah meminta saya confirmkan email address terlebih dahulu dan saya telah menerimanya dalam bahasa cina..ehehehehheheheehhe tapi takpe...sib baik ada google translate...mula2 saya ada juga bertanya kepada pihak myipanelonline, apakah maksud emel dalam bahasa cina tersebut, mereka melayan / menjawab pertanyaan saya dengan pantas dan segera.....

Semasa nak CONFIRM EMAIL ADDRESS anda, anda perlu masukkan CONFIRMATION NUMBER yang diberikan dalam emel seperti saya merahkan itu...masukkan nombor itu ke dalam ruangan confirmation number...mudah sahaja...jika masih blur blur blur lagi...boleh lah hubungi saya. maklumlah ayat saya tidak seperti dalam buku bahasa melayu skit....ayat cacar marba...

Setelah selesai confirmkan emel address, anda perlu juga CONFIRM MY DEBIT OR CREDIT CARD ,sy  menggunakan debit kad maybank, (cara-cara mengaktifkan kad debit maybank )

 Semasa anda nak CONFIRM MY DEBIT OR CREDIT CARD anda perlu amik no code seperti yang saya BOLD HIJAU di gambar di bawah di ruangan Debit Card History, sebanyak RM10.00 akan ditolak (tetapi jangan risau paypal akan memulangkannya semula ke dalam akaun paypal dan anda akan mendapatkan semula RM10 tersebut.)

Lihat, paypal telah memulangkan semula duit RM10 tadi atas nama Bonus From Paypal. Jadi duit saya yg $16.63 USD telah menjadi $19. 86USD. 
 Bahagian terakhir cara mengeluarkan duit dari akaun paypal tersebut adalah dengan menekan button Withdraw dan ada 2 pilihan untuk mengeluarkannya, (atas pembacaan dari blog2 yg lain, sy menggunakan cara Withdraw funds to your cards.)
 Selesai sudah, dan anda akan  menerima emel dari Paypal :

Your request to withdraw funds from your PayPal account to your card ending in xxxx  has been received and is in process.

PayPal completes this transfer in 5-7 days, but your card issuer's policies may affect the processing time. For more information, contact your card issuer.


Thanks,

PayPal

JOM SERTAI SURVEI MYIPANELONLINE
sbrg pertanyaan boleh diajukan disini atau emel saya di azrisha03@yahoo.com

Wednesday, April 20, 2011

Tau tak kenapa orang kaya-kaya suka berhutang dalam perniagaan/hartanah

korang tau tak kenapa ye orang kaya-kaya / businessman besar2 / jutawan...kalo beli harta ke buat perniagaan ke...mesti beli aset dgn cara berhutang...korang tau kenapa????


Dulu aku tertanya2 jugak la..duit byk pesal tak beli kete / rumah / bangunan kedai cash je....atau peralatan kedai secara cash, duit tu memang kira mampu la nak beli cash...aku tgk ni bukan sorang dua....berorang orang orang yg buat bizness la..tak kira la hartanah ke, kedai ke, pejabat ke...sewa sewa bangunan ke...

kalo la aku, aku beli cash je..tak perlu fikir beban hutang tiap2 bulan...(kalo la aku ada duit....amin..semoga ada)

rupa2nya..bila disiasat di timbang tara itu ini....owhhhhhhhhhh baru ku tahu....eheheheh ini adalah salah satu kaedah untuk mengelak cukai yang tinggi...sbb tu kadang2 ada org kata....ini bukan kereta aku, ini kereta company...eheheh cukai syarikat ni rendah skit katanya....

dan ada jugak org bgtau aku...elok tu amik insurans itu ini...nanti leh masuk dlm kira-kira cukai pendapatan...jadi nanti pandai la mesin tu kira....berapa je kita kena byr...tak byk

orang kata untung buat insurans dari kita bayar cukai...sekurang2nya insurans balik semula duit kita bila tamat tempoh......

oppssssssssss adakah entry ini berbahaya jika org LHDN baca..? ehehehheehhehehehe

tambahan lagi mereka kata: better bayar zakat simpanan dan harta, ada faedah di sana

jadi anda sudah mendaftar untuk cukai pendapatan??????????

