Salam Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Andaikan ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita. Maka manfaatkan sebaik mungkin agar KITA semua dirahmati, diberi keampunan dan dijauhkan dari seksa neraka.
Berikut adalah perkara yang sepatutnya KITA semua lakukan atau sekurang-kurangya cuba lakukan. Agar puasa kita tidak mendapat lapar dan dahaga sahaja...Kita akan lakukan...;
1. Masuk bilik (Pejabat) baca Al Quran semampu yang boleh. Sebaris, dua baris, sepipi dan sebagainya.
2. Paksa diri (Mujahadah) untuk sertai majlis Tadarus al Quran di Dewan Seroja setiap pagi.
3. Cuba sedaya mungkin untuk solat sunat Dhuha ( Sebelum 12.30 tgh)
4. Cuba sedaya mungkin untuk solat zuhur dan Asar berjemaah di Surau al Hidayah
5. Bagi suami, cuba ringankan tugas isteri di rumah. Isteri pula elakkan dari menggoda-goda.....Terutama pengantin baru....
6. Latih diri membaca al Quran pada setiap masa senggang. Baca buku berfaedah atau sekurang-kurangnya tidur untuk kerehatan. Semuanya ibadat jika tidak tidur berlebihan.
7. Lewatkan sahur. Solat sunat dulu sebelum makan sahur (sahur adalah merujuk kepada 'waktu' bukan makanan). Solat Hajat, Tahajud, Taubat, Tasbih, Tolak bala, Istikhoroh dan lain-lain.
8. Latih diri solat subuh berjemaah di masjid atau surau. Atau sekurang-kurangnya berjemaah dengan keluarga di rumah. Elakkan solat sdn bhd.
9. Segerakan berbuka. Jangan lupa berdoa dan mulai berbuka dengan makan kurma dengan bilangan ganjil, Minum air suam dan makan apa yang patut secara bersederhana.
10. Sentiasa berdoa. Kerana 3 golongan doa yang mustajab/diterima. Orang berpuasa sehingga berbuka, pemimpin yang adil serta orang yang dizalimi.
11. Jaga pertuturan, jangan bertengking tak tentu hala dan selalu gosok gigi. Nabi selalu bersiwak pada bulan ini. Jangan biarkan 'aroma' mulut anda mendatangkan fitnah kepada orang yang berpuasa.
12. Jika ada rezeki lebih bagi makanan untuk orang berbuka. Terlebih baik anjur majlis berbuka puasa.
13. Cari masa untuk beriktikaf di Masjid (Bukan waktu pejabat) terutama 10 akhir Ramadan
14. Latih diri jadi pemurah dan suka menderma. Nabi seorang yang pemurah dan dilebihkan sifat itu pada bulan Ramadan.
15. Lazimkan lidah melafazkan 'Lailahaillah' dan 'Astaghfirullahalazim'.
Kalimah Toyyibah yang dianjurkan oleh Nabi Saw.
Jika KITA dapat lakukan semua ini secara konsisten, InsyaAllah kita akan beroleh ganjaran puasa yang sebenarnya. Beroleh taqwanya, kesihatannya, ketenangannya dan keceriaan dalam hidup ini. Semoga Ramadan pada kali ini menjanjikan sesuatu yang bermakna kepada kita.
AMINN.....
-------------
ustaz...sy amik dari emel yg ustaz forward...tima kaceh....