Tuesday, April 19, 2011

Pakej Umrah Ekonomi 2011

Ada sesape berhajat nak gi umrah tahun ni?

ni aku terjumpa ...ermmm bagi aku agak berbaloi jugak tu...sbb aku cari yg sekitar di kampung halaman aku tu agak mahal sedikit....ye la takde saingan di daerah tu....beza dlm rm500-rm2k jugak....(tapi duduk sebilik 2 orang...takde lak aku tgk tuk 4 org...kalo ada maybe murah lagi kot)

so bila aku jumpa yang ni....tergerak hati nak share dgn sesiapa berminat....tadi pagi..masa aku bukak...masih boleh lagi nak tuk harga yg RM3999

sekali bincang punye bincang dengan 'orang tua di kampung halaman' dan adik beradik....mak ai dalam jam 11 lebih kurang....terus takde dah....uhuhuhu pantas....mcm pisang goreng je...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MASAMAS Travel : Pakej Umrah Ekonomi 2011
E-mail Print PDF
Pakej Terbaru yang telah dirancang oleh Pihak MASAMAS Travel & Tours Sdn Bhd Kini dilancarkan. Pakej ini DIBUKA PENDAFTARAN kepada mereka yang berhajat untuk ke Tanah Suci dengan Harga Berpatutan. Pesawat yang digunakan adalah pesawat terbaru. Jika anda berhajat, sila pilih Pakej DiBawah : -SILA KLIK TARIKH UNTUK MENDAFTAR-
 PAKEJ DARI
TARIKH
 PESAWAT
4 sebilik
 3 sebilik
 2 sebilik
 STATUS
 
GMG Airlines
 RM3,999 
 RM4,149
 RM4,299
PENUH
 GMG Airlines
 RM4,590
RM4,890 
 RM5,190
 MASUK
GMG Airlines
 RM4,499
 RM4,649
 RM4,799
 MASUK
GMG Airlines
  RM4,499
RM4,649
RM4,799
PENUH 
GMG Airlines
 RM3,999
 RM4,149
 RM4,299
PENUH 
GMG Airlines
 RM3,999
 RM4,149
 RM4,299
PENUH 
 29 Jul - 8 Ogos 2011 GMG Airlines RM5,099 RM5,399 RM5,699 MASUK
*Semua Harga Di Atas Adalah Tertakluk Kepada Perubahan*

HOTEL DI MAKKAH : Golden Baity(+/- 400 meter)
HOTEL DI MADINAH : Rin Hotel @ setaraf (+/-100meter)



BUKTI TADI MASIH BOLEH LAGI RM3,999
(SEMPAT LA COPY TADI) 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DENGAN HARGA-HARGA (SEBAB BERUBAH JUGAK MENGIKUT KEADAAN) BOLEH LA LAYARI DI    http://www.umrah-haji.com/

Thursday, April 14, 2011

Macarons

aritu kan ai ada order macarons dari cikmin
alhamdulillah selamat sampai dah...walau kena tunggu turn skit...sebab ramai sgt mengorder nya..
takpe la...janji dah selamat sampai, terima dan habis dah pun

bagi tekak ai yg swing swing lagi ni...mende manis ni mmg kena la sgt2....
tapi ada kawan2 sini mmg sdg menjga pemakanan manis2an....
so dia tak amik la dlm kuantiti yg lebih dari satu.....

ai plg suka yg kaler biru tu....
kaler pun cantik je kan, syg nak makan....perghhhhhh rindu plak pada macarons cikmin

korang yang nak mencuba leh ar klik ke link beliau..
kebetulan skrg ni dia nak bagi hadiah pengunjung bertuah...nak tau apa dia....gi la terjah blog dia..
skrg ni takde lagi yg leh dpt ANGKA pengunjung bertuah itu..so anda masih sempat lagi..

-----------------------------------
lepas ni tak tau nak makan apa plak.....
nak gi latihan koir la dulu...pagi smlm..ada perubahan...tak sangka ramai sukarelawan nak buat kelainan tuk koir sempena satu majlis ahad ni...apa kes? whatever pung...alhamdulillah..tak perlu aku nak call paksa2 org turun latihan...letih nyahhh

Tuesday, April 12, 2011

Koi org bandar Ikan Patin tersentap gak dgn harga RM13,000 tu...

gambar patin ni mmg dicuri baik dari izan

koi pun terSENTAP gak dgr cerita tu malam tadi...
sebabnye tak pernah la setakat hidup ni koi makan hingga ratusan ringgit...
tapi kawan2 koi kat sini ada yg jenis hantu patin walau bukan asal pahang...tapi dia mmg leh tau mana patin sedap atau tak...KALAH koi
tadi koi tanya la dia....MR.ZAM...'u rasa ok tak harga RM13K tu tuk 50 makang'...eh silap taip...ada G plak tambahang...sbb berckp dgn org ganu kang...
dia jawab...uish logik je tu...
sbb dia pernah dipelawa makang oleh kawan dia asal temerloh (yg pasti bukan aku la nak belanja dia makan kat kedai dgn ratusan ringgit tu..idok ler koi)
dia kata...kawan dia yg asal situ...belanja dia...berdua je...dah cecah RM300 lebih..itu hanya nasi, ulam dan ikan patin yg muncung (ikan patin sungai) dan di bagi diskaun sekali...sbb kedai tu kawan kpd kawan dia...
dia kata...harga patin sungai tu sekilo RM220 150 - 200 kalo tak silap harga taun lepas...
kalo yg sangkar mmg murah la skit...

patin ni kalo jual yg dah dimasak tuk part kepala je la...RM18..ehehe ini harga kat area R&R temerloh, ada yg RM16...ish tah la..koi pun tak hengat sgt dah...sbb kalo koi nak makan, koi beli dgn sepupu sendiri je...beli dan mak masak...mmg sedap la ikan patin mak koi masak...

jadi kalo koi dah berada di area TEMERLOH (kecuali di area R&R) koi tak pernah la beli di mana2 yg dah siap...koi beli fresh dari sangkar lagi...pagi2 my cousin anta (kena janji la dgn dia baru dia anta)

dan ikan patin ni kalo tak kena gaya nye...kalo org tak berapa nak reti nak cuci nye..mmg jadi hanyir la...
tapi kalo bab siang dan basuh2 ikan patin atau ikan sungai ni...abah koi la pakarnye...segala mende la dikeluar kan limau nipis ke dan lain2...eh koi tak pasan la dia basuh dgn apa...tapi mmg betul2 la cucinye...sbb tu mak koi suh abah koi yg cuci...
(nampak benor koi tak join sekali dlm masak ikan patin ni kan, bkn tak join,...koi nak tlg je tgk dah atas dapur..koi tlg kaco2 je la kuahnye...dan sambil tu hirup2 kuahnya yg panas2 tu dgn menggunakan piring...perghhhh meletopppppp koi ckp dgn lu....)

-----------------------------------------
tapi kalo koi berada di situasi yg tadi...
kira punye kira RM13K....koi bukan setakat sentap...koi pg bank buat pinjaman peribadi kot...
ahahahhaahhha nak gadai brg kemas pun tak cukup ni

sekian terima kasih..
kawan koi tgu entry koi buat ttg patin ni..

Daftar Percuma, Buat kaji selidik(survei), Kumpul Mata Ganjaran dan tukar kepada wang

Berminat kepada wang? Mesti ramaikan berminat dgn wang ringgit….uhuhuhu…


Anda boleh menyertainya dan menguntung dengan wang tunai melalui penyertaan dalam kaji selidik.

Jika anda berminat MEMBACA dan jawab kaji selidik/survey, maka sertai la peluang ini…percuma je

Bagaimana nak sertai :

1) Klik LINK INI

2) Daftar percuma, dapat emel, terima emel pengesahan, login dan terus dapat 50 points

3) Selepas masuk ke dalam akaun anda, anda akan dapat mencari kaji selidik melalui


a. Halaman utama-Survei Ahli (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)

b. Halaman Utama-Halaman saya-Survei saya (Pilih satu dan menjawab solan kaji selidik.)

Selain itu, selepas kami upload kaji selidik yang baru, kami akan menghantar emel jemputan penyertaan survey kepada ahli yang layak menyertai survey tersebut.

Demi memastikan anda mendapat maklumat terbaru, sila sentiasa log masuk ke akaun anda

4) Points yang terkumpul boleh ditukarkan kepada hadiah / wang ringgit. (kat situ tertera gambar RM)

5) Wang ringgit ini akan dibayar melalui akaun PAYPAL sahaja. Jadi buatlah akaun paypal, Mudah je kalau dah aktifkan Kad Debit Visa Maybankard. (blog jardness.)

Daftar la dulu, dan korang leh tgk cara-cara lain lagi untuk mendapatkan lebih points.


Thursday, April 7, 2011

Saham 1 Bilion 1 Negara

Bank Rakyat membuka saham 1 Bilion 1 Negara...ha begitulah msg yg diterima...kiranye 1 juta orang boleh beli saham ni

bermula awal april...bukan berakhir semalam...tapi kiranye kalo semalam tu 1 juta tu dah habis di jual..habis dah la....tapi insyaAllah arini masih ada...arini pun kawan2 disini masih berminat untuk ke bank bertanya...

Dan dengarnya lagi berita ini tidak la diwar warkan di surat khabar...tapi dari mulut ke mulut, msg ke msg....(ye ke...ke aku tak pasan...)

sy mmg pagi2 ni tgu info dari sharinginfoz...sbb saya tau bab2 saham atau market ni..mmg dia pantas...so boleh klik ke link sharinginfoz untuk maklumat yg lebih lengkap....


terima kasih...

Wednesday, April 6, 2011

Ramainya orang kat bank arini membeli saham.....

Korang dah Beli??


eh pendek plak entry ni...

tapi kecoh betul arini semua org pg ke bank membeli saham....

katanya saham ini terhad sorang satu je....mean tak leh beli dua tiga....
mean kalo aku dah beli 1, RM500...tak boleh beli dah....tunggu kerajaan announce semula, eh aku tak bape paham la...polo je la

Kuning untuk Laju

aritu dengar borak2 paknil dgn pemanggil cilik yg petah....di radio era

then mereka borak2 pasal sekolah dan lain

dan paknil tanya la budak tu....(aku lupa dah nama budak tu.....)
dia tanya pasal trafic lite...merah tuk apa, kuning tuk apa dan hijau tuk apa....
budak tu jawab dgn betul...

ehehehehee
then papa mdm ni lak tanya la mereka berdua ni.....(mmg selalu tanya soalan ni)

s : hijau tuk apa?
j : tuk jalan
s : merah tuk apa?
j : merah tuk berhenti
s : kuning tuk apa?
j : KUNING TUK LAJU

ahahahahahahhahahahahaha amik ko...sape sifu kuning tuk laju tu yer....compem mama bukan kan...lalalala
budak² kadang² belajar bukan dari kelas atau teori
tapi belajar dari persekitaran



-----------------------------------------
PDRM, maaf pak, sy tak ajar kuning tuk laju....kuning tuk sedia berhenti kan pak?

Friday, April 1, 2011

KLIA ke Kuching hanya RM0.01



start dari 1 June 2011, ada penerbangan dari KL ke kuching...jadi ada promosi skrg ni
untuk 4 beranak aku dah try semua2 campo tax hanya 232...campo la bagasi dan makanan skit bagai...dpt la rm377 pg balik 4 beranak tau.....kalo 2 beranak tu lagi murah....

klik disini untuk maklumat lanjut

xyah tunggu tahun depan nak fly, tahun ni bayo tahun depan pg..tak perlu...
tahun ni je bleh pg dgn harga sebegitu...

--------------------------------------------------------------------
aku dah lama berura2 nak bayo ni...tapi puas aku tanya kawan2...apa la tmpt menarik kat kuching tuk kanak2....tuk shopping tuk org tua mcm aku ni ada la....kalo takat kat kek batik dayang salhah tu atau sekitar bando kuching tu...aku dah gi....jadi mmg seminggu jugak punye pikir ni......
last2 kelab kebajikan aku smlm ada ura2 nak buat family trip ke suatu tmpt pada tarikh yg aku cadang nak bercuti tu jugak.....jadi tak jadi la kot ke kuching...aku ikut kelab tu je la...best pun best